Isnin, 21 November 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


PKR Perlu Nasihatkan Bian

Posted: 21 Nov 2011 07:05 AM PST

Pada sesi perbahasan minggu lalu, Bian mendakwa ada cubaan berdakwah secara halus di kalangan tenaga pengasuh tabika Kemas di Ba'Kelalan yang menimbulkan kebimbangan ibu bapa sehingga ada yang mendakwa anak mereka diajar berdoa secara Islam.

Bian juga menyuarakan kebimbangan mengenai ramai tenaga pengasuh dari Semenanjung yang bertugas di tabika Kemas yang boleh menimbulkan konflik keagamaan dan budaya sekaligus mencadangkan kerajaan meningkatkan pengambilan rakyat tempatan sebagai tenaga pengasuh Kemas.

Perikan dari Malaysiakini

Kerabu: Kami berpendapat dalam mengambil hati pengundi setempat, pemimpin dari pihak Pakatan Rakyat perlu berwaspada dan berhati-hati. Soal agama amat sensitif dan pihak kami tidak teragak-agak untuk tidak berkompromi. Dalam hal ni Bian diharap lebih berhati-hati.

Betul Ke Pasukan RELA Pantau Di Stesen Minyak?

Posted: 20 Nov 2011 07:14 PM PST

Tindakan pihak kerajaan menempatkan pasukan rela di stesen-stesen minyak berdekatan dengan sempadan nampaknya tidak berkesan. Kegiatan penyeludupaninyak masih berlaku.

Senario ini boleh dilihat di kawasan Tumpat amnya dan kawasan Wakaf Bharu secara khususnya.

Kadang-kadang oenyangak ini secara terang-terang mengisi di depan pasukan rela.

Pihak stesen minyak sendiri bersubahat dengan geng penyeludup. Harap pihak yang memantau dan bertanggungjawab dalam hal ini memberi perhatian yang sewajarnya.

Tolong pantau stesen minyak di kawasan Wakaf Bharu.

Sekian.

Team Kerabu Bersuara Kelantan

Tiada ulasan: