dollah yankee |
Semua orang sudah tidak sabar! Posted: 23 Nov 2011 05:23 AM PST Bukan saja gurkah-gurkah di'port' yang tak sabar-sabar menunggu PRU-13 sebab mahu pangkah Pakatan Rakyat (PR) dan menghalau Najib dari Putrajaya, tetapi boleh di-katakan yang rakyat seluruh negara juga sama macam gurkah-gurkah ... sudah tak sabar, tetapi nampak macam kita semua sedang menjadi penunggu dan ini lah yang telah menyebabkan gurkah-gurkah ini semua sudah hilang sabar. Walaupun sudah dekat dua tahun Najib merancang dan berancana bersiap-siap untuk PRU-13 ini dengan macam-macam punya gula-gula yang telah di sumbat ke mulut kita, tapi memandangkan semua orang tahu terutamanya ahli-ahli umno/BN yang Najib ini jenis yang 'play safe', jadi dia masih lagi takut-takut mahu mengumumkan tarikh keramat itu. Jadi bila gurkah-gurkah meng'analisis tentang perkara ini, kesimpulannya ialah nampak begitu jelas yang umno/BN tidak mampu untuk mencapai dua per tiga majoriti jika PRU di-panggil pada waktu terdekat ini termasuklah hasrat Najib yang mahu merampas kembali Selangor yang merupakan 'lubuk duit', juga belum nampak yang dia boleh lakukan. Gurkah-gurkah kata yang memandangkan Najib ambil jawatan PM setelah melalui beberapa persetujuan dalam beberapa rundingan rahsia tanpa melalui pilihanraya, maka memang patut pun dia 'play safe' sebab ini kali pertama dia mengetuai partinya menghadapi pilihanraya, jadi dia harus berhati-hati untuk memenangkan umno/BN dalam apa juga cara. 'By hook or by crook'. dollah yankee - Gurkah-gurkah tetap kata yang Najib akan cipta sejarah tersendiri, dia akan jadi PM paling singkat dalam sejarah. Kah..Kah..Kah.. |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan