Blog-list Malaysia |
- Senator atau sampah
- Najib Akan Bubarkan Parlimen Dalam Bulan Ini
- Suruh Duduk Diam-Diam Tak Nak.. Kan Dah Kena Batang Hidung Sendiri..
- Gangster Beri Amaran Kepada Gangster
- Nafi Peranan Selangor, Raja Bersiong Berlagak Hero
- “Tidak semestinya pergi haji, terhapus semua dosa."
- Dey Thamby.. Diam-Diam Duduk La..
Posted: 05 Nov 2011 04:36 PM PDT Dewan Negara Malaysia terdiri daripada 70 ahli, yang majoritinya (44) dilantik oleh Raja atas nasihat Perdana Menteri. Selebihnya mewakili negeri masing-masing. Peranan asal Senat adalah untuk mengimbangi Parlimen setelah majoriti daripada Ahli Dewan Negara terhutang pelantikan mereka kepada PM. Mereka tidak mungkin akan menolak bil-bil yang diluluskan oleh Parlimen. Oleh sebab itu, Senat telah menjadi satu jalan bagi BN untuk melantik Menteri daripada golongan ahli politik yang telah ditolak oleh rakyat, seperti Shahrizat Jalil, Presiden Gerakan Koh Tsu Koon dan Ketua MIC G Palanivel. Ia juga satu cara untuk parti politik BN untuk memuaskan dahaga ahli mereka yang tidak pernah puas dengan kuasa, kedudukan dan wang. Matlamat sebenar Senat seolah-olah telah hilang. Pantas menawarkan diri sebagai calon untuk PRU-13 Pelantikan KS Nallakaruppan baru-baru ini, yang satu masa dahulu merupakan pengikut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan kini sudah menjadi pengkritik atas dasar tidak puas hati telah menunjukkan penurunan taraf Senat Malaysia dengan lebih teruk lagi. Tidak diketahui apakah bidang Nallakaruppan mahupun khidmat sosial yang pernah dijalankannya. Partinya, MUIP,hanya mewakili dirinya sendiri. Nalla dikenali sebagai seorang yang tegar menhadiri ceramah-ceramah pada musim pilihan raya bersama Ummi Hafilda dan melemparkan dakwaan-dakwaan keji terhadap Anwar Ibrahim. Ini akan disertai oleh perisytiharan bahawa dia akan memberikan 'bukti' untuk tuduhan pada masa yang sesuai '. Bilakah masa yang sesuai itu? Anda akan tunggu dengan sia-sia! Cukup jelas bahawa Nallakaruppan mendapat ganjaran bagi kesediaannya dipergunakan oleh BN untuk memburuk-burukkan Anwar. Dalam keadaan yang serupa, pembelot PKR yang kini sudahpun bergelar Senator, Ezam Mohd Noor, juga mendapat ganjaran senator atas sebab yang sama. Adalah malang yang Dewan itu kini dibanjiri watak-watak yang meragukan dan keji seperti mereka. Adalah lebih malang bahawa pembayar cukai Malaysia membayar gaji lumayan mereka, elaun mereka, tuntutan mereka dan peruntukkan RM200,000 untuk mereka. Nallakaruppan mengangkat sumpah hari ini, dan kemudian dengan segera mengisytiharkan bahawa dia bersedia untuk menjadi calon dalam pilihan raya jika Perdana Menteri mengarahkannya untuk berbuat demikian. Sudah tentu Najib tidak mahu perkara itu berlaku kerana Nallakaruppan bukanlah seorang calon yang boleh menang. Dia adalah bahan untuk ditertawakan sahaja. MIC masih bertelingkah dan tidak berbuat apa-apa untuk kaum India Pelantikan Nalla juga sudah semestinya menjadi sumber kemarahan MIC kerana mereka suka untuk menggambarkan diri mereka sebagai wakil tunggal kaum India dalam BN. Dewan dipenuhi dengan pegawai dan ahli-ahli politik MIC pada hari Rabu kerana ada orang-orang mereka juga yang mengangkat sumpah sebagai Senator. Antara mereka ialah K Devamany, yang sudah tentu yang akan digugurkan sebagai calon MIC bagi Cameron Highlands, serta M Saravanan dan P Kamalanathan yang mungkin juga tidak dikekalkan.Perpecahan dan persengketaan yang berterusan MIC adalah berpunca daripada perbalahan GPalanivel dan Samy Vellu . MIC sudah tentu benci akan hakikat slot untuk Nalla tidak diberi kepada mereka. Walaupun anda tidak dapat syak perkara itu daripada cara mereka berjabat tangan dan memberi senyuman palsu. Kita hairan dengan nasib kaum India yang ditimpa kemiskinan di ladang-ladang manakala pemimpin mereka, memakai sut mahal, makan bufet yang sarat di Parlimen sambil merencanakan rancangan jahat dan tipu daya terhadap satu sama lain dalam kumpulan kecil mereka. Sekali sekala mereka akan bangun, tersenyum dan bersalaman dengan ahli-ahli politik lain yang besar kemungkin telah mereka maki hamun. Ini hanyalah kepura-puraan makhluk yang bergelar ahli politik. Kita hanya boleh berharap bahawa semua ini akan lenyap atau dibuang ke dalam tong sampah sejarah, selepas pilihan raya umum akan datang. Malaysia Chronicle |
Najib Akan Bubarkan Parlimen Dalam Bulan Ini Posted: 05 Nov 2011 04:22 PM PDT UALA LUMPUR, 5 Nov: Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada bulan ini (November 2011), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan dalam masa terdekat. Pengerusi Kebangsaan SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini. Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai. Katanya, pembubaran Parlimen dalam masa terdekat pasti akan menambahkan lagi kepincangan proses pilihanraya di tanah air kerana ia diadakan ketika tuntutan rakyat bagi proses pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan oleh kerajaan. "Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan, maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan oleh Kerajaan BN. "Sekiranya ini tetap dilakukan, maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanyalah proses 'palsu' bagi menghalalkan regim Umno BN terus berkuasa," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini. Sehubungan itu, menurut beliau, SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa lain yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihanraya dilakukan. Katanya, proses penambahbaikan yang dituntut itu juga seharusnya satu proses 'reformasi' serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata. Beliau yang turut dikenali sebagai Cikgu Bard menambah, yakinlah, rakyat sudah mula hilang kesabaran kerana negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang. "Jika pilihanraya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihanraya yang menyakinkan, kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar," tegasnya. Beliau tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat akan turun bukan sahaja untuk melakukan protes, tetapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihanraya yang bersih dan adil. "Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan," ujarnya. Di serata dunia kebelakangan ini, katanya, pelbagai pihak dapat melihat kebangkitan kuasa rakyat menundukkan pemerintahan diktator di beberapa buah negara. Menurutnya, di Malaysia pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat telah memilih jalan raya untuk mendesak penambahbaikan proses pilihanraya negara yang terbukti dicemari pelbagai kecacatan yang sering dinafikan pihak pemerintah. "Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Datuk Seri Najib dengan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Proses Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen)," katanya. Bercanggah dengan pengakuan betapa perlunya proses penambahbaikan proses pilihanraya, tegasnya, kenyataan umum terus dikeluarkan oleh pimpinan BN dan Perdana Menteri sendiri yang mencadangkan bahawa PRU Ke-13 diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi proses pilihanraya selesai. "Malah lebih menggusarkan dan lebih bercanggah dengan jaminan untuk menambahbaik proses pilihanraya, timbul pula pelbagai perkembangan negatif seperti pemberian taraf warganegara kepada rakyat asing secara 'istimewa' untuk tujuan mengundi (khususnya bagi pihak BN)" ujar beliau. Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), Haris Ibrahim; Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala. |
Suruh Duduk Diam-Diam Tak Nak.. Kan Dah Kena Batang Hidung Sendiri.. Posted: 05 Nov 2011 07:05 AM PDT Dr M biarkan anak sokong "Seksualiti Merdeka 2011?" Mempromosi dan mengiktiraf pengamal seks songsang Isu "Seksualiti Merdeka" sebenar sudah bertapak di Malaysia sejak 2008 lagi. Agak menghairankan kenapa baru sekarang kerajaan BN mahu menyekatnya. Begitu juga isu murtad, ia dah lama berlaku, tut-tut baru ni kerajaan UmnoBn berselindung disebalik NGO membuat perhimpunan sejuta rakyat konon nak bantah gulungan bukan islam memurtadkan orang Islam. Sepatutnya nak bercakap isu murtad bincanglah di parlimen, bukan di stadium!! Bab nak menegakkan hukum Islam ni orang Melayu (Islam) dah tentu sokong, tak payah nak berarak di stadium, bincang terus di parlimen bersama AP muslim mahupun bukan muslim. Perjuangan melaksanakan hukum Islam yang dibawa oleh Ahli Parlimen PAS sebelum ini sering di bantah oleh wakil2 Umno. Bila mereka ni nak buang perangai buruk itu entahlah! Justeru apabila perjuangan menentang murtad oleh Umno melalui NGO mereka, dibuat di stadium, nampak sangat kebengapan dan kebangangnya mereka. – tindakan mereka menyerlahkan lagi sikap hipokrit, mengada-ngada, mencari publisiti murah dan yang paling penting ialah nak menarik sokongan orang Melayu yang dah banyak benci dengan Umno dan kerajaannya. Berbalik kepada isu "seksualiti merdeka ini" . Kerajaan Umno Bn seolah-olah baru terkejut dari mimpi, setelah melihat banyak bantahan dari rakyat. Amat dikesali apabila perhimpunan songsang yang nak dilancarkan pada 9/11/2011 ini mendapat sokongan segelintir badan NGO, Amat tidak wajar juga apabila aktiviti tersebut telah disokong oleh Majlis Peguam Negara yang diketuai oleh S.Ambiga. Dan lebih malang, anak bekas Perdana Menteri sendiri Marina Mahathir yang beragama Islam turut serta sebagai penyokong kuat perhimpunan "seksualiti merdeka" (seks bebas tanpa mengira jantina) Tun Mahathir yang kononnya bekas pemimpin Islam, bekas perdana menteri yang beragama Islam, bekas pemimpin Malaysia yang kononnya sebuah negara Islam hari ini menunjukkan sikap hipokritnya sekali lagi. Semasa pemerintahannya dulu dia halalkan arak dan judi, hari ini,... mari kita dengar kenyataannya berkaitan seksualiti merdeka – cakap tak serupa bikin ! Ini petikan ulasan Dr.Mahathir mengenai Seksualiti Merdeka 2011, "Saya tidak fikir kita perlu perkara seksualiti ini. Ia harus diharamkan. Itu pun kebebasan bersuara perlu ada had. Kita mesti ada peraturan berkenaan konsep perkahwinan, konsep keluarga dan perlu pegang kepada nilai-nilai mulia yang kita amalkan sekarang," katanya. – BERNAMA http://rahimho.blogspot.com |
Gangster Beri Amaran Kepada Gangster Posted: 05 Nov 2011 05:41 AM PDT Jangan bertindak seperti 'gangster' protes pendirian MCA Masyarakat dinasihatkan tidak bertindak seperti penjahat atau 'gangster' dan menyimbah cat merah seperti berlaku ke atas ibu pejabat MCA Khamis lalu sekiranya membantah pendirian parti itu terhadap sesuatu isu. Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu berkata sekiranya masyarakat mempunyai pandangan berbeza perlulah menyalurkan pandangan itu melalui cara yang betul mengikut sistem pentadbiran dan undang-undang sedia ada. "Mungkin sesetengah pihak bertindak demikian (menyimbah cat) atas sebab yang tidak diketahui, kalau sebab pendirian pucuk MCA mengenai kepentingan rakyat menyebabkan perkara ini berlaku, saya rasa kesal. "Kita ada pendirian secara kolektif tentang sesuatu isu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Kesihatan Antarabangsa Kelapan 2011 dan Pesta Teh dan Bahan Minuman Antarabangsa Kedua 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini. Khamis lalu Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengarahkan pihak pentadbiran parti itu membuat laporan polis berhubung insiden simbahan cat merah di pintu depan ibu pejabat MCA di Jalan Ampang di Kuala Lumpur. Walaupun wujud spekulasi ia ada kaitan dengan penolakan parti itu terhadap pelaksanaan hukum hudud, Dr Chua berkata beliau tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Gan berharap pihak polis dapat menangkap mereka yang terlibat dengan kejadian itu supaya perbuatan seperti itu tidak menjadi satu kebiasaan masayarakat di negara ini melahirkan rasa tidak puas hati mereka. "Ini negara demokratik, lain orang punya pandangan berbeza...ia suatu yang sangat lumrah...cuma apa yang majoriti buat kita ambil perhatian manakala yang minoriti juga kita jaga," katanya. - Bernama |
Nafi Peranan Selangor, Raja Bersiong Berlagak Hero Posted: 05 Nov 2011 04:31 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Nov: Dewan Pemuda PAS Titiwangsa (DPPKT) menyelar sikap sombong Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam isu pentadbiran Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS). Menurut ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Nong Chik dalam kenyataannya hari ini dengan angkuh menolak penglibatan kerajaan negeri Selangor dalam MAS dan menganggap Wilayah Persekutuan sahaja punyai autoriti terhadap MAS. "DPPKT menganggap Datuk Raja Nong Chik cuba berlagak hero dengan menafikan peranan Kerajaan negeri Selangor dan kuasa Menteri Besar Selangor terhadap MAS dan Kampung Baru. "Seolah-olah beliau sahaja layak untuk bercakap soal Kampung Baru dan pentadbirannya," katanya. Hakikatnya menurut beliau, Menteri Besar Selangor masih berkuasa terhadap Kampung Baru berdasarkan Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 [The Malay Agricultural Settlement Rules 1951] Warta Negeri Selangor No.50/1951. Tambahnya, kaedah-kaedah Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 tersebut masih tidak dibatalkan atau dipinda atau digantikan dengan undang-undang yang diluluskan Parlimen, dan oleh itu ia masih lagi berkuatkuasa sehingga hari ini. Kawasan MAS seluas lebih kurang 221.5 ekar ini adalah kawasan penempatan bagi orang-orang Melayu dan telah diwujudkan melalui perizaban tanah di bawah Seksyen 6 Enakmen Tanah Selangor 1897, yang mana Enekmen Tanah ini tidak pernah dimansuhkan walaupun dengan wujudnya Kanun Tanah Negara pada tahun 1965. "Bagaimana beliau boleh menafikan penglibatan Menteri Besar Selangor dalam Kg Baru sedangkan ia telah tersurat sejak sekian lama. "Menolak penglibatan Menteri Besar Selangor terhadap MAS menunjukkan ada unsur campurtangan politik dalam MAS sendiri. "Rakyat melihat betapa rakusnya Menteri Wilayah Persekutuan dalam menentukan isu Kampung Baru, seolah-olah nasib dan masa depan kampung tersebut ada ditangannya," katanya tegas. Menurut Suhaimi, jika benar Nong Chik tiada niat unsur politik dalam isu Kampung Baru, sebaiknya beliau duduk berbincang bersama dengan Kerajaan Selangor memandangkan ia berkait dengan undang-undang yang melibatkan Kerajaan Selangor dengan Wilayah Persekutuan. Nong Chik ujarnya, perlu menunjukkan keikhlasan beliau untuk membangunkan Kampung Baru dengan mengajak semua pihak termasuk pembangkang duduk semeja bagi membincangkan masa depan pentadbiran kampung tersebut. "Seharusnya beliau insaf dan malu dengan kerajaan Selangor yang berusaha menyelamatkan tanah warisan orang Melayu itu dengan pelbagai inisiatif yang dilakukan terhadap penduduk termasuk MAS. "Sepatutnya RUU PPKB 2011 tersebut dibincangkan dulu dengan penduduk Kampung Baru dan penduduk diberikan salinan undang-undang tersebut untuk pemahaman mereka sebelum Menteri secara gelojoh dan tergesa-gesa meluluskan RUU PPKB 2011 hanya 2 hari selepas ia dibentangkan di Dewan Rakyat," tambahnya lagi. |
“Tidak semestinya pergi haji, terhapus semua dosa." Posted: 05 Nov 2011 02:26 AM PDT Tidak ada ertinya menunaikan haji di Mekah jika terus menerus mengamal kezaliman dan penindasan kepada rakyat, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Tidak semestinya pergi haji, terhapus semua dosa. Sebab itu, dalam Islam kena ikhlas, ada konsep haji mabrur. "Jangan zalimi rakyat. Tangkap orang, fitnah orang, ukur kemaluan orang. Ini tidak. Pergi, balik haji – sama saja. Sebelum pergi haji, rasuah. Balik haji pun rasuah. "Ambil rasuah tapi pergi haji, siap derma lagi," katanya tanpa menyebut nama mana-mana individu mahupun pemimpin politik pada ceramahnya di Kampung Sri Jaya, Serom 8 Tangkak Johor, malam tadi. Lebih 1,000 penduduk setempat mengikuti ucapan Anwar sekalipun hujan sepanjang program itu. Turut berucap ialah Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Jui Meng dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin. Anwar percaya ibadat haji adalah amalan yang penuh makna dan turut menyatakan beliau sudah sudah dua kali mengerjakan haji selain umrah sekali gus menjawab tohmahan dan fitnah blogger pro-Umno. Pada ceramah hampir sejam itu, Anwar juga menceritakan kisah Malcolm X yang tertarik dengan Islam apabila melihat persamaan sesama umat hingga meresap ke jiwanya lantaran suasana di Mekah tidak pernah wujud di mana-manapun di pelusuk dunia ini. "Malcolm X kagum kerana di Mekah, semua baik orang kaya, yang berpangkat mahupun miskin, sama-sama beribadat tanpa sebarang perbezaan darjat," katanya. Malclom X atau nama sebenarnya, El-Hajj Malik El-Shabazz adalah pemimpin Islam Afrika yang terkenal di dunia dan meninggal dunia pada 21 Februari 1965. Ini sama sekali berbeza dengan paparan gambar gelagat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menunaikan haji baru-baru ini, yang dikelilingi pengawal keselamatan di Mekah, selain menguar-uar pemergiannya ke tanah suci itu melalui media arus perdana. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22667 |
Dey Thamby.. Diam-Diam Duduk La.. Posted: 05 Nov 2011 01:52 AM PDT TEMERLOH, 5 Nov: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang seolah-olah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menghalang timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dianggap cuba masuk campur. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melihat kenyataan bekas Perdana Menteri yang dianggap masih berpengaruh dalam Umno dan kerajaan itu, hanya akan mengusutkan lagi keadaan. "Dr Mahathir sudah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun dan dasar perubahan dalam pendidikan PPSMI diperkenalkan oleh pentadbirannya. Maka setelah dibuat kajian, ratusan ribu pelajar Melayu didapati menjadi mangsa iaitu tercicir dalam pelajaran teras tersebut. "Jadi apabila Menteri Pelajaran membuat keputusan untuk menghapuskan PPSMI dan kembali kepada bahasa ibunda, beliau (Dr Mahathir) tidak sepatutnya dilihat cuba mempengaruhi keputusan yang telah dibuat menteri betanggungjawab itu," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Mahathir dalam kenyataan di Langkawi kelmarin bahawa Perdana Menteri masih boleh menghalang Muhyiddin memansuhkan PPSMI. Beliau dipercayai memberi respons kepada Muhyiddin yang berkata keputusan kerajaan memansuhkan dasar PPSMI muktamad walaupun cuba didesak oleh beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page). Muhyiddin juga menolak sebarang perbincangan lagi memandangkan kerajaan sudah pun memutuskan bagi memansuhkan dasar itu pada tahun 2009 dan ia berbetulan dengan keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). "Pelajar Melayu luar bandar sudah lama tertinggal walaupun terpaksa menunggu sistem tersebut kembali kepada Bahasa Melayu. Mereka tidak wajar terus menjadi mangsa kepada eskperimen yang sudah jelas menjejaskan pencapaian mereka seperti yang telah terbukti diakui oleh Menteri Pelajaran. "Setelah beberapa tahun PPSMI diperkenalkan oleh Dr Mahathir, didapati ratusan ribu generasi pelajar menanggung kerugian kerana gagal menguasai mata pelajaran yang penting untuk berjaya melanjutkan pelajaran kepada yang tahap lebih tinggi. Pada masa yang sama tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. "Justeru sudah jelas PPSMI hanya membawa kerugian kepada bangsa Melayu. Oleh yang demikian, PAS Pahang menentang sebarang cubaan menghidupkan semula PPSMI, termasuk cubaan Dr Mahathir untuk mempengaruhi Najib," jelas Tuan Ibrahim. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan