Kerabu Bersuara ® |
- Rosmah Mesti Marah Dengar Berita Ni
- Najib dipaksa berhenti awal?
- Kerajaan Negeri, Anak Syarikat Ganda Aset Hasil Penstrukturan Hutang Talam
- Tudung Hajjah Rosmah 'Terbang' Di Hawaii
- Sikap amanah bawa Selangor lonjak agihan kebajikan rakyat
- Sebenarnya Nong Chik Lawan Shahrizat Dalam Isu Lembu?
- Mat Rempit, pengayuh beca bebas berdemonstrasi di Pulau Pinang
Rosmah Mesti Marah Dengar Berita Ni Posted: 14 Nov 2011 03:00 AM PST Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara Asean dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid ShirlinTimbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak. "Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong). Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. |
Posted: 14 Nov 2011 02:00 AM PST Ahmad Lutfi Othman Kontroversi Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) membabitkan keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil bukan saja tidak dapat diredakan oleh penjelasan rakan sejawatnya dalam Pemuda, Khairy Jamaluddin, malah keterangan menantu bekias Perdana Menteri itu makin memanaskan isu ini. Khairy mempertahankan penyaluran dana hampir RM10 juta daripada NFC, untuk membeli apartmen mewah One Menerung, sambil menegaskan tiada unsur penyelewengan dalam pembelian hartanah itu, sebaliknya beliau berhujah, ia merupakan satu bentuk "pelaburan yang paling selamat". Sebelum ini, Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata wang yang disalurkan kerajaan kepada NFC diletakkan di dalam sebuah akaun amanah khas dan Khairy sendiri menegaskan bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat. Apakah kerajaan telah dirujuk terlebih dahulu sebelum transaksi pembelian kondominium mewah bernilai RM9,758,140 itu dibuat, yang langsung tiada kaitan dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu? Secara peribadi saya menghormati pandangan Ahli Parlimen Rembau itu -- yang tidak diberikan sebarang jawatan dalam kabinet Najib Razak -- mengenai demokrasi, khususnya menyentuh kebebasan bersuara. Khairy (bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping nSiew) bersetuju dengan penghakiman Mahkamah Rayuan mengenai Seksyen 15, Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Malah, Khairy, beberapa tahun lalu, semasa Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 3 Mei, turut mahu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan. Malangnya, Khairy tidak mempunyai kekuatan untuk menjuarai isu-isu ketelusan, integriti, salahguna kuasa, apatah lagi berbicara hal berkaitan kronisme dan pilih kasih. Rekod hitamnya di zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi ternyata menyukarkan beliau, malah kekalahan teruk Umno-BN dalam pilihan raya umum, Mac 2008 juga disandarkan kepada karenahnya. Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli yang mula membangkitkan isu ini menyifatkan alasan Khairy itu sebagai tidak masuk akal. Setiausaha Agung KeADILan, Saifuddin Nasuiton Ismail pula menyifatkan pembelian kondo itu sebagai "perlakuan pecah amanah yang jelas bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan NFC". Dalam wawancara dengan Sinar Harian, Rafizi mengusik Khairy: "Di sini saya hendak ucap terima kasih kepada Khairy kerana sibuk untuk mempertahankan menteri itu (Shahrizat). Saya hairan kenapa perkara ini seolah-olah melibatkan pihaknya sedangkan kita mahu orang lain jawab." Sementara itu, banyak pihak percaya, kerjaya politik Shahrizat kini bagai telur di hujung tanduk. Pimpinan Umno-BN sendiri merasakan ia satu beban atau liabiliti yang bertindan-tindih dengan masalah besar yang sedia menekan parti itu. Imej buruk Umno yang sukar bercerai tanggal dengan elemen korupsi dan salahguna kuasa makin terpahat kukuh pada persepsi rakyat. Mampukah Shahrizat menepis segala dakwaan dan serangan, terutama yang dibuat melalui media baru, yang berupaya membongkar pelbagai fakta dan dokumen, dengan cepat dan menyeluruh? Rangkaian aktiviti perniagaan suami dan anak-anak beliau diteropong sehalusnya. Restoran mewah berasaskan daging milik keluarganya juga menjadi perhatian dan dikaitkan dengan NFC yang mencurigakan itu. Shahrizat juga bakal berdepan dengan 'penghakiman' Rosmah Mansor, yang dilihat mempunyai kata putus dalam isu-isu kritikal seperti ini. Meskipun hubungan mereka agak intim, namun bagi pemerhati politik, Rosmah akan bertindak nekad kepada sesiapa jua, termasuk 'menghukum keras' kenalannya jika mereka boleh mendatangkan kesulitan, apatah lagi menjejaskan sokongan kepada BN. Banyak contoh yang boleh diberikan; rakan-rakan karib Rosmah terpelanting disebabkan 'wanita pertama' itu merasakan mereka menyusahkannya. Dalam pada itu, saya begitu tertarik dengan buku Kesilapan-Kesilapan Najib, nukilan Shahbudin Husin, seorang teman lama yang saya kenali semasa bertugas sebagai wartawan Mingguan Tanahair, yang dimiliki Allahyarham Ikhwan Nasir, pertengahan 1980-an. Sewaktu rakan-rakan penulis buku politik yang lain, misalnya Sayuti Omar, Daud Ibrahim dan Yahaya Ismail, tidak menampilkan karya terbaru mereka, Shahbudin seperti melawan arus. Untuk tahun 2011, ini merupakan buku keduanya, selepas Najib Perdana Terakhir ... mendapat sambutan memberangsangkan, sehingga tiga kali diulang cetak. Di zaman kuasa siber mendominasi situasi, pasaran buku politik popular terjejas teruk. Pembaca lebih mudah dan cepat mengutip info serta analisis melalui internet. Bagaimanapun, Shahbudin, seperti mahu menyanggah tanggapan itu. Dengan menerbitkan buku sendiri (seperti kebiasaan semua penulis buku politik popular), pasaran memberikan respons baik terhadap karya bekas wartawan Watan ini. Rupanya buku masih medium berpengaruh dan mempunyai kedudukan istimewa buat peminat politik semasa, terutama yang dahagakan kupasan isu yang segar. Agak ramai yang mahukan analisis lebih mendalam yang mampu menggugah pemikiran, dan hanya buku dapat memenuhi hasrat itu. Buku politik popular memang berbeda daripada buku-buku ilmiah yang dihasilkan sarjana sains politik, namun ia tetap ada keunikan tersendiri. (Segera saya teringat kepada Allahyarham Prof Dr Hussain Mohamed, yang banyak menyimpan koleksi buku-buku politik popular dan menjadikannya satu bidang kajian beliau). Banyak rahsia dan maklumat dalaman terselit di dalamnya. Pengalaman penulis yang rata-rata terjun langsung ke lapangan, malah terlibat aktif dalam pergolakan semasa, juga memberi kelebihan. Kunjungan Shahbudin ke pejabat Harakah, 10 Nov lalu, secara tidak langsung mencabar saya untuk kembali berkarya, selepas lebih 10 tahun menyepi. Ia mengingatkan saya tentang 'kegemilangan' era reformasi, 1998-99; buku Anwar: Skandal Seks atau Konspirasi Politik, dicetak lebih 50,000 naskhah dan dipercayai jumlah cetak rompak juga mencecah angka sama. Sedangkan buku itu lantang mengkritik Anwar Ibrahim! Buku terbarunya ini juga dijangka dapat menarik perhatian pembaca. Latar belakangnya sebagai seorang aktivis Umno (masih menjadi ahli), dengan jawatan terakhir sebagai Naib Ketua Pemuda dan AJK Bahagian Wangsa Maju, turut mewarnai sentuhan beliau dalam mengutarakan 19 kesilapan Najib. Di antara kesilapan-kesilapan itu adalah: * Slogan 1Malaysia merupakan silap pertama di hari pertama sebagai PM * Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan * Paling ramai memasukkan kawan-kawan dalam kabinet * Kabinet lemah dan ramainya menteri senator * Pemotongan subsidi walaupun atas nama rasionalisasi * Perlantikan Apco sebagai perunding kerajaan * Gagal mengawal karenah dan gaya mewah Rosmah * Gagal mengurus parti komponen dan anggota kabinet * Terlalu banyak program transformasi tetapi hasil diragui * Tidak tegas, tidak konsisten dan flip-flop * Terlalu bergantung kepada bekas panglima Anwar * Merestui budaya politik jijik dan lucah * Mempunyai terlalu ramai pegawai tapi tidak membantu * Terlalu ghairah mengejar populariti Shahbudin memberi penekanan kepada masalah-masalah yang melibatkan peribadi Najib, Rosmah dan keluarganya, sebagai halangan utama untuk Umno meraih kembali sokongan. "Pihak Wanita Umno yang terlibat dalam Rumah 10 ketika berkempen dan berdepan langsung dengan pengundi, mengakui mereka kadang-kadang menjadi kelu dan hilang kata-kata untuk mempertahankan Umno apabila dibangkitkan isu-isu melibatkan Rosmah. Beliau juga membayangkan, Najib akan mengikuti jejak Pak Lah, yang terpaksa meletakkan jawatan, ekoran prestasi buruk pada Mac 2008. Sekiranya BN masih gagal memperolehi kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen selepas PRU13 nanti, desakan supaya Najib berundur pasti bergema dengan kuat. Bukankah timbalannya, Muhyiddin Yassin juga yang lantang menekan Pak Lah dahulu? Dari sisi ini, Muhyiddin dilihat ada kekuatan tersendiri, untuk berani dan tegas bertindak bagi "menyelamatkan" Umno. Atau sekurang-kurangnya Najib harus berupaya merebut kembali negeri termaju, Selangor; beliau masih pengerusi perhubungan Umno negeri. Shahbudin melihat syarat itu sebagai penanda aras paling minimum untuk mengelakkan Najib dihambat lebih awal daripada posisinya sebagai PM. Saya sempat mengusik Shahbudin: "Mungkin Muhyiddin sendiri akan beli borong buku Kesilapan-Kesilapan Najib itu. Bukankah dia bakal meraih manfaat politik yang besar daripada kandungan buku tersebut?" Beliau sekadar ketawa kecil ... |
Kerajaan Negeri, Anak Syarikat Ganda Aset Hasil Penstrukturan Hutang Talam Posted: 14 Nov 2011 01:10 AM PST Menteri Besar Pemerbadanan (MBI), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan pameran penstrukturan semula hutang Talam Corporation Berhad (Talam) yang berjumlah RM391.99 juta. Pameran ini memperincikan pembangunan di atas tanah TALAM yang diambilalih oleh MBI menerusi perjanjian pengambilalihan antara TALAM dan Kerajaan Negeri Selangor. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan pameran ini diadakan kerana masih ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang kurang faham proses pengambilalihan hutang TALAM dan bagaimana rancangan Kerajaan Negeri terhadap tanah-tanah yang diambilalih. Pameran ini diadakan bermula pada hari ini sehingga sidang dewan berakhir. Daripada penstrukturan semula hutang-hutang TALAM yang berjumlah RM391.99 juta ini, Kerajaan Negeri Selangor telah Berjaya menggandakan nilai aset ini kepada lebih RM12 billion. MBI menjual tanah di Bukit Beruntung kepada PKNS dengan harga RM16.9 juta dan pelan pembangunan dianggarkan bernilai RM2.4 billion. Bagi tanah di Bestari Jaya, MBI menjual seluas 1,312.89 ekar kepada PNSB dengan harga RM180 juta dan pelan pembangunan untuk projek Bestari Lake Side dianggarkan bernilai RM1.6 billion. MBI menjual tanah di Bukit Beruntung kepada PNSB seluas 1,275.92 ekar untuk dibangunkan Beruntung Park Land dengan pelan pembangunan dianggarkam bernilai RM1billion. Manakala PNSB merancang membangunkan tanah di Canal City di Kuala Langat dengan projek Eco Digital Media City yang dianggarkan bernilai RM7.2 billion. Projek-projek ini dirancang dibangunkan secara bersepadu sebagai pusat penempatan, rekreasi dan pusat komersial untuk semua golongan. Projek perumahan yang dirancang turut melibatkan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah sejajar dengan matlamat Kerajaan Negeri memastikan setiap keluarga berpeluang memiliki rumah. Hutang ini telah wujud sejak 10 tahun lalu di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri terdahulu apabila TALAM sebagai pemaju yang menguruskan projek-projek melibatkan anak syarikat kerajaan Negeri telah gagal membayar pulangan seperti yang ditetapkan dalam perjanjian-projek usaha sama dan projek penswastaan. TALAM juga gagal membayar tanah-tanah yang telah dibeli daripada anak-anak syarikat, Bagaimanapun, hutang TALAM ini tidak pernah diiktiraf dalam akaun anak syarikat yang terlibat iaitu Kumpulan Harta Selangor Berhad (KHSB), Pendidikan Industri YS Berhad (PIYSB) dan PNSB. Hutang TALAM berjumlah RM391.99 juta ini telah berjaya dikutip sepenuhnya oleh MBI menerusi secara tunai dan pengambilalihan aset milik TALAM setelah dinilai harga mengikut pasaran semasa. Dikeluarkan oleh SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR |
Tudung Hajjah Rosmah 'Terbang' Di Hawaii Posted: 13 Nov 2011 08:20 PM PST |
Sikap amanah bawa Selangor lonjak agihan kebajikan rakyat Posted: 13 Nov 2011 08:00 PM PST KUALA LUMPUR: Pengurusan wang yang beramanah adalah bukti komitmen Pakatan Rakyat terhadap pemerintahan berintegriti di Selangor, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Beliau berkata, ratusan juta ringgit berjaya dijimat dan dipulangkan kembali demi kebajikan rakyat, hasil pembasmian ketirisan dan rasuah. Dalam kenyataan media, Azizah memuji pentadbiran Selangor yang berjaya melonjak hasil negeri dan memastikan pengagihan khazanah secara adil dan prihatin. "Anggaran peningkatan hasil cukai (8.23%) dan hasil bukan cukai (40.12%) untuk 2012 menunjukkan pengurusan ekonomi negeri menjana pembangunan pesat. "Simpanan tunai kerajaan Selangor kini mencecah RM1.2 bilion – jumlah tertinggi dalam 28 tahun," katanya yang mengalu-alu Belanjawan Selangor 2012 bertema 'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat'. Memuji pentadbiran Selangor yang berjaya melonjak hasil negeri dan memastikan pengagihan khazanah secara adil dan prihatin, Aziziah berkata, pimpinan kerajaan negeri meneliti setiap pengurusan wang rakyat dan mengenal pasti serta mengutip semula hutang sektor swasta kepada rakyat. Contohnya, beliau berkata tiada rekod berkaitan hutang RM391 juta Talam Corporation kepada kerajaan Selangor ketika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa pada Mac 2008. Untuk 2012, Selangor meneruskan program kebajikan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan tambahan RM300 juta atau 15 peratus dari Belanjawan 2011 melalui geran untuk meringankan beban rakyat. Sasaran program ialah menyalur bantuan kepada penduduk berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar, golongan petani dan nelayan serta orang kelainan upaya (OKU). Menegaskan komitmen Pakatan Rakyat memastikan rakyat berpeluang memperoleh pendapatan encukupi setara dengan kos sara hidup, Azizah berkata, ia bukan bersifat 'one-off' seperti amalan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). |
Sebenarnya Nong Chik Lawan Shahrizat Dalam Isu Lembu? Posted: 13 Nov 2011 06:00 PM PST Seorang ahli Pergerakan Wanita Umno, yang memegang potfolio yang tidak kurang penting dalam pergerakan itu telah mendakwa semenjak timbulnya isu Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abd Jalil para penyokong atau orang-orang Raja Nong Chik bertepuk tangan kegembiraan. Ini kerana selain Sharizat yang dianggap sebagai calon tradisi di parlimen itu, nama lain yang disebut sebagai calon ialah Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. |
Mat Rempit, pengayuh beca bebas berdemonstrasi di Pulau Pinang Posted: 13 Nov 2011 05:00 PM PST "Negeri mana dalam Malaysia yang bebas untuk demonstrasi? Nampaknya setakat ini di Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, rakyat bebas berdemonstrasi, bersuara dan berekspresi." Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang menambah bahawa kumpulan Mat Rempit bebas berhimpun, walau pun tanpa sebarang permit polis. "Di negeri-negeri lain, apabila ada orang lapor polis tentang Mat Rempit, tidak kisah sama ada Mat Rempit itu berbangsa Cina, Melayu atau India, polis akan datang cepat-cepat tangkap, "Tetapi di Pulau Pinang, Mat Rempit sangat berani… Malah dalam demonstrasi baru-baru ini, mereka boleh demonstrasi dari Komtar sehingga Dewan Undangan Negeri sejauh 3 kilometer, dengan diiringi pihak polis pula," kata Setiausaha Agung DAP itu. Beliau berkata demikian dalam program pelancaran buku 28th Floor: A Peek at Lim Guan Eng yang diadakan di kompleks beli belah One Utama dekat sini malam tadi. Buku itu dalam Bahasa Cina hasil koleksi tulisan Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Cheong Yin Fan, mencatatkan kisah-kisah Guan Eng dalam melaksanakan tugas sehariannya sebagai Ketua Menteri demi kepentingan rakyat semua kaum. Guan Eng menjelaskan, rakyat Pulau Pinang bebas berdemonstrasi sehingga boleh memaki-hamun beliau sebagai Ketua Menteri tanpa sebarang tindakan keras daripada pihak polis, sejak beliau bersama Pakatan mengambil alih pentadbiran negeri selepas pilihan raya umum 2008. Malah, menurutnya, baru-baru ini pengayuh beca di Pulau Pinang pun boleh berdemonstrasi tanpa permit dan tanpa takut ditangkap oleh polis. Beliau menambah, kebanyakan pengayuh beca yang berdemontrasi itu tidak tahu pun tentang tujuan mereka mengadakan demonstrasi tanpa kebenaran polis itu. "Apabila disoal wartawan kenapa mereka turun demonstrasi, mereka jawab, 'kami dibayar, sebab itu kami datang sini,'. Sebab mengapa mereka buat demonstrasi, mereka pun tak tahu," katanya. Menurtnya, beliau difahamkan pengayuh beca yang berdemontrasi itu dibayar RM30 sejam, menimbulkan spekulasi kemungkinan mereka didalangi oleh pertubuhan politik tertentu. Beliau menjelaskan, sekiranya pengayuh beca berkenaan prihatin dengan usaha kerajaan Pakatan Pulau Pinang, mereka tentu sedar dengan pengumuman untuk mengadakan Hari Tanpa Kenderaan Bermotor bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Bandar. Hari Tanpa Kenderaan Bermotor akan diadakan setiap Ahad bermula 7 pagi hingga 7 petang di beberapa lokasi terpilih yang juga bertujuan mempromosikan Pulau Pinang sebagai negeri hijau. "Dengan inisiatif ini, sudah tentu tidak ada alasan pengayuh beca untuk berdemonstrasi. Tetapi apabila dibayar untuk berdemo, kita fahamlah…" katanya disambut gelak ketawa orang ramai. Justeru, Guan Eng menjemput melawat orang ramai ke Pulau Pinang pada 4 Disember ini bagi menyaksikan sendiri pelancaran Hari Tanpa Kenderaan Bermotor. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan