Ahad, 6 November 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tempoh Penutupan Monorel Melaka Dilanjut

Posted: 06 Nov 2011 12:49 AM PDT

Tempoh penutupan Monorel Melaka dilanjut

MELAKA: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melanjutkan tempoh penutupan operasi perkhidmatan Monorel Melaka daripada dua hari bermula Khamis lalu sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak.

Ketua Pegawai Operasinya, Azhar Ahmad berkata, arahan itu dikeluarkan selepas operasi perkhidmatan yang dikendalikan oleh Menara Taming Sari Berhad itu masih gagal mematuhi syarat ditetapkan suruhanjaya berkenaan.

"SPAD mengeluarkan surat semalam (kelmarin) bagi mengarahkan tempoh penutupan operasi dilanjutkan kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

"Pemeriksaan mendapati beberapa syarat yang ditetapkan tidak dipenuhi operator perkhidmatan itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. -hm

Monorel Melaka Rosak Lagi

MELAKA, 2 Nov -- Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad (depan) ketika memeriksa tahap keselamatan Monorel Pelancongan Melaka di Stesen Monorel Hang Jebat di Taman Rempah, hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad, Nazary Ahmad (belakang).

Perkhidmatan Monorel Melaka di hentikan selama 48 jam berikutan kerosakan yang di alami tengahari semalam.



Petugas Monorel Pelancongan Sungai Melaka, Razi Yahya (kiri) bersama rakan setugas Mohd Faiz Kamarulzaman (kanan) memeriksa tangga tali kecemasan selepas pemeriksaan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di stesen Monorel Hang Jebat di Taman Rempah di sini hari ini.




Memalukan Monorail ROSAK : Pelancong TERPERANGKAP

Sekali lagi Monorel memalukan negeri Melaka apabila rosak. Lebih malang lagi ianya melibatkan pelancong asing.

Malaysiakini melaporkan bahawa hasrat dua pelancongan Britain menikmati keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki monorel terbantut apabila mereka terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba.

Perkhidmatan monorel berkenaan berhenti hanya setelah 20 meter meninggalkan Stesen Hang Jebat di Melaka dalam kejadian kira-kira jam 1.09 tengahari semalam.

Akibatnya, bekas anggota polis, James Craft, 57 dan isterinya, Anne Craft, terpaksa menghabiskan kira-kira 20 minit di dalam gerabak monorel berkenaan sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.

Menggunakan tangga kecemasan untuk sampai ke gerabak monorel berkenaan, anggota penyelamat kemudiannya membantu mereka turun.

Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai suatu yang tidak akan dilupakannya, James berkata, beliau dan isteri membuat keputusan menggunakan monorel berkenaan untuk melihat keindahan panorama Melaka.

Menurutnya, gerabak monorel berkenaan berhenti secara tiba-tiba sejurus selepas meninggalkan stesen.

Monorel ini kerapkali rosak. Malah hari pertama ianya dilancarkan pun ia mengalami kerosakan.



Lelaki OTC Ditahan Cuba Pegang Payudara Wanita Dalam Lif

Posted: 05 Nov 2011 10:14 PM PDT

Kepong - Cubaan seorang lelaki mahu meraba payudara seorang wanita di dalam lif membawa padah apabila dia ditahan selepas tindakannya itu mengundang kemarahan penduduk setempat.

Dalam kejadian di Apartmen Desa 1, di sini suspek dikatakan mengambil kesempatan mahu memegang payu dara mangsa yang kebetulan menaiki lif yang sama dengannya.

Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dewi, 24, berkata, ketika insiden itu berlaku dia hendak ke tingkat 3 blok 5 sebelum lelaki itu secara tiba-tiba menghulurkan tangan ke arah dadanya.

"Saya sempat menepis tangannya dan berlari keluar ketika pintu lif hendak dibuka," katanya ketika ditemui, malam kelmarin.
Mangsa kemudiannya menjerit bagi meminta pertolongan.

Suspek berusia 30 tahun yang panik selepas terdengar mangsa menjerit kemudiannya mengunci diri dalam rumahnya di tingkat 10 di blok yang sama.

Seorang penduduk Philip Teh, 40, berkata, suspek yang dianggap seorang yang berperangai pelik itu dilihat kerap membakar kad banci yang dilekatkan di pintu rumah penduduk.

Menurutnya, sejak sebulan lalu hingga kelmarin, lebih 30 rumah terlibat dalam insiden pembakaran kad banci rumah.

"Lelaki itu memang tidak bekerja dan sering dilihat membawa pemetik api, sampai di depan pintu rumah dia akan bakar kad banci atau pakaian yang disidai penduduk di ampaian," katanya.

Difahamkan, setakat ini, lebih 20 laporan polis sudah dibuat terhadap lelaki itu.

Sementara sumber polis memberitahu, suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut dan akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana terdapat kemungkinan mempunyai masalah mental. -SH

Definisi:

OTC - Otak tak center

Nong Chik Ini Siapa Yang Pilihnya Sebagai Wakil Rakyat?

Posted: 05 Nov 2011 07:30 PM PDT

Nafi peranan Selangor, menteri berlagak hero

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Dewan Pemuda PAS Titiwangsa (DPPKT) menyelar sikap sombong Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam isu pentadbiran Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS).

Menurut ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Nong Chik dalam kenyataannya hari ini dengan angkuh menolak penglibatan kerajaan negeri Selangor dalam MAS dan menganggap Wilayah Persekutuan sahaja punyai autoriti terhadap MAS.

"DPPKT menganggap Datuk Raja Nong Chik cuba berlagak hero dengan menafikan peranan Kerajaan negeri Selangor dan kuasa Menteri Besar Selangor terhadap MAS dan Kampung Baru.

"Seolah-olah beliau sahaja layak untuk bercakap soal Kampung Baru dan pentadbirannya," katanya.

Hakikatnya menurut beliau, Menteri Besar Selangor masih berkuasa terhadap Kampung Baru berdasarkan Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 [The Malay Agricultural Settlement Rules 1951] Warta Negeri Selangor No.50/1951.

Tambahnya, kaedah-kaedah Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 tersebut masih tidak dibatalkan atau dipinda atau digantikan dengan undang-undang yang diluluskan Parlimen, dan oleh itu ia masih lagi berkuatkuasa sehingga hari ini.

Kawasan MAS seluas lebih kurang 221.5 ekar ini adalah kawasan penempatan bagi orang-orang Melayu dan telah diwujudkan melalui perizaban tanah di bawah Seksyen 6 Enakmen Tanah Selangor 1897, yang mana Enekmen Tanah ini tidak pernah dimansuhkan walaupun dengan wujudnya Kanun Tanah Negara pada tahun 1965.

"Bagaimana beliau boleh menafikan penglibatan Menteri Besar Selangor dalam Kg Baru sedangkan ia telah tersurat sejak sekian lama.

"Menolak penglibatan Menteri Besar Selangor terhadap MAS menunjukkan ada unsur campurtangan politik dalam MAS sendiri.

"Rakyat melihat betapa rakusnya Menteri Wilayah Persekutuan dalam menentukan isu Kampung Baru, seolah-olah nasib dan masa depan kampung tersebut ada ditangannya," katanya tegas.

Menurut Suhaimi, jika benar Nong Chik tiada niat unsur politik dalam isu Kampung Baru, sebaiknya beliau duduk berbincang bersama dengan Kerajaan Selangor memandangkan ia berkait dengan undang-undang yang melibatkan Kerajaan Selangor dengan Wilayah Persekutuan.

Nong Chik ujarnya, perlu menunjukkan keikhlasan beliau untuk membangunkan Kampung Baru dengan mengajak semua pihak termasuk pembangkang duduk semeja bagi membincangkan masa depan pentadbiran kampung tersebut.

"Seharusnya beliau insaf dan malu dengan kerajaan Selangor yang berusaha menyelamatkan tanah warisan orang Melayu itu dengan pelbagai inisiatif yang dilakukan terhadap penduduk termasuk MAS.

"Sepatutnya RUU PPKB 2011 tersebut dibincangkan dulu dengan penduduk Kampung Baru dan penduduk diberikan salinan undang-undang tersebut untuk pemahaman mereka sebelum Menteri secara gelojoh dan tergesa-gesa meluluskan RUU PPKB 2011 hanya 2 hari selepas ia dibentangkan di Dewan Rakyat," tambahnya lagi. -HD

MAS Kg Baru di bawah Wilayah Persekutuan bukan Selangor, kata Raja Nong Chik
Oleh Syed Mu'az Syed Putra November 04, 2011
KUALA LUMPUR, 4 Nov — Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menegaskan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mempunyai kuasa ke atas Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini menambah selama ini segala hal berkaitan MAS termasuk lantikan keangotaan badan itu terletak di bawah bidang kuasa Wilayah Persekutuan bukan Selangor.

"MAS bukan di bawah bidang kuasa Selangor tapi Wilayah Persekutuan, selama ini semua kuasa sejak daripada dulu diberikan kepada Wilayah Persekutuan...Pengerusi Mas adalah pengarah DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).

"Jadi soal kuasa itu tidak timbul. Saya punya saranan supaya Selangor bangunkan kawasan mereka, banyak lagi kawasan yang mundur dan tak perlu nak campur soal tempat lain," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lembu Korban dan Sumbangan Kewangan Masjid dan Surau sempenan sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Saidini Abu Bakar As-Siddiq di sini.

Kata Raja Nong Chik (gambar), tindakan kerajaan negeri Selangor dan Pakatan Rakyat yang masuk campur dalam urusan pembangunan Kampung Baru akan menyebabkan rakyat keliru.

"Rakyat akan jadi keliru, nanti ia tak dapat dimajukan kalau ada campur tangan pihak lain yang ada kepentingan politik.

"Bagi kita tidak ada soal politik, saya sendiri tidak tahu apa yang saya lakukan ini akan berikan kesan politik atau tidak. Jadi saya harap mereka tidak campur dengan politik, biar orang Kampung Baru tentukan," katanya.

Pada penghujung bulan lalu, Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru Ahmad Zambri As'ad Khuzami mendakwa rombakan MAS akan dilakukan atas kuasa yang ada pada Menteri Besar Selangor berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950.

"Rombakan MAS ini akan dilaksanakan dengan kuasa yang ada pada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sepertimana yang tertakluk di bawah enakmen sedia ada yang berada di bawah bidang kuasa negeri.

"Menteri Besar berkuasa melantik empat orang ahli manakala baki tujuh lagi merupakan ketua kampung yang akan dipilih berdasarkan suara dan pilihan penduduk kampung masing-masing," jelasnya.

Bagaimanapun Setiausaha Kehormat MAS Shamsuri Suradi menegaskan Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa veto untuk berbuat demikian.

Menurut Raja Nong Chik, bantahan yang dikemukakan pembangkang terhadap penubuhan Perbadanan Kampung Baru tidak mempunyai asas selain mempunyai unsur politik.

"Seperti yang saya katakan kita tidak mempunyai kepentingan politik untuk bangunkan Kampung Baru. Apa yang kita lakukan adalah demi orang Kampung Baru," katanya -TMI


Ulasan GB

Raja Nong Chik wakil rakyat mana? Kerusi mana yang dimenangi di dalam PRU yang lalu? Sekadar dilantik menjadi menteri di atas tiket senator, kini cuba menafikan kuasa seuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah?

Memang dasar tak sedar diri dan muka tak tahu malu!

Tentera Wanita Yang Didakwa Pengawal Peribadi Gaddafi Dirogol Dan Dibunuh Kejam

Posted: 05 Nov 2011 03:50 PM PDT

Sebelum ini, GB pernah menyatakan bahawa rakyat Libya sengaja mengundang kemurkaan Allah apabila mayat bekas Presiden Libya, Muammar Ghadafi yang telah dibunuh dengan kejam kemudian dipertontonkan tanpa dikebumikan selama empat hari lamanya kepada orangramai sehingga mayat membusuk.

Apa yang dilakukan oleh mereka yang dikatakan "pejuang Libya" itu tidak pernah dilakukan oleh Nabi kita di dalam mana-mana peperangan walaupun terhadap musuh Islam paling jahat.

Justeru tiada justifikasi apa pun untuk memperlakukan mayat Ghaddafi sedemikian rupa selain dari hanya mendengar propaganda pemburukan watak beliau oleh dunia barat kerana bencikan Ghadaffi lantaran dakwah Islamnya.

Kini, timbul berita baru, pengawal peribadi wanita Ghadaffi turut dibunuh kejam oleh golongan anti-Gadaafi. Blog Siasahkini melaporkan:


Gila ka apa puak-puak pemberontak Libya nieh!!Ini gambar Sk dapat dari blog kawan yang memaparkan pembunuhan kejam pengawal-pengawal peribadi bekas pemimpin Libya nieh..Pengawal Peribadi Gaddafi yang dipanggil "The Revolutionary Nuns" atau "Amazonian Guard" yang diaggotai oleh beberapa orang wanita nieh telah diburu dan dibunuh kejam oleh pemberontak sebelum kematian Gaddafi. Semua wanita ini diburu dan dibunuh oleh askar yang ditugaskan memburu Gaddafi ketika itu. Sk tengok gambar-gambar nieh agak kesian jugak la dengan nasib depa niehMemang kasihan tengok semua wanita yang hanya menjalankan tugas mereka untuk menjaga keselamatan pemimpin pelik Libya nieh....




Menurut sumber yang SK dapat, terdapat tiga mayat telah ditemui. Mayat pertama cuba larikan diri bersama teman lelakinya kemudian  telah ditembak mati. Mayat kedua pula dibelasah sehingga mati oleh penyerang. Mayat yang ketiga nieh paling kejam dan tidak berperikemanusiaan dimana wanita nieh dirogol beramai-ramai sebelum didera sehingga mati.




Sungguh kejam perilaku kekejaman nieh..Sugguhpun bencikan seorang pemimpin usahlah dibuat kepada orang lain.Ada cara yang lebih bertamadun boleh dilakukan keatas mereka nieh jikalaupun mereka disabitkan bersalah.Ini mungkin satu gerakan untuk menghapuskan seluruh keluarga@individu-individu yang berkaitan dengan bekas pemimpin Libya nieh..



Penoreh Menderita, Harga Getah Terus Jatuh

Posted: 05 Nov 2011 08:15 AM PDT

Pasaran getah Malaysia dijangka terus jatuh minggu depan berikutan permintaan yang lembap dan situasi tidak menentu ekonomi global.

Seorang peniaga berkata permintaan dijangka perlahan ekoran berita yang pembuat kereta Jepun akan terus menggantung kilang-kilangnya di Thailand kerana kekurangan alat ganti.

Banjir telah menular keseluruhan 64 daripada 77 wilayah Thailand dan menenggelami tujuh estet perindustrian di mana Honda dan pembuat bahagian auto mempunyai kilang.

Sementara itu, para peniaga berkata musim hujan di kebanyakan Negara pengeluar getah tidak akan menjejaskan bekalan kerana pelabuhan Qingdao China mempunyai simpanan stok yang tinggi iaitu kira-kira 180,000 tonne metrik.

Para pembeli dijangka terus kekal tidak memasuki pasaran dengan menjangkakan kelemahan yang seterusnya dalam harga komoditi itu, kata mereka.

Minggu ini, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 merosot 94.0 sen kepada 1,137.0 sen sekilogram sementara susu getah pukal turun 35.0 sen kepada 758.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi untuk SMR 20 berkurangan 89.5 sen kepada 1,136.5 sen sekilogram sementara susu getah pukal susut 37.0 sen kepada 757.5 sen sekilogram.

[WASPADA] Wang Palsu Beredar, Peniaga Tertipu Wang Kertas RM100

Posted: 05 Nov 2011 07:20 AM PDT

Alor Setar, Kedah – Seorang peniaga warga emas tidak menyangka dirinya menjadi mangsa sindiket wang palsu, menyebabkan dia kerugian RM90 selepas membayar duit baki kepada seorang wanita berumur 20-an.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Mak Mah, 53, berkata, dia didatangi seorang wanita sambil mendukung anak kecil yang menangis, singgah ke gerainya di Jalan Shahab Perdana untuk membeli makanan.

"Wanita itu menghulurkan wang RM100 dan RM7 untuk membayar harga makanan sebanyak RM17. Saya tidak menyedari wang itu palsu sebab wang RM100 diletakkan di bawah, menutupi sebahagian besar wang RM7 berkenaan," katanya.

Menurutnya, disebabkan anak kecil wanita itu menangis tanpa henti, dia menyerahkan wang baki tanpa memeriksa wang RM100 yang diberikan.

"Sebaik sahaja membayar duit baki, ketika hendak menyimpannya dalam laci, saya lihat kedudukan wang berubah. Tetapi sudah terlambat, wanita itu sudah lesap," katanya.

Mak Mah berkata, wanita itu menaiki sebuah kereta Viva berwarna putih yang diparkir agak jauh dari gerainya, dan kelibat tiga lelaki lain dilihat berada dalam kereta itu.

"Wanita itu bercakap dalam dialek Kedah dan Mak Mah sempat bertanya dia hendak ke mana. Katanya mahu ke Kuala Kedah. Mak Mah tak mengesyaki apa-apa sebab perwatakannya nampak baik sahaja,"
katanya.

Menurutnya, sejurus menyedari dirinya ditipu, Mak Mah segera memeriksa wang itu di sebuah stesen minyak berdekatan, dan terbukti ia palsu.

"Mak Mah harap peniaga kecil lebih berhati-hati kerana dipercayai ini perbuatan sindiket. Sejak berniaga lebih empat tahun, inilah kali pertama kejadian seperti ini menimpa Mak Mah," katanya.

"Kemungkinan sindiket ini kembali aktif di Kedah, beberapa rakan memaklumkan, sebelum ini kes seperti ini memang berlaku," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan menasihatkan orang ramai yang menerima wang palsu supaya membuat laporan polis supaya siasatan boleh dijalankan dengan lancar.

Adzaman berkata, sepanjang tahun ini, hanya satu kes wang palsu dilaporkan pada pertengahan Mei, manakala pada 2010 sebanyak lima kes. -SH


Suaram: Tunaikan 8 Tuntutan Bersih Sebelum PRU

Posted: 05 Nov 2011 05:09 AM PDT

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sekali lagi menuntut kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak supaya melaksanakan semua tuntutan Bersih 2.0, sebelum Pilihan Raya Umum ke 13.

Suaram merupakan salah satu daripada 88 pertubuhan yang membentuk gabungan Bersih 2.0.

Sehubungan itu Penyelaras Suaram Johor, Fang Pei Fen berkata, satu jawatankuasa peringkat negeri oleh NGO yang mewakili Bersih perlu dibentuk dengan segera.

"Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk mempromosikan "8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya" di bandar-bandar dan desa-desa dalam negeri masing-masing, dan menggerakkan kerja-kerja menuntut reformasi sistem pilihanraya.

"Apa yang paling penting ialah mesti menggemblengkan rakyat jelata secara meluas untuk mengingatkan Najib dan kerajaan BN bahawa Pilihanraya umum ke-13 tidak harus diadakan sebelum "8 Tuntutan reformasi sistem pilihanraya" tercapai," tegas Fang Fei.

Lapan tuntutan itu mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan Daftar Pemilih, mereformasikan undi pos; penggunaan dakwat kekal; akses media bebas dan adil, tempoh kempen minima 21 hari; mereformasikan institusi awam'; serta menghentikan rasuah dan politik kotor.

Sebelum ini, Bersih mengumumkan akan menjelajah seluruh negara bagi mempromosi dan mengadakan kempen besar-besaran bagi memastikan rakyat mendapat maklumat mengenai Bersih secara langsung.

Jelajah yang sudah bermula di Perlis beberapa bulan lalu itu turut mengadakan dailog selain mengadakan kutipan amal bagi membiayai kempen tersebut.

Fang Fei dalam kenyataannya berkata, memorandum lapan tuntutan itu telah diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong dan kerajaan sejak tiga bulan lalu, namun sehingga kini tiada maklum balas.

"Pelbagai tanda menunjukkan golongan pemerintah BN yang diketuai oleh Najib sedang cuba memperdayakan rakyat, seperti mana yang selalu dilakukan, dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) yang kononnya berfungsi mereformasikan sistem pilihanraya demi terus menipu rakyat untuk mengekalkan pemerintahan mereka," katanya. -KD

Rujuk Peguam Negara Hanya Protokol, Hakikatnya Kabinet Mahu Rayu Keputusan Mahkamah

Posted: 05 Nov 2011 03:12 AM PDT

Kes UKM4: Siapa kerajaan, BN atau Peguam Negara? Lau Weng San

Jikalau kerajaan BN membuat rayuan terhadap Mahkamah Rayuan terhadap keputusannya bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka ini menunjuk bahawa kerajaan BN memandang remeh terhadap prinsip pengasingan kuasa dan prinsip kebebasan kehakiman.

Sekiranya kerajaan BN di bawah Najib menganggap dirinya sebagai kerajaan transformasi yang ikhlas untuk memansuhkan atau meminda sebarang akta yang mencengkam hak-hak asasi manusia, maka ia perlu tegas dalam tindakannya dan tidak akan membuat rayuan lagi.

Malangnya, BN hanya bertolak-dalih dan menyerah kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan seolah-olah BN ingin menolak sebarang tanggungjawab untuk bertindak tegas dalam kes ini.

Tindakan BN ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan menimbulkan tanda soal: Siapakah yang menjadi kerajaan pusat? BN atau Jabatan Peguam Negara?

Jikalau BN boleh melakukan sesuatu yang bercanggahan dengan prinsip pengasingan kuasa seperti apa yang berlaku pada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar pada tahun 2009 sehingga beliau dikasari dan diheret keluar daripada DUN, adalah amat melucukan kita semua apabila BN pula ingin membuat rayuan dalam kes UKM4 atas alasan keputusan hakim bercanggahan dengan prinsip pengasingan kuasa.

Cengkam kebebasan

Kita harus beringat bahawa semangat prinsip pengasingan kuasa dan kebebasan kehakiman yang diwarisi daripada British turut menekankan peranan hakim dalam membuat takrifan terhadap undang-undang yang sedia ada untuk memastikan keputusan yang dibuat bukan sahaja selaras dengan peredaran zaman tetapi turut mematuhi semngat asal perlembagaan persekutuan serta berlaku adil terhadap rakyat dan kerajaan.

Harus juga diingati bahawa keputusan salah seorang hakim dalam kes UKM4 ini, iaitu Yang Arif Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus (kiri) dalam keputusannya telah menetapkan bahawa Seksyen 15(5)(a) AUKU mencengkam kebebasan bersuara mahasiswa-mahasiswi dan ia tidak membantu untuk melahirkan golongan berfikiran kritikal yang boleh membantu pembangunan negara.

Justeru, mesej yang ingin disampaikan oleh hakim kepada parlimen yang dikuasai BN ialah Seksyen 15(5)(a) ini tidak sesuai dengan zaman moden dan sudah sampai masanya untuk memansuhkan klausa-klausa yang menekan kebebasan bersuara mahasiswa-mahasiswi.

Malangnya, pada pandangan BN, undang-undang hanya merupakan alat kegunaan BN sahaja untuk menekan perbezaan pandangan. Seruan dan mesej daripada keputusan ini langsung tidak dihirau.

Apa yang menyedihkan ialah walaupun keputusan Mahkamah Rayuan ini tidak berasaskan sebarang kepentingan politik, Kabinet memilih untuk mendiamkan diri dan menyerah kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan. Ini menunjukkan bahawa BN langsung tidak ikhlas untuk melaksanakan sebarang pembaharuan.

Sebelum ini terdapat ahli-ahli politik BN yang menyeru kabinet agar tidak membuat rayuan. Mereka ini ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu serta Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin. Sekarang saya ingin bertanya mereka, apakah penjelasan mereka terhadap sikap kabinet yang bertolak-dalih ini?

Dolak-dalih

Ini bukan pun kali pertama kabinet membuat keputusan yang berdolak-dalih seperti ini. Dalam perbicaraan terhadap 21 individu yang ditahan kerana mengambil bahagian dalam satu perhimpunan tanpa permit pada tahun 2008 sempena ulangtahun pertama BERSIH di Petaling Jaya, Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz juga berkata bahawa keputusan untuk melepaskan dakwaan terhadap semua 21 individu itu terletak di tangan Jabatan Peguam Negara.

Janganlah BN menghina kebebasan kehakiman dan prinsip pengasingan kuasa dengan tolak dalih seperti ini. Ketepikan rayuan itu dengan tegas, jangan mempertahankan undang-undang lapuk yang mecengkam hak-hak asasi manusia dan biarkan kebebasan kehakiman dan prinsip pengasingan kuasa antara kehakiman, eksekutif dan perundangan bertumbuh subur di bumi Malaysia ini. -mk

Ulasan GB

Daripada kenyataan-kenyataan beberapa menteri BN terutama Mohd Nazri Aziz dan Khaled Nordin sendiri sebagai Menteri Pengajian Tinggi yang mempertahankan AUKU dan memperkecilkan keputusan Mahkamah Rayuan, jelas menunjukkan bahawa mereka mahu supaya rayuan dikemukakan untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Rujukan kepada Peguam Negara hanya untuk memenuhi protokol. Sedangkan kebenarannya, kabinet BERSETUJU untuk membuat rayuan. Samada Peguam Negara memberikan lampu hijau atau merah, ia adalah persoalan yang lain.

Dasar mentaliti menteri-menteri kabinet yang ada kini ialah: majoriti mereka berfikiran kolot dan lapuk.

Takut kekuasaan mereka tergugat lalu menjadikan politik boleh menjejaskan pencapaian akademik pelajar sebagai alasan untuk mereka terus memandulkan mahasiswa.

Tiada jalan lain: tukar kerajaan yang sedia ada.



Tiada ulasan: