Khamis, 24 November 2011

dollah yankee

dollah yankee


Rasuah 5% saja.Tumbuk Rusuk,Makan Suap yang banyak!!

Posted: 24 Nov 2011 04:47 AM PST

Gurkah-gurkah di'port' pun tak paham, dan tak reti nak paham macam mana 'chief MACC' kita, Abu Kasim Mohammad boleh keluar 'kalam' kata rasuah di negara kita ni sebenarnya tak serius.

Semasa dalam satu forum di USM bulan lepas, dia telah mengedarkan soalan-soalan yang berbentuk 'survey' kepada lebih 300 mahasiswa USM dan pensyarah-pensyarah serta pegawai-pegawai universiti dan beliau telah dapati yang persepsi rakyat terhadap jenayah rasuah di negara kita ini hanya lah 5%. Ini kerana hanya 5% daripada 300 orang lebih tu yang pernah berhadapan atau tahu yang jenayah rasuah ada berlaku.

Kalau tanya gurkah-gurkah ini, mereka kata yang 'survey' yang dibuat olih Abu Kassim itu sebenarnya tak boleh pakai langsung. Sebabnya peserta-peserta yang hadir pada forum di USM itu adalah 100% kakitangan kerajaan, makan gaji dengan 'gomen', ya lahh..tak kan pensyarah-pensyarah dan pegawai-pegawai kat USM tu nak kata yang jenayah rasuah di negara kita ni sudah cukup teruk dan tak kan mereka nak lukakan hati Abu Kassim pula kot??

Gurkah-gurkah kata lagi, yang Abu Kassim sepatutnya tanya soalan-soalan dalam 'survey' tu pada orang ramai yang di tepi-tepi jalan, yang pagi-pagi melepak di kedai-kedai kopi, mereka yang selalu berurusan dengan JPJ, dengan polis, dengan imigresen, baru lah dia tau sama ada 5% atau 55.5%.

Yang 'kurang ajar' nya ialah bila Abu Kassim cuba membandingkan Vietnam dengan Cambodia dengan negara kita. Dia kata Vietnam dengan Cambodia ni lagi teruk rasuah.

'Tang' sini gurkah-gurkah sudah gelak macam nak pecah perut sebabkan dia telah samakan Cambodia dengan Vietnam dengan kita. Apakah taraf negara kita ini sama taraf dengan Vietnam dan Cambodia?? 

Gurkah-gurkah pun hairan,pelik dan ajaib sebab kalau jenayah rasuah tak teruk kenapa 'upgrade' BPR kepada SPRM? Kalau jenayah rasuah cuma 5%, kenapa nak tambah pegawai penyiasat sampai 5000 orang??

Kalau macam ni punya keadaan di SPRM, alamatnya... pegawai-pegawai penyiasat yang ada, 'makan gaji buta' lahhh ....


dollah yankee -
Pak Abu pun 'ghaplah', sebab bila nak siasat, semua kawan-kawan...

Tiada ulasan: