Selasa, 1 November 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Apa Komen Blogger Umno Tentang Isu Nalla Dilantik Senator?

Posted: 01 Nov 2011 07:58 AM PDT

http://terompahbesi.files.wordpress.com/2011/04/nala.jpg?w=189&h=267



blogger umno tertekan?

Projek Pusat Fidlot oleh keluarga Shahrizat 22 kali ganda mahal

Posted: 01 Nov 2011 05:00 AM PDT

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR 1 Nov: Kos Projek Fidlot Kebangsaan yang bernilai RM141 juta adalah 22 kali ganda mahal dari kos sebenar, kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli.

Projek ternakan lembu yang dijalankan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd itu diterajui keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Selain itu, KEADILAN juga mendedahkan jualan daging lembu berkenaan- yang kurang dari sasaran ditetapkan- turut dijual kepada restoran mewah milik Shahrizat.

Rafizi berkata, setakat ini RM6 Juta geran peruntukan dan RM135 juta pinjaman berkadar rendah telah diberikan kepada pusat itu.

Menurutnya, kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri menggariskan anggaran kos RM6.37 juta untuk mengusahakan ladang ternakan bagi 9,000 ekor lembu dengan pulangan 27.59 peratus setahun.

"Ini bermakna RM141 juta dibahagi RM6.37 juta setahun, menunjukkan kos yang 22 kali ganda lebih tinggi," kata Rafizi dalam sidang media di parlimen hari ini.

Semalam Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mempertahankan projek tersebut yang diberikan kepada keluarga Shahrizat.

Rafizi membidas kenyataan Noh Omar bahawa projek itu tidak gagal kerana syarikat Agro Science- salah sebuah syarikat daripada dua syarikat yang dianugerahkan projek itu- berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan.

"Datuk Seri Noh Omar seolah-olah cuba memperbodohkan rakyat apabila mengumumkan (ternakan) lembu 8,000 ekor selama 3 tahun adalah satu kejayaan negara," katanya.

Ini kerana katanya, kementerian itu melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar menetapkan sasaran rasmi supaya Pusat Fidlot Kebangsaan menyediakan sebanyak 276,000 ekor lembu fidlot setahun.

Sekaligus katanya, sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian itu adalah lebih tinggi daripada yang diumumkan oleh Noh Omar.

Mengikut RMK9, projek itu perlu menternak sekurang-kurang 60,000 ekor lembu, membina satu ladang komersil bebas dengan 20,000 ekor lembu setiap tahun, dan juga membina 310 ladang satelit dengan 600 ekor setahun bagi setiap ladang.

"Lalu menimbulkan persoalan sama ada menteri berkenaan berbohong untuk mengelirukan rakyat atau tidak menyemak angka-angka bersabit Pusat Fidlot," katanya sambil menambah, maklumat tersebut boleh diperolehi dengan melayari laman Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Rafizi berkata, ekoran sikap membisu Shahrizat berhubung isu itu, KEADILAN akan menganjurkan satu rombongan melawat Pusat Fidlot berkenaan Khamis ini.

Nak Cepat Jadi Ahli Dewan Negara, Kena Kaw-Kaw Kutuk Anwar. Tengok Ni

Posted: 01 Nov 2011 03:29 AM PDT

Datuk Nalla dilantik senator, angkat sumpah esok

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 1 Nov ― Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk K S Nallakaruppan yang juga bekas rakan sukan tenis Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai senator.

Nallakaruppan yang menubuhkan parti itu selepas keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) empat tahun lalu mengesahkan beliau telah menerima surat pelantikan sebagai anggota Dewan Negara minggu lalu.

Beliau dijadual mengangkat sumpah esok.

"Ya, saya sudah terima surat pelantikan. Angkat sumpah esok," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mengenai reaksinya, Nallakaruppan, 65, berkata, beliau menerimanya sebagai satu penghormatan kepada parti itu.

"Biar saya angkat sumpah dulu, nanti saya akan katakan rancangan saya... masih terlalu awal," kata beliau mengenai isu-isu yang beliau akan bawa kelak.

MIUP memberi sokongan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008.

Sejak keluar PKR beliau banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengkritik parti itu khususnya Anwar.

Berbuih Lagi La Mulut Shabery Buih Lepas Ni

Posted: 01 Nov 2011 03:07 AM PDT

Pusat bawa masuk peninju Israel

Harakahdaily

SHAH ALAM, 1 Nov: Kerajaan Selangor langsung tidak terlibat dalam penganjuran program realitiThe Challenger Muay Thai yang melibatkan peninju Israel, kata Exconya, Elizabeth Wong.

Beliau mengulas dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kononnya kerajaan negeri terlibat dalam kemasukan peninju Israel, Ilya Grad yang menyertai sukan itu di Malaysia.

"Menteri Belia dan Sukan tidak patut menunding jari pada pihak lain dan sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan, lapor KeadilanDaily.

Menurutnya, pendirian Pakatan Rakyat sangat jelas bahawa demi semangat setiakawan dengan rakyat Palestin, Malaysia harus menolak sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel.

"Kami tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan kaum Israel memasuki Malaysia.

"Jika kami dimaklum, Kerajaan Selangor pasti memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Imigresen agar menolak kemasukan kaum Israel itu," tegasnya.

Justeru itu, beliau menyeru kerajaan persekutuan menghentikan pengeluaran pas masuk khas kepada kaum Israel dalam apa keadaan sekalipun.

Ilya Grad dilapor memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan 'The Challenger Muay Thai' yang dirakam di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang untuk stesen TV AXN.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad turut menyatakan dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Kerajaan Malaysia sebelum ini membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada syarikat perunding Israel, Apco Wordwide, bagi menaikkan imej. Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun 2010 menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang parlimen selama hampir setengah tahun.

Isu Peninju Israel Masuk Secara 'Kabel', Giliran Shabery Buih Pula Yang Kena Jawab

Posted: 01 Nov 2011 03:05 AM PDT

Selangor tidak dimaklum peninju Israel turut serta

Muhammad Faizal

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menjelaskan jawapan yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam sewaktu sesi penggulungan kementerian itu di Dewan Rakyat adalah tidak tepat dan mengelirukan.

"Saya ingin nyatakan jawapan Menteri Belia dan Sukan tidak tepat serta mengelirukan. Apa yang ingin saya beritahu Kejohanan The Challenger Muay Thai adalah merupakan program di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

"Apabila program telah ada maka kerajaan negeri telah dimaklumkan dan dalam masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor memohon agar ianya diadakan di negeri ini," jelasnya.

Tambahnya lagi, mengenai penglibatan peserta Israel, Ilya Grad kerajaan negeri tidak dimaklumkan bahawa terdapat peserta dari negara tersebut.

"Kerajaan negeri tidak dimaklumkan bahawa dalam kejohanan tersebut ada perserta dari Israel kerana semua jemputan dilakukan oleh pihak kementerian dan Negeri Selangor hanya menyediakan tempat sahaja.

"Sekiranya kita tahu jika ada penglibatan peserta dari Israel sudah pasti kita akan membuat bantahan awal tetapi kita tidak diberitahu. Apa yang kita tahu hanyalah mengenai program tersebut sahaja dan kita sanggup untuk menganjurkannya," katanya.

Khalid memberitahu mengenai penglibatan kerajaan negeri dengan peserta Israel itu tidak benar kerana kerajaan negeri hanya terlibat untuk menganjur dan menyediakan tempat.

Kenyataan Ahmad Shabery semalam memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah memberi peruntukan RM5 juta untuk kejohanan tersebut manakala kementeriannya hanya meluluskan penganjuran sebagai aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain.

"Untuk mendapatkan tempat sebahagian daripada kos tersebut, kita diberitahu bahawa ia perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor, apa yang kerajaan negeri lakukan semuanya diketahui oleh kementerian.

"Kita dijemput sebagai penganjur dam penyediaan tempat manakala urusan jemputan dilakukan oleh pihak kementerian.

"Saya jelaskan kenyataan menteri itu tidak benar sama sekali," sambungnya lagi.

Kehadiran Ilya Grad dalam Kejohanan The Challenger Muay Thai yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia, baru-baru ini telah menimbulkan persoalan bagaimana rakyat Negara Israel boleh memasuki Malaysia.

Malah sewaktu memasuki Malaysia beliau ditahan selama 25 jam di pintu masuk sebelum mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia" mengikut kenyataan di blog tinju Muay Thai Authority.

Kejohanan tersebut telah dirakamkan dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

Cara Rosmah Dan Rakyat Pergi Menunaikan Haji. Banyak Bezanya Dalam Gambar Ini

Posted: 31 Oct 2011 10:54 PM PDT

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/392689_10150347508905952_157851205951_8628040_226381056_n.jpg

bergaya macam nak pergi melancong!

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/393325_10150347509295952_157851205951_8628049_476510612_n.jpg

dilambai tangan oleh pengampu-pengampu. mungkin dalam maksud lambaian muhyiddin?

http://www.utusan.com.my/pix/2011/0929/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_06.1.jpg

cara orang nak pergi haji. korang tengok macam mana. geng umno mana tahu kan?

http://pmr.penerangan.gov.my/chainmorad/wp-content/uploads/2009/10/jemaah-haji-2009.jpg

adakah sama dengan lambaian rosmah?

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2011/04/pix_gal0.jpg

semoga Allah membuka hati dan mendapat hidayah hendaknya.


Membazir amalan Syaitan
Membazir amalan Rosmah

Syaitan=?

Anak gadis Najib belanja RM195,000 dari sumber sahih

Posted: 31 Oct 2011 10:27 PM PDT

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/11/Cut-paper.jpg

KUALA LUMPUR 31 Okt: Berita mengenai anak gadis Perdana Menteri yang berbelanja sebanyak RM195,000 di sebuah gedung membeli belah terkemuka di Australia, adalah daripada sumber yang sahih.

Keratan akhbar The West Australian bertajuk "Delegates go shopping and sightseeing' itu diperoleh menerusi satu kiriman email oleh satu sumber yang dipercayai kepada Keadilan Daily.

Sumber itu memperoleh keratan berkenaan daripada seorang ahli politik Australia, yang enggan dinamakan atas sebab-sebab politik.

Bagaimanapun, laporan berita dari akhbar bercetak West Australian itu tidak disiarkan di dalam akhbar dalam talian mereka.

Ekoran itu, keratan berita itu kini turut tersebar di internet dan dimuatkan di blog dan dalam laman sosial seperti Facebook.

Nilai wang yang dibelanjakan anak gadis Najib bagaimanapun dianggarkan sebanyak RM195,000 mengikut kadar tukaran semasa dan bukan RM180,000 seperti dilaporkan pada awalnya.

Semalam, Keadilan Daily menyiarkan berita anak perempuan Datuk Seri Najib Razak membelanjakan kira-kira RM180,000 atau A$60000 untuk barangan jenama di David Jones- sebuah gedung terkemuka di negara itu.

Memetik keratan akhbar Australia itu, seorang wanita Pertama yang tidak dinamakan turut membelanjakan A$150,000 (RM487,000) bagi membeli mutiara di gedung mewah berkenaan.

Kesempatan membeli belah itu diambil ketika Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor- yang juga menggelarkan dirinya 'Wanita Pertama Malaysia'- berlepas ke Perth untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), minggu lalu.

Antara yang turut serta dalam delegasi berkenaan ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan Presiden PPP, Datuk M Kayveas.

Ekoran daripada itu, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sebelum ini dikatakan membeli cincin berlian berharga RM24 juta, terus menerima kritikan.

Ahli Jawatankuasa Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin semalam menulis di blognya, berkata, ketika rakyat hidup dalam kesusahan, keluarga pemimpin negara itu terus mempamerkan gaya hidup mewah.

"Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama perbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. rasuah dan pemborosan semakin menggila.

"Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga,?" tulis Chegu Bard.

Ini bukan kali pertama keluarga Najib dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah ketika rakyat bergelut dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Minggu lalu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin meminta Rosmah menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin.

Zuraida berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.

http://www.keadilandaily.com/?p=22384

Kementerian Paling 'Flip Flop' Adalah Kementerian Pelajaran

Posted: 31 Oct 2011 09:00 PM PDT

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/310873_303752252968490_255373811139668_1312151_1557805441_n.jpg

memang gila punya keputusan. setiap tahun punya la berlambak keputusan yang dibuat ikut suka mulut mak bapak pegawai atasan. ingat ni kementerian punya wasiat dari mal bapak kamu ke?

ciss punya menteri!

tolak najib beerti tolak rosmah dan pembaziran. masing-masing menteri nak jaga perut masing-masing.

* Luahan seorang pembaca setia kerabu bersuara

Nik Abduh Sanggah Dr Asri Dalam Artikel Terbaru Blog

Posted: 31 Oct 2011 06:06 PM PDT

sekitar dr asri

Salam Palestin,

Apabila salah seorang daripada kami, rakan-rakan di dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia, menyentuh mengenai teguran Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar kami jangan tiru Taliban ketika merujuk kepada desakan Dewan Pemuda PAS agar kerajaan menghalang konsert seorang ikon gay dunia yang akan berlangsung di negara kita tidak lama lagi, salah seorang daripada kami menjawab secara berseloroh, tapi penuh makna bagi saya.

"Asri sedang berusaha gigih mengikis gelaran 'Wahabiyah' yang banyak membantutkan pengaruhnya daripada melebar di dalam masyarakat. Beliau tidak mahu gelaran yang menjadi bebanan itu terus menghantui usaha pemasakan pemikiran tajdidnya yang dikira terbaik untuk mengubah bangsa Melayu ke tahap memahami Islam yang lebih komprehensif dan progresif."

"Aku fikir dengan melabel pemuda PAS yang kebanyakan mereka adalah seusia dan seangkatan dengannya dalam pengajian dulu – termasuk ketua pemuda PAS – sebagai Taliban, maka masyarakat yang sering melihatnya sebagai 'keras' akan terpesona dan melihat betapa Asri telah banyak berubah dan kendur." Begitu sahabat saya itu berkonklusi.

Taliban dan Wahabi dalam masyarakat kita sering digambarkan sebagai watak-watak keras yang sukar diterima dalam masyarakat kita. Taliban dengan watak janggut panjang dan serban besarnya dan wahabi dengan watak jubah Saudianya. Kebetulan pula, ketua pemuda PAS suka berserban dan serbannya pula lebih besar daripada serban Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi. Ketalibanannya sedikit di belakang rakannya, ustaz Norazli Taliban.

Saya terkekeh-kekeh mendengar seloroh sahabat saya. "Gua tak ikut enta la," jawab saya, enggan terheret jauh kepada perkara yang saya tak fikir Dr Asri akan ke situ pula semasa memberi komen terhadap pemuda PAS.

Tetapi, ia adalah satu isu yang melanda gerakan dakwah di dalam negara kita. Satu anjakan yang menarik apabila pemikiran wasathiyah atau sederhana mula menyerap masuk ke dalam gerakan dakwah atas usaha pelbagai pihak di medan dakwah. Ia seperti menjadi perlumbaan sesama sendiri untuk menjadi juara wasathiyah, seperti telah terbina satu keyakinan bahawa wasathiyah adalah 'mazhab' Islam terbaik untuk zaman kebangkitan Islam ini. Mana-mana yang ketinggalan dan terpencil daripada perlumbaan ini, maka ia bukan pejuang Islam. Begitu dahsyatnya 'kegilaan' kepada dakwah wasathiyah yang semakin bertapak dan berjaya di timur tengah hari ini, termasuk di dalam dunia politik baru di sana.

Saya mungkin salah seorang yang dihinggapi pemikiran ini. Saya, sepertilah orang lain, peminat tegar Dr Yusuf Qaradhawi dan pemikiran wasathiyahnya. Setahun dua ini, saya tergilakan pula buku-buku Dr Muhammad 'Imarah dari Mesir. Tiga hari lepas, semasa makan tengahari bersama mantan mursyid am Ikhwan Muslimin Mesir, Syeikh Muhammad Mahdi 'Akif, saya sempat memohon pandangannya mengenai Dr Muhammad 'Imarah. Syeikh memuji melangit beliau dan menganggapnya sebagai seorang penulis Islam yang agung di negara Mesir. Saya begitu gembira kerana dengan itu, tak perlulah lagi saya risau dan terpaksa mengikis buang pemikirannya yang mula mengalir masuk ke otak hijau saya ini jika ia adalah pemikiran relatif taliban atau Wahabiah!

Dr Asri pula mestilah lebih wasathiah daripada saya. Saya hijau putih dan dia pula aneka warna dan mestilah aneka warna itu lebih menarik. Itu belum lagi dikira gelaran akademiknya, apatah pengaruhnya yang besar di dalam masyarakat. Beliau pernah suatu ketika menjadi 'Mawi' dalam dunia dakwah sebelum kini diambil alih secara lebih dahsyat oleh ikon baru anak muda, ustaz Azhar Edrus yang lebih versatil.

Ketika orang lain sudah berada di langit biru, saya baru bertatih- tatih jadi pelakon tambahan! Adduh, gua ikut enta, bro! Penangan Ahmad Idham punya 'Hantu Bonceng' telah membantu membuka pintu baru kepada gerak kerja dakwah Dewan Pemuda PAS untuk berlumba memaut anak muda kita menuju kehidupan berugama yang lebih bermakna. Ahmad Idham kini adalah kawan saya. Siapa mampu menduga kerja tuhan, bro!?

Apapun, kemabukan dakwah wasathiyah di sebalik kebaikannya, telah mencetuskan wabak baru dalam dunia dakwah iaitu keterlampauan dalam berwasathiyah. Dulu Islam Liberal adalah nama senjata baru untuk gerakan memalsukan Islam di zaman moden, tetapi kini, saya, sepertilah yang lain, mula merasai liberalisasi wasathiyah yang bahaya.

Saya namakannya, liberalisasi dakwah wasathiyah. Saya tak pasti, adakah saya akan mengulasnya nanti secara mendalam. Saya lebih suka jika Dr Asri memulakannya, kecuali ianya tidak penting di sisinya. Apalah pemuda PAS, hantu bonceng pun ambil kira!

Dr Asri, saya sering memujinya di hadapan pemuda PAS. Setengahnya sampai berkerut, mengapa saya memujinya sedangkan mereka mahu saya menghentamnya. Saya jawab, buat apa hentam orang yang bantu saya hentam umno? Tumpukan pada musuh yang pasti.

Sekadar nasihat, Dr Asri patut lebih cermat. Mengkritik itu bagus buat orang berilmu. Kritiklah kerana semua orang tahu anda ahli dalam kritik. Tetapi bila melabel, khususnya buat kawan, pilihlah label yang tidak menyakitkan. Saya fikir anda menghafal al Hujurat. Jangan fikir orang Taliban tak marah bila anda menghina mereka sebagaimana jangan orang memikir anda tak marah dilabel buruk sebagai Wahabiah. Jika anda di depan saya, saya terus bagi penumbuk di mulut, biar pecah berdarah gusi itu. Sebelum anda mengesatnya, saya akan berkata, "Inilah cara Taliban berterima kasih!"

Mengkritik adalah kebebasan dan hak orang berilmu. Membebel pula adalah senjata orang perempuan. Dari kecil ibu saya mendidik saya dengan membebel. Ayah hanya mendehem. Bebel dan dehem membina saya dan kita semua. Jika Asri mahu mengkritik, itu haknya yang disukai ahli ilmu. Tetapi Asri kadang-kadang membebel. Geli geman juga saya mahu serius menasihatinya agar elakkan membebel. Jangan diambil senjata perempuan. Tak manis orang lelaki digelar pembebel.

Saya belum menulis mengenai isu konsert gay antarabangsa itu. Jika sempat saya akan segera menulisnya, insya Allah. Saya sokong kerajaan mesti menghalangnya. Pemuda PAS bukan hanya mahu menghalang anak muda Islam daripada pergi ke Genting. Itu kecil la Bro Asri. Pemuda PAS mahu menghalang kerajaan daripada membawa masuk budaya gay terlaknat itu. Ini baru pemuda PAS!

http://nikabduh.wordpress.com/2011/11/01/sekitar-dr-asri/

Tiada ulasan: