Khamis, 17 November 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Gadis MENGAKU SALAH Melakukan Hubungan Seks dengan Bapa Kandung

Posted: 17 Nov 2011 04:00 AM PST


The Straits Times/ANN melaporkan seorang gadis yang mengadakan hubungan seks dengan ayahnya mengaku bersalah atas tuduhan sumbang mahram pada hari Rabu, sembilan bulan selepas bapanya dijatuhkan hukuman penjara.

Gadis yang tidak didedahkan identitinya merupakan wanita pertama di Singapura didakwa atas tuduhan melakukan sumbang mahram, dan dipercayai kes konsensual pertama yang didakwa di republik itu.

Gadis berusia 24-tahun ini mula didakwa awal tahun lepas kerana membenarkan bapanya berusia 46 tahun melakukan hubungan seks terhadap dirinya. Kejadian berahi-gila ini berlaku di dalam bilik tidur utama flat mereka di Serangoon pada bulan April 2008. - DCM


P/s: Gila! 


[Gambar-Gila] Kempen "Antibenci" Benetton Papar Imej Pope CIUM MULUT dengan Imam

Posted: 17 Nov 2011 01:43 AM PST



Pengeluar pakaian Benetton dikritik hebat oleh pelbagai pihak, terutamanya pihak Vatican kerana memaparkan imej rekayasa Pope Benedict bercium mulut dengan seorang imam, Ahmed Mohamed el-Tayeb untuk satu kempen pengiklanan yang mengejutkan banyak pihak.

Jurucakap Vatican, Father Federico Lombardi menyelar tindakan yang manipulatif dan tanpa kebenaran itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima dan mencadangkan pihak Vatican mengambil tindakan undang-undang.
 
"Perbuatan ini adalah sesuatu yang tidak menghormati Pope, suatu kesalahan terhadap sentimen keimanan, dan contoh yang jelas bagaimana iklan boleh melanggar peraturan asas dalam menghormati orang lain semata-mata mahu menarik perhatian orang ramai", katanya dalam satu kenyataan seperti yang dipetik oleh DM
 
Sementara itu, Benetton menyatakan bahawa kempen itu diharapkan dapay menghapuskan perasaan saling membenci dan seterusnya mewujudkan  budaya toleran masyarakat dunia. 
Selain gambar Pope dan Imam Ahmed, gambar pemimpin dunia yang turut digunakan untuk menyokong Unhate Foundation termasuklah Obama dan Presiden Venezuela Hugo Chavez,   Canselor Jerman  Angela Merkel dan Presiden Perancis  Nicolas Sarkozy, PM Mahmoud Abbas dan PM Israel Benjamin Netanyahu, Pemimpin China  Hu Jintao dan Barack Obama, Pemimpin Korea Utara  Kim Jong-il dan Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak. -DCM
Pope dan Ahmed Mohamed el-Tayeb

Obama dan Hugo Chavez

Canselor Jerman, Angela Merkel dengan Presiden Perancis

Mahmoud Abas dengan Perdana Menteri Israel
Hu Jintao dengan Obama

Presiden Korea Utara dan Presiden Korea Selatan



P/s: Gila dan geli! 
Beginilah cara orang yang tiada pegangan agama berkempen untuk menyeru kedamaian dan keharmonian.
Bukan kedamaian dan keharmonian yang berjaya diwujudkan, tetapi bidasan dan mungkin tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap penganjur.
 

[Audio] Guru Besar Didakwa MAKI Cikgu Pro-PAS dalam Ucapan di Hadapan Ibu Bapa

Posted: 16 Nov 2011 11:00 PM PST


Saya petik:

[BO] SETIU - Cikgu Abd Halim bin Mohamad (gambar), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap dekat sini, dianggap sebagai guru besar 'terlampau' apabila menuturkan kata-kata 'hodoh' dan membuat tuduhan melulu di hadapan khalayak ramai.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim mencabar cikgu Abd Halim supaya mengemukakan bukti atas tuduhan yang dilemparkannya terhadap para guru dan ustaz.

"Kita minta Cikgu halim kemukakan bukti kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu atau supaya tindakan tegas dan sewajarnya dapat diambil ekoran tuduhan serius beliau bahawa guru-guru dan ustaz-ustaz yang terlibat dengan parti pembangkang,

"(yang dituduh) mengabaikan tugas sehingga para pelajar menjadi mangsa," ujarnya dalam satu kenyataan yang die-melkan kepada Buletinonline.

Menurut Dr Azman yang juga Ahli Jawatankuasa badan Perhubungan PAS Terengganu, Cikgu Halim 'memaki hamun' ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Pengagihan Bantuan RM100 kepada murid-murid di sekolah terbabit.

Katanya pada Rabu 16 November, Cikgu Halim teah menuturkan kata-kata 'nista' itu di hadapan ratusan ibu bapa yang hadir pada majlis berkenaan.

"Beliau (Cikgu Halim) juga dengan kesatnya memaki mereka yang terlibat dengan parti pembangkang dengan perkataan bodoh berulang kali.,"jelas Dr. Azman.

Beliau berkata antara kata-kata Cikgu Halim adalah; "kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…"

Sehubungan itu, Dr Azman yang pernah berkhidmat sebagai doktor pergigian awam berkata, tuduhan cikgu Halim sangat serius memandangkan beliau seorang penjawat awam berjawatan sebagai anggota pentadbiran.

"Tuduhan sebegini sangat serius dan bukti lengkap sangat diperlukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil untuk memperbaiki keadaan,

"Apatah lagi, umum sedia memaklumi, guru-guru yang terlibat dengan PAS adalah mereka yang dididik dan ditarbiyah dengan roh Islam yang sentiasa meletakkan amanah dan tanggungjawab di tempat yang sewajarnya selaras dengan ajaran Islam,"jelasnya.

Katanya, tindakan Cikgu Halim akan menjejaskan kepercayaan awam kepada penjawat awam dan memusnahkan kredibiliti profesion perguruan.

Justeru, beliau meminta pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan terhadap Cikgu Halim sekiranya gagal mengemukan bukti terhadap segala tohmahannya itu.

"Pastinya kita tidak ingin mendengar dan melihat seorang guru besar yang menuduh sebarangan tanpa bukti serta bertindak seolah-olah seorang ketua cawangan Umno.

"Kalau beliau ingin berpolitik, sila tinggalkan profesion perguruan dan ayuh! Sila turun ke medan politik," tegas Dr. Azman.





P/s: Siapa yang bodoh?



Duda Mengaku Salah Rogol Budak Bawah Umur

Posted: 16 Nov 2011 10:23 PM PST


Saya petik:

[SH] Angkara terlalu mengikut nafsu, seorang duda kepada tiga anak sanggup menjadikan gadis bawah umur yang baru dikenali tiga minggu sebagai pemuas nafsu dengan merogolnya di dalam sebuah kontena di belakang sebuah stesen minyak di Paka, Dungun, 4 Julai lalu.

Bagaimanapun, natijah perbuatan terkutuk Jefri Hisham Devandass, 31, dari Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu itu terbalas setelah dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman dijatuhkan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas tertuduh yang bekerja sebagai buruh mengaku bersalah atas dakwaan di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 4 Julai lalu antara jam 8.45 malam sehingga jam 9 malam di dalam sebuah kontena di belakang sebuah stesen minyak di Paka, Dungun didakwa telah merogol seorang gadis bawah umur, 15 tahun 5 bulan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah menarik tangan mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan memaksa masuk ke dalam kontena tersebut lalu bertindak membuka pakaian mangsa.

Sejurus berbuat demikian, tertuduh telah merogol mangsa di atas katil di dalam kontena tersebut kira-kira lima minit.

Mangsa berjaya melarikan diri selepas tertuduh beredar dari lokasi kejadian sebaik sahaja merogolnya dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Dungun dengan ditemani ahli keluarganya.

Laporan perubatan turut mendapati ada kesan koyakan baru pada kemaluan mangsa. Rentetan laporan dibuat, tertuduh berjaya ditangkap pada 9 November lalu kira-kira jam 10.45 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di Kampung Kebor Air Manir, di sini.

24 Pelajar Didakwa Dirawat Selepas Minum Susu 1Malaysia

Posted: 16 Nov 2011 09:00 PM PST


Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria  dalam sebuah artikel di Harakah Daily mendedahkan bahawa sebanyak 24 orang pelajar di Kuala Nerang, Kedah telah mengalami masalah setelah minum Susu 1 Malaysia baru-baru. Daripada jumlah itu, katanya, 8 orang telah mengalami masalah serius sehingga terpaksa dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Nerang.

"Saya difahamkan, Susu 1Malaysia itu diberikan kepada semua pelajar di seluruh negara. Diharap pihak kementerian menarik balik bekalan Susu 1Malaysia di sekolah-sekolah kerana ia tak baik kepada kesihatan," katanya.

Sebelum ini, Malaysia Kini melaporkan ujian makmal terhadap sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) didapati mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperoleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia. Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Tony Pua pula seperti yang dilaporkan di Sinar Harian menyatakan hasil ujian makmal dilakukan terhadap beberapa sampel produk Kedai 1Malaysia mendapati isi kandungannya tidak menepati piawaian Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Akta 281).

Sembilan produk yang dimaksudkan ialah sos tiram, jem nenas, ais krim, susu sejat, krimer pekat manis, minyak sapi, susu segar, sardin dan kari ayam (makanan dalam tin).

"Kandungan sos tiram, hanya mengandungi 0.6 peratus protein, berbanding kadar minimum 2.5 peratus ditetapkan di bawah Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1).Manakala kandungan buah-buahan dalam jem nenas, menghendaki 35 peratus kandungan buah, sebaliknya hanya 8.87 peratus." -DCM



P/s: BOIKOT!


Kemas Kini:

[MK] Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, sehari selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Dalam satu kenyataan di laman web hari ini, KR1M berkata produk itu telah dikeluarkan buat sementara waktu tetapi tidak memberikan sebarang sebab bagi berbuat demikian.

"Pembekal susu tepung KR1M telah dimaklumkan dan produk berkenaan telah dikeluarkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak," petik kenyataan itu.

Mengenai dakwaan sos cili jenama 1Malaysia yang didakwa mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan, pengendalinya menafikan perkara itu.

"Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan," petik kenyataan itu lagi.


Tsu Koon Tidak Tanding dalam PRU kerana Beri Peluang Orang Muda atau Takut KALAH?

Posted: 16 Nov 2011 08:13 PM PST


Berita Harian melaporkan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, sebentar tadi mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.  Pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini, Dr Koh berkata keputusan itu bagi memberikan peluang kepada barisan pemimpin pelapis Gerakan mewakili parti dalam pilihan raya. 

"Ia juga sebagai strategi transformasi Gerakan iaitu 'Bergerak bersama rakyat'," katanya sambil menambah keputusan itu dibuat tanpa paksaan dan sudah disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dr Koh, 62, berkata beliau akan memberi tumpuan kepada usaha merangka strategi, memperkukuh jentera parti, menentukan senarai calon dan mengatur publisiti untuk memastikan kemenangan mereka.

"Saya mahu berkempen untuk calon kami menang berbanding memberi tumpuan untuk memenangi kerusi untuk diri saya saja," katanya. 


P/s: Soalan nakal: Koh Tsu Koon mahu beri peluang kepada orang muda atau beliau takut kalah lagi? Adakah beliau masih trauma dengan kekalahan yang lalu? Adakah "demam" kekalahan lalu masih belum kebah?

Sepatutnya, Koh Tsu Koon meletakkan dirinya sebagai calon yang bakal menghadapi Lim Guan Eng di kerusi DUN PP, bukannya "menikus" di belakang tabir. Biar rakyat menentukan pemimpin pilihan mereka. Adakah ini petanda bahawa Gerakan akan berkubur sepenuhnya dalam PRU akan datang?


Kerana Janji Peluk Islam dan Berkahwin, Duda Serah RM60 Ribu kepada Minah Salih

Posted: 16 Nov 2011 07:35 PM PST


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Bermodalkan ikrar memeluk Islam dan berjanji untuk berkahwin menyebabkan seorang duda berusia 55 tahun sanggup menyerahkan wang tunai simpanannya berjumlah RM60,000 secara berperingkat kepada seorang wanita kulit putih bersama peguamnya, sejak awal bulan lalu.

Pengawal keselamatan yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 55, berkata, wanita warga Amerika Syarikat itu dikenali sebagai Anne mendakwa bekerja di syarikat penggali minyak berpangkalan di Labuan, Sabah, sejak 22 Oktober lalu.

Menurutnya, hasil perkenalan dan pertemuan pertama melalui rakannya itu, dia menjalin hubungan mesra bersama wanita berusia 30-an itu sebelum Anne menyatakan hasrat memeluk Islam hujung tahun ini.
Katanya, disebabkan yakin dengan niat ikhlas wanita itu yang juga boleh berbahasa Melayu, mangsa menceritakan mengenai wang simpanannya yang sudah mencecah RM60,000 dan wang itu akan digunakan untuk urusan perkahwinannya dengan wanita itu kelak.

"Bagaimanapun, pada 8 November lalu, Anne meminta pertolongan saya membayar RM2,500 untuk urusan satu surat sumpah kepada peguamnya yang akan membantu mendapatkan cek tuntutan berjumlah RM2.3 juta daripada majikannya," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Beliau berkata, disebabkan rasa sayang kepada wanita berkenaan, dia berurusan dengan peguam dimaksudkan Anne iaitu seorang lelaki rakyat tempatan yang kononnya mempunyai pejabat di Jalan Telawi, Bangsar, di sini untuk pembayaran wang itu.

"Wang itu dimasukkan ke akaun lelaki terbabit.

"Keesokannya, Anne meminta saya memasukkan lagi RM7,500 dan apabila saya menyatakan tidak mempunyai wang sebanyak itu, wanita itu merajuk.

"Disebabkan tiada pilihan lain, saya akur pada permintaan wanita terbabit dan lebih mengejutkan seminggu selepas itu, Anne meminta saya membayar RM50,000 pula untuk urusan pembayaran cukai kerajaan," katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan menyatakan sebaik selesai membayar wang RM50,000 itu, dia akan datang ke Kuala Lumpur untuk majlis pertunangan mereka.

"Saya percaya dan menyerahkan wang berkenaan kepada setiausaha peguam itu dalam pertemuan di stesen bas berhampiran Pasar Seni.

"Malangnya Anne tidak jadi datang ke Kuala Lumpur seperti dijanjikan sebaliknya menghubungi saya untuk memasukkan pula RM27,000 ke dalam akaun peguam berkenaan untuk urusan sama.

"Disebabkan berasa kurang yakin, saya tidak menuruti permintaannya kerana duit simpanan saya juga sudah habis.

"Apabila saya meminta alamat penuh peguam berkenaan, dia mula memberi pelbagai alasan dan ketika itu baru saya sedar sudah tertipu. "Susulan itu, saya membuat laporan di Balai Polis Pantai untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha sedang dijalankan untuk menjejaki kedua-dua suspek.


P/s: Orang tua pun kena tipu? 

Kerana Mahu Menjadi Model, 15 Gadis Sanggup Berbogel & Serah Tubuh

Posted: 16 Nov 2011 06:00 PM PST


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Tertarik untuk menjadi model profesional dengan pendapatan lumayan, seorang lelaki menyamar penguji bakat memperdaya sekurang-kurangnya 15 gadis untuk dirakam gambar bogel sebelum melakukan hubungan seks dengan mereka sejak awal tahun ini.

Lelaki terbabit yang berusia 30-an dan menyamar penguji bakat di sebuah syarikat peragawati terkenal 'mengumpan' mangsa melalui laman sosial dengan menawarkan pendapatan lumayan dengan hanya bergaya di depan kamera.

Terbaru, dua pelajar masing-masing berusia 18 dan 19 tahun menjadi mangsa lelaki terbabit sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, dalam kejadian jam 2 petang, 30 Oktober lalu, kedua-dua mangsa yang mengenali lelaki terbabit melalui laman sembang sosial diminta ke tingkat tujuh sebuah hotel di ibu kota untuk sesi uji bakat.

"Kedua-dua mangsa yang berminat menjadi model profesional tanpa ragu-ragu pergi ke sesi uji bakat berkenaan secara berasingan. Sebaik tiba di sebuah bilik di hotel berkenaan yang kononnya digunakan untuk sesi uji bakat itu, suspek mengarahkan mangsa menanggalkan pakaian.



P/s: Saya cuma nak cakap betapa bingainya budak perempuan ini kerana sanggup mendedahkan tubuh semata-mata mahu menjadi model. Tambah bodoh, apabila mereka melacurkan diri untuk memastikan diri dipilih menjadi model yang menjanjikan imbuhan yang lumayan.

Walaupun kes ini sudah didedahkan kepada media, percayalah selepas ini pasti ada gadis-gadis bingai yang terpedaya dan kemudiannya menyesal.





Tiada ulasan: