Kelab Greenboc |
- [Bergambar] Saksikan Senarai Tujuh Keajaiban Alam Sekitar Dunia Yang Terkini
- "Lembu-lembu" Feedlot Bergaduh Rebut Jadi Calon BN Parlimen Lembah Pantai
- Pasangan Lelaki Perempuan Rentung SUV Terbakar
- Penduduk Kampung Gempar Dikejutkan Bunyi Letupan
- FOMCA: Kaji Segera Susu KR1M
- Terperangkap Dengan Isteri Orang Mengaku Anak Dara
- Penerimaan Orang Cina Terhadap PAS Jauh Berbeza Dari 5 Tahun Lalu
- Saja Cari Nahas: Malang Berganda Pelajar Tkn 3 Dirogol 2 Lelaki Di 2 Lokasi Berlainan
- Awal-awal Maximus Ongkili Sudah Gagal Berlaku Adil
- Melayu Merempat Di Tempat UMNO Kuat
[Bergambar] Saksikan Senarai Tujuh Keajaiban Alam Sekitar Dunia Yang Terkini Posted: 13 Nov 2011 12:07 AM PST Geneva - Hutan hujan Amazon, Halong Bay di Vietnam dan air terjun Iguazu, Argentina dinamakan sebagai antara tujuh keajaiban alam sekitar dunia yang baharu. Empat lagi lokasi yang menerima pencalonan sama ialah Pulau Jeju, Korea Selatan; Komodo, Indonesia; sungai bawah tanah Puerto Princesa, Filipina dan Table Mountain di Afrika Selatan. Penganjurnya, Yayasan New7Wonders menyatakan keputusan akhir akan diumumkan pada awal tahun 2012. Yayasan yang berpangkalan di Switzerland itu bagaimanapun menegaskan mungkin akan ada perubahan dalam senarai pemenang sementara dan senarai akhir tersebut. Lokasi-lokasi yang gagal untuk disenaraikan termasuklah Gunung Kilimanjaro, Tanzania; Laut Mati, Israel dan Grand Canyon di Amerika Syarikat (AS). Undian yang dianjurkan oleh New7Wonders nyata menarik minat orang ramai. Ia turut melibatkan selebriti, misalnya bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi yang mengajak para peminatnya supaya memilih air terjun Iguazu. Keputusan akhir tersebut diperoleh selepas satu proses yang lama, bermula dari Disember 2007 hingga Julai 2009. Dalam tempoh itu, warga dunia diminta mengundi lokasi yang mereka fikir sebagai keajaiban alam sekitar. Lebih satu juta undian diterima untuk menyenarai pendek 440 lokasi di 220 buah negara kepada 77 lokasi sahaja. Senarai itu kemudian dipendekkan kepada 28 finalis oleh satu panel pakar. - AFP Hutan hujan Amazon Halong Bay, Vietnam Air Terjun Iguazu, Argentina Pulau Jeju, Korea Selatan Komodo, Indonesia Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa, Filipina Table Mountain, Afrika Selatan Ulasan GB Firmanullah s.w.t. Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tiada beriman. Al-Mu'min: 57 |
"Lembu-lembu" Feedlot Bergaduh Rebut Jadi Calon BN Parlimen Lembah Pantai Posted: 12 Nov 2011 11:05 PM PST Petaling Jaya: Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai semakin bergelora apabila penyokong tokoh tertentu dari Umno mula bersaing sesama sendiri bagi memastikan pemimpin yang disokong mereka dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Seorang ahli Pergerakan Wanita Umno, yang memegang potfolio yang tidak kurang penting dalam pergerakan itu memberitahu, isu ini semakin panas semenjak timbulnya isu Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abd Jalil. Beliau yang mahu dikenali sebagai Ani berkata, selain Sharizat yang dianggap sebagai calon tradisi di parlimen itu, nama lain yang disebut sebagai calon ialah Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. "Sekarang angin gelora pilihan raya siapa akan dicalonkan memang semakin panas, dah semacam tak terkawal lagi dah di Lembah Pantai ni. "Walaupun semua orang tahu dah berapa penggal Sharizat bertanding di Lembah Pantai, tetapi Raja Nong Chik juga dah lama cuba masuk jarum, berkempen sana-sini. Tepuk tangan isu projek feedlot "Yang buat saya sakit hati tu, bila timbul pula skandal projek feedlot tu, orang-orang Raja Nong Chik, bukannya nak membantu atau pun sekurang-kurangnya simpati, tetapi bertepuk tangan lagi adalah. "Kalau penyokong pembangkang tu tak kisahlah, tetapi saya tengok dia orang pun sama juga macam penyokong pembangkang, itu yang buat saya sedih tu," kata beliau. Beliau juga memberitahu walaupun anggapan sesetengah pihak bahawa Raja Nong Chik adalah calon boleh menang di Parlimen Lembah Pantai tetapi belum tentu dapat mengatasi prestasi Sharizat sekaligus boleh menjamin kemenangan BN di kawasan itu. "Saya berpendapat kalau ada orang kata Raja Nong Chik adalah calon 'winnable' di sini, itu belum tentu lagi, sebab Sharizat adalah calon favourite di sini kalau nak bandingkan dengan Raja Nong Chik. "Memang kita akui dia adalah Ketua Umno di sini, tetapi jangan lupa Sharizat pernah berkhidmat sebagai YB selama tiga penggal, banyak bantu penduduk dan dah tentu lebih mengenali pengundi di sini berbanding Nong Chik. Silap hari bulan kalah lebih besar "Saya bimbang kalau pusat letak dia juga, nanti bukan sahaja kita kalah lagi, tetapi silap hari bulan kita kalah dengan majoriti lebih besar dari dahulu. "Sebab itulah ramai rakan-rakan dalam Umno termasuk wanita, puteri dan dari MCA mahukan Sharizat di sini dan bukannya Raja Nong Chik. "Rakan-rakan dari MCA beritahu kami, walaupun kita lihat pengundi Cina lebih pro-pembangkang, tetapi Sharizat lebih mudah diterima pengundi Cina berbanding Raja Nong Chik," ujar beliau. Ani juga mendakwa, beberapa pihak yang dianggap sebagai juru kempen Raja Nong Chik yang sudah lama bergerak di Lembah Pantai bukan sahaja meningkatkan imej pemimpin itu, malah seolah-olah cuba merendah imej Sharizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno itu. "Dia orang kempen untuk bos dia orang tu satu hal lah juga, tapi yang tak sedapnya dia orang merendah-rendahkan imej Shahrizat macam dah terdesak nak jadi calon. "Contoh paling mudah dan jelas sekali, macam yang saya katakan tadi dalam isu projek feedlot, macam mana kami tak sakit hati? "Saya tak mahu nanti gara-gara sikap dia orang macam tu, nanti ada yang sakit hati sampai merajuk dan boikot atau lagi teruk, kalau ada orang BN sendiri yang sabotaj kempen masa pilihan raya nanti," ujar beliau lagi. -FMT |
Pasangan Lelaki Perempuan Rentung SUV Terbakar Posted: 12 Nov 2011 09:06 PM PST Kuantan: "Saya sempat melihat tangan kiri penumpang kereta itu terjulur keluar dan bergerak-gerak sebelum kenderaan terbabit yang melekat pada pokok, hangus terbakar bersama dua individu di dalamnya," kata Azura Jaafar, 40, saksi terawal kemalangan ngeri di Kilometer 47 Jalan Kuantan — Gambang, dekat Kampung Gelugor, di sini, semalam. Gambar: Anggota bomba dan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mangsa dari SUV yang terbakar. -Foto:Azmaidi Abidin Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier dinaiki dua individu, Mohd Saidi Mat Sani, 45; dan Yuzihaliza Ya'cob, 32, terbabas dan terjunam ke dalam semak serta merempuh sebatang pokok sebelum terbalik dan terbakar, menyebabkan kedua-duanya rentung. Difahamkan, kenderaan berkenaan dipandu seorang wanita manakala seorang lelaki lain berada di tempat duduk penumpang depan, namun sehingga jam 6 petang semalam, identiti kedua-dua mangsa belum diketahui selepas semua barangan milik mangsa, termasuk dokumen pengenalan diri, hangus terbakar. Azura berkata, dia tidak mendengar suara meminta tolong daripada individu di dalam kereta kecuali sebelah tangan yang bergerak-gerak, namun mengaku dia buntu untuk membantu memandangkan kereta remuk teruk dan melekat pada sebatang pokok. Menceritakan semula kejadian itu, Azura berkata, sebelum kejadian, dia bersama suaminya, Ahmad Mat, 50, berada di dalam rumah sebelum dia terdengar bunyi kuat brek kenderaan diikuti bunyi dentuman kuat dan bergegas keluar untuk melihat apa berlaku. "Ketika itu, saya hanya melihat beberapa pokok bergoyang dan tidak nampak kereta terbabit, namun selepas mendekati kawasan itu baru kami menyedari kereta terbabit terbabas dan melekat pada sebatang pokok," katanya ketika ditemui Metro Ahad di tempat kejadian, semalam. Sementara itu, Ahmad berkata, ketika mendekati kereta itu, dia tidak tahu berapa orang di dalam kenderaan namun selepas menyedari dia tidak mampu menolong mangsa bersendirian, dia bergegas mendapatkan bantuan penduduk kampung. "Ketika itu, kereta terbabit belum terbakar namun selepas kembali ke tempat kejadian dua minit kemudian, saya terkejut melihat api marak dan menjulang tiga meter sehingga kaki saya menggigil kerana bimbang ia meletup," katanya. Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Zurin Mamat berkata, lapan anggota bersama satu jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa tiga minit untuk memadam kebakaran. "Ketika kami tiba, keseluruhan kereta terbakar dan selepas api dipadamkan, kami mengeluarkan dua mangsa iaitu seorang lelaki dan perempuan dari dalam kereta," katanya. -hm Kenderaan meletup |
Penduduk Kampung Gempar Dikejutkan Bunyi Letupan Posted: 12 Nov 2011 07:40 PM PST Johor Baharu: Penduduk Kampung Wadihana di sini gempar apabila dikejutkan oleh satu bunyi letupan yang kuat awal pagi Sabtu. Letupan pada jam 7.15 pagi dipercayai berpunca daripada injap pelepas angin pada paip berukuran 80cm di sebuah lurang di Jalan Mohamad Taib di kampung itu. Letupan itu menyebabkan permukaan jalan tar merekah teruk dan sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan terhumban 0.3048 meter dari tempat asal dan mengalami kerosakan. Seorang penduduk, Syed Najib Syed Yassin, 46, berkata beliau dan keluarganya baru hendak bersarapan apabila dikejutkan bunyi dentuman tersebut. "Bunyi kuat macam bom, dentuman tu sekali saja, tiada gegaran atau sebagainya," katanya yang meluru keluar rumah sebaik letupan itu berlaku. "Saya rasa ia disebabkan tekanan yang kuat pada paip bawah tanah itu menyebabkan jalan ini pecah," katanya sambil menambah bekalan air dari paip itu telah terputus sejak semalam kerana kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan berdekatan kawasan tersebut. Pemilik kereta yang rosak, Ismail Abdullah, 55, berkata menjadi kebiasaan meletakkan kenderaannya di jalan itu. "Mulanya saya sangka pokok tumbang, tapi apabila keluar rumah saya dapati, jalan telah meletup dan kesannya terkena kereta saya," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor (SAJ), Jamaluddin Jamil mengakui pihaknya melakukan kerja penyelenggaraan di kawasan itu sejak beberapa hari lalu dan letupan berpunca daripada injap pelepas angin paip itu yang terbuka. Angin yang keluar dari injap berkenaan meningkatkan tekanan udara di dalam lurang itu menyebabkannya meletup. "Ini adalah kejadian pertama dan siasatan akan dilakukan, kita berharap penduduk tidak berasa bimbang, manakala pemilik kereta boleh hadir ke pejabat SAJ bagi tindakan susulan," katanya. -BERNAMA Paip letup disangka gempa bumi |
Posted: 12 Nov 2011 06:26 PM PST Kuala Lumpur – Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendesak agar Kementerian Kesihatan menjalankan kajian segera terhadap susu segar yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Pengarah Komunikasinya, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, ia bertujuan untuk membuktikan kesahihan dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua yang mendakwa susu berkenaan telah dicemari bakteria E.Coli. "Jika benar susu itu telah dicemari, kerajaan boleh menukarkannya dengan jenama yang lain bagi menyelesaikan masalah itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam. Beliau berkata demikian untuk mengulas dakwaaan Tony bahawa susu segar yang dijual di KR1M telah dicemari dengan bakteria E.Coli. Dalam pada itu, Mohd. Yusof turut memberitahu banyak lagi kedai seluruh negara menggunakan bahan yang tidak menepati piawaian seperti yang telah ditetapkan dalam Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Akta 281). "Tindakan (melakukan kajian) itu bagus, tetapi harus diingatkan banyak lagi kedai di seluruh negara menggunakan bahan serupa kerana KR1M menggunakan barangan yang telah dibungkus semula. Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr. Jacob George berkata, dakwaan tersebut bukan sahaja bermotifkan politik malah ia juga tidak boleh dipercayai. -kosmo MP Pakatan dakwa ujian kesan E Coli dalam susu 1M'sia |
Terperangkap Dengan Isteri Orang Mengaku Anak Dara Posted: 12 Nov 2011 04:05 PM PST Hidup bagai buruan KUALA LUMPUR: Melihatkan rupa cantik menawan, badan melentuk dan kulit gebu melepak, dia tanpa berfikir panjang menerima pelawaan cinta seorang wanita. Lebih meyakinkan, wanita berusia 20-an itu mengaku masih anak dara dan baginya, itu ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Namun, kerana terlalu taksub dengan kesempurnaan fizikal seorang wanita, hidup Hashim Musthoda, 40, (bukan nama sebenar) umpama buruan kerana 'anak dara' itu rupa-rupanya isteri orang, malah memiliki seorang cahaya mata. "Saya mengaku melakukan hubungan terlarang tetapi tidak menyangka dia yang mengaku anak dara rupa-rupanya isteri orang. "Akibatnya, hingga ke hari ini hidup saya tidak keruan kerana sering diugut dan difitnah kononnya cuba menyimbah asid dan melarikan wanita itu, selain kerugian ribuan ringgit. "Lebih memburukkan keadaan, dia mendakwa mengandung hasil hubungan dengan saya dan pada masa sama suaminya enggan bersemuka, namun mereka membuat laporan konon saya mengancam keselamatan keluarga itu, menyebabkan saya hidup umpama buruan," kata Hashim. -hm Hubungan wanita, lelaki perlu ada batasan Ulasan GB Katakanlah kalau ya pun dia anak dara, kenapa kau berzina? So, kan dah susah sendiri. Setiap sesuatu yang menyalahi hukum kebenaran dan hukum Allah, akan terima bahananya, jika tak di "sini", di "sana" pun akan kena juga. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiak berguna. |
Penerimaan Orang Cina Terhadap PAS Jauh Berbeza Dari 5 Tahun Lalu Posted: 12 Nov 2011 02:30 PM PST Sikap orang bukan Islam terhadap PAS kini ternyata amat jauh berbeza berbanding 5 tahun lalu sehingga menjadikan parti itu tidak lagi dianggap musuh oleh mereka. Perkembangan tersebut ternyata memberikan gambaran yang amat baik terhadap PAS sehingga lebih memudahkan para pemimpin dan ahli-ahli parti itu mendekati golongan bukan Islam di tanah air. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, kejayaan tersebut dicapai oleh PAS hasil penglibatan dan kesabaran semua pendokong parti dalam perjuangan untuk mendaulatkan Islam di bumi bumi ini. Menurut beliau, kejayaan itu juga dicapai berkat pendekatan-pendekatan yang tepat yang diambil oleh para pemimpin dan ahli-ahli PAS dalam perjuangannya selaras dengan kehendak Islam. Katanya, realiti itu lebih terserlah dengan pendekatan "Tahaluf Siyasi" yang diambil oleh PAS terutama dengan DAP dan PKR sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS turut dijadikan rakan oleh orang bukan Islam. "Ini ditambah pula dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS sehingga menyebabkan orang-orang bukan Islam turut berminat untuk mengetahuinya dengan lebih jauh," katanya ketika berucap di majlis penutup Multaqa Pendakwah PAS di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di KUIZM di Taman Melewar, di sini, hari ini. Dalam ruang kejayaan yang semakin terbuka seperti sekarang, menurut beliau, ahli-ahli PAS perlu mempertingkatkan lagi usaha masing-masing untuk menyampaikan mesej Islam kepada seluruh rakyat negara ini. Dalam hubungan ini, beiau menasihatkan setiap ahli-ahli PAS agar berdakwah dengan pendekatan yang tepat agar dakwah yang disampaikan itu memberikan kesan baik kepada golongan sasarnya. "Selain menguasai ilmu syariat, kita juga perlu menguasai ilmu mantik dan corak penerangan yang baik ketika mendekati pihak terbabit seperti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya. Ketika mendekati golongan yang minum arak atau gemar melakukan maksiat walaupun beragama Islam, katanya, ahli-ahli PAS perlu menggunakan pendekatan yang berbeza ketika berceramah dan menyampaikan tazkirah di dalam masjid. Tambah beliau, sewaktu mendekati golongan bukan Islam pula contohnya, ahli-ahli PAS perlu menggunakan pendekatan lain selaras dengan tuntutan Islam, dengan tidak mengenengahkan perkara-perkara yang tidak difahami oleh mereka malah boleh menimbulkan salah faham dan ketakutan mereka terhadap Islam. "Sekiranya pendekatan-pendekatan yang diambil itu tepat, mesej dakwah yang disampaikan pasti akan memberikan kesan baik, lebih-lebih dalam suasana sekarang yang lebih memihak kepada perjuangan Islam," katanya. Suasana yang memberangsangkan itu, tambahnya, antara lain boleh dirujuk kepada perkembangan dunia masa kini yang menyaksikan masyarakat di Barat semakin rosak akibat sistemnya yang tidak betul. Manakala di negara-negara sosialis pula termasuk Sosialis Cina kini sedang dilakukan perubahan agar sistem yang diketengahkan oleh mereka itu dapat diterima dengan baik oleh rakyatnya," tegasnya. Beliau menegaskan, perkembangan itu juga tidak terkecuali di tanah air dan jika berjaya ditangani dengan baik oleh ahli-ahli PAS pasti akan lebih memudahkan parti itu melangkah ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 nanti. -HD |
Saja Cari Nahas: Malang Berganda Pelajar Tkn 3 Dirogol 2 Lelaki Di 2 Lokasi Berlainan Posted: 12 Nov 2011 07:29 AM PST Sepang: Malang berganda bagi seorang pelajar tingkatan tiga apabila dirogol dua lelaki yang baru dikenali di dua lokasi berasingan selepas pertemuan pertama mereka di Dengkil, dekat sini ini. Gambar fail Dalam kejadian jam 12 tengah malam, 28 Ogos lalu, pelajar berusia 15 tahun itu mengikut rakannya berjumpa teman lelaki rakannya itu berhampiran kedai serbaneka 24 jam di Taman Putra Permai, Seri Kembangan. Mereka kemudian dibawa ke sebuah kedai makan di Dengkil dengan menaiki dua motosikal yang ditunggangi dua lelaki untuk minum bersama 10 lelaki lain dipercayai rakan lelaki berkenaan. Selepas minum, mangsa dan rakannya dibawa ke sebuah taman yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya, sebelum seorang lagi lelaki tiba ke lokasi berkenaan dengan menaiki motosikal berwarna hitam. Menurut sumber, ketika berada di taman itu mangsa ditarik seorang daripada 13 lelaki terbabit ke tempat gelap dan merogolnya. Sumber berkata, selepas kejadian itu, lelaki yang menaiki motosikal berwarna hitam dan teman lelaki rakannya berjanji menghantar mangsa serta rakannya pulang ke rumah, tetapi kedua-duanya dibawa ke tempat lain secara berasingan. "Mangsa tidak terus dibawa pulang, tetapi dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit dan dirogol lelaki terbabit. "Selepas itu, mangsa dihantar pulang ke rumah, tetapi dalam perjalanan motosikal milik lelaki terbabit kehabisan minyak berhampiran sebuah kedai perabot. "Peluang itu digunakan mangsa untuk melarikan diri dan nasib menyebelahi gadis itu apabila terdapat anggota polis di kawasan berkenaan," katanya. Mangsa dibawa ke Balai Polis Dengkil untuk membuat laporan. Bagaimanapun, difahamkan, mangsa sekali lagi membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya di sini, kelmarin. Bertindak di atas laporan berkenaan, polis Putrajaya menahan seorang lelaki dipercayai suspek pada hari sama laporan dibuat. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang daripada suspek terbabit. Difahamkan, suspek direman enam hari sehingga Selasa ini untuk membantu siasatan. -hm Ulasan GB Diri sendiri cari pasal dan cari nahas. Pertama, berjumpa lelaki pukul 12.00 malam, apa ke jadahnya? Kedua, pulak tu lelaki itu baru dikenali Ketiga, mana tanggungjawab mak bapak budak perempuan ni? |
Awal-awal Maximus Ongkili Sudah Gagal Berlaku Adil Posted: 12 Nov 2011 05:51 AM PST Wakil BERSIH tak diiktiraf PSC Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan tetap dianggap sebagai wakil individu ke sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan proses pilihan raya (hari ini walau berkeras bahawa beliau hadir sebagai wakil gabungan NGO berkenaan. Pengerusi PSC, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, Ambiga hadir sebagai wakil individu dan begitu juga empat lagi yang mengiringi bekas presiden Majlis Peguam itu ke sesi pendengaran hari ini. "Tidak, anda bercakap sebagai Datuk Ambiga," kata Ongkili ketika Ambiga memperkenalkan dirinya sebagai wakil BERSIH 2.0. Malah, beliau juga enggan menerima memorandum yang dikemukakan Ambiga kerana muka hadapan dokumen berkenaan diterakan logo BERSIH. Kecewa dengan tindakan itu, Ambiga berkata helaian muka depan berkenaan boleh saja dikoyakkan sekiranya ia menimbulkan masalah. Maximus berkeras bahawa Ambiga tidak mewakili pertubuhan tidak berdaftar BERSIH, walau dibantah oleh seorang lagi anggota PSC, Azmin Ali. Azmin berkata, keputusan berkenaan merupakan tindakan berat sebelah memandangkan PSC semalam turut mendengar keterangan saksi daripada Human Rights Party yang juga merupakan pertubuhan tidak berdaftar. Ongkili bagaimanapun membenarkan Ambiga meneruskan keterangannya sebagai wakil 80 NGO yang dinaungi BERSIH. Selain Ambiga, Ongkili turut membenarkan empat lagi wakil BERSIH - PY Wong, Andrew Khoo, Wong Chin Huat, dan Maria Chin Abdullah - untuk turut memberi keterangan selama lebih dua jam. -mk Ulasan GB Such a bloody fool chairperson of PSC! Didn't even show the slightest tinge of fairness and justice in chairing the committee. The rakyat are now quizzed why this animal was chosen to be the Chairperson of PSC. |
Melayu Merempat Di Tempat UMNO Kuat Posted: 12 Nov 2011 04:13 AM PST Zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat Bahkan, mereka sudah berani mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat. Oleh itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad menyifatkan ungkapan emosi yang diucapkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama lagu lama yang cuba mendekatkan kembali orang Melayu yang duah jauh dari Umno. "Tun Dr Mahathir masih menyayi lagu yang sama mengenai perpecahan orang Melayu. Ungkapan ini tidak lebih daripada untuk meniupkan emosi orang Melayu supaya jangan jauh daripada Umno. "Zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat. Mereka sudah mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat,"ujarnya Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat berkata demikian dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Buleytinonline. Menurutnya, orang Melayu berpecah kerana dasar 'Umno Putera' yang sudah 'mendarah daging' dalam Umno, menyebabkan Melayu tidak berdosa menjadi mangsa. Katanya, dasar tersebut menyebabkan Kelantan dipinggirkan oleh kerajaan pusat sedangkan Kelantan adalah sebuah negeri majoriti penduduknya adalah orang Melayu. "Sebanyak 118 projek Persekutuan disekat sejak Rancangan Malaysia Keenam (1991). Pengkhianatan royalti kepada Kelantan yang jelas termaktub di dalam undang-undang telah dicabul. "Menafikan pendaratan minyak ke Kelantan yang hanya jarak 150 KM, berbanding dengan ke Songkla Thailand yang jaraknya 270 KM. Ini tidak termasuk diskriminasi oleh pimpinan Umno di peringkat akar umbi seperti menahan projek jalan kampung, bantuan kemiskinan dan lain-lain lagi, "kesemua ini dilakukan kerana dasar Umno Putera,"jelas Ustaz Idris Ahmad. Beliaa menegaskan, sikap yang ditunjuk melalui dasar 'Umno Putera' yang menyebabkan Melayu lemah. "Terbukti... bukan bangsa lain yang menindas, sebaliknya Melayu ditindas dan dilemahkan oleh orang yang sebangsa, semata-mata kerana kerakusan kuasa dan tidak boleh menerima selain daripada parti Umno sahaja,"tambahnya -buletinonline |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan