Selasa, 1 November 2011

Biaqpila

Biaqpila


2 isteri bermadu buat "projek" serentak dengan jantan lain

Posted: 01 Nov 2011 08:40 AM PDT

SEREMBAN: Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini.

Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.


Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.


Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.


"Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah.


"Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan," katanya.



Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama.


Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk menjamin isterinya yang curang.


"Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat," katanya.


Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau melakukan persetubuhan haram," katanya.


penburuk

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Bekas 'rakan tenis' Anwar dilantik senator esok

Posted: 01 Nov 2011 03:24 AM PDT


Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, esok.

Pengumuman itu dibuat menerusi pemberitahuan parlimen selepas diedarkan kepada petugas media, hari ini, lapor sebuah akhbar.

Ahli perniagaan itu merupakan bekas sahabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nallakaruppan (kiri) pernah bergiat dalam PKR pimpinan isteri Anwar - Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail - pada 2007 tetapi keluar parti kira-kira setahun selepas itu.

Nallakaruppan kemudiannya menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) tetapi tidak menyertai pilihan raya umum ke-12 bagi menumpukan kepada kerja-kerja dalaman.

Beliau terkenal ahli politik yang lantang mengkritik kepimpinan Anwar dan PKR.


MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KANAK-KANAK 7 DAN 8 TAHUN PECAH RUMAH

Posted: 31 Oct 2011 07:05 PM PDT

Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar presint 8 di sini terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai kegiatan itu. Ketua Polis Putrajaya, Superintenden Abdul Razak Abd Majid berkata seorang rakanmereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri.Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah.
"Kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi.
Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya. "Terkejut mendengar perkara tersebut, ayah berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu," kata AbdulRazak kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini. Abdul Razak berkata setelah disoal siasat pihak polis, kedua-dua mereka mengakui telah menjalankan kegiatan mencuri itu sejak enam bulan lalu.
Beliau berkata dua kanak-kanak itu melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil kunci yang diletakkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabilatuan rumah keluar bekerja pada waktu pagi.
Menurutnya, kanak-kanak itu sepatutnya pergi ke sekolah pada waktu tersebut,sebaliknya ponteng bagi melakukan perkara itu.


"Mereka mengambil duit dan barang-barang yang terdapat dalam rumah yang dibuka dengan menggunakan kunci yang ditemui.
Bagaimanapun ini tidak melibatkanbarang-barang lain yang berharga," katanya.
Beliau berkata kanak-kanak itu menggunakan wang yang dicuri untuk membeli-belah di Alamanda di sini.
Abdul Razak berkata kedua-dua budak tersebut akan diserahkan kepada JabatanKebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
"Mereka tidak boleh didakwa kerana masih lagi kecil (di bawah umur), oleh itu tindakan susulan akan dibuat oleh JKM," katanya.
Abdul Razak mengingatkan penduduk di Putrajaya menghentikan amalan meletak kunci di luar rumah ketika keluar demi mengelakkan kejadian curi seperti itu dari terus berlaku.

kl-today
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: