Isnin, 14 November 2011

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


Gelombang PAS tawan semula Perak....Ayuh KIta Realisasikan.

Posted: 14 Nov 2011 08:09 AM PST

APABILA ke negeri Perak, saya sering bertemu dengan para aktivis parti dan bertanya mhttp://media1.malaysiakini.com/117/a8f0c9e769ad778656f31d8ed13fdeae.gifengenai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Jawapan mereka sangat positif bahawa mereka sedang membuat persediaan rapi dan berazam mengembalikan semula Perak ke pemerintahan Pakatan Rakyat seperti 2008.



Kita masih ingat, pada 6 Februari 2009 adalah tarikh hitam yang wajar diingat oleh rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia pencinta demokrasi umumnya. kerana pada tarikh tersebut sebuah kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat (dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8/3/2008) telah dijatuhkan melalui kerjakerja tidak demokratik pemimpin Umno-BN.

Peristiwa hitam ini akan terus diingat. Oleh itu, kini Pakatan Rakyat, khususnya PAS, berazam dan bekerja keras untuk mengembalikan semula pemerintahan negeri Perak kepada Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini lebih 25,000 orang telah hadir di majlis Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri di Bagan Serai, satu jumlah yang luar biasa, yang dapat menggambarkan sokongan yang terus bertambah daripada rakyat di tengah-tengah cabaran getir oleh musuh Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan rasa terharunya dengan sambutan ini yang menurutnya suatu isyarat yang sangat memberangsangkan dan memberikan kekuatan kepada PAS Perak.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri, Misbahul Munir Masduki menganggap program itu menjadi gelombang bagi menawan semula negeri Perak daripada Umno-BN.

Sambutan begitu besar telah terbukti, terutamanya di program ceramah perdana oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim di majlis sambutan 60 tahun PAS itu.

Daripada pengamatan saya, setelah meninjau beberapa kawasan di Perak, kelihatan 'mood' rakyat amat jelas untuk memilih kembali Pakatan Rakyat dalam PRU13 – sebagai kesinambungan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat yang dipilih secara sah dan demokratik pada PRU 2008.

Dalam hal ini mereka sentiasa mengingat Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, sebuah nama besar dalam politik bukan saja di negeri Perak bahkan di peringkat nasional, justeru beliau adalah juga AJK PAS Pusat dan sangat popular dan berkarisma.

Beliau dipilih oleh Majlis Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Pakatan setelah memenangi PRU12 dulu, hinggalah sejarah hitam pada 6 Februari 2009, yang akan diingat lama oleh rakyat Malaysia. Beliau mentadbir negeri dengan penuh adil dan mesra rakyat. Ustaz Abu Bakar bersama Ir Nizar yang kini menjadi Timbalan Pesuruhjaya 1 serta pimpinan negeri berusaha keras untuk mengembalikan semula pemerintahan negeri Perak kepada Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.

Pimpinan negeri, seperti Mustafa Shaari, Dr Khairudin Malik, Dr Khalil Idham Lim, Asmuni Awi, dan Zawawi Hasan adalah antara pemimpin yang menjadi tonggak kekuatan PAS Perak dengan didukung oleh pimpinan kawasaan dan cawangan.

Saya masih ingat akan ucapan Dr Khairudin di Muktamar Tahunan PAS beberapa tahun lalu yang begitu mengesankan, membayangkan tahap intelektualnya yang tinggi sebagai pemimpin parti dan gerakan Islam.

PAS Perak memiliki sejumlah pimpinan berkualiti, terdiri daripada ulama, profesional dan aktivis veteran yang sangat berpengalaman. Malah ia bermula daripada Hizbul Muslimin, gerakan Islam pimpinan Abu Bakar Baqir di Gunung Semanggol pada tahun 40-an dan 50-an, di mana dari aspirasi perjuangan Hisbul Muslimin inilah yang mencetuskan idea penubuhan PAS.

Dalam satu temu ramahnya baru-baru ini, Ustaz Abu Bakar menyatakan bahawa Perak mempunyai beberapa keistimewaan di mana, antaranya, bumi Perak menjadi tempat kedua PAS berkembang apabila cawangan yang pertama di Perak di tubuhkan iaitu Cawangan Kuala Kangsar pada 10 April 1952.

Cawangan ini diketuai oleh Tuan Guru Abdul Samad Noh, diikuti Cawangan Kerian pada 6 Julai 1952. Sehingga Januari 1953, PAS turut mempunyai cawangan di Beruas, Selama, Telok Anson (kini Teluk Intan), Titi Serong dan beberapa daerah di Hilir Perak.

Perak juga pernah menjadi tuan rumah Kongres PAS yang pertama di Maahad Yahyawiah, Padang Rengas dalam tahun 1952. Kemudiannya Kongres PAS ke-2 berlangsung di Madrasah Al Ulum, Bagan Datoh pada 25 - 28 Ogos 1953 di ikuti oleh Madrasah a-Tahzib ad – Diniah, Titi Serong pada 12 – 14 Ogos 1954 yang berjaya membuat keputusan memisahkan PAS daripada pengaruh Umno. PAS menjadi penyambung perjuangan daripada Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol, Perak pada tahun 1948.

Hari ini PAS Perak telah menggerakkan seluruh jenteranya, siang dan malam, untuk menghadapi PRU13. Di samping kerja keras, malamnya bermunajat, memohon Allah SWT memberikan kekuatan untuk mencapai kemenangan.

Namun dalam mengamati gerak kerja pilihan raya ini, saya sentiasa teringat akan pesan tokoh ternama PAS, Almarhum Ustaz Hasan Shukri yang memberitahu bahawa PAS negeri – bukan Perak saja – supaya berusaha keras menambah cawangan sebanyak mungkin.

Almarhum memberitahu saya ketika kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang dulu bahawa antara faktor penting untuk PAS mencapai kemenangan maka sesuatu kawasan mestilah banyak cawangan. Kalau dapat di setiap kampung, bagaimana jauhnya di pedalaman, ada cawangan PAS.

Saya yakin, hal ini sentiasa ada dalam pemikiran dan tindakan bukan saja oleh PAS Perak, tetapi di negeri lain juga.

Baginya, 'pertarungan' menang-kalah dalam sebarang pilihan raya bermula battlegroundnya daripada cawangan, justeru segala persiapan mestilah bermula daripada cawangan. Banyaknya cawangan bermakna akan lancar gerak kerja pilihan raya.

Saya yakin PAS Perak kini sedang berkembang dengan baik, segar dan mampu menghadapi cabaran. Dengan persiapan yang cukup, insya-Allah PAS Perak akan mampu mengulangi kemenangannya seperti pada masa lalu.

Namun jangan lupa dengan jasa dan pengorbanan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang yang dengan pimpinannnya bersama dengan seluruh pendukung PAS Perak dapat mencapai kemenangan dalam PRU12 yang lalu.

Beliau sangat tegas menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan ini akan dirakam dalam sejarah perjangan PAS.


video:UMNO SESAT...(USTAZ AZHAR IDRUS)

Posted: 14 Nov 2011 05:35 AM PST

Wow ..Lumayan ...Gaji Programmer Google

Posted: 14 Nov 2011 04:16 AM PST


gaji pekerja google @ isuhangatGoogle telah lama diketahui sebagai tempat terbaik untuk bekerja. Mereka menawarkan makanan percuma, tempat bersenam, tempat berehat dan potong rambut profesional di pejabat mereka di California. Lihat gambar pejabat Google VS Yahoo Di sini .Perkara tersebut telah menjadikan mereka syarikat pilihan pekerja dari seluruh perniagaan yang ada di dunia.

Selain dari persekitaran tempat kerja yang relax dan makan free mestilah gaji pekerja Google menarik juga kan. Tahukah anda berapa gaji pekerja-pekerja Google?

Data berikut tidak terlalu mudah dicari, jika anda tidak percaya, anda boleh search di Google.

Berikut adalah statistik gaji pekerja Google yang cukup menarik.

1. Google Programmer di Phoenix – $174,000 setahun

2. Google Programmer di California – $197,000 setahun

3. Google Programmer di Chicago – $222,000 setahun

4. Google Programmer di New York – $242,000 setahun

(menurut Indeed.com)

Itu hanya gaji… apa lagi yang ditawarkan Google kepada pekerjanya?

1. Google akan membayar $8,000 setahun jika anda mahu sambung belajar. Mereka hanya mengharapkan keputusan gred "B".

2. Jika anda memperkenalkan seorang pekerja untuk menjadi staff Google dan mereka bertahan untuk 60 hari, Google akan membayar $2,000 kepada anda.

3. Jika anda hendak mengambil anak angkat, Google akan memberikan $5,000 untuk urusan legal dan kos.

4. Bergantung kepada berapa lama anda bekerja di Google, anda akan mendapatkan sehingga dengan 25 hari bonus hiburan dalam setahun.

Satu lagi perkara yang menarik dari segi pendapatan pekerja Google, menurut New York Times, kira-kira ada 1,000 pekerja Google yang mempunyai saham dengan nilai $5 juta dollar.

Masih menurut New York Times, setiap pekerja yang bersama Google untuk setahun sahaja memiliki nilai lebih dari $250,000.

Pesaing google mengatakan bahawa programmer Google telah menikmati 50% kenaikan gaji dalam beberapa tahun terakhir ini.

Apa yang admin nampak dari kisah pekerja Google ini ialah syarikat yang menawarkan ganjaran dan tempat kerja yang menarik dapat memberi semangat bekerja kepada pekerjanya yang akhirnya mereka akan bekerja bersungguh-sungguh,setia dan rela buat apa sahaja demi keuntungan syarikat.

Gaji Programmer Google

Ha.. Bekas Murid Mat Indera Berjaya Juga Dikesan

Posted: 13 Nov 2011 04:08 PM PST


imagePONTIAN – Petualang ! suatu tuduhan melampau yang telah ditujukan kepada pejuang kemerdekaan Mat Indera Shah kononnya bekerjasama dengan komunis.

Bagaimanapun, Wartawan Mtd Pas Benut baru-baru ini berjaya menjejaki bekas anak murid Mat Indera Shah di Kampung Serkat, Parlimen Tanjung Piai yang kebetulan berada di tapak ceramah dekat sini bagi mengetahui secara dekat peribadi tokoh yang penuh kontroversi itu.

Adalah suatu tuduhan yang janggal dan tidak masuk akal dengan mengatakan dan menjaja nama Mat Indera, bersekongkol dengan pengganas Komunis yang telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong.

Sebaliknya, Mat Indera harus dinobatkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan kerana ketokohan, keberanian dan sumbangannya menentang penjajah British.

Perkara ini ditegaskan oleh Ayub bin Sar, 78, atau lebih dikenali sebagai Pak Ayub dengan mempersoalkan bagaimana mungkin seorang yang kuat agama boleh terjebak dan menjadi petualang.

Sepanjang sesi temu bual ringkas itu, Pak Ayub begitu semangat menceritakan perihal Mat Indera walaupun dirinya telah dimamah usia.

Penampilan yang segak, bertubuh tinggi lampai, berkulit sawa matang dan berkasut hitam sudah tentu ramai yang tidak menyangka bahawa beliau adalah bekas murid kepada ikon yang menggemparkan negara sedikit masa lalu.

"Dia (Mat Indera) bekas guru saya. Guru agama di sebuah sekolah dekat Parit Ibrahim, Pontian sebelum perang Jepun lagi.

"Beza umur saya dengan dia 12 tahun. Saya lahir tahun 1932." ujarnya ketika ditemui wartawan Mtd Pas Benut sebelum mengikuti majlis ceramah umum di Serkat, Tanjung Piai, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu komunis yang melibatkan bekas pejuang kemerdekaan Mat Indera yang banyak diperkatakan sebelum ini.

image

BEKAS Anak Murid MAT INDERA Berjaya Dijejaki

Tiada ulasan: