Isnin, 21 November 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Budak 12 Tahun Murung Dirogol Warga Emas Sejak 4 Tahun Lalu

Posted: 21 Nov 2011 04:00 AM PST


Saya petik:
[SH] ALOR GAJAH - Perubahan sikap yang berlaku ke atas ­seorang murid perempuan Tahun Enam di sebuah sekolah dekat sini, mendedahkan perbuatan kejam seorang ­lelaki warga emas yang didakwa merogol kanak-kanak terbabit sejak empat tahun lalu.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri (Operasi dan Risikan), Superintendan R Gunarajan berkata, kejadian itu berlaku sejak 2007 ketika mangsa berusia lapan tahun dan sedang bersekolah dalam Tahun Dua di sekolah terbabit sering diperkosa oleh suspek yang berusia 60 tahun sehingga penghujung 2010.

Menurutnya, difahamkan mangsa dirogol secara berterusan sejak 2007 dan perbuatan kejam itu disyaki ­dilakukan suspek berulang kali tidak mengira waktu sama ada di rumah atau di kebun jering berhampiran rumah mangsa di sebuah Felcra di daerah ini.

"Perubahan sikap mangsa itu disedari seorang guru kaunseling pada Selasa lalu yang melihat mangsa ­kemurungan sejak kebelaka­ngan ini sebelum memujuk mangsa untuk menceritakan masalah yang dihadapi.

"Mangsa kemudiannya memaklumkan dia dirogol seorang lelaki yang juga jiran sebelah rumahnya ketika ­ketiadaan ibu bapanya di rumah," katanya.

Gunarajan berkata, selepas itu guru kaunseling itu menemui ibu bapa mangsa dan menceritakan kejadian yang berlaku ­sebelum diarahkan membuat laporan di balai polis berhampiran serta menjalani ­pemeriksaan di klinik.

"Mangsa yang dilihat ­sugul dan murung dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk menjalani pemeriksaan dan hasil mendapati mangsa tidak mengandung," katanya.

Katanya, suspek yang ­berusia 60 tahun itu ditahan di rumahnya pada petang laporan dibuat kedua ibu bapa mangsa dan suspek kini ditahan ­reman sehingga 22 November ini bagi menjalankan siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan memperkosa gadis bawah umur dan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Seksual dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) untuk siasatan lanjut," katanya.



P/s: Lahanat!

Sebelum Ini Duda, Kali Ini Janda Angau Rugi RM41 Ribu Ditipu Mat Salih

Posted: 21 Nov 2011 02:45 AM PST


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Angau cinta dengan lelaki Mat Salih, seorang janda berusia 38 tahun sanggup menyerahkan wang berjumlah RM41,000 secara berperingkat kepada kekasihnya yang didakwa berada di Sabah sejak 7 November lalu.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia berkenalan dengan lelaki yang dikenali sebagai Cole mendakwa berasal dari Amerika Selatan melalui laman sosial pada 17 Oktober lalu sebelum hubungan mereka menjadi mesra dan membuahkan bibit cinta.

Menurutnya, kekasihnya itu yang juga berusia 38 tahun turut berniat untuk memeluk Islam dan berjanji berkahwin dengannya.

Katanya, kekasihnya itu menyatakan hasrat ingin datang ke Malaysia melalui satu panggilan telefon menggunakan nombor talian tempatan pada 7 November lalu bagi menyelesaikan satu urusan tuntutan cek mendiang bapanya dengan syarikat penggali minyak terkemuka di Labuan, sebelum berjumpa dengan keluarganya bagi tujuan melamarnya.

"Tiga hari kemudian, kekasih saya itu meminta tolong untuk membayar AS$15,000 (RM45,000) kepada peguam keluarganya yang bernama Lee untuk membayar cukai kerajaan bagi urusan menuntut cek bayaran itu. 


 P/s: Cari nahas!!!

Tiga Beranak ke TALI GANTUNG

Posted: 21 Nov 2011 01:04 AM PST

 
Saya petik:

[SH] ALOR SETAR - Seorang bapa dan dua anaknya dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam, setelah didapati bersalah memproses 368.126 kilogram dadah jenis methaphetamine, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu, selepas meneliti semua hujah pembelaan dan keterangan pendakwaan.

Ong Hooi Beng, 50, Pang Chui Kong, 47, Ong Eng Keat, 26, Lim Kim Hee, 50, Wong Ah Ngau, 52, dan Ong Gaik Ee, 24, dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (c) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira jam 4 petang, 9 Julai 2006, di Kilang Zmas Synergy Sdn Bhd, Taman Makmur, Lunas.

Mohd Azman dalam penghakimannya berkata, Pang Chui Kong, Lim Kim Hee dan Wong Ah Ngau, berjaya menyangkal kes prima facie pendakwaan dan menimbulkan keraguan munasabah.

"Oleh itu, ketiga-tiga tertuduh itu dilepas dan dibebaskan. Namun mahkamah mendapati ter­tuduh Hooi Beng, Eng Keat dan Gaik Ee, ga­gal menyangkal kes prima facie pen­dakwaan.

Berdasarkan fakta kes, ketika serbuan dilakukan, kesemuanya berada di dalam kilang itu dan sedang bekerja di beberapa tempat.

Polis menemui pelbagai peralatan digunakan untuk memproses methaphetamine.

Pendakwaan dijalankan Ketua Unit Pendakwaan, Datuk Razali Che Ani, manakala kesemuanya diwakili peguam Ranjit Singh melainkan tertuduh kedua, Chui Kong, yang diwakili peguam S Anthony.
 
 
P/s: Menangis air mata berdarah pun tidak berguna!

PKR Dakwa Suami Shahrizat Guna Dana NFC Tunai Umrah, Biayai Syarikat Keluarga Shahrizat di Singapura

Posted: 21 Nov 2011 12:11 AM PST


Saya petik:
[MK] PKR hari ini mendedahkan lebih banyak berhubung apa yang didakwa mereka sebagai penyelewengan dalam pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada projek penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan.

NONEKali ini, setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata bahawa NFC memperuntukan RM31,580 bagi ketua pegawai operasinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran menunaikan ibadah umrah.

Saifuddin juga mendakwa dana awam itu juga disalurkan kepada dua syarikat yang mana Mohamad Salleh mempunyai kepentingan.

Mohamad Salleh adalah suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam bidasan terbarunya itu, Saifuddin berkata PKR mempunyai bukti kukuh bahawa arahan untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010 itu dikeluarkan oleh pejabat Mohamad Salleh, sendiri.

"Ia (dana awam itu) juga digunakan untuk menubuhkan Biofuture Global (M) Sdn Bhd dan Meatworks Singapore Pte Ltd," katanya.

Sehubungan ini, Saifuddin menggesa polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)  menyiasat transaksi dan urusniaga NFC dengan tumpuan diberikan kepada aktiviti perniagaan dengan National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) serta dua syarikat dari Singapura itu.


P/s: Terburai lagi! Apa hukum tunai umrah guna wang rakyat?


Tiada ulasan: