Sabtu, 5 November 2011

Biaqpila

Biaqpila


SALAM 'IDUL ADHA

Posted: 05 Nov 2011 09:00 AM PDT




MENGHAYATI HARI RAYA KORBAN

'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya
Haji. Pada Hari Raya Haji ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.

Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan ujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.

Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:

"Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".

Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara hewan ternak, memilihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.



Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)


Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.

Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.

Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.

Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala malapetaka mungkin karena dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja.

Amin ya Rabbal Alamin!

Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pensyarah Rogol Pelajarnya Dan Paksa Telan Air Mani

Posted: 05 Nov 2011 12:00 AM PDT

Seorang pensyarah sebuah kolej swasta didakwa telah mengikat, memukul dan merogol pelajar sebelum memaksa dia menelan air mani.
China Press melaporkan bahawa pensyarah berusia dalam 40-an telah memanggil gadis yang berusia 21 tahun untuk bertemu dengannya di pejabat beliaumi bagi membincangkan kerja kursus beliau.
Semasa berada di bilik, pensyarah tersebut mengajak mangsa berhubungan badan namun ditolak. Namun pensyarah tersebut mengugut untuk mengagalkan pelajar tersebut.
Kerana takut digagalkan, mangsa bersetuju untuk mengikuti pensyarah pergi untuk sarapan pagi dengan menaiki kereta pensyarahnya.
Namun sebaik memasuki kereta, pensyarah tersebut telah mencekik leher pelajar tersebut dan merampas telefon bimbitnya.
Pensyarah membawa mangsa ke rumahnya di Sentul di mana pelajar itu diikat, dibogelkan dan dirogol. Tak hanya dirogol, pelajar tersebut juga dipaksa untuk menelan air mani pensyarah tersebut.
Beliau kemudian meninggalkan pelajar tersebut di stesen LRT.
Pelajar, disertai oleh kakaknya, telah  membuat laporan di balai polis Sentul, Kuala Lumpur. ~ dailychilli.com
Published with Blogger-droid v1.7.4

JANGAN LA DOK KUTUK NAJIB KAT MEKAH BRO...

Posted: 04 Nov 2011 07:00 PM PDT




DEY MACHA!!!
APAHAL HANGPA NAK KECOH-KECOH
PENGAWAL DOK KELILING PINGGANG NAJIB
JANGAN LA DOK KUTUK PM KITA KAT MEKAH TU
PATUTNYA KITA PAKAT DOA BAGI DIA DAPAT HIDAYAH
MANA TAU DIA BALIK MALAYSIA ESOK
LUSA TU DIA LAKSANAKAN HUDUD

WALAUPUN GUA JELES JUGAK TENGOK
PASAI GUA PUNYA TURN KENA TUNGGU TAHUN 2037
BARU BOLEH PI HAJI

LAGIPUN GUA TAK RETI NAK POTONG QUE
PASAI GUA TAKDAK KABEL ORANG UMNO
KALAU LU ORANG ADA KABEL
DEPA BOLEH BAGI KUOTA MENTERI
KAH! KAH! KAH!

LAGI SATU PASAI GUA TAKDAK JET PERIBADI
KALAU TAK KEMARIN GUA DAH BETOLAK KE SANA BEB
KAH! KAH! KAH!

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: