Biaqpila |
- SOS BAHAYA : KERAJAAN BIARKAN IA DIJUAL
- KEPUTUSAN BOLASEPAK SUKAN SEA 17/11/11
- VIDEO JARINGAN: FRIENDLY MALAYSIA VS INDIA
- PROJEK LEMBU TIPU,PROJEK SUSU PUN TIPU WAKAKAKA
- SUKA BETOI ZUL KULIM DENGAN KAMBING
- PERKASA, EZAM SESUMPAH AKAN BUAT DEMONTRASI ISU LEMBU SHAHRIZAT?
SOS BAHAYA : KERAJAAN BIARKAN IA DIJUAL Posted: 17 Nov 2011 02:00 PM PST Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985. Ini sesuatu serius kerana barangan makanan yang dijual kepada umum didapati membahayakan rakyat. Kita hairan bagaimana Kementerian Kesihatan terlepas pandang terhadap perkara ini sedangkan kita tahu semua barangan makanan yang hendak dijual kepada umum mesti mendapat kelulusan dari kementerian. Ini sesuatu yang serius yang tidak boleh dipandang ringan. Sebagai sebahagian dari rakyat Malaysia, kita semua menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap pengilang dan penjual produk ini yang telah mendedahkan rakyat kepada bahaya. Semua sos ini mesti diharamkan dari dijual kepada umum. Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia. Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa. Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang. Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia. Blog ini menggesa kerajaan mengambil tindakan berikut dengan serta merta :- 1) Mengharamkan sos berkaitan dari dijual serta merta 2) Rakyat mesti berhenti serta merta dari memakan sos ini kerana ianya membahayakan kesihatan 3) Syarikat terbabit mesti membayar ganti rugi kepada semua pengguna yang telah memakan sos ini 4) Menyiasat kilang sos ini kerana dikhuatiri ada sos yang dihasilkan oleh kilang ini menggunakan jenama yang berlainan dijual di pasaran. 5) Pengguna dicadangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat ini kerana sengaja mengabaikan kesihatan rakyat 6) Menteri Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Pengguna mesti memberikan penjelasan mengapa kedai ini dibenarkan menjual sos jenama yang berbahaya ini. Sumber : Malaysiakini Gambar ihsan : superbs.blogspot.com mutaligat KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | ||||||||
KEPUTUSAN BOLASEPAK SUKAN SEA 17/11/11 Posted: 17 Nov 2011 06:07 AM PST | ||||||||
VIDEO JARINGAN: FRIENDLY MALAYSIA VS INDIA Posted: 17 Nov 2011 02:00 AM PST | ||||||||
PROJEK LEMBU TIPU,PROJEK SUSU PUN TIPU WAKAKAKA Posted: 16 Nov 2011 11:00 PM PST DEY MACHA!!! APA PASAI MAU TARIK BALIK MACAM TARIK LEMBU MASUK KONDO KA? KAH! KAH! KAH! NI KIRA DEPA SUDAH MENGAKU JUAL RACUN UNTUK RAKYAT NASIB BAIK PEMBANGKANG KASI KOREK KALAU TIDAK RAMAI ORANG MATI PASAI MINUM SUSU 1 MALAYSIA KAH! KAH! KAH! MENTERI CAKAP DALAM TV3 SUKU KATA PEMBANGKANG SAJA NAK KONDEM KATA PEMBANGKANG DENGKI SEKARANG SAPA TIPU SAPA BETOI? ITU SUSU SUDAH DITARIK TANPA SEBAB MACAM KERJA ORANG GILA SELAGI DOK SOKONG PUAK NI SELAGI TU LAH DOK KENA TIPU KAH! KAH! KAH! Susu 1M'sia ditarik balik, sos cili masih di pasaran Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, sehari selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Dalam satu kenyataan di laman web hari ini, KR1M berkata produk itu telah dikeluarkan buat sementara waktu tetapi tidak memberikan sebarang sebab bagi berbuat demikian. "Pembekal susu tepung KR1M telah dimaklumkan dan produk berkenaan telah dikeluarkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak," petik kenyataan itu. Mengenai dakwaan sos cili jenama 1Malaysia yang didakwa mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan, pengendalinya menafikan perkara itu. "Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan," petik kenyataan itu lagi. MK KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | ||||||||
SUKA BETOI ZUL KULIM DENGAN KAMBING Posted: 16 Nov 2011 08:00 PM PST DEY MACHA!!! HANGPA NAK TENGOK GAMBAQ TU HANGPA PI KE BLOG ZUL KULIM MACAM NI PUNYA AHLI PARLIMEN PUN ADA HARAP KOPIAH SAJA BERBUNGA KAH! KAH! KAH! ORANG CERITA PASAL LEMBU FIDLOT, DIA TUNJUK GAMBAQ FIDLOT KAMBING SUKA BETOI DIA DENGAN KAMBING KAT SINI PUN ADA GAMBAQ KAMBING KAH! KAH! KAH! ADA BRAN PRU 13 NANTI? BOLEH CUBA AMBIK CALON JADI WAKIL RAKYAT KAMBING KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | ||||||||
PERKASA, EZAM SESUMPAH AKAN BUAT DEMONTRASI ISU LEMBU SHAHRIZAT? Posted: 16 Nov 2011 05:00 PM PST SEMAKIN hampir untuk negara ini mengadakan Pilihanraya Umum ke 13, seperti biasa di dalam Umno sudah mula berlaku pijak memijak sesama mereka. Selagi ada rahsia kawan-kawan di dalam parti, kesemuanya mahu didedahkan asalkan masing-masing dapat naik di atas. Ini budaya Umno, dulu, kini dan selamanya. Mereka bukan sahaja berebut-rebut sesama mereka di dalam parti sekular tersebut, bahkan rakan sekutu mereka pun mereka mahu pijak. Perebutan kerusi di antara Umno dan MCA termasuk Gerakan tidak boleh diselindung lagi kerana Umno sudah mula meluat dengan kedua-dua parti Cina tersebut disebabkan Bn hilang maruah hilang majoriti 2/3 di Parlimen adalah kerana undi kaum Cina. MCA dan Gerakan nampaknya masih degil dan tidak lagi takut untuk menentang kehendak Umno kerana mereka faham bahawa undi kaum Cina telah lari kepada Pembangkang disebabkan kelemahan dan kerakusan pemimpin Umno sendiri. Umno cuba untuk menjadikan kaum Cina seperti kebanyakan kaum Melayu yang sanggup jadi burung belatuk kepada Umno.
Budaya cantas mencantas di dalam Umno semakin parah. Sebuah web portal pro Umno seolah-olah mengakui hakikat ini dan tertanya-tanya siapakah yang punya angkara yang suka mendedahkan tembelang rakan-rakan sendiri di dalam parti. Baca di SINI. Kisah lembu Sharizat (bukan Shahrizat lembu) sedaya upaya cuba untuk dipertahankan oleh Noh Omar dan KJ. Sehinggakan mantan PM yang kuat tidor, Pak Lah terbangun dari lena lantas turut mempertahankan Shahrizat. Mereka kata itu semua bukan salah Shahrizat sebab bukan Shahrizat yang uruskan projek lembu tersebut tetapi keluarga Shahrizat sahaja. Rakyat tertanya-tanya pula dari mana keluarga Shahrizat dapat keistimewaan itu? Adakah dari Kerajaan Negeri Selangor, P.Pinang, Kelantan mahu pun Kedah yang anugerahkan? Tentunya dari Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Umno dan Shahrizat pula adalah Menteri Kerajaan Pusat yang juga Ketua Wanita Umno. Masakan semudah itu masih ada lagi rakyat yang bodoh tidak boleh berfikir?
Teringat kita kisah di mana suatu ketika menantu Tuan Guru Nik Aziz, MB Kelantan iaitu Ariff Fahmi digesa meletakkan jawatan selaku CEO PMBK walaupun tiada satu pun unsur-unsur penyelewengan yang dilakukan oleh menantu MB Kelantan itu. Media pencacai siang malam memainkan isu Ariff Fahmi sehinggakan ada pimpinan PAS yang turut termakan dengan hasutan media haprak tersebut. Akhirnya, MB Kelantan bersetuju untuk menasihati menantunya agar melepaskan jawatan CEO PMBK.
Tiada sesiapa pun yang pertikai adik Najib, Nazir Razak juga memegang jawatan Pegawai Eksekutif CIMB Group. Bahkan, beliau di antara 40 terkaya di Malaysia. Mengapa pula kali ini Shahrizat diburu habis-habisan? Ini semua adalah mainan pijak memijak di dalam Umno sendiri untuk menggambarkan bahawa Najib memang lemah dengan wanita, bukan sahaja dengan Rosmah. Justeru itu, tidak pelik Bung Mokhtar, MP Kinabatangan dari Bn sendiri menggesa Shahrizat agar meletakkan jawatan agar nama Umno/Bn tidak terjejas. Ertinya, memang benarlah apa yang dikatakan bahawa berlaku penyelewengan di dalam projek lembu tersebut. Jika tidak, mengapa MP dari Bn ini sendiri mahu Shahrizat berundur? Kerana `projek lembu', maka `lembu-lembu' pun tidak bersuara ? Adakah jika Shahrizat berundur maka Umno dilihat bersih? Hanya orang yang bodoh sahaja berfikir sedemikian. Sekiranya Shahrizat berundur sekali pun, kes ini mestilah disiasat dan diambil tindakan ke atas penyeleweng. Sewaktu Ariff Fahmi meletakkan jawatan dari PMBK, beliau terus juga disiasat walaupun akhirnya tiada kes penyelewengan berjaya dibuktikan. Kita mahu Shahrizat juga berani seperti Ariff Fahmi dan Najib juga mesti berani seperti MB Kelantan itu.
Cuma yang saya rasa pelik, di mana suara PERKASA, suara Ezam sesumpah, Zahrain katak dan Zul Kulim? Cuba bayangkan jika kes ini berlaku kepada anak DS Anwar, Tan Sri Khalid atau anak Lim Guan Eng. Sudah tentu TV3 suku menjadi gila babi siang malam selama setahun. Mereka tiga empat ekor itu tidak bersuara, mungkin kerana ini adalah kes lembu yang mereka juga spesis kepada mamalia tersebut./wfauzdin.blogspot.com KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan