Kerabu Bersuara ® |
- Penghayatan Hari Wukuf bersama Tok Guru & Ustaz Azhar Idrus
- Nasihat Dan Doa Tok Guru Nik Aziz Sempena Hari Wukuf Dan Aidiladha
- Kes UKM4 – Siapa Kerajaan? BN atau Jabatan Peguam Negara? – Oleh Lau Weng San
- Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha 1432 H
- Perutusan Hari Raya Aidiladha 1432H
- Gambar Tok Guru Nik Aziz Menangis Menitiskan Air Mata Semasa Berdoa Dalam Majlis Hari Wukuf
- Sambutan Hari Wukuf Di Kelantan Bersama Tok Guru Nik Aziz Dan Ustaz Azhar Idrus
Penghayatan Hari Wukuf bersama Tok Guru & Ustaz Azhar Idrus Posted: 05 Nov 2011 05:30 AM PDT Terima kasih dan kredit gambar-gambar tersebut kepada sahabat kami http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150381071479485.373399.622399484&type=1 |
Nasihat Dan Doa Tok Guru Nik Aziz Sempena Hari Wukuf Dan Aidiladha Posted: 05 Nov 2011 03:49 AM PDT Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh, kepada semua umat Islam diucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Adha 1432H. Sebagaimana biasa (menjelang) Hari raya Idul Adha ialah berlaku sehari sebelumnya Hari Wukuf atau Hari Arafah. Hari untuk berhenti dan berdoa di Padang Arafah. Maka kita di Kelantan, sejak 18 tahun lalu turut mengadakan Majlis Menghayati Hari Wukuf. Ia sebagai tanda sama-sama menghayati cara ibadat haji para Jemaah Haji di Tanah Suci. Justeru bagi tahun ini, saya menyeru agar setiap kita dapat berdoa. Antara doa ialah pertama "mohon Allah beri ke Negeri Kelantan ini royalti minyak, dan keduanya agar perjuangan Islam ini dapat (menang) sampai ke Putrajaya. InsyaAllah, semoga kita semua dapat meningkatkan amal kebajikan, agar kita tetap dirahmati Allah di hari Idul Adha ini. Labbaika Allahuma Labbaik...Allahu Akbar. Sumber Dari Facebook Tok Guru |
Kes UKM4 – Siapa Kerajaan? BN atau Jabatan Peguam Negara? – Oleh Lau Weng San Posted: 05 Nov 2011 03:13 AM PDT 5 November 2011 5 NOVEMBER – Jikalau kerajaan Barisan Nasional membuat rayuan terhadap Mahkamah Rayuan berhubung keputusannya bahawa Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka ini menunjuk bahawa kerajaan BN memandang remeh terhadap prinsip pengasingan kuasa dan prinsip kebebasan kehakiman. Sekiranya kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib Razak menganggap dirinya sebagai kerajaan transformasi yang ikhlas untuk memansuhkan atau meminda sebarang akta yang mencengkam hak-hak asasi manusia, maka ianya perlu tegas dalam tindakannya dan tidak akan membuat rayuan lagi. Malangnya, BN hanya bertolak-dalih dan menyerah kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan seolah-olah BN ingin menolak sebarang tanggungjawab untuk bertindak tegas dalam kes ini. Tindakan BN ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan menimbulkan tanda soal: Siapakah yang menjadi kerajaan pusat? BN atau Jabatan Peguam Negara? Jikalau BN boleh melakukan sesuatu yang bercanggahan dengan prinsip pengasingan kuasa seperti apa yang berlaku pada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar pada tahun 2009 sehingga beliau dikasari dan diheret keluar daripada DUN, adalah amat melucukan kita semua apabila BN pula ingin membuat rayuan dalam kes UKM4 atas alasan keputusan hakim bercanggahan dengan prinsip pengasingan kuasa. Pengasingan kuasa Kita harus ingat bahawa semangat prinsip pengasingan kuasa dan kebebasan kehakiman yang diwarisi daripada British turut menekankan peranan hakim dalam membuat takrifan terhadap undang-undang yang sedia ada untuk memastikan keputusan yang dibuat bukan sahaja selaras dengan peredaran zaman tetapi turut mematuhi semngat asal Perlembagaan Persekutuan serta berlaku adil terhadap rakyat dan kerajaan. Harus juga diingati bahawa keputusan salah seorang hakim dalam kes UKM4 ini, iaitu Yang Arif Mohd Hishamudin Mohd Yunus dalam keputusannya telah menetapkan bahawa Seksyen 15(5)(a) AUKU mencengkam kebebasan bersuara mahasiswa-mahasiswi dan ianya tidak membantu untuk melahirkan golongan berfikiran kritikal yang boleh membantu pembangunan negara. Justeru itu, mesej yang ingin disampaikan oleh Hakim kepada Parlimen yang dikuasai BN ialah Seksyen 15 (5) (a) ini tidak sesuai dengan zaman moden dan sudah sampai masanya untuk memansuhkan klausa-klausa yang menekan kebebasan bersuara mahasiswa-mahasiswi. Malangnya, pada pandangan BN, undang-undang hanya merupakan alat kegunaan BN sahaja untuk menekan perbezaan pandangan. Seruan dan mesej daripada keputusan ini langsung tidak dihirau. Apa yang menyedihkan ialah walau pun keputusan Mahkamah Rayuan ini tidak berasaskan sebarang kepentingan politik, Kabinet memilih untuk mendiamkan diri dan menyerah kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan. Ini menunjukkan bahawa BN langsung tidak ikhlas untuk melaksanakan sebarang pembaharuan. Dolak-dalik BN Sebelum ini terdapat ahli-ahli politik BN yang menyeru Kabinet agar tidak membuat rayuan. Mereka ini ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu serta Pengerusi Pemuda BN BN Khairy Jamaluddin. Sekarang saya ingin bertanya mereka, apakah penjelasan mereka terhadap sikap Kabinet yang bertolak-dalih ini? Ini bukan pun kali pertama Kabinet membuat keputusan yang bertolak-dalih seperti ini. Dalam perbicaraan terhadap 21 individu yang ditahan kerana mengambil bahagian dalam satu perhimpunan tanpa permit pada tahun 2008 sempena ulangtahun pertama Bersih di Petaling Jaya, Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz juga berkata bahawa keputusan untuk melepaskan dakwaan terhadap kesemua 21 individu itu terletak di tangan Jabatan Peguam Negara. Janganlah BN menghina kebebasan kehakiman dan prinsip pengasingan kuasa dengan tolak dalih seperti ini. Ketepikan rayuan itu dengan tegas, jangan mempertahankan undang-undang lapuk yang mecengkam hak-hak asasi manusia dan biarkan kebebasan kehakiman dan prinsip pengasingan kuasa antara kehakiman, ekesekutif dan perundangan bertumbuh subur di bumi Malaysia ini. Penulis adalah ADUN DAP Kampung Tunku |
Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha 1432 H Posted: 05 Nov 2011 02:50 AM PDT Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha 1432 H: Pada hari yang sangat besar ertinya kepada umat Islam ini, ketika mana Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan berhimpun di tempat letaknya kiblat umat Islam, kita dipersatukan dengan Islam yang menjadi panduan hidup manusia sehinggalah ke hari kiamat. Iman yang dimiliki oleh umat manusia inilah yang juga mempersaudarakan kalangan manusia dari pelbagai rupa bangsa samada dekat atau jauh, semuanya adalah bersaudara di antara satu sama lain. Kita membaca bagaimana umat Islam di zaman dahulu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadis Nabi saw, termasuklah dalam perkara hubung-kait antara satu sama lain walaupun mereka berselisih pendapat dan berbeza pemimpin, mazhab dan guru tetapi mereka berkasih sayang dan bermaafan. Kalau mereka berselisih pendapat atau berkelahi dengan mudah sahaja mereka berdamai kerana mereka menyelesaikan masalah dengan kembali kepada kepada Al-Quran dan Hadith Nabi saw. Kepada seluruh ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS), marilah kita terus menerus memperkukuhkan parti kita dengan sama-sama kita mengikhlaskan niat perjuangan kita kerana Allah, dan seterusnya kita beramal dengan kaedah perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Marilah kita berpegang teguh kepada firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 59. "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya" Juga sabda nabi s.a.w yang diucapkan ketika menunaikan haji selamat tinggal : "Janganlah kamu menyeleweng, menjadi kafir selepas aku wafat sehingga ada di kalangan kamu memancung leher dengan pedang-pedang di antara satu sama lain (Riwayat Imam Ahmad, Bukhari & Muslim) Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang |
Perutusan Hari Raya Aidiladha 1432H Posted: 05 Nov 2011 02:47 AM PDT Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan izin-Nya Perayaan 'Aidiladha 1432 Hijrah tiba lagi. Ia merupakan satu daripada dua perayaan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. sebagai ganti kepada perayaan yang pernah disambut sebelum kedatangan Islam. Ia juga disambut bersama musim Haji dengan amalan ibadah korban bersamanya. Sejumlah ibadat penting ini menjelaskan perlunya kita menyambut 'Aidiladha ini dengan penuh keinsafan, kegembiraan dan ketakwaan. Perbanyakkanlah amalan membesarkan Allah s.w.t. selain bersama menunaikan solat sunat 'Aidiladha dan mendengar khutbah. Selain itu, ambillah peluang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, kejiranan dan juga kemasyarakatan dengan bergotong-royong melaksanakan ibadah korban. Sambil bergembira dalam syukur, ingatlah kepada mereka yang kurang bernasib baik. Sesungguhnya, dalam ibadah korban terkandung pelbagai mesej tersurat dan tersirat tentang kepentingan berkorban demi Allah s.w.t. dan melakukan sesuatu dengan cara terbaik. Ia juga mengingatkan kita akan kepentingan berusaha mencari rezeki yang halal melalui kerja keras dan sikap amanah. Sempena sambutan 'Aidiladha untuk tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor menyumbang sebanyak 516 lembu kepada masjid-masjid di seluruh Selangor melalui sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB), Worldwide Holdings Berhad, Menteri Besar Pemerbadanan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Semoga dengan sumbangan ini dapat menambah kemeriahan sambutan Aidiladha. Saya mewakili semua Exco dan wakil rakyat mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh penganut agama Islam khususnya rakyat di negeri Selangor Darul Ehsan. TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM MENTERI BESAR SELANGOR |
Gambar Tok Guru Nik Aziz Menangis Menitiskan Air Mata Semasa Berdoa Dalam Majlis Hari Wukuf Posted: 04 Nov 2011 10:33 PM PDT Penghayatan Hari Wukuf | Terdengar esakan tangisan seorang tok guru yang juga pemimpin di sebuah negeri yang dinafikan segala macam hak, di sujud akhir solat dhuha pagi ini.. Semoga hancur musnah golongan2 yang zalim! Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK). |
Sambutan Hari Wukuf Di Kelantan Bersama Tok Guru Nik Aziz Dan Ustaz Azhar Idrus Posted: 04 Nov 2011 08:45 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan