Blog-list Malaysia |
- Seorang Ahli Perkasa Cedera Dibelasah Di Johor..
- Bodoh Yang Semakin Menjadi-Jadi..
- Penggunaan Dakwat Kekal - Bebal Sangatkah Peguam Negara Malaysia??
- Padan Muka Hang Zul Kulim.. Takdak Sapa Kebuluq Kat Hampa Dah..
- Fitnah Yang Tak Berapa Menjadi..
- Awal-Awal Lagi PSC Sudah Dilihat Berat Sebelah.. Macam Cilake..
- PSC: Pangkalan data automatik mulai 1 Dis, daftar pemilih ‘bebas pengundi hantu’
Seorang Ahli Perkasa Cedera Dibelasah Di Johor.. Posted: 12 Nov 2011 09:37 PM PST JOHOR BAHRU 12 Nov. - Kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Pasir Gudang malam tadi sehingga menimbulkan pergaduhaan amat dikesali dan beliau dianggap tidak sepatutnya datang ke negeri ini kerana rakyat Johor masih marah dengan kenyataannya. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedatangan Mohamad atau Mat Sabu tidak dialu-alukan apatah lagi dalam situasi politik masa kini yang panas dengan pelbagai isu terutamanya kontroversi yang dicetuskan oleh pemimpin kanan Pas itu. "Saya kecewa dan ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka harus faham suhu politik sekarang tengah naik dan ditambah lagi dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkannya (dalam ceramah). "Apabila pihak (yang tidak menyokong Mat Sabu) mendengar putar-belit dan tuduhan, sudah tentu akan menimbulkan perkara yang tidak diingini," katanya ketika ditanya mengenai kekecohan semasa ceramah Mat Sabu di Pasir Gudang, malam tadi. - Utusan. Juga dilaporkan: Kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pasir Gudang berhimpun membantah kehadiran Mat Sabu semasa berceramah di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang, malam tadi. Bantahan itu menyebabkan kumpulan NGO tersebut dan para penyokong Mat Sabu bergaduh sehingga menyebabkan seorang cedera di kepala dan seorang lagi pengsan. Mereka yang cedera itu adalah penyokong kumpulan NGO tersebut. Bagaimanapun kekecohan tersebut dapat dikawal dengan kehadiran kira-kira 150 anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). - Ibid. cenangau.blogspot.com |
Bodoh Yang Semakin Menjadi-Jadi.. Posted: 12 Nov 2011 08:14 AM PST Perkataan apa lagi yang selayaknya untuk dipanggil kepada bloggers penjilat? Bodoh? Bangang? atau Baghal?? Rumah YB Saifuddin Nasution dalam gambar di bawah boleh dicanang sebagai 'istana'? Kahkahkah.. Helo.. Kalau itu istana yang kat bawah tu apa hah?? Hebat rumah Saifuddin Nasution ni. Kalau kita tengok dari luar pun reka bentuknya dah makan juta. Penuh gaya wa cakap lu beb. Kalau belah dalam pulak macam mana? Mesti lagi dasyat kan? Hehehe 'Pondok' MB Terengganu Ini pulak 'Pondok' Senator Jamil Khir 'Pondok' Zakaria Md Deros 'Pondok' Ketua Pemuda Umno Sabah Malas sungguh puak-puak penjilat ni nak pikir siapa tipu siapa.. Pemimpin mana yang tipu orang bawahan? Jenis otak selut.. kahkahkah.. |
Penggunaan Dakwat Kekal - Bebal Sangatkah Peguam Negara Malaysia?? Posted: 12 Nov 2011 06:21 AM PST Dakwat kekal: Perlembagaan tak perlu dipinda langsung, PSC dimaklum KUALA LUMPUR, 12 Nov — Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda untuk membolehkan dakwat kekal digunakan ketika pilihan raya di negara ini, kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga (gambar). Bercakap pada sesi pendengaran awam jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC), Ambiga yang juga bekas presiden Majlis Peguam berkata sistem itu boleh dilaksanakan dengan hanya menukar peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Sama sekali tidak perlu (untuk meminda Perlembagaan) ... hanya perlu tukar peraturan (SPR), bukan Perlembagaan," katanya. "Dan, ini boleh dilakukan mengikut Sekyen 16 Akta Pilihan Raya yang membenarkan SPR membuat peraturan, membentangkannya di Parliamen untuk diluluskan," katanya ketika menjawab soalan seorang anggota PSC. Terdahulu, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad meminta pandangan Ambiga berhubung perkara itu termasuk kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika sistem itu diperkenalkan tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan. SPR membatalkan rancangan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum 2008 selepas mendapat nasihat daripada segi perundangan termasuk keperluan menggubal satu undang-undang yang membenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat, diberikan kertas undi. Laporan Bernama Online memetik Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau juga yakin sistem itu boleh dilaksanakan. "Mungkin pandangan saya tidak tepat, namun saya mempunyai keyakinan 99.9 peratus bahawa Perlembagaan tidak perlu dipinda bagi membolehkan dakwat kekal digunakan," katanya. Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu sebelum sistem itu boleh dilaksanakan. - TMI |
Padan Muka Hang Zul Kulim.. Takdak Sapa Kebuluq Kat Hampa Dah.. Posted: 12 Nov 2011 03:50 AM PST Ahli Parlimen Bebas – 'One-Off Sahaja!' Sudah menjadi khabar angin yang sangat kuat di lobi-lobi hotel sekitar ibu Negara – akan KEHENDAK dan KEMAHUAN kalangan Wakil Rakyat Bebas untuk dikekalkan sebagai calon wakil rakyat 'bebas' dalam PRU akan datang. Macam-macam cerita yang dijual. Kononnya mereka masih banyak menyimpan rahsia Anwar. Mereka boleh menang. Mereka adalah winnable candidate yang dicari-cari oleh BN di kawasan masing-masing. Mereka sudah buat kerja lama di kawasan. Mereka punya connection yang baik dengan NGOs dan sebagainya. Kepimpinan BN sepatutnya bertindak tegas dan secara straight forward mengatakan bahawa mereka-mereka ini TIDAK AKAN diletakkan sebagai calon di dalam PRU akan datang. Tegas dan tidak perlu berdolak dalih lagi. Wajah mereka adalah wajah yang sangat 'tainted' dan tidak akan diterima oleh rakyat. Nampak gaya macam-macam taktik yang dibuat oleh kelompok Konsensus Bebas. Dalam ayat politik, mereka ini sedang mencari 'nyawa'. Habis dilobi segala macam orang bagi memastikan mereka akan lepas sekali lagi sebagai calon dalam pilihanraya. Yang lebih celupar, siap mengatakan bahawa mereka sanggup untuk lompat pagar sekali lagi. Inilah bentuk jiwa murah yang boleh dibeli oleh wang ringgit (open secret?). PM dan BN tidak perlu mendengar lagi dongeng kelompok yang tidak punya harga diri seperti ini. Yes, mereka sudah memberikan khidmat kepada UMNO/BN. Namun cukup setakat itu. Sejarah telah membuktikan bahawa mereka adalah kumpulang yang sanggup menjadi 'gunting dalam lipatan' bila tiba waktunya berbuat demikian. Zulkifli Noordin adalah contoh yang sangat nyata. Sebagai wakil rakyat di Kulim – dia adalah seorang yang GAGAL dan mengecewakan rakyat. Tidak banyak yang dilakukan di kawasan. Malahan, pusat khidmat hanya bertahan selama setahun – akibat kekurangan modal dan bantuan daripada parti PKR. Akhirnya, demi kepentingan diri – Zul Noordin melompat dan menawarkan khidmat kepada UMNO/BN. Sekarang ini Zul Noordin ligat mencari nyawa. PERKASA dijadikan pentas 'bargaining power' kepada Zul Noordin. Sama jugalah dengan Ibrahim Ali. Sampai bila kita mahu melayan kelompok penting diri seperti ini. Kononnya, jawatan sebagai NAIB PRESIDEN PERKASA akan memberikamnnya lesen besar untuk diletakkan sebagai calon di PRU nanti. UMNO wajar memikirkan untuk mengetengahkan calon UMNO sendiri. Ramai yang mampu di Kulim Bandar Bharu. Kalau setakat nak menyaingi kerja wakil rakyat tahap sampah seperti Zul Noordin rasanya teramatlah mudah. Deal dengan konsensus bebas ini bertaraf 'one-off' sahaja. Cukup. Tak perlu layan lagi. Mereka ini semua gila harta dan kedudukan. Noktah. Demikian juga dengan wakil rakyat Wangsa Maju. WCK kata dia adalah winnable candidate buat BN. Serius? Atas dasar apa? Atas dasar ribuan orang yang hadir di rumah terbukanya? Jangan nak main bangsat YB. You're not worth it. Failure. PM tidak perlu lagi melayan kumpulan polong tidak bertuan yang dinamakan konsensus bebas. Mereka ini adalah buaya. Makan keliling dan sanggup khianat parti sekali lagi jika mereka perlu berbuat demikian. Jangan lupa, mereka ini menyanjungi Anwar buat sekian lama. Cakap benci pada mulut. Tapi usaha dibuat untuk melakukan 'side deal' dengan PKR menjelang PRU yang akan datang. Blog ini tahu macam-macam 'demand' yang dikemukakan oleh konsensus bebas. Ini semua kerja 'con-man' nak cari duit lebih. Dipetik dari din |
Fitnah Yang Tak Berapa Menjadi.. Posted: 12 Nov 2011 02:32 AM PST |
Awal-Awal Lagi PSC Sudah Dilihat Berat Sebelah.. Macam Cilake.. Posted: 12 Nov 2011 01:59 AM PST Wakil BERSIH tak diiktiraf PSC Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan tetap dianggap sebagai wakil individu ke sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan proses pilihan raya (hari ini walau berkeras bahawa beliau hadir sebagai wakil gabungan NGO berkenaan. Pengerusi PSC, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, Ambiga hadir sebagai wakil individu dan begitu juga empat lagi yang mengiringi bekas presiden Majlis Peguam itu ke sesi pendengaran hari ini. "Tidak, anda bercakap sebagai Datuk Ambiga," kata Ongkili ketika Ambiga memperkenalkan dirinya sebagai wakil BERSIH 2.0. Malah, beliau juga enggan menerima memorandum yang dikemukakan Ambiga kerana muka hadapan dokumen berkenaan diterakan logo BERSIH. Kecewa dengan tindakan itu, Ambiga berkata helaian muka depan berkenaan boleh saja dikoyakkan sekiranya ia menimbulkan masalah. Maximus berkeras bahawa Ambiga tidak mewakili pertubuhan tidak berdaftar BERSIH, walau dibantah oleh seorang lagi anggota PSC, Azmin Ali. Azmin berkata, keputusan berkenaan merupakan tindakan berat sebelah memandangkan PSC semalam turut mendengar keterangan saksi daripada Human Rights Party yang juga merupakan pertubuhan tidak berdaftar. Ongkili bagaimanapun membenarkan Ambiga meneruskan keterangannya sebagai wakil 80 NGO yang dinaungi BERSIH. Selain Ambiga, Ongkili turut membenarkan empat lagi wakil BERSIH - PY Wong, Andrew Khoo, Wong Chin Huat, dan Maria Chin Abdullah - untuk turut memberi keterangan selama lebih dua jam. |
PSC: Pangkalan data automatik mulai 1 Dis, daftar pemilih ‘bebas pengundi hantu’ Posted: 12 Nov 2011 01:53 AM PST KUALA LUMPUR, 12 Nov ― Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghubungkan rekod kematian dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara automatik mulai 1 Disember ini - sebahagian daripada proses membersihkan daftar pemilih daripada kewujudan pengundi hantu. Perkara itu dimaklumkan kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) hari ini, yang sedang mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya. Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said berkata, agensinya tidak akan ada maklumat kematian jika waris si mati tidak memaklumkan mereka. "Kementerian Dalam Negeri ada memaklumkan bahawa mulai 1 Disember ini, apabila seseorang memohon mendapatkan permit pengebumian, permit itu akan dimasukkan ke dalam pangkalan data dan polis akan menghubungkan dengan JPN dan JPN pula akan menghubungkan dengan SPR," katanya. Hari ini, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan memberitahu jawatankuasa itu bahawa daftar pemilih masih mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pengundi yang sudah mati. "Jika mereka boleh mendaftar kelahiran, mereka juga boleh mendaftar kematian," katanya. Jariah menjelaskan bahawa di bawah sistem semasa, waris si mati perlu memohon mendapatkan permit pengebumian daripada polis. "Apabila mereka mendapat permit, baru mereka boleh menjalankan pengebumian. "Selepas itu, pemaklum tersebut perlu memaklumkan kematian di JPN. Jika mereka tidak melakukan, tidak mengapa," katanya. Sementara itu, Pengerusi PSC Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dipetik Bernama Online memaklumkan bahawa sehingga kini, hanya 1,784 rakyat Malaysia di luar negara yang mendaftar sebagai pengundi. Namun, PSC akan mengkaji perkara itu yang menurutnya mungkin akibat kekurangan promosi mendaftar sebagai pengundi. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan