Khamis, 10 November 2011

dollah yankee

dollah yankee


Bodoh macam lembu!!! Kah..Kah..Kah..

Posted: 10 Nov 2011 05:15 AM PST

Tuuu diaaaa ...kurang berapa ringgit saja dekat 850 ribu ringgit, melancong guna duit kompeni yang dapat 'buta' 250 juta dari kerajaan. Beli kondo pula dekat-dekat 10 million, yang beli kondo tu guna duit siapa pun tak tau lah, tapi gurkah-gurkah di'port' kata berani bertaruh potong hidung dah tentu lah duit yang dari 250 million tu, yang gomen bagi.

Gurkah-gurkah kata lagi...ini sudah jadi macam 'daylight robbery', siapa lah penyamun Botak Chin dan penyamun Geng Mamak kalau nak di-bandingkan nilai yang di-samun dengan dia dan keluarga dia ini yang dah menyamun wang kita.

Nampaknya Najib kena kerja 'overtime' lah lepas balik dari buat haji untuk cari satu ekor kambing hitam bagi selamatkan umno/BN, sebab cerita Sharizat dengan lembu-lembu di NFC ini sudah jadi cerita yang cukup-cukup panas. Najib sangkakan yang Noh Omar boleh lah tolong-tolong bersilat, berkuntau, bergayung untuk pusing cerita ini, tapi nampak gayanya Noh Omar pula berbuih-buih mulut sebab banyak sangat kona.

Bila jumpa rakyat ...genggam penumbuk sambil angkat tangan dengan penuh bersemangat, ... "hidup melayu!!!, hidup melayu!!! ... haram jadah! yang hidup memang melayu, melayu yang jadi menteri, yang mamposs adalah kita rakyat biasa yang terpaksa membanting tulang empat kerat tiap-tiap hari melawan inflasi dan kenaikan harga barang.

dollah yankee -
Kalau orang putih, berniaga lembu macam ini dah tentu kena guna kuda. Di- NFC ini towkey dia masuk ladang pakai kereta sport.

Tiada ulasan: