dollah yankee |
Posted: 25 Nov 2011 05:13 AM PST Kes liwat-2 Anwar dah nak sampai 'the end'. Kalau Anwar didapati bersalah dan di hantar ke Sg.Buloh, sudah tentu satu masalah besar akan timbul. Siapa yang akan mengetuai Pakatan Rakyat pada PRU-13?? Pakatan Rakyat akan dapat mencuri lebih dari setengah kerusi parlimen... yang ini anda kena percaya !! Jadi siapa yang akan jadi PM?? (Azmin Ali kata mereka akan memecahkan tembok penjara untuk Anwar DI-SINI) Bila sudah sampai kepada tahap ini, semuanya perlu dan kena jawab. Memandangkan hari untuk di jatuhkan hukuman dan hari untuk pembubaran parlimen semakin dekat, gurkah-gurkah di'port' kata yang ini sudah jadi masalah besar. Gurkah-gurkah juga pasti,yakin dan tahu bahawa TG Hj.Hadi, Azizah dan Kit Siang bukan lah calon yang sesuai, calon yang layak dan bukan juga calon yang terbaik untuk jawatan besar itu. Bagi Mat Sabu, Azmin Ali dan Guan Eng pula, gurkah-gurkah cuma nampak yang kalau lagi 10 atau 15 tahun akan datang saja baru lah mereka layak untuk menerajui negara kita. Selepas berfikir panjang, gurkah-gurkah ini kata cuma Ku Li saja yang ada dalam senarai mereka, cuma Ku Li saja yang ada kriteria untuk jawatan sebagai PM. Kenapa Ku Li?? Sebabnya hanya Ku Li saja yang ada pakej lengkap untuk itu. Status dan prestij Ku Li sebenarnya boleh membantu menarik banyak undi, disebelah pihak antarabangsa dia juga sudah ada nama, dia juga boleh mendapatkan sokongan dari raja-raja dan lain-lain orang-orang yang 'powerful'. Secara teorinya gurkah-gurkah ini kata lagi yang Ku Li sudah lulus untok jadi PM. Adakah Ku Li masih lagi bercita-cita mahu jadi PM?? Gurkah-gurkah berani bertaruh potong tangan yang Ku Li tak pernah padam cita-cita dia mahu jadi PM, bak kata orang tua-tua, 'kecil tapak tangan, stadium Sultan Mohd dia boleh tadahkan'... Kah..Kah..Kah.. Kemungkinan ini adalah harapan terakhirnya...(kurang-kurang dia mati dengan mata yang terpejam..Kah..Kah..Kah..) Namun ia akan tetap bergantung kepada Pakatan Rakyat sama ada boleh menerima Ku Li atau tidak, atau sanggup kah Anwar Ibrahim memberi restu untuk Ku Li ?? dollah yankee - Sekurang-kurangnya Angkatan Amanah Merdeka (amanah) kenalah jadi parti komponen PR! |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan