Kelab Greenboc |
- Isu Lembu Feedlot Lagi: Wang Habis Dikeluarkan Baru Tandatangan Perjanjian - PAC
- UMNO Lebih Rela Bergelumang Dengan Najis Lembu Daripada Buang Shahrizat
- BERS✔H 3.0 Perlu Dilancarkan Segera Sebelum Lebih Ramai Warga Asing Dapat Mykad
- Lagi Letupan Akibat Saluran Gas Memasak Di Restoran Pusat Beli-belah
- BN Hanya Tinggal Pada Nama, Hakikatnya, BN Sudah Tiada
- Gadis Kisahkan Dia Diikat Oleh Perogol Bersiri
- [Video] Isa Samad Memaki Ketua Peneroka Felda Kebangsaan
- Calon SPM Ditangkap Khalwat.
- Penipuan SPR-BN Didedahkan, Kawasan BN Dikecilkan Untuk Tambah Bilangan MP BN
- BN Tergugat: MTUC Isytihar Perang Ke Atas BN Jika Akta Kerja Diteruskan
- Laporan Audit Buktikan Pentadbiran Pakatan Rakyat Lebih Baik Dari BN
Isu Lembu Feedlot Lagi: Wang Habis Dikeluarkan Baru Tandatangan Perjanjian - PAC Posted: 27 Nov 2011 11:50 PM PST Pengurusan Lemah Punca Masalah Projek Kerajaan - PAC KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Rabu berkata sistem pengurusan yang lemah menjadi punca kepada wujudnya kelemahan terhadap projek-projek kerajaan termasuk kontroversi Pusa tFitlot Negara kendalian National Feedlot Corporation (NFC). Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata kelemahan sistem yang digunapakai sekarang ini menimbulkan pelbagai masalah berulang setiap tahun membabitkan pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan. "PAC dapati ini merupakan petanda bahawa sistem pengurusan kita sendiri ada masalah yang perlu dilihat semula. "Kita perlu kaji semula adakah cara kendalian kita bersesuaian dengan kehendak semasa," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung isu NFC. Menurut Azmi, penelitian khusus PAC berhubung isu NFC ialah mengenai aliran kewangan yang disalurkan pada 2008 seperti yang ditegur Laporan Kedua Audit Negara 2010. "Antara faktor kelemahan ialah berhubung kelewatan pengurusan. Kelewatan yang didapati antara kementerian dan NFC ialah wang yang dikeluarkan pada 2008/2009 menerusi satu akaun khas. "Selepas wang itu habis dikeluarkan, pada 2010 barulah perjanjian ditandatangani. "Kelewatan seperti ini bukan sahaja berlaku kepada NFC, malah turut terjadi kepada kementerian dan jabatan lain," katanya. Dalam pada itu Azmi berkata, PAC akan memanggil Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi mendapatkan penjelasan mengenai kelemahan menguruskan projek kerajaan. PAC juga akan mendapatkan penjelasan daripada NFC berhubung isu tersebut pada Januari depan. Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya selain wujud dakwaan pembelian kondominium mewah di Bangsar yang dikatakan menggunakan wang NFC. Sejak Laporan Ketua Audit Negara 2010 dikeluarkan pada bulan lalu,pembangkang membuat beberapa dakwaan termasuk penyelewengan peruntukan kerajaan bernilai RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience SdnBhd. Malah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sudah memulakan siasatan termasuk kemungkinan wujudnya elemen pecah amanah atau penipuan berhubung pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC. Kes pembelian kondominium itu dirujuk oleh polis kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ia diklasifikasikannya sebagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya di bawah bidang kuasa SPRM seperti yang termaktub dalam Akta SPRM (ASPRM 2009). -mstar Ulasan GB UMNO sering menuduh Pakatan Rakyat sengaja menimbulkan isu lembu Feedlot sedang isu itu didedahkan oleh Jabatan Audit Negara sendiri yang mendapat terdapat penyelewengan dan salahlaku di dalam projek lembu NFC berkenaan. Kini, sekali lagi, daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pula yang mendedahkan berhubung kelewatan pengurusan. Kelewatan yang didapati antara kementerian dan NFC ialah wang yang dikeluarkan pada 2008/2009 menerusi satu akaun khas. "Selepas wang itu habis dikeluarkan, pada 2010 barulah perjanjian ditandatangani," katanya. Malah beliau berkata: "Kelewatan seperti ini bukan sahaja berlaku kepada NFC, malah turut terjadi kepada kementerian dan jabatan lain"! Memang binatang sungguh. |
UMNO Lebih Rela Bergelumang Dengan Najis Lembu Daripada Buang Shahrizat Posted: 27 Nov 2011 10:41 PM PST Shahrizat tenang berdepan isu projek lembu KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang diheret dalam isu salah guna dana projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Nasional (PFN), yang dikendalikan suami dan anaknya, akan tetap bersama perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno. Sambil menganggap isu berkenaan yang tercetus susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai asam garam dalam kehidupan ahli politik, Ketua Wanita Umno itu, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata ia tidak mengganggu kepemimpinannya dalam pergerakan itu. Datuk Seri Shahrizat berkata, kurangnya penampilannya di majlis atau media adalah kerana bercuti dan kebetulan cuti tahunannya diluluskan awal dan ketika isu PFN timbul. 'Program Wanita Umno tidak tergugat, semua berjalan lancar mengikut perancangan. Seminggu lalu saya menunaikan umrah. 'Pagi tadi (kelmarin) saya bersama ribuan ahli dan pemimpin Wanita Umno di Pahang dalam program dihadiri Sultan Ahmad Shah. 'Saya akan bersama perwakilan minggu depan dan kita akan bersidang sepanjang tempoh itu,' katanya ketika dihubungi Berita Minggu Malaysia (BMM) kelmarin. Mengenai kemungkinan pembangkang menggunakan isu PFN untuk memecahbelahkan Wanita Umno, beliau berkata, sudah tentu pembangkang akan melakukan pelbagai taktik dan cubaan untuk melemah serta memusnahkan pergerakan itu. Namun, Wanita Umno akan terus memberi perhatian sepenuhnya kepada tugas diamanahkan, kata-nya. Mengenai tambahan kerusi kepada Wanita Umno pada pilihan raya umum nanti, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan tertinggi bagi menentukannya kerana percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, peka dan prihatin dengan sumbangan sayap itu kepada parti dan negara. Perhimpunan Agung Umno 2011 selama lima hari itu dilihat banyak pihak sebagai yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13. Sementara itu, menjelang perhimpunan itu, Datuk Seri Najib, dalam wawancara khas dengan agensi berita Bernama di sini, kelmarin, menggesa ahli Umno mengutamakan parti melebihi kepentingan diri. Datuk Seri Najib juga menafikan dakwaan bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan kepentingan Melayu sehingga menyebabkan kaum itu berasa terpinggir kerana sejak dulu hingga kini agenda berkenaan terus diperjuangkan parti itu. 'Itu tidak benar. Walaupun kita dengan slogan 1Malaysia tetapi kita tidak pernah kata agenda Bumiputera itu kita sudah tiadakan. Malah ia masih lagi menjadi agenda utama (Umno) dan sebahagian agenda nasional kita. 'Apa yang kita lakukan terhadap kaum lain ialah untuk melakukan apa yang perlu bagi menunjukkan kerajaan kita adil dan berdiri atas tunggak keadilan sosial,' katanya. -BH NFC: Wanita PKR ulangi gesaan Shahrizat lepas jawatan Ulasan GB Dengan pembelaan yang dilakukan oleh PM, TPM, Menteri-menteir kabinet dan bekas PM terhadap Ketua Wanitanya, Shahrizat Jalil yang terpalit dengan isu lembu Fidlot, ternyata, UMNO tidak berupaya untuk membersihkan partinya daripada "tahi lembu". Ini adalah kerana salahlaku, penyelewengan dan korupsi sudah lama mendarah-daging di dalam UMNO. Ia juga petanda bahawa UMNO bakal tumbang akibat keengganan UMNO untuk bertindak di atas isu Feedlot yang telah mencemarkan partinya. Laporan sebelum ini: |
BERS✔H 3.0 Perlu Dilancarkan Segera Sebelum Lebih Ramai Warga Asing Dapat Mykad Posted: 27 Nov 2011 08:33 PM PST Perwakilan: Jangan layan PSC, segerakan BERSIH 3.0 Naib ketua pemuda PKR, Azmizam Zaman Huri berkata pemimpin parti itu tidak sepatutnya melayan jatawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya kerana jawatankuasa itu dijangka tidak akan menerima tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH. Sebaliknya, beliau menuntut supaya satu lagi perhimpunan, BERSIH 3.0 diadakan segera untuk menjamin peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya. "Saya cadangkan jangan layan PSC, kita dah tahu keputusannya, mereka tak boleh layan tuntutan BERSIH. "Kongres (AMK) dah putuskan, jalan terbaik untuk ambil alih Putrajaya untuk sedarkan pemimpin Umno-BN, suka atau tidak kita kena adakan juga perhimpunan BERSIH 3.0." Katanya, PSC hanya akan melengahkan lapan tuntutan BERSIH untuk pilihan raya bersih dan adil dan keputusan itu hanya "akan sakitkan hati kita." Beliau juga mendakwa, BN juga semakin giat mendaftar warga asing untuk diberikan kad pengenalan untuk membolehkan mereka dijadikan pengundi dalam pilihan raya akan datang. "Jangan tunggu Februari, kalau boleh bulan depan kita buat (perhimpunan). Jangan buang masa," katanya lagi dalam ucapan berapi-api di Kongres Nasional PKR Kelapan hari ini. Jika tidak, beliau mendakwa, lagi banyak warga asing dapat kad pengenalan melalui program 6P. Tambahnya, satu lagi perhimpunan akan dijalankan di Stadium Shah Alam pada 4 Disember untuk menghantar mesej supaya pilihan raya tidak akan diadakan sebelum lapan tuntutan BERSIH ditunaikan. -mk
|
Lagi Letupan Akibat Saluran Gas Memasak Di Restoran Pusat Beli-belah Posted: 27 Nov 2011 06:55 PM PST Kuala Lumpur: Sebuah restoran di pusat beli-belah Maju Junction di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, musnah dalam letupan dan kebakaran yang dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas di dapurnya lewat malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11.20 malam itu, letupan gas dan kebakaran restoran berkenaan di tingkat bawah pusat beli-belah berkenaan turut mengakibatkan beberapa premis berhampiran rosak, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 11.25 malam dan setibanya di tempat kejadian api sudah marak dari bahagian dalam restoran. "Ketika kejadian semua pekerja selesai bertugas kira-kira 20 minit sebelum letupan berlaku. Siasatan awal mendapati ia berpunca dari kebocoran gas yang kemudian menjadi mampat akibat terkepung di dalam restoran berkenaan sebelum meletup dan menyebabkan kebakaran. "Api marak dengan cepat, namun berjaya dikawal daripada merebak ke premis lain dan dipadamkan sepenuhnya jam 11.45 malam," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Menurutnya, akibat kejadian itu premis berkenaan rosak teruk pada bahagian dinding dan siling serta cermin hadapan pecah hingga bertaburan di atas jalan raya. "Bomba masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada kebocoran berkenaan berpunca dari kecuaian pekerja atau masalah teknikal sistem saluran gas di premis berkenaan," katanya. Sementara itu, Pengurus Besar Maju Junction Mall, Albert Khoo, dalam satu kenyataan, di sini, semalam, mengesahkan kejadian letupan dan kebakaran itu. "Restoran terbabit rosak keseluruhannya dan setakat ini siasatan masih dijalankan pihak bomba dan polis bagi mengenal pasti punca letupan berkenaan. "Tiada kecederaan dilaporkan dan berikutan itu, Maju Junction ditutup hari ini (semalam) dan beroperasi seperti biasa esok (hari ini)," katanya. Menurutnya, kejadian letupan itu pertama kali berlaku di pusat beli-belah berkenaan sejak dibuka pada 2002 dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan lagi selepas siasatan daripada pihak berkuasa selesai. -HM
|
BN Hanya Tinggal Pada Nama, Hakikatnya, BN Sudah Tiada Posted: 27 Nov 2011 04:55 PM PST Barisan Nasional sebenarnya telah mati dan hanya tinggal nama yang diusung Umno sebagai modal politik, begitu menurut Timbalan Presiden Azmin Ali dalam sesi temubual khas Fokus Berita malam tadi. Beliau berkata rakyat Malaysia umumnya sedar parti komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC dan Gerakan kini hanya perkakasan mewarnai teater propaganda Umno. "Bagi saya Barisan Nasional tidak lagi wujud. MCA, Gerakan, MIC dan beberapa parti-parti komponen lain tidak lagi relevan. Kalau kita tanya masyarakat, MCA dan Gerakan itu parti sejarah dan tidak lagi mampu membela nasib masyarakat Cina. Yang tinggal dalam BN sekarang ini hanya Umno yang masih lagi mempunyai sedikit pengaruh khususnya dikalangan orang-orang Melayu,".jelas Azmin. Fokus Berita khas itu sempena Kongress ke-8 PKR di Pulai Springs Resort di sini. Ketika keputusan rasmi PRU-12 diumumkan, BN kehilangan 82 kerusi Parlimen dari 222 kerusi yang dipertandingkan, dengan hanya Sabah dan Sarawak memastikan BN membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Sekiranya Wilayah Persekutuan dianggap sebuah negeri, BN kehilangan enam negeri semuanya. Di Negeri Sembilan, BN hidup dengan hanya majoriti empat kerusi. Di Pahang, BN kehilangan ibu negeri Kuantan. Parti komponen BN yang dikatakan mewakili suara rakyat bukan Melayu, MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif Rakyat Malaysia (PPP) kalah teruk di kawasan-kawasan yang merupakan kubu kuat mereka sebelum 2008. Semua kerusi Gerakan disapu bersih di Pulau Pinang, MCA kehilangan lebih dari 30 peratus kerusi mereka manakala MIC sekadar mampu mempertahankan 8.3% sokongan berbanding 72.4% peratus yang diperoleh pada pilihanraya 2004. Kajian insitut kajiselidik ASLI meramalkan masa depan yang samar buat BN dengan meningkatnya penghijrahan ke bandar setinggi 73% menjelang tahun 2020. Satu-satunya penghalang kepada reformasi Malaysia adalah Umno dan Azmin berkata tema "Malaysia tanpa Umno" adalah usaha Parti Keadilan Rakyat untuk menyedarkan masyarakat Melayu. "Kepercayaan bahawa hanya Umno yang dapat membawa kemakmuran kepada rakyat sebenarnya telah dimitoskan lebih 50 tahun, sehinggakan realiti dibawah ialah rakyat takut untuk melakukan perubahan kerana kebimbangan apa akan jadi kepada negara ini tanpa Umno." katanya. -tvsnews |
Gadis Kisahkan Dia Diikat Oleh Perogol Bersiri Posted: 27 Nov 2011 03:38 PM PST Fina kini trauma dengan lelaki Seorang gadis yang hampir menjadi mangsa ke-20 perogol bersiri tidak menyangka penjenayah terbabit sudah menunggu untuk merogolnya ketika dia keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban dengan kain batik di sebuah asrama pekerja di sini kelmarin. Gambar: FINA menunjukkan kesan kecederaan pada lengannya akibat diikat dengan wayar seterika. Gadis berusia 20-an itu yang dikenali sebagai Fina menegaskan, dia berasa sangat terkejut kerana sebaik sahaja terserempak, penjenayah terbabit terus mengacu pisau di leher sambil mengikat tangannya dengan wayar seterika. Lebih mencemaskan, gadis yang berasal dari Tumpat itu berkata, lelaki itu terus menarik dia ke arah biliknya yang terletak paling hujung di asrama berkenaan sambil berkata: "Diam-diam saya cuma nak cari budak nama Yati.'' Keadaan asrama pekerja tempat dia tinggal ketika itu sangat sunyi kerana penghuni lain sudah pergi bekerja manakala jarak tandas dari biliknya kira-kira 30 meter. "Selepas sampai ke bilik, dia suruh saya duduk atas tilam dan ikat tangan saya lebih kuat. "Saya meronta dan bergelut dengannya sampai terbaring sehingga terlucut separuh kain batik,'' katanya kepada Kosmo! ketika menceritakan semula kejadian yang menimpanya kelmarin. -kosmo Berita sebelum ini Perogol bersiri licik tumpas |
[Video] Isa Samad Memaki Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Posted: 27 Nov 2011 02:26 PM PST Saksikan gaya seorang samseng dengan dada yang terbuka, memaki Ketua Peneroka Felda Kebangsaan (Pak Sam) yang juga mewakili peneroka-peneroka Felda di dalam Lembaga Pengarah Felda. Tidak pernah dalam sejarah Felda, seorang Pengerusi Felda memaki peneroka secara terbuka seperti dilakukan Isa Samad. Inilah mentaliti beliau dan kroni-kroni beliau yang menganggap peneroka ini menyusahkan dan bagaikan zombi yang patut mengikut sahaja arahan-arahan mereka. Wahai peneroka dan generasi baru Felda, adalah fakta bahawa peneroka tidak pernah diambil pandangan berkenaan isu penyenaraian, pajakan tanah dan rampasan kuasa pengerusi Koperasi Felda. Wakil kamu iaitu Pak Sam yang bergelumang dalam Felda berpuluh tahun lamanya tidak diperdulikan bantahan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda malah apabila Pak Sam secara jujur memberikan pandangan, Pak Sam dimaki secara terbuka dan sebelum ini Pak Sam pernah menjadi sasaran anjing-anjing Isa Samad di dalam blog dan facebook. Berbanding pandangan Pak Sam sebagai seorang yang arif dengan hal ehwal Felda dan kepentingan peneroka dengan Isa Samad dan Sabri Ahmad yang mempunyai track record buruk di Negeri Sembilan dan Sime Darby, siapa yang kamu rasa lebih jujur dan tidak berkepentingan mengemukakan pandangan. Yakinlah, mereka yang dijanjikan dengan pink form untuk menjadikan mereka jutawan, dijanjikan kontrak-kontrak, jawatan CEO dan Lembaga Pengarah sebenarnya tidak pernah pedulikan nasib-nasib peneroka Felda dan anak-anak. Peneroka-peneroka bangkitlah dan suarakan kepada PM Najib bantahan kamu terhadap semua ini. Selagi bicara kamu semua setakat di kedai kopi dan bilik tidur,selagi itu mereka fikir segala kekayaan Felda adalah milik mereka semata-mata. Isa Samad dan Sabri Ahmad baru-baru ini telah memaksa SKMM menerima keahlian mereka menggunakan kuasa Menteri Koperasi dan mengarahkan Koperasi Permodalan Felda memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 15 Januari 2012 untuk memaksa ahli menerima Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi.Mari kita berhimpun di Ibu Pejabat Felda dan berarak ke Putrajaya mendesak PM menyingkirkan Isa Samad dan menghormati keputusan-keputusan peneroka Felda!! -Puterikarimun |
Posted: 27 Nov 2011 08:00 AM PST Ledang – "Saya hanya berehat dan menonton televisyen di bilik ini." Demikian alasan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi kelmarin. Remaja perempuan berusia 17 dan pasangannya berusia 27 itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik di bengkel jentera di Serom 6, Sungai Mati, di sini. Pelajar itu juga mendakwa dia datang ke bilik teman lelakinya itu sekadar untuk mengisi masa lapang kerana tiada kertas peperiksaan yang diduduki pada hari tersebut, selain akan pulang ke rumah di Muar sebaik sahaja selesai berehat di bilik itu. Manakala, teman lelakinya adalah duda beranak dua dan baru sahaja bekerja di bengkel itu sejak sebulan lalu. Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Zainal Kadiran memeriksa bilik di bengkel itu. Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu. "Para penguat kuasa hanya menunggu kira-kira dua minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan. "Pemeriksaan menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T dan berseluar pendek sedang baring di atas tilam," katanya kepada Sinar Harian. Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. "Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing. "Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya. Ulasan GB Gejala seperti di atas semakin menjadi-jadi. Tiada sebarang usaha serius untuk mengekangnya. Sistem kehidupan liar dan hedonistik meneyebabkan gejala-gejala maksiat bercambah dari ke sehari, tanpa mengira keadaan dan usia. Apabila ada suara yang mengajak kepada sistem kehidupan luhur yang berteraskan aqidah disamping meletakkan hukuman kesalahan berpandukan kepada apa yang ditetapkan oleh Allah, suara sedemikian diperlecehkan. Dan Allah akan buktikan bahawa sistem dan hukumanNya tetap benar dan tetap terbaik walaupun dibenci oleh orang yang engkar. |
Penipuan SPR-BN Didedahkan, Kawasan BN Dikecilkan Untuk Tambah Bilangan MP BN Posted: 27 Nov 2011 06:54 AM PST Pesara: Mengapa Pakatan sukar tawan Putrajaya Seorang pesara menjadi tumpuan pihak pembangkang sewaktu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya, apabila beliau meminta mereka supaya melupakan sahaja niat untuk menawan Putrajaya di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang. Dengan berbekalkan cetakan slaid pembentangannya, Ng Chak Ngoon yang menyifatkan dirinya sebagai seorang pesara, membentangkan kepada anggota panel PSC dengan graf yang menunjukkan 222 garisan, dengan setiap satu lebih tinggi daripada yang lain. Graf itu, kata Ng di sesi pendengaran di Kota Kinabalu semalam, digariskan mengikut jumlah pengundi kawasan pilihan raya bagi pilihan raya umum 2008. "Semua di sebelah kiri (biru) dimenangi oleh BN, di sebelah kanan (merah) dimenangi oleh pembangkang. Kawasan pilihan raya BN sangat kecil dan kawasan pembangkang sangat besar. Jadi, apa yang berlaku di sini?" Beliau mendakwa, ia bukan secara kebetulan yang semua orang di kawasan yang besar suka pembangkang dan semua orang di kawasan pilihan raya kecil suka BN. Sebaliknya, Ang mendakwa kawasan BN dipecahkan menjadi kawasan yang lebih kecil untuk menambah bilangan ahli parlimen mereka. Menurutnya, kawasan pilihan raya yang paling kecil - Putrajaya yang diwakili BN - hanya mempunyai 6,008 pengundi - tetapi kerusi Kapar - yang dimenangi pembangkang - mempunyai 112,224 pengundi, iatu 17 kali lebih daripada Putrajaya. "Jika kita pecahkan Kapar kepada saiz Putrajaya, anda akan mempunyai 17 ahli parlimen dari Kapar dan bukannya seorang sahaja." Jika semua kerusi sama saiznya, kata Ng, pilihan raya umum lepas akan menyaksikan keputusan di mana BN dan Pakatan Rakyat hanya akan mempunyai perbezaan tujuh kerusi di Parlimen dan bukannya 140 dan 82 seperti dalam keputusan sebenarnya. Beliau juga menganggarkan jika sesebuah parti bergantung kepada semua kerusi kecil untuk memegang kuasa, maka ia hanya akan memerlukan 15.4 peratus daripada jumlah undi untuk membentuk majoriti di Parlimen. Oleh itu, katanya, jka pembangkang fikir mereka boleh menawan Putrajaya, mereka boleh lupakan sahaja niat tersebut. -mk Ulasan GB Penipuan sedemikian sudah lama dilakukan oleh SPR. Pecahan kawasan pilihanraya disasarkan untuk memberikan kelebihan kepada BN disamping cuba untuk mengurangkan bilangan ahli parlimen pembangkang. Namun hukum kebenaran menyatakan setiap kemenangan dengan penipuan itu tiada berkatnya. Satu hari penipuan itu tetap terdedah dan BN akan hancur musnah hasil perancangan penipuan mereka sendiri. Yakinlah! |
BN Tergugat: MTUC Isytihar Perang Ke Atas BN Jika Akta Kerja Diteruskan Posted: 27 Nov 2011 05:55 AM PST Akta Pekerjaan: MTUC mahu MOU dengan Pakatan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bercadang untuk membentuk perjanjian persefahaman dengan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan pindaan kontroversi ke atas Akta Pekerjaan. Setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang berkata, pemimpin Pakatan perlu menandatangani perjanjian persefahaman dengan MTUC untuk menyatakan sokongan yang lebih bulat ke atas usaha untuk memansuhkan undang-undang tersebut. Dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR hari ini, Alias berkata, beliau juga akan membawa usul untuk membentuk memorandum persefahaman itu di perhimpunan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 2 Disember depan. "Saya akan bawa usul, kita akan beri cadangan kepada Pakatan, kena buat MOU untuk kita tunjukkan keikhlasan... Awak tolong saya, saya akan tolong awak," katanya lagi. "Beliau yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan yang meluluskan undang-undang berkenaan juga berkata, MTUC akan membuat keputusan untuk menyokong parti yang usaha menarik balik undang-undang berkenaan. Tambahnya, MTUC juga akan meneruskan siri perhimpunan untuk membantah pindaan ke atas Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini. Alias berkata, perhimpunan besar itu dijangka diadakan di hadapan bangunan Parlimen apabila undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Negara pada 12 Disember, katanya dalam perbahasan di Kongres Nasional PKR hari ini. Dalam ucapannya, Alias turut meminta para perwakilan supaya memberi sokongan penuh untuk hadir ke perhimpunan berkenaan, disambut dengan laungan "sokong pekerja" oleh para perwakilan berkenaan. Tambahnya, parti dalam Pakatan perlu menyokong bantahan berkenaan memandangkan golongan pekerja membentuk sejumlah lima juta daripada keseluruhan jumlah pengundi. "Kalau biarkan (pekerja) berjuang tanpa sokongan saya takut mereka beralih sokongan," kata ahli PKR itu lagi ketika membahaskan usul memartabatkan kaum pekerja. Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan. Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini. -mk MTUC isytihar 'perang' jika BN enggan batal pindaan Akta Kerja |
Laporan Audit Buktikan Pentadbiran Pakatan Rakyat Lebih Baik Dari BN Posted: 27 Nov 2011 04:48 AM PST Pentadbiran kewangan yang baik di empat negeri Pakatan Rakyat (PR) di akui oleh jentera kerajaan pusat sendiri menerusi laporan Ketua Audit Negara. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang dan Selangor mengungguli dari segi pengurusan kewangan dengan menduduki dua kedudukan teratas. Ini secara tidak langsung, katanya, memberi pengiktirafan kepada PR yang mentadbir negeri dengan jayanya di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan berbanding negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional. "Jangan dengar ucapan pemimpin PAS memuji pemerintahan Kelantan dan Kedah, jangan dengar ucapan pemimpin DAP memuji Pulau Pinang, sudah tentu pemimpin parti Keadilan memuji Selangor di sudut jaga kewangan jaga duit tetapi laporan orang tengah iaitu Audit Negara memberitahu bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat jauh lebih baik menjaga wang rakyat daripada Barisan Nasional. "Laporan Audit Negara meletakkan di antara negeri yang terbaik jaga kewangan nombor satu Pulau Pinang dan nombor dua Selangor," katanya dalam Majlis Makan Malam DAP ke-45 yangg memnghimpunkan lebih 10,000 orang di Kompleks Sukan Pandamaran di sini malam tadi. Selama ini katanya, PAS yang mentadbir Kelantan lebih 20 tahun telah melakukan pelbagai perubahan yang sering dikritik BN. Tetapi akhirnya, kerajaan pusat yang ditadbir BN mengikut apa yang dilakukan PAS. "Kelantan dihentam begitu dahsyat oleh BN terutama bila memulakan pembaharuan misalnya cuti bersalin 60 hari waktu itu bekerja pegawai kerajaan cuti dua hari. "Di dalam parlimen kami dihentam, mereka kata PAS mengajar rakyat menjadi malas bekerja tetapi sekarang kerajaan pusat sendri kerajaan BN sendiri mengikut apa yang dibuat di Kelantan," katanya. Sementara itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor akan terus menjalakan pentadbiran yang mengutamakan kepentingan rakyat bersesuaian dengan program "Merakyatkan Ekonomi Selangor". Katanya, tanggungjawab dan amanah itu perlu dipraktikkan setelah rakyat memberi mandat kepada PR dalam mengetuai Kerajaan Negeri. "Kita di Selangor mahu tunjukkan bahawa kita boleh buat kerja kerana rakyat pilih kita bukan kerana hanya cakap sahaja tetapi rakyat pilh kita untuk kita buat kerja tunjukkan hasil kepada rakyat. Inilah yang kita laksanakan. "Bajet kita untuk rakyat di Selangor. Hasil negeri untuk rakyat. 54 tahun kita tak ada slogan hasil negeri untuk rakyat, (yang ada) hasil negeri untuk Umno, hasil negeri untuk MCA dan hasil negeri untuk MIC," katanya. -tvsnews |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan