Kelab Greenboc |
- Laporan Audit: Pengkhianatan & Penyelewengan Kerajaan Terengganu
- Kepulangan Dua Orang Cucu Natrah Menggamit Kenangan
- [Kantoi] Lelaki Temui Bayi Dikatakan Adalah Bapa Bayi Itu Sendiri
- Isu AUKU: Nazri Boleh Dikenakan Tindakan Hina Mahkamah
- "Si Tanggang" Dihukum Penjara RM2,500 Kerana Ugut Ibu Kandung Sendiri
- Jika Tiada Salahlaku, Kenapa Halang Rombongan Tinjau Ladang Fidlot Sharizat?
- Penafian Tak Ada Makna Apa-apa, Najib Perlu Saman The West Australian!
- [Bergambar] Ribuan Pekerja Berpiket Seluruh Negara - BN Di Ambang Keruntuhan
- Isu Pendaftaran Pakatan Rakyat: PR Perlu Heret ROS Ke Mahkamah
- Hanya Menteri Bermentaliti Lapuk Seperti Nazri & Khaled Nordin Mahu AUKU Dikekalkan
- Lelaki Dipenjara Kerana Belasah Isteri
Laporan Audit: Pengkhianatan & Penyelewengan Kerajaan Terengganu Posted: 04 Nov 2011 01:30 AM PDT Belanja urus T'ganu tertinggi seluruh negara - YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Saya berkesempatan meneliti Laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan negeri Terengganu bagi tahun 2010. Laporan yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) itu merangkumi penyata kewangan dan pengurusan kewangan jabatan serta aktiviti jabatan dan pengurusan syarikat kerajaan. Seperti yang disarankan oleh ketua audit negara, kerajaan negeri perlu merancang perbelanjaan dengan cekap dan berhemah selaras dengan dasar kerajaan negeri tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri. Antara yang perlu diberikan perhatian adalah laporan penyata kewangan yang masih memberi gambaran bertapa tingginya 'perbelanjaan tahunan' kepimpinan Datuk Sri Ahmad Said, berbelanja dengan tanggunggan 'defisit' (lebihan perbelanjaan) yang masih berada di tahap yang amat tinggi: i. Perbelanjaan mengurus kerajaan Terengganu pada tahun 2010 antara yang tertinggi di seluruh negara iaitu RM 1,690.22 juta. Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri maju seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang. ii. Kedudukan kewangan kerajaan negeri pada tahun 2010 di bawah akaun hasil disatukan mencatitkan surplus sejumlah RM202.73 juta namun baki defisit terkumpul masih berada di tahap yang amat tinggi iaitu RM 496.28 juta. iii. Kerajaan negeri mengalami penurunan wang tunai sejumlah RM166.79 juta atau 69.4 peratus menjadi RM73.66 pada tahun 2010 berbanding RM240.45 juta pada tahun 2009. iv. Penyumbang utama hasil kerajaan negeri bagi tahun 2010 masih lagi 'Terimaan Dana Khas daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1,600 juta. Ini hasil 'royalti minyak' yang disalurkan dalam bentuk bantuan dana khas. 'Pengkhianatan & penyelewengan' Analisis Audit juga mendapati pada tahun 2010, pejabat menteri besar dan setiausaha kerajaan negeri mencatitkan perbelanjaan paling besar iaitu berjumlah RM845.65 juta. Ini merupakan peningkatan perbelanjaan sejumlah RM280.31 juta atau 49.6 peratus berbanding tahun 2009 yang berjumlah RM565.34 juta. Peningkatan ini adalah bagi membiayai perbelanjaan pembangunan seperti berikut: i. Kompleks Istana Baru di Bukit Chendering Kuala Terengganu berjumlah RM104.02 juta. ii. Pembinaan jalan dan jambatan dari Jeram ke Kg Tok Kong berjumlah RM80 juta. iii. Kemudahan prasarana penbangunan serta pembasmian kemiskinan berjumlah RM120 juta. Begitu juga dengan aktiviti pembalakan di negeri Terengganu. Laporan audit mendapati berlakunya peningkatan aktiviti pengeluaran kayu balak yang amat ketara iaitu sejumlah 255,748 meter padu daripada 304,388 meter padu pada tahun 2009 kepada 560,137 meter padu pada tahun 2010. Manakala hasil rayolti kayu kayan yang diperolehi oleh kerajaan negeri pada tahun 2010 adalah amat rendah iaitu RM7.07 juta sahaja. Ya, balak-balak ini untuk apa dan untuk siapa? Laporan audit juga mengesan beberapa kelemahan yang ketara dalam perancangan, perlaksanaan dan pemantauan oleh jabatan/agensi negeri pada tahun 2010. Antara kelemahan yang ditemui seperti berikut: Kelewatan pengagihan bantuan kepada pelajar, imbuhan tetap perumahan dan bantuan sara hidup yang masih dibayar kepada pegawai yang menduduki kaurters kerajaan, dokumen teknikal yang tidak dibekalkan, tunggakan bayaran balik pinjaman, tunggakan hasil air, kelewatan menyiapkan pembinaan bangunan dan pambinaan lebuh raya tidak disiapkan mengikut jadual. Namun 'pengkhianatan dan penyelewengan' yang paling ketara adalah program bantuan pakaian dan alatan sekolah antara tahun 2008-10 berjumlah RM28.47 juta. Kajian audit mendapati bahawa proses rundingan harga tidak mematuhi garis panduan dan kontrak formal antara kerajaan dan pembekal tidak ditandatangani. Begitu juga dengan proses pengedaran yang tidak sampai kepada sasaran pelajar-pelajar dari keluarga miskin. Tiada pilihan! Seluruh warga Terengganu yang sayangkan 'negeri cantik budaya menarik' ini mesti berusaha keras menolak secara 'total' kepimpinan Ahmad Said yang terus berbelanja besar ditengah-tengah kesempitan dan keperitan hidup golongan marhaen yang hanya mengharapkan sesuap nasi bagi menampung keperluan keluarga yang miskin. -mk |
Kepulangan Dua Orang Cucu Natrah Menggamit Kenangan Posted: 04 Nov 2011 12:30 AM PDT Chukai: "Kami teruja dan gembira dapat bertemu keluarga yang pernah bersama nenek dulu. Kami banyak mengetahui kisahnya daripada ibu bapa dan internet," kata Sasha Van Gastel, 18, cucu Natrah Maarof atau Maria Bertha Hertogh. Isu Natrah, wanita berketurunan Belanda menjadi anak angkat kepada Che Aminah Mohamad dari Terengganu, pernah menjadi kontroversi apabila mahkamah memutuskan gadis itu dipulangkan kepada bapanya, sehingga mencetuskan rusuhan di Singapura pada 1950. Sasha, cucu sulung Natrah, bersama sepupunya, Romy Elizabeth Marian Smol, 17, dibawa dari Belanda untuk bertemu Rokayah Yusof, 65, anak saudara angkat Che Aminah, di Kampung Mak Chili Paya di sini, semalam, atas inisiatif Tourism Malaysia Terengganu dan Tourism Malaysia The Hague, sempena program 'Building Bridges, iaitu program menggalakkan pelajar luar melancong ke negara ini. Sasha adalah anak kepada pasangan Jan Van Gastel dan Carolien Van Gastel, manakala Romy adalah anak kepada Frans Wolkenfelt dan Carla Wolkenfelt. Carolien anak perempuan Natrah, manakala Wolken-felt anak sulung Natrah. Gambar: ROKAYAH sambil diperhatikan Romy, memakaikan Sasha tudung ketika kunjungan ke rumahnya di Kampung Mak Chili Paya, Chukai. Kali pertama bersua, dua gadis itu pada mulanya agak kekok, namun keramahan keluarga Rokayah melayani mereka membuatkan suasana bertukar lebih selesa hinggakan suasana hiba terbit apabila Sasha dan Romy mahu pulang selepas kira-kira empat jam bersama. Sasha dan Romy turut bertukar cenderamata dengan keluarga pesara guru itu dan dibawa melawat rumah lama Che Aminah di Kampung Gong Pauh, di sini. Sasha yang saling tidak tumpah iras Natrah agak sukar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, tetapi dibantu Romy yang boleh bertutur sedikit dalam bahasa Inggeris dan mereka tidak putus-putus berbual mengenai kisah silam dengan Rokayah, yang melayan mereka sambil menunjukkan gambar dan laporan meluas media mengenai Natrah di negara ini. "Di sana (Belanda) orang tidak ambil kisah kami cucu Natrah, tetapi apabila di sini, kami agak terkejut apabila menjadi tumpuan dan ditemubual seperti ini. Kami diberitahu mengenai perancangan membawa kami ke sini seminggu lalu dan kami sangat teruja. Gambar: SASHA (kanan) melihat Romy mencuba permainan tradisi Melayu, 'ting-ting' yang dipercayai menjadi kegemaran nenek mereka ketika kunjungan mereka ke Terengganu. "Kami sudah mengambil banyak gambar dengan keluarga angkat nenek dan keindahan Malaysia. Kami tidak sabar untuk berkongsi dengan keluarga di Belanda," katanya sambil mengucap terima kasih kepada Tourism Malaysia. Sementara itu, Pengarah Tourism Malaysia Terengganu, Mohd Nasir Kushairi, berkata pertemuan itu adalah sebahagian daripada usaha menggalakkan pelajar serta lepasan kolej luar negara melawat Malaysia, khususnya Terengganu. Natrah adalah anak kepada pasangan Adeline Hunter dan Andrianus Petrus Hertogh, berketurunan Belanda. Beliau diserahkan bapanya kepada seorang wanita bernama Che Aminah Mohamad dari Terengganu yang ketika itu berada di Indonesia selepas menjadi tawanan tentera Jepun pada 1942. Sejak itu, Natrah yang ketika itu dikatakan berusia lima tahun dibesarkan oleh Che Aminah dan menukar nama Bertha kepada Natrah dan memeliharanya seperti anak sendiri serta diberi didikan mengikut adat Melayu dan Islam. Namun, selepas perang 1945, Hertogh dibebaskan dan berusaha mencari Natrah sehingga berjaya menemuinya, namun berlaku perebutan antara Hertogh dan Che Aminah terhadap penjagaan Natrah sehingga terpaksa membuat rayuan di mahkamah dan Che Aminah berjaya mendapat Natrah. Natrah kemudian dikahwinkan dengan Mansor Adabi pada usia 13 tahun dan pada 12 Disember 1950, mahkamah mengarahkan Natrah dikembalikan semula kepada bapanya dan pulang ke Belanda. Selepas itu berlakulah rusuhan Natrah di Singapura yang menyebabkan 18 maut dan beratus lagi cedera. -BH
|
[Kantoi] Lelaki Temui Bayi Dikatakan Adalah Bapa Bayi Itu Sendiri Posted: 03 Nov 2011 09:32 PM PDT Hidung dedah rahsia SEGAMAT: Pada 26 Ogos lalu, seorang lelaki mendakwa menemui seorang bayi ditinggalkan di depan sebuah pasar raya di bandar ini dan Selasa lalu, dia ditahan selepas siasatan polis mendapati suspek adalah bapa bayi malang itu. Tindakan bijak pegawai penyiasat kes yang meminta lelaki berusia 21 tahun itu untuk menyerahkan sampel asid deoxyribonucleic (DNA) selepas mendapati hidung bayi serta lelaki terbabit serupa akhirnya berjaya membongkar penipuan berkenaan. Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, hasil ujian DNA dilakukan Jabatan Kimia diperoleh pihaknya Selasa lalu, suspek terus ditahan di kediamannya di Felda Selancar untuk membantu siasatan. "Kami menahan suspek yang bekerja sendiri pada jam 10 pagi, dia tidak mengakui melakukan kegiatan terkutuk itu, tetapi keputusan DNA membuktikan sebaliknya. "Kami berhempas pulas menyelesaikan kes ini kerana tidak puas hati dengan sikap mereka yang membuang bayi, syukur kerana tindakan bijak pegawai penyiasat dibantu dengan pegawai juga anggota lain berjaya membongkar penipuan itu," katanya, semalam. Pada masa sama, menurut Majid, pihaknya turut menahan teman wanita suspek yang berusia 18 tahun yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Genuang, kerana disyaki melahirkan bayi perempuan berkenaan. Hasil siasatan awal, remaja perempuan terbabit mengaku melahirkan serta membuang bayi itu di depan pasar raya berkenaan. "Kedua-dua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 kerana membuang bayi, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda," katanya. Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, pada tarikh berkenaan, seorang lelaki mendakwa menemui bayi di dalam kotak diletakkan di depan pasar raya berkenaan pada jam 5 pagi ketika mahu bersahur. Lelaki berkenaan kemudiannya mendakwa membawa pulang bayi itu ke kediamannya untuk dibersihkan dan diberikan pakaian baru sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat. Bayi itu kini ditempatkan di pusat jagaan Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang untuk tempoh dua tahun sementara menunggu tindakan susulan. -hm Tangisan bayi dalam kotak |
Isu AUKU: Nazri Boleh Dikenakan Tindakan Hina Mahkamah Posted: 03 Nov 2011 07:59 PM PDT Param: Nazri hampir menghina mahkamah Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa penghakiman mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 belum muktamad dan ia kekal sebagai undang-undang, menghampiri tindakan menghina mahkamah. "Apa yang dibuat adalah keputusan majoriti bukan orbiter dictum (semata-mata pendapat mahkamah)," kata bekas pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berhubung Kebebasan Hakim dan Peguam, Datuk Param Cumaraswamy. "Sebagai orang terpelajar dalam bidang undang-undang, Nazri sepatutnya mengetahui perkara ini. Ataupun Nazri jahil undang-undang?" soal Param yang adalah juga seorang peguam veteran dan bekas presiden Majlis Peguam. "Nazri, sebagai jurucakap kerajaan tidak sepatutnya membuat kenyataan seumpama itu kerana beliau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung penghakiman Mahkamah Rayuan itu," katanya memberi amaran. Nazri membuat kenyataan itu di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 peringkat Jawatankuasa kementeriannya - yang memberikannya imuniti. Ulasan GB Apa yang GB ulas semalam mengenai isu tersebut bertepatan dengan apa yang disampaikan oleh Param Cumaraswamy di atas. Petikan ulasan GB: Kedua-dua menteri berkenaan (Nazri Aziz & Khalid Nordin) sepatutnya sudah boleh dikenakan tindakan MENGHINA MAHKAMAH. |
"Si Tanggang" Dihukum Penjara RM2,500 Kerana Ugut Ibu Kandung Sendiri Posted: 03 Nov 2011 06:34 PM PDT Kangar – Seorang pemuda dipenjara lima bulan selepas tidak mampu membayar denda sebanyak RM2,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan mengugut ibu kandungnya sendiri. Mohd. Hafzal Mohd. Din, 29, berasal dari Kampung Batu Bertangkup, Padang Besar didakwa melakukan ugutan jenayah ke atas ibunya pada 28 Oktober lalu mengikut kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Mohd. Hafzal dikatakan cuba memukul ibunya yang sedang bersiap untuk berniaga dengan gitar kerana enggan memberikan pemuda itu wang RM250 seperti yang dimintanya. Bagaimanapun, tindakan itu sempat dihalang oleh bapanya yang kebetulan berada di rumah ketika kejadian. Ekoran itu, ibunya bertindak melarikan diri ke rumah jiran dan melaporkan kejadian tersebut kepada polis kerana ketakutan. Mohd. Hafzal diberkas dua jam selepas insiden berkenaan. -kosmo |
Jika Tiada Salahlaku, Kenapa Halang Rombongan Tinjau Ladang Fidlot Sharizat? Posted: 03 Nov 2011 04:22 PM PDT Usaha konvoi pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk beberapa ADUN Negeri Sembilan untuk melawat projek ladang ternakan lembu Pusat Feedlot Kebangsaan gagal apabila mereka dihalang dan dilarang masuk oleh pengawal keselamatan yang bertugas. Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli minggu lalu berkata beliau akan mengadakan sidang media di ladang itu jika kerajaan tidak memberikan jawapan berhubung beberapa kepincangan yang didakwa membabaitkan projek yang bernilai RM73.64 juta itu. Sebaik tiba di tapak ladang berukuran 2,000 ekar itu pada tengahari tadi, kira-kira 50 pemimpin Pakatan dan aktivis terpaksa berpanas selama sejam dalam usaha cuba memujuk pengawal keselamatan bagi membenarkan mereka masuk. "Bagaimana awak boleh halang kami masuk sedangkan menteri yang bertanggungjawab kata kami boleh lawat projek ini kerana ia sesuatu yang berjaya dan tidak mempunyai sebarang salah laku?" soal Rafizi kepada pengawal keselamatan itu. Wang rakyat Hujahnya lagi, adalah menjadi prerogatif bagi wakil rakyat untuk meninjau bagaimana wang kepunyaan rakyat dibelanjakan. Namun semua itu tidak dihiraukan. Sebaliknya, mereka diarahkan meninggalkan kawasan itu. Konvoi itu terpaksa akur dan bersurai pada jam 1.30 petang selepas mengadakan sidang akhbar di pintu masuk ladang berkenaan. Pada 1 November lalu, Rafizi mendakwa Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta itu merupakan projek yang tidak berjaya walau dijelaskan sebaliknya oleh menteri berkenaan, Datuk Seri Noh Omar. "Kita persoalkan sasaran yang menteri kata telah dipenuhi. Ternak 8,000 ekor lembu dalam masa tiga tahun ini, petani di kampung mana-mana pun boleh buat. Tidak perlu ada RM250 juta," kata Rafizi. Syarikat Agro Science Industries Sdn Bhd – salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk menjayakan Pusat Feedlot Kebangsaan – telah diberikan sejumlah pinjaman daripada RM250 juta yang diperuntukkan dan juga geran sebanyak RM6 juta melalui kementerian pertanian. Noh juga minggu lalu mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. -mk Rombongan dihalang tinjau Pusat Fidlot Shahrizat Ulasan GB Menteri-menteri UMNO BN yang sememangnya berperangai seperti binatang fidlot itu sendiri. Kononnya pintu pusat fidlot itu akan dibuka kepada sesiapa sahaja untuk dilawati, tetapi itu hanya gimik dan lakonan oleh menteri lembu berkenaan sedangkan apa yang berlaku arahan telah dikeluarkan untuk menghalang sesiapa jua untuk melawatinya. Memakan wang rakyat kemudian masih terus menipu rakyat. |
Penafian Tak Ada Makna Apa-apa, Najib Perlu Saman The West Australian! Posted: 03 Nov 2011 09:54 AM PDT Najib: Isteri saya tidak beli apapun barang kemas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini. Justeru, katanya orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan. "Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya yang dipetik Bernama. Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia. Berita itu kemudiannya dipetik oleh para penulis blog pembangkang dan akhbar web rasmi PKR, Keadilandaily. Selain itu, laporan bertajuk 'Delegates go shopping and sightseeing' atau 'Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar' juga dimuatkan di banyak laman Facebook. Akhbar Australia itu melaporkan bahawa peniaga membuat keuntungan yang besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000. Ia memetik pengarah negeri bagi CHOGM Richard Muirhead sebagai berkata bahawa aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah berkenaan diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu. Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci. -mk Ulasan GB Bila masa Najib pernah mengaku setiap salahlaku yang dilakukan? Kedua, hanya gedung David Jones yang tahu samada berita di dalam The West Australian itu benar atau tidak kerana, sepastinya pembelian itu menggunakan kad kredit dan pengeluaran resit tentunya dikeluarkan kepada pembelinya. Siasatan bolh dilakukan oleh sesiapa yang berhajat. Ketiga, jika berita itu palsu, sebarang penafian tidak mempunyai apa-apa makna kerana bukan rakyat Malaysia saja yang membaca, malah satu dunia sudah menatapnya. Najib & Rosmah perlu menyaman akhbar berkenaan. Tidak cukup beliau hanya membuat penafian yang tidak meyakinkan rakyat itu. |
[Bergambar] Ribuan Pekerja Berpiket Seluruh Negara - BN Di Ambang Keruntuhan Posted: 03 Nov 2011 08:22 AM PDT Ribuan piket seluruh negara bantah pindaan Akta Kerja Piket besar-besaran anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi membantah pindaan Akta Kerja 1955 bermula di seluruh negara bermula petang tadi. Gambar: Piket pekerja Di Shah Alam - FMT Di Kuala Lumpur, kira-kira 200 pekerja daripada pelbagai kesatuan sekerja dan juga parti-parti politik berhimpun di hadapan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut. Sejak kira-kira jam 5 petang, ahli kesatuan mula berhimpun. Turut hadir, adalah beberapa pemimpin Pakatan dan PSM. Antara mereka ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Turut memberi sokongan adalah beberapa wakil rakyat, termasuk Wong Ho Leng dan Dr Mohd Hatta Ramli. Pekerja membentangkan hampir 10 kain rentang membantah pindaan akta kerja itu. Mereka juga membawa plakad yang tertulis "Jangan Gadai Hak Pekerja" dan "Menteri Tipu Pekerja". Mereka melaungkan "Henti Pindaan", "Turun Menteri", Tarik Balik Pindaan Akta" dan "Hidup MTUC" beberapa kali. Tindakan itu menarik perhatian orang ramai yang memerhatikan piket itu dari kawasan yang berdekatan. Di Pulau Pinang, hujan yang mencurah tidak menghalang kira-kira 1000 orang daripada berhimpun bagi menyatakan sokongan mereka kepada MTUC. Pekerja berbaris di jalan utama menuju Prai dan juga membanwa sepanduk yang tertera mesej yang hampir sama. Hujan di Pulau Pinang Sebaik hujan yang mula reda 40 minit kemudian, peserta himpunan semakin ramai. Hadir bersama adalah penyokong Pakatan Rakyat yang datang dengan payung. Setiausaha MTUC Pulau Pinang, KVeeriah berkata pihak pekerja membidas pindaan yang disifatkan tidak bertanggungjawap terhadap pekerja. Katanya, undang-undang tersebut akan mengesahkan pekerja kontrak yang akhirnya menyebabkan majikan daripada mengabaikan hak pekerja. Di Melaka, seramai 400 orang berhimpun secara aman. Perhimpunan yang diadakan bermula jam 5.15 petang tadi itu, turut mewakili seramai 426,000 pekerja di negeri ini. Setiausaha Kesatuan Sekerja Malaysia negeri Melaka, Azlan Tajuddin berkata, pihak kerajaan seharusnya memandang berat terhadap tuntutan itu demi nasib rakyat negara ini pada masa depan. "Kami meminta pindaan ini ditarik balik kerana ia bukan sahaja untuk masa depan kami tetapi masa depan anak cucu kita dikemudian hari," katanya. Lupa sumbangan swasta Di Petaling Jaya, kira-kira 90 ahli MTUC mengadakan piket di depan Wisma Kesatuan Sekerja. Piket ini diketuai setiausaha agung MTUC, Halim Mansor. Ia bermula jam 5.10 petang tadi dengan peserta memegang sepanduk bagi menyatakan bantahan terhadap pindaan akta berkenaan. Antara ungkapan yang tertera ialah "Martabatkan Pekerja Swasta", "Kerajaan Lupa Sumbangan Swasta" dan "Pindaan Akta Kerja 1955 Rampas Hak Pekerja." Lokasi lain yang terbabit dengan demo meliputi Seksyen 15, Shah Alam; Teluk Panglima Garang; Jalan Barat, Petaling Jaya; Bukit Raja, Klang; Sungai Choh, Rawang; Lebuh Raya Persekutuan; Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur; Prai, Pulau Pinang; dan Jalan Bukit Beruang, Melaka. Padang Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan; depan bangunan MTUC Negeri Perak; padang Masjid Negeri di Kuantan, Pahang; depan Pusat Dagangan Kota Bharu, Kelantan; Jalan Skudai, Johor; Mergong, Kedah; Kuching, Sarawak; serta jalan menuju ke Wisma Merdeka, Sabah. Antara bantahan pindaan Akta Pekerjaan 1955 ini adalah mengenai kontraktor tenaga kerja yang diwujudkan dan mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan apabila Akta Pekerjaan 1955 ini digubal dulu. MTUC menegaskan dengan pindaan itu kedudukan pekerja menjadi tidak tetap dan tiada jaminan pekerjaan, selain mendapat kadar gaji yang sama tanpa kenaikan atau bonus, termasuk faedah lain. Piket MTUC berjalan lancar Ulasan GB Kedegilan dan keangkuhan kerajaan untuk meminta Akta Pekerja dijawab dengan jelas hari ini apabila pekerja-pekerja seluruh negara keluar beramai-ramai untuk berpiket membantah pindaan berkenaan. Sebelum ini MTUC telah memberi amaran keras kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa undi melibatkan 5.7 juta pekerja akan menjadi penentu dalam arah aliran sokongan ketika pilihan raya umum ke-13 melainkan pindaan Akta Kerja 1955 yang menjadi kontroversi sekarang ditarik balik. Hari ini, dilaporkan MTUC bercadang mengemukakan aduan berhubung pindaan Akta Kerja 1955 kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sekiranya permintaan mereka tidak dilayan kerajaan. Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor, berkata langkah itu sebagai susulan selepas pertemuan dengan Kementerian Sumber Manusia sebanyak 18 kali tidak membuahkan hasil. Beliau berkata, bantahan seperti ini akan diteruskan sehingga Kerajaan menarik balik pindaan akta yang seharusnya menjamin hak asasi pekerja di Malaysia. klik untuk baca |
Isu Pendaftaran Pakatan Rakyat: PR Perlu Heret ROS Ke Mahkamah Posted: 03 Nov 2011 07:10 AM PDT Pendaftaran Pakatan: ROS didakwa menipu Pakatan Rakyat hari ini menafikan dakwaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa gabungan itu tidak membuat permohonan baru untuk mendaftar diri mereka. Malah, kata setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution,pihak mereka telah menghambat jabatan berkenaan sejak Mac lalu supaya segera mendaftarkan Pakatan Rakyat. Saifuddin berkata selepas pengerusi pro-tem Pakatan Datuk Zaid Ibrahim berpaling tadah pada November tahun lalu, jawatankuasa itu pada mesyuarat tergemparnya (EGM) telah melantik ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Kamaruddin Jaafar untuk memegang jawatan itu pada Mac lalu. Saifuddin merujuk laporan akhbar New Straits Times yang memetik Ketua Pengarah ROS, Abdul Rahman Othman, bahawa Pakatan tidak berusaha mendaftarkan gabungan itu. "Kami kesal dengan kenyataan ini kerana semasa EGM, kita telah menamakan pengerusi pro-tem yang baru... kami telah mengaturkan perjumpaan dengan timbalan pengarah ROS (bahagian pertubuhan) bagi menyerahkan permohonan dengan beberapa pindaan sepatutnya. "Tetapi ROS enggan menerimanya, alasan mereka, permohonan lama masih menunggu keputusan berhubung permohonan yang dibuat oleh Zaid, walaupun mengikut perlembagaan PKR, Zaid bukan lagi seorang ahli," kata Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang Katanya, sejak Mac, Pakatan berhubungan dengan ROS setiap tiga hingga empat minggu untuk menentukan status permohonan tetapi tidak menerima sebarang jawapan. -mk
Ulasan GB Agensi-agensi kerajaan pusat yang bertindak secara diskriminasi dan berpihak seperti Registrar Of Society (ROS) ini perlu diheret sahaja di mahkamah. Pengarahnya perlu disumbatkan ke penjara lantaran tidak melaksanakan kerja dan tugas secara adil dan telus, tetapi di dalam banyak waktu, menjadi ejen kepada UMNO dan BN untuk menghalang dan menyukarkan apa-apa urusan yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat. |
Hanya Menteri Bermentaliti Lapuk Seperti Nazri & Khaled Nordin Mahu AUKU Dikekalkan Posted: 03 Nov 2011 05:30 AM PDT Tiga MP BN gesa Putrajaya tak rayu, mansuh Seksyen 15 AUKU KUALA LUMPUR, 3 Nov — Tiga pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk seorang timbalan menteri menggesa Putrajaya tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Pada masa yang sama mereka menggesa kerajaan memansuhkan Seksyen 15 AUKU dimansuhkan selaras dengan program transformasi politik dibawa Datuk Seri Najib Razak. Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung peruntukan itu akan dibawa ke Kabinet, sebelum memutuskan sama ada perlu atau tidak kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan. Kata beliau, perbincangan teliti akan dibuat di peringkat kementerian, sebelum ia dibawa ke mesyuarat Kabinet, secepat mungkin. Hari ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden MCA Gan Peng Siew berpendirian bahawa Seksyen 15 AUKU perlu dimansuhkan selaras dengan program transformasi politik. Mereka juga menegaskan dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu peruntukan 15(5)(a) sudah tidak lagi wujud dan kini mahasiswa bebas untuk berpolitik. "Boleh, dengan sendirinya," kata Saifuddin pada sidang media di Mines Resort City, Seri Kembangan dekat sini hari ini. Khairy menambah: "Dengan keputusan mahkamah itu, ia dah jadi lapuk." Sementara itu Gan berkata, "mahkamah sudah buat keputusan, Seksyen 15(5)(a) sudah tidak wujud. Mahasiswa boleh terlibat dalam politik." Saifuddin menambah keputusan sama ada mahu membuat rayuan kemungkinan akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet esok, namun beliau bersama Khairy dan Gan berharap Putrajaya tidak akan membuat rayuan. "Keputusan nak buat rayuan atau tidak akan dibuat dalam Kabinet esok, mungkin perkara ini akan ditimbulkan. Pertimbangan yang ada sama ada mahu membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan atau tidak. "Kalau buat rayuan dan kemudian mahkamah tolak dari segi moral kita sudah kalah, jadi tidak perlu buat rayuan. Kalau tidak buat rayuan kita perlu teruskan perbincangan untuk meminda AUKU," katanya. -TMI
Ulasan GB Kedua-dua menteri berkenaan sepatutnya sudah boleh dikenakan tindakan MENGHINA MAHKAMAH. Setiap keputusan mahkamah adalah "undang-undang" yang mengikat dan perlu dipatuhi di bawah Common Law, iaitu sistem undang-undang yang digunapakai di negara ini. Keputusan mahkamah BUKAN sekadar pandangan. Dua menteri berkenaan juga adalah contoh menteri yang bermentaliti kolot yang masih ingin mempertahankan kuasa melalui pengenaan undang-undnag yang tidak demokratik. |
Lelaki Dipenjara Kerana Belasah Isteri Posted: 03 Nov 2011 03:29 AM PDT Kuala Terengganu - Hanya kerana menegur suaminya agar jangan berbuat bising, seorang isteri terpaksa berhadapan detik mencemaskan apabila dibelasah dengan teruk oleh si suami pada bahagian kepala menggunakan sehelai kain sehingga mendatangkan kecederaan. Bagaimanapun, perbuatan sang suami yang panas baran itu terbalas apabila Mahkamah Majistret, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman denda RM1,000 selepas dia mengaku bersalah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Tertuduh, Wan Badarul Azmani Wan Abdullah, 35, dari Kampung Bukit Bayas, bagaimanapun memilih menjalani hukuman penjara selama sebulan kerana tidak mempunyai wang untuk membayar jumlah denda berkenaan. Mengikut pertuduhan, pada 26 Julai lalu kira-kira jam 5 pagi di sebuah rumah di Jalan Gong Penaga, Pasir Panjang, di sini, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas isterinya, Mazlina Mohamed, 31. Dengan itu, dia yang juga seorang penagih dadah didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainuddin Abd Ghani di hadapan Majistret Noradila Abd Latif. Berdasarkan fakta kes, pada 26 Julai lalu kira-kira jam 5 pagi, mangsa terjaga dari tidur di rumahnya di Jalan Gong Penaga, Pasir Panjang, di sini, dan ketika itu mendapati dua anaknya berada di dalam bilik lain bersama suaminya iaitu tertuduh. Mangsa sebelum itu terdengar suara mereka bising di dalam bilik berkenaan dan masih belum tidur lagi. Bimbang suasana bising itu boleh mengganggu jiran sebelah rumah mereka, mangsa menegur tertuduh dari luar bilik memandangkan pintu bilik berkunci dari dalam. Tidak lama kemudian, tertuduh membuka pintu dan keluar dari bilik lalu terus memukul kepala mangsa. Perbuatannya itu dilihat oleh anak kedua mangsa dan selepas itu, tertuduh terus berlalu masuk semula ke dalam bilik serta menutup pintu. Sebelum ini, tertuduh kerap kali memukul dan menerajang mangsa serta pernah beberapa kali ditahan polis kerana penyalahgunaan dadah. Keesokan harinya iaitu kira-kira jam 2 pagi, polis membuat serbuan ke rumah tertuduh sebelum menangkapnya untuk siasatan lanjut. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan