Isnin, 21 November 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Nik Aziz: Air Kelantan kotor, tapi bukan tertinggi

Posted: 21 Nov 2011 03:09 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis.



PETALING JAYA: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menepis dakwaan laporan akhbar Mingguan Malaysia bahawa bekalan air di Kelantan menunjukkan pencemaran tertinggi berbanding negeri lain.

Nik Aziz berkata, berdasarkan lampiran surat yang dihantar Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) pada 30 Oktober lalu, Kelantan mencatatkan kandungan bakteria E-Coli yang terdapat dalam air terawat hanya sebanyak 0.88 peratus.

Surat SPN itu memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.

Negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis.

Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%), surat itu dipetik.

E-Coli

"Saya sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi empat peratus, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E-Coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mursyidul Am PAS itu turut hairan dengan data yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2012.

"Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?

"Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.

"Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta," katanya yang turut merujuk kepada isu skandal National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang membelenggu beberapa pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN).

Polemik

Katanya, ini merupakan respon awal daripada pihak pentadbitan Kelantan sebelum isu ini dijawab oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan Dato' Mejar ( B ) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan penjelasan perkara yang sebenar, selain bimbang isu ini akan terus dimainkan dan menimbulkan polemik berpanjangan.

"Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (Keluaran hari Ahad : Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan.

"Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu "Kristian Agama Rasmi Negara" satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata," katanya.

Semalam, Mingguan Malaysia mendakwa Kelantan menduduki tempat paling bawah sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko berdasarkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara,

Keadaan itu dakwa Mingguan Malaysia merisikokan kesihatan kira-kira 1.54 juta penduduk Kelantan apabila mendapati air di negeri itu mengandungi arsenik, merkuri, serta beberapa unsur logam yang kesemuanya boleh memudaratkan kesihatan termasuk mengakibatkan kanser, selain penyakit paru-paru, pundi kencing serta hati.

Empat individu fail saman tuntut perjanjian Spice tidak sah

Posted: 21 Nov 2011 03:05 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Saman itu difailkan terhadap 14 defendan terdiri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, 11 anggota exco kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Eco Meridian Sdn Bhd, melalui peguam M Thayalan pada 10.30 pagi tadi.

GEORGE TOWN: Empat individu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi menuntut agar perjanjian projek Subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre (SPICE) diisytiharkan batal dan tidak sah.

Saman itu difailkan terhadap 14 defendan terdiri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, 11 anggota exco kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Eco Meridian Sdn Bhd, melalui peguam M Thayalan pada 10.30 pagi tadi.

Plaintif iaitu Khoo Yen Her, Rama Krishnan a/l Rajagopal, Abdul Manan Abdul Manap dan Sathiasilan a/l Krishnan berkata mereka memfailkan saman itu bagi pihak diri mereka sendiri sebagai pembayar cukai dan mewakili semua pembayar cukai pintu dan tanah di kawasan MPPP.

Batal dan tidak sah

Dalam pernyataan tuntutan, mereka mahukan deklarasi bahawa arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa negeri Pulau Pinang kepada MPPP secara
khusus untuk menandatangani perjanjian itu bercanggah dengan Seksyen 9(1) Akta Kerajaan Tempatan, 1976 dan dengan itu perjanjian berkenaan adalah batal dan tidak sah.

Mereka juga menuntut satu deklarasi bahawa peruntukan-peruntukan dalam perjanjian itu, di mana Eco Meridian Sdn Bhd berhak kepada tambahan ketumpatan sebanyak 1,500 unit perumahan untuk apa-apa pembangunan yang dijalankan di Pulau Pinang oleh syarikat yang ada hubungan dengan S P Setia Berhad adalah bercanggah dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 khususnya Seksyen 21 dan 22 atau bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, dan dengan itu peruntukan itu adalah batal dan tidak sah.

Plaintif juga menuntut deklarasi bahawa mereka berhak untuk mendapatkan salinan perjanjian bertarikh 19 Ogos 2011 itu antara MPPP dan Eco Meridian Sdn Bhd yang membolehkan syarikat itu membangunkan projek SPICE.

Mereka turut menuntut kos tindakan dibayar oleh defendan. Bernama

Rasuah percuma untuk semua menular di Malaysia

Posted: 21 Nov 2011 04:49 AM PST

Jackson Ng

Awas para pelabur dan masyarakat dunia! Ancaman baru telah wujud dan ia boleh membawa maut. Wabak yang menular itu adalah wabak "lembu gila" dan ia bermula di Malaysia.

Wabak "virus" (aka rasuah) telah pun menjadi kanser dan akan menghancurkan negara.

Itulah yang sedang berlaku di Malaysia dan kini lebih RM250 juta telah dipersiakan oleh NFC.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh kedua-dua Perdana Menteri dan timbalannya telah menghalalkan perbuatan rasuah dan mempertahankan amalan rasuah dan penyalahgunaan dana awam secara terang-terangan.

Yang dimaksudkan ini adalah penyalahgunaan sebanyak RM83 juta daripada tabung NFC kepada syarikat-syarikat yang dikawal oleh keluarga Ketua Wanita Umno dan Menteri Shahrizat Jalil yang jelas rasuah tetapi hanya kerana beliau adalah salah seorang daripada golongan elit pemerintah, tindakan terhadap beliau tidak akan diambil.

SPRM tutup mata lagi

Dana telah diperuntukkan kepada NFC bagi projek untuk menghasilkan daging lembu yang akan dijula dengan harga berpatutan kepada rakyat Malaysia.

Sebaliknya, dana NFC itu disalurkan untuk membayar kondo mewah RM10 juta di Bangsar dan RM800,000 perjalanan luar negara untuk keluarga seorang Senator Umno.

Adakah sukar untuk kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membezakan antara lembu, perjalanan dan kondominium?

Para pemimpin Umno bergegas untuk mempertahankan Shahrizat termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertanian Noh Omar dan Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamalauddin.

Khairy sanggup menjustifikasikan pembelian kondominium itu sebagai pelaburan jangka masa pendek bagi membolehkan NFC meraih pulangan yang lebih tinggi.

Bukan sahaja cubaan untuk menjustifikasikan pembelian kondo berjuta-juta ringgit tersebut tidak masuk akal, ia adalah melampau serta tidak bertanggungjawab malah merupakan penyalahgunaan dana awam.

Dana awam yang diperuntukkan adalah untuk projek-projek tertentu. Dalam kes NFC, wang itu adalah untuk pembiakan lembu untuk meningkatkan bekalan daging lembu bagi rakyat Malaysia. Menggunakan wang itu untuk sebarang tujuan lain tidak boleh diterima dan boleh dianggap sebagai pecah amanah bagi mereka yang menguruskan projek berkenaan.

Standad Rendah walaupun mengikut piawaian BN

Jika justifikasi Khairy untuk membeli kondo diterima oleh kerajaan BN, maka amalan rasuah di Malaysia telah mendapat standad rendah yang baru.

Ia isyarat bahawa dibolehkan rasuah untuk mana-mana menteri dan ahli politik Malaysia, yang mempunyai akses kepada dana awam untuk menggunakan kekayaan negara bagi apa-apa tujuan yang mereka mahu. Keluarga Shahrizat telah memulakan sesuatu standad baru dan SPRM tidak akan mampu untuk bertindak mengenai apa-apa amalan rasuah, tanpa mengira jurang politik.

Rakyat Malaysia, sila jangan terpengaruh dengan kata-kata mereka. . Hakimilah untuk diri sendiri dan dengar suara hati anda. Ini adalah sampah yang mereka debatkan:

> Bapa mertua Khairy dan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah secara terbuka menegaskan bahawa tidak ada sebab bagi Shahrizat untuk meletak jawatan dan

> "Tanyalah kepada individu berkenaan. Apakah kaitan perkara ini dengan Shahrizat? Suaminya yang terlibat bukan Shahrizat, jadi jangan tanya dia. Jika Shahrizat ialah Ketua Pegawai Eksekutif pasti [anda boleh meminta beliau] menjawap persoalan tetapi dia tidak terlibat dan ia adalah tidak adil untuk melabelkan beliau sebagai terlibat, "beritahu Badawi kepada pemberita.

> Kedua-dua Badawi dan Muhyiddin seolah-olah cuba untuk memisahkan Shahrizat daripada urusan perniagaan suami dan anak-anaknya, dan hujah bahawa skandal itu tidak melibatkan Shahrizat kerana yang terlibat secara langsung adalah suami dan anak-anaknya.

> Maksud Abdullah Badawi dan Muhyiddin adalah sesiapa saja boleh melakukan rasuah dengan menggunakan nama keluarga atau rakan mereka dan dengan itu mereka boleh dikatakan sebagai tidak terlibat dan tidak boleh dipersalahkan atau didakwa;

> Adakah rasuah melalui proksi dibenarkan? dan

> Adakah wajar ahli keluarga Shahrizat mendapat kontrak kerajaan bernilai berjuta-juta ringgit sedangkan Shahrizat adalah seorang menteri, dan Malaysia, di bawah pemerintahan BN,akan bergerak cepat ke arah kemusnahan ekonomi malah lebih cepat daripada yang kita jangkakan.

Tiada pelabur waras akan mahu melabur di negara yang mempunyai kerajaan yang tidak menghormati undang-undang, atau mempunyai undang-undang yang berasingan - satu untuk pemerintah dan satu lagi bagi orang-orang biasa.

Sebab itulah pelabur seperti Robert Kuok sanggup membawa wangnya ke China. Hari ini, beliau melabur AS $ 10 bilion dalam perniagaan kelapa sawit dan minyak kelapa sawit di Indonesia.

Jackson Ng merupakan bekas wartawan dan pembaca Malaysia Chronicle

Hadi dan Kit Siang jadi TPM jika Pakatan menang. OK?

Posted: 21 Nov 2011 04:44 AM PST

Melissa Lee, Malaysia Chronicle

Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa Kit Siang dan Abdul Hadi Awang akan menjadi TPM jika Pakatan memenangi Pilihanraya umum yang akan datang.

"Kedua-duanya mampu membawa pembangunan progresif kepada negara." Karpal memberitahu wartawan.

Komen beliau bukanlah sesuatu yang baru tapi, media BN sentiasa cuba untuk melaga-lagakan ketiga-tiga parti politik ini- PAS, DAP dan PKR.

BAru-baru ini, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menegaskan lagi bahawa Ketua PKR, Anwar Ibrahim akan tetap menjadi PM walaupun sekiranya beliau dipenjarakan atas tuduhan fitnah liwat dan video seks yang direka cipta oleh kerajaan BN.

Media BN kemudiannya cuba menimbulkan isu untuk jawatan nombor 2 negara dengan mengapi-apikan masyarakat Melayu dengan perkhabaran bahawa Lim Kit Siang akan menjadi TPM memandangkan beliau adalah berketurunan Cina.

Umno yang bersikap perkauman enggan terima TPM berketurunan Cina

BN sememangnya bersikap perkauman. Diterajui oleh Umno yang didakwa memburukkan keadaan ekonomi negara dengan amalan rasuah di semua peringkat serta politik keagamaan dan juga prejudis demi menutup agenda kewangan mereka.

Walaupun sering menegaskan bahawa mereka mengamalkan perkongsian kuasa, tidak ada satu pun parti komponen lain yang benar-benar boleh bersuara dalam apa jua keputusan yang diambil oleh BN. Contoh terbaik adalah yang berlaku dalam parti Gerakan baru-baru ini. Koh Tsu Koon, presiden parti tersebut telah dipaksa membuat kenyataan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Itu pun sebenarnya belum cukup untuk memuaskan Umno dan bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad kerana mereka sebenarnya mahu Tsu Koon meletak jawatan presiden.

Ada desas-desus yang mengatakan bahawa mereka ingin pengganti Tsu Koon, Lim Keng Yaik untuk hadir kembali ke pentas politik negara. Walaubagaimanapun, Keng Yeik dikatakan sedang menghadapi masalah kesihatan yang kritikal. Malaysia Chronicle

Air Kelantan basuh najis lembu RM250 juta

Posted: 21 Nov 2011 04:42 AM PST

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat



1. Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk "Air Kelantan Terkotor?". Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (Keluaran hari Ahad: Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan. Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu "Kristian Agama Rasmi Negara" satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.

2. Namun, dibimbangi isu yang dimainkan ini menimbulkan polemik yang berpanjangan, saya telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar ( B ) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar. Bagaimanapun, sebagai respon awal sebelum kenyataan lanjut dikeluarkan, saya ingin menarik perhatian terhadap beberapa fakta sebenar yang disorok dari pengetahuan umum oleh Utusan Malaysia.

3. Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.

4. Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis. Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan E-Coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%). Saya sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E-Coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

5. Saya juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011. Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?

6. Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan. Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta.

7. Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal olehNya di akhirat kelak. Janganlah sampai fitnah yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah. Ini kerana, doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Yang Amat Berhormat Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh: 25 Zulhijjah 1432H bersamaan 21 November 2011

Zambry bentang bajet pilihan raya

Posted: 21 Nov 2011 04:41 AM PST

Muhammad Faeez


IPOH: Ketua Pembangkang Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai bajet pilihan raya.

Beliau berkata, bajet yang mengalami defisit sebanyak RM 50.142 juta itu tidak menampakkan visi untuk membangunkan negeri, hanya bersifat pemberian.

"Pada prinsipnya, bajet ini ialah pengunaan wang hutang untuk diberikan kepada rakyat. Tiada langsung usaha-usaha untuk membangun dan memajukan negeri," katanya ketika membuat sidang media sejurus sidang Dun Perak ditangguhkan, pagi tadi.

Tambahnya lagi, Bajet 2012 itu mengalami defisit yang sangat besar yang jelas berpunca daripada kepincangan pengurusan kewangan.

" Ini menggambarkan Kerajaan Negeri Perak kepada sebuah negeri yang bankrap apabila pembelanjaan lebih daripada pendapatan," tegasnya lagi.

Persidangan hari ini dan disambung esok yang akan berlanjutan hingga Jumaat.

Ratu cantik: Jais digesa ambil tindakan tegas

Posted: 21 Nov 2011 04:38 AM PST

Harakahdaily

KUCHING: Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) menggesa Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) untuk mengambil tindakan yang lebih tegas kepada 5 peserta muslim yang menyertai pertandingan akhir Ratu Cantik Borneo 2011, kelmarin.

Apa yang menyedihkan mereka nekad untuk meneruskan niat menyertai pertandingan itu walaupun Jais, Majlis Islam Sarawak dan Sahibus Samahah Mufti Negeri Sarawak telah mengadakan sesi kaunseling seperti yang telah dilaporkan pada 19 November lepas dalam Borneo Post dan 20 November oleh Harian Metro.

"Mereka mendakwa bahawa diberi layanan yang baik oleh penganjur, ini bukanlah alasan untuk mereka ketepikan syariat Islam dalam menentukan pertandingan ratu cantik yang nyata mendedah aurat dan bercanggah dengan syarak.

"Kita juga tidak mahu Jais lesu dan lemah dalam menangani isu seperti ini," kata Timbalan Ketua DPPNS, Ustaz Ahmad Solihin.

Menurutnya, kefahaman mereka tentang Islam itu lemah dalam menentukan sesuatu perkara yang bercanggah dengan syariat atau tidak.

"Dek kerana orang berlaku baik, kita sanggup gadaikan maruah agama kita?

"Kenapa Jais tidak boleh bertindak dengan lebih tegas ke atas kes seperti ini?" soalnya.

Beliau juga kesal kerana lima peserta itu juga dikatakan tidak menghiraukan nasihat yang diberikan dan merasa rugi jika tidak sertai pertandingan akhir kerana telah berlatih.

Justeru, tegasnya DPPNS sekali lagi menggesa Jais tidak menjadi seperti Jabatan Agama Islam Selangor yang sibuk mencari pendakwah yang tidak bertauliah berbanding dengan mengambil tindakan kepada mereka yang mencemarkan imej Islam seperti itu.

DPPNS juga, ujarnya kesal dengan kenyataan Pengarah Jais, Abang Shamsudin yang mengatakan bidang kuasa jabatan itu hnaya mampu menasihat mereka sahaja.

"Kenyataan ini seolah-olah umat Islam di Sarawak boleh memandang sebelah mata kepada Jais apatah lagi tiada pegawai Jais yang memantau kemuncak pertandingan tersebut Sabtu lepas kerana bimbang berlaku salah faham," ujarnya.

Justeru, katanya lagi DPPNS mendesak agar Jais bertindak dengan lebih proaktif dengan memastikan maruah dan aurat wanita Islam Sarawak tidak diperdagangkan sewenang-wenangnya atas nama pertandingan ratu cantik.

Katanya, kemelut itu merupakan kemelut tambahan yang melanda umat Islam di Sarawak bila mana badan penguatkuasa Islam yang sepatutnya memelihara Islam dalam rakyat yang beragama Islam tidak mampu berbuat demikian.

Menurutnya, pada pertegahan tahun ini Jais turut didakwa gagal mengawal rakyat yang beragama Islam daripada menyertai ratu pondan di Sibu.

"Dalam bajet negeri yang baru dibentangkan jelas kerajaan negeri tidak menitikberatkan pembinaan pemahaman Islam yang terbaik untuk umat Islam di Sarawak dengan tidak memberikan peruntukan yang jelas berkenaan pendidkan Islam kepada umat Islam," ujarnya.

Beliau berkara, sekiranya kerajaan negeri serius untuk memberikan pemahaman Islam yang kukuh kepada rakyat Sarawak yang beragama Islam, perkara seumpama itu pasti dapat dikawal dengan wujudnya komuniti yang lebih sensitif terhadap tuntutan agama.

Tanah: Laporan polis minta siasat Satim Diman

Posted: 21 Nov 2011 04:33 AM PST

Harakahdaily


PUCHONG: Dewan Pemuda PAS Puchong bersama-sama dengan Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) telah membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman, semalam.

Mereka meminta pihak polis menyiasat isu penyelewengan tanah yang dilakukan Adun Seri Serdang itu rentetan daripada perbahasan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang Dun lalu berhubung penyelewengan penjualan tanah Kerajaan Negeri Selangor di Science Park 2, Cyberjaya pada 2006.

Laporan polis tersebut dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Puchong, Rosharizan Mohd Rozlan dengan diiringi oleh peguam daripada Juham, Noorhisam Abdullah di Balai Polis Bukit Puchong.

Menteri Besar Selangor pada 15 November lepas mendakwa penyelewengan tersebut berlaku pada tahun 2006 apabila Datuk Dr Mohamad Satim Diman menjual tanah milik kerajaan negeri Selangor di Science Park 2, Cyberjaya kepada Mikmat Inai Sdn Bhd di bawah harga pasaran semasa di mana Mohamad Satim pada masa material merupakan ahli lembaga pengarah dan pemegang saham utama Nikmat Inai Sdn Bhd.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Puchong dan Juham menyeru kepada pihak polis supaya menyiasat perkara ini secara telus kerana ia membabitkan wang kerajaan negeri Selangor dan juga rakyat Selangor secara keseluruhannya.

Pada masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Puchong dan Juham mendesak Mohamad Satim memberikan penjelasan secara terbuka bagi menjawab pertuduhan serius yang dikenakan terhadapnya.

PAS mahu akaun NFC dibeku segera

Posted: 21 Nov 2011 04:28 AM PST

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR: PAS mahu segala aktiviti perbelanjaan dan akaun syarikat National Feedlot Corporation (NFC) Sdn. Bhd. milik suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dibekukan dan digantung segera.

AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan itu perlu dibuat kerajaan dengan segera sehingga satu badan audit bebas melakukan 'forensic auditing' terhadap akaun dan aktiviti syarikat tersebut.

"Kita mintak akaun dan segala kegiatannya digantung (moratorium) segera dan kerajaan perlu mengarahkan pihak ketiga membuat forensic auditing.

"Sejak isu ini dibangkitkan, kita tidak nampak apa-apa tindakan diambil kerajaan khususnya Perdana Menteri, sedangkan tuduhan itu serius," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor kepada Harakahdaily.

Selain itu beliau juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan adakah dana awam berjumlah RM250 juta itu deberikan kepada NFC secara penganugerahan (grant) atau pinjaman mudah dengan interest dua peratus.

"Umum masih bertanya, adakah pemberian dana awam itu diberikan secara grant atau pinjaman.

"Andai kata pinjaman dua peratus, mesti ada terma dan syarat pinjaman, dedahkan apa dia terma dan syarat itu," katanya.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mendedahkan kelulusan projek ini tidak dibawa ke peringkat kabinet.

Sebaliknya projek berjumlah RM250 juta itu didakwa diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan telah menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu.

Bagaimanapun ianya didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'.

Malah lebih dari itu, PKR juga mendakwa wang itu digunakan untuk kepentingan keluarga ketua wanita Umno itu termasuk membeli kondominium mewah di ibu negara.

Bakun bebas daripada ancaman gempa bumi

Posted: 21 Nov 2011 04:26 AM PST


MALAYSIA KINI

Empangan Bakun berkapasiti 2,400 MW bebas daripada ancaman gempa bumi, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di beritahu di Kuching hari ini.

Menteri Kemudahan Awam negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ini kerana Sarawak bukan terletak di kawasan sering dilanda gempa bumi, dan kemungkinan empangan ini akan menjadi isu keselamatan disebabkan gempa bumi, tidak sepatutnya dibangkitkan.

NONE"Walaupun ini, empangan itu direka dan dibina dengan ciri-ciri keselamatan terhapap sebarang gegaran di kawasan itu," katanya ketika menggulung perbahasan untuk kementeriannya.

Awang Tengah berkata empangan Zipingbu di China, yang direka dan dibina sama dengan empangan Bakun di kawasan aktif seismik, boleh tahan gempa bumi Sichuan dan sehingga kini disahkan selamat.

Beliau juga berkata tarif elektrik di Sarawak masih rendah berbanding dengan Semenanjung walaupun dakwaan bahawa tarif di sini lebih mahal.

"Purata harga elektrik di negeri ini ialah 30 sen/kwh adalah lebih rendah berbanding dengan 33 sen/kWh untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) setelah semakan tarif dilakukan pada Jun tahun ini," kata beliau.

Bagi mengurangkan beban pengguna, Awang Tengah berkata pengguna domestik di Sarawak yang menggunakan 100 unit, diberikan diskaun 10 sen/kWh oleh SESCO dan penggunaan RM20, tidak pelu membayar bil kerana kerajaan memberikan subsidi kepada mereka.

NONE"Pada 2010, jumlah subsidi yang diberikan sebanyak RM11 juta yang telah memberikan manfaat kepada kira-kira 98,000 pengguna, kata beliau.

Beliau juga menjelaskan bahawa cadangan 12 tapak untuk pembangunan tenaga hidro belum lagi dimuktamadkan dan ada keperluan untuk kajian kemungkinan terperinci untuk menentukan jika tapak ini berdaya maju bagi pembinaan empangan tenaga hidro atau sebaliknya.

"Pembinaan empangan ini yang didapati berdaya maju, hanya akan dilaksanakan berdasarkan permintaan yang memenuhi keperluan sektor industri, domestik dan komersil dan juga bagi tujuan eksport jika berlebihan," tambah beliau.- Bernama

Banjir mula landa Pantai Timur, 22 dipindahkan

Posted: 21 Nov 2011 04:25 AM PST


MALAYSIA KINI

Terengganu menjadi negeri pertama dilanda banjir tahun ini berikutan hujan lebat di negeri itu sejak semalam hingga pagi ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara yang dihubungi Bernama berkata, di Terengganu, sehingga jam 11 pagi ini dua daerah iaitu Setiu dan Hulu Terengganu mula dinaiki air.

Beliau berkata, di Setiu seramai 22 orang dari tujuh keluarga di Kampung Merbau Menyusut dipindah ke pusat pemindahan pada jam 8 pagi ini manakala kampung yang terbabit di Hulu Terengganu ialah Kampung Kolam Ajil dan Kampung Telaga.

"Jumlah mereka yang dipindahkan di Hulu Terengganu belum ketahui," katanya.

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula berkata, paras air Sungai Nerus di Kampung Langkap kini melebihi paras bahaya iaitu 22.14 meter (bahaya 21.5 meter) dan Sungai Telemong di Kampung Paya Rapat meningkat kepada paras amaran iaitu 21.2 meter (amaran 21 meter).

Keadaan cuaca di Terengganu kini gelap dengan hujan lebat di seluruh negeri.

Berdaulatkah Islam apabila Umno, PAS bersatu?

Posted: 21 Nov 2011 04:18 AM PST


Iskandar Kamarul Amin

ULASAN Diskusi tentang perlunya Melayu bersatu supaya Islam dapat didaulatkan semakin hangat di laman sosial dan blog. Saya kurang berminat perbahasan dari sudut terminologi seperti Melayu atau Islam dahulu?

Islam bukan untuk Melayu sahaja, dan berbagai perbahasan lagi. Saya cuma ingin berkongsi sedikit pandangan saya:

umno pasDalam konteks Malaysia, bila sebut Melayu perlu bersatu, atau sepakat, atau apa sahaja istilah, pastinya semua fikiran tertumpu kepada Umno dan PAS mesti bersatu.

Maksudnya, untuk melihat Islam kembali berdaulat, maka Umno dan PAS perlu bersatu, jangan bertelagah dalam pilihan raya mahupun luar pilihan raya, duduk semeja, maafkan kesalahan lama dan sebagainya.

Signifikan yang cuba digambarkan mungkin berbunyi, apabila Umno dan PAS bersatu, maka Islam akan berdaulat di Malaysia. Atau fahaman terbaliknya, apabila Umno dan PAS tidak bersatu, maka Islam tidak akan berdaulat di Malaysia.

Walaupun ada yang kata bukan bersatu dalam satu parti baru, tapi hanya sepakat dalam hal-hal dasar dan aqidah, tapi saya rasa pandangan umum masyarakat tentang "kesatuan" ini adalah seperti gambaran di atas.

NONEApabila melihat kepada realiti dan peristiwa yang jelas berlaku di depan mata di negara kita, saya merasakan slogan-slogan kesatuan ini agak pelik dan berlawanan dengan fakta sejarah. Saya sedikit konfius dengan maksud Islam Berdaulat yang diutarakan.

Islam dari sudut mana yang cuba dimaksudkan? Dari sudut aqidah atau akhlak atau perlaksanaan nilai-nilainya taua macam mana?

Pertama, mungkin Islam yang dimaksudkan adalah sudut memelihara Ummat Islam dari murtad. Tapi pelik, adakah murtad berlaku kerana Umno-PAS tidak bersatu sejak puluhan tahun dulu? Bukankah fakta kajian mengatakan antara faktor murtad berlaku kerana kemiskinan, orang miskin tidak mendapat wang zakat secukupnya, lalu pergi ke gereja.

Murtad kerana Bollywood?

Ini menggambarkan kegagalan BN yang diterajui pemimpin Melayu Umno dalam menguruskan harta zakat. Kajian juga mengatakan ramai wanita melayu murtad menjadi Hindu kerana pengaruh filem Bollywood yang melampau.

bollywoodLalu apa kaitannya ketidaksatuan Umno-PAS dengan tindakan Kementerian Penerangan yang tidak membendung lambakan filem Bollywood ini?

Kedua, mungkin Islam yang dimaksudkan adalah dari sudut ketelusan pentadbiran dan pengurusan. Malangnya, semua orang mengetahui siapakah gerangannya yang paling kuat korupsi dan songlap duit rakyat.

Skandal PKFZ, skandal kapal selam Scorpene, skandal pemeberian AP suatu masa dahulu dan beratus-ratus lagi skandal penyelewengan berbillion duit rakyat, semuanya didalangi oleh pemimpin Melayu dari Umno. Lalu apa kaitannya ketidaksatuan Umno-PAS dengan sikap korupsi pemipin Umno yang jelas tidak mendaulatkan nilai Islam?

umno and corruption bribe moneyKetiga, mungkin Islam yang dimaksudkan adalah dari sudut keadilan kepada ummah selaras dengan puluhan hadis Rasulullah yang menyuruh berlaku adil. Cuba kita buka mata melihat sejarah dan kenyataan, apa yang berlaku di Malaysia.

Siapa lagi kalau bukan Umno yang bertindak tidak adil menafikan hak royalti rakyat Kelantan berpuluh tahun lamanya hanya kerana nafsunya bertuhankan politik, sebagai balasan rakyat Melayu Kelantan tidak mengundi Umno.

Ambil hati pemimpin Barat

Dan siapa lagi kalau bukan Umno yang zalim terus mempergunakan ISA untuk menahan dengan kejam aktivis-aktivis Islam yang kononnya terlibat dengan terroris demi untuk mengambil hati peimimpin dunia Barat.

azlanLebih meneyedihkan, di saat kerajaan umumkan ISA akan dimansuh baru beberapa bulan lalu, 14 November 2011 lepas dilaporkan 10 orang lagi aktivis islam ditahan di Sabah atas tuduhan pengganas. Lalu apa kaitannya ketidaksatuan Umno-PAS dengan kezaliman dan ketidakadilan pemimpin Melayu Umno ini?

Keempat, mungkin Islam yang dimaksudkan adalah dari sudut akhlak. Bermakna, apabila Umno dan PAS bersatu, maka kes zina, rogol dan buang bayi akan berkurangan. Dalam aspek keruntuhan akhlak ini, saya tidak mengatakan kerajaan adalah punca segala-galanya.

Ibu bapa yang berperanan besar sebenarnya. Tapi apa yang pemimpin Umno buat sebagai kerajaan pemerintah untuk membendung? Konsert-konsert liar yang berpermit masih berlambak.

azlanTiada sebarang tanda inginkan tapisan filem menjadi lebih ketat sedangkan banyak filem yang boleh mempengaruhi akhlak buruk remaja dibiarkan ditayang di media dan pawagam. Cadangan perlaksanaan perundangan Islam juga terus ditolak mentah-mentah dengan alasan tidak sesuai dan bimbang rakyat tidak dapat menerima, sedangkan tiada sebarang usaha unutk member kefahaman dan kesedaran.

Perangi program agama

Lalu apa kaitannya ketidaksatuan Umno-PAS dengan sikap lepas tangan pemimpin Umno dengan masalah akhlak rakyat, sedangkan hampir 50 tahun Malaysia ini diterajui perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri lain yang terdiri dari kalangan Melayu Islam Umno?

Kelima, mungkin Islam berdaulat yang dimaksudkan adalah dari sudut kerancakan amar ma'ruf nahi mungkar. Dari sudut ini, umum mengetahui sikap pemimpin dan tali barutnya Umno yang sangat memerangi program agama yang kononnya dilihat memberi keuntungan kepada pembangkang terutamanya PAS.

azlanTindakan yang langsung tiada unsur mendaulatkan Islam itu biasanya dikaburi dengan alasan program tiada permit, penceramah tiada tauliah, dan sebagainya. Ustaz-ustaz yang dipercayai pro-PAS terus digam daripada muncul di kaca TV.

Campur tangan Umno dalam perlantikan dan pengurusan AJK masjid juga berlaku di merata-rata. Semuanya hanya kerana dendam kesumat takut hilang pengaruh politiknya. Ulama dalam Umno seolah hanya berperanan sebagai tukang baca doa di majlis dan di perhimpunan agung sahaja.

Perangai busuk

Pandangan ulama dalam Umno hanya dipakai jika diperlukan sahaja, andai memberi keuntungan kepada isu yang dibawa. Tiada siapa yang lupa tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden Umno yang telah menarik bantuan kepada sekolah agama rakyat hanya dengan tuduhan SAR menyebarkan ideologi PAS.

mahathir and umno 190508 02Semua ini perangai busuk yang telah lama berdarah daging dalam Umno. Lalu apa kaitannya ketidaksatuan Umno-PAS dengan sikap sikap kurang ajar pemimpin Melayu Umno terhadap perkembangan ilmu agama dan institusi amar ma'tuf nahi mungkar ini?

Banyak lagi tindakan-tindakan pemimpin Melayu UMNO yang jelas melacurkan kedaulatan Islam. Mereka masih konsisten dengan kerja "pelacuran" itu dari dahulu hingga sekarang.

Bagaimana logik kita ingin bersatu dengan "bapak ayam" untuk memerangi pelacuran? Adakah logik polis bekerjasama dengan pencuri untuk menjaga sebuah bank? Mungkin ada yang berkata, kenapa PAS tidak memaafkan saja kesalahan Umno dan mulakan hidup "rumahtangga" baru yang lebih harmonis.

Mungkin pemimpin PAS boleh maafkan mereka, tapi bagaimana dengan jutaan rakyat yang lain yang telah ditipu dan ditindas oleh pemimpin Umno BN?

umno and pas negotiate 031207Saya melihat isu perpaduan ini adalah senjata Umno untuk pecah belahkan Pakatan Rakyat. Mungkin ramai masih ingat sewaktu media hangat memainkan isu ini selepas PRU-13 yang lalu.

Cuba teliti balik kronogi isu ini. Bermula dengan pendedahan ada pemimpin PAS yang berjumpa secara sulit dengan pemimpin Umno, lalu media UMNO pun melagukan betapa indahnya perpaduan Melayu Islam ini. Segala pengharapan positif pemimpin UMNO tentang perpaduan dipaparkan.

Busuk hingga ke usus

Selang seminggu, mereka dapatkan pendangan dari pemimpin PKR dan DAP tentang isu ini, hingga akhirnya ada pemimpin DAP yang mengkritik pemimpin PAS secara terbuka. Selang seminggu selepas itu, lenggok bahasa media Umno ini mula berubah.

NONETajuk-tajuk seperti "PAS dan DAP sudah tidak sehaluan", "Pakatan pembangkang retak" dan sebagainya. Akhirnya keindahan perpaduan tidak lagi berbunyi. Inilah matlamat isu perpaduan ini dimainkan, bukannya ikhlas untuk bersatu, tapi hanya gimik untuk pecah belahkan Pakatan Rakyat.

Kemunafikan Umno dalam isu perpaduan ini sangat jelas, di saat muka surat hadapan akhbarnya bercakap tentang kepentingan perpaduan, muka surat keempatnya sedang memperlekehkan kerajaan PAS di Kedah.

Mulut Datuk Seri Najib Razak bercakap tentang perpaduan Umno-PAS, tapi dalam masa yang sama perbuatannya menafikan hak royalti rakyat Melayu Kelantan kerana menyokong PAS. Tidak layak sebenarnya, andai kepercayaan diperjudikan kepada ketidakjujuran.

Akhirnya, sekadar memetik tulisan Mahathir iaitu Umno kini busuk sehingga ke ususnya.

Kebusukan itu telah melimpahkan najis ke seluruh tanah air dan seluruh Malaysia terkesan dengan busuk itu. Najis perlu dibuang dari sejadah, baru boleh tunaikan solat, bukannya ambil dan letak bersama dalam poket baju Melayu kita! - MALAYSIA KINI


ULASAN ini adalah pendapat penulis/penyumbang dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasami sidang pengarang Malaysiakini.Iskandar Kamrul Amin adalah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

MCA cabar negeri Pakatan adakan pilihan raya serentak

Posted: 21 Nov 2011 04:16 AM PST


MALAYSIA KINI

MCA mencabar kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pemudanya, Datuk Wee Ka Siong.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat sebenarnya tidak bersedia menghadapi BN dan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum.

malaysia general election vote ballot parties"Adakah anda semua bersedia menghadapi BN pada pilihan raya negeri? Keengganan anda berbuat demikian menunjukkan anda sama ada tidak bersedia untuk menghadapi BN dan anda telah gagal memenuhi janji-janji pilihan raya.

"Dengan demikian, anda tahu bahawa anda tidak dapat bertanding dalam pilihan raya serentak," kata beliau dalam kenyataan media.

Katanya, jika kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor sesungguhnya bersedia menghadapi calon BN dan Bebas dalam pilihan raya, mereka tidak payah mempolitikkan untuk menangguhkan pilihan raya negeri sebagai taktik terhadap lawannya. - Bernama

Ketua BN Pulau Pinang diumum dalam masa terdekat

Posted: 21 Nov 2011 04:15 AM PST


MALAYSIA KINI

Teka-teki mengenai siapa bakal pengerusi BN Pulau Pinang bagi menggantikan Tan Sri Koh Tsu Koon dijangka terjawab dalam masa terdekat.

NONESetiausaha BN negeri Datuk Seri Hilmi Yahaya berkata beliau difahamkan perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Beliau diminta mengulas kenyataan Koh, yang merupakan Presiden Gerakan, pada Khamis lalu bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Berikutan itu, Koh dipercayai akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.

Hilmi berkata semua parti komponen akan menyokong siapa sahaja yang dipilih bagi menggantikan Koh.

"Kita (Umno) tak pernah desak (untuk memegang jawatan itu), kita akan teruskan dengan apa yang kita amalkan sebelum ini," katanya.- Bernama

KITA Zaid tak akan bertanding di Pekan, Pagoh

Posted: 21 Nov 2011 04:13 AM PST

MALAYSIA KINI

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) tidak akan meletak calon untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan dan Pagoh pada pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

Ahli parlimen Pekan disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sementara ahli parlimen Pagoh disandang oleh Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONEZaid berkata walaupun KITA mahukan perubahan kepada rakyat, ia hanya akan meletakkan calon di kawasan yang difikirkan sesuai dan mampu dimenanginya.

"Ini bererti KITA tidak akan letak calon di Pekan atau Pagoh. Perubahan kapada saya bukan bererti Perdana Menteri baru atau tukar tampuk pemerintahan.

"Kalau BN berubah kepada dasar lebih terbuka dan demokratik, ia akan mendapat sokongan parti KITA. Yang kita mahu rakyat mendapat manfaat daripada perubahan tersebut," tambahnya.

Beliau berkata KITA akan mengumumkan calon secara berperingkat dan akan menumpukan untuk bertanding di kawasan di mana pengundi tidak berpuas hati dengan wakil rakyat sedia ada.- Bernama

ISA: Rakyat benci pemimpin mungkir janji, kata PAS

Posted: 21 Nov 2011 04:12 AM PST


MALAYSIA KINI

Kerajaan BN dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein diingatkan supaya konsisten dengan janji-janji yang ditaburkan kerana rakyat rakyat benci dengan pemimpin yang memungkiri janji.

Menurut ketua penerangan, Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor, sikap memungkiri janji adalah pendorong kepada kejatuhan rejim diktator yang zalim sepertimana dialami oleh negara-negara Timur Tengah pada hari ini.

azlan"Jika ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) telah dijanjikan untuk dimansuhkan, ia perlu dikotakan. Sikap 'walk the talk' adalah sikap terpuji yang diidamkan oleh rakyat terhadap pemimpin negara ini.

"Sebaliknya, beretorik, flip flop dan janji kosong yang tidak tertunai adalah watak yang dibenci oleh rakyat," katanya dalam kenyataan media kepada Malaysiakini, hari ini.

Sehubungan itu, Riduan juga membidas Hishammuddin yang menggambarkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini di bawah ISA sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

"Pemuda PAS menganggap kenyataan Datuk Seri Hishamuddin sebagai jawapan 'melepas diri' dari serangan rakyat pelbagai pihak yang meminta penjelasan beliau.

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddin"Jawapan Hishamuddin tidak konkrit bagi menjustifikasikan kumpulan 13 ditahan di bawah ISA. Sekadar menuduh tanpa proses pengadilan di mahkamah bukan suatu alasan mereka boleh dihukum," katanya.

Riduan juga mempersoalkan mengapa 13 individu berkenaan perlu ditangkap mengikut ISA dan tidak didakwa di mahkamah terbuka bagi membuktikan mereka benar-benar bersalah dan berbahaya?

"Buktikan kesalahan mereka satu persatu dan bongkarkan kegiatan mereka agar menjadi teladan kepada golongan seperti mereka.

"Jika pembunuh bersiri termasuk episod pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shaaribu serta Datuk Sosilawati masih diberikan proses pengadilan di mahkamah, mengapa tidak Kumpulan 13 juga didakwa di mahkamah yang sama.

"Nampaknya Kumpulan 13 lebih berbahaya daripada pembunuh bersiri, walaupun jenayah yang dituduh masih belum dilakukan lagi," katanya.

Menzalimi rakyat

Namun demikian, menurut Riduan, Pemuda PAS tidak pula menyokong sebarang aktiviti keganasan dan berpendapat keganasan perlu diperangi, tetapi ISA bukan jawapannya.

azlan"Banyak lagi jalan penyelesaian yang lebih adil untuk tertuduh.
"Kumpulan 13 pula sekadar disyaki berbahaya, belum tentu mereka melakukan perbuatan tersebut atau terlibat dengan aktiviti tersebut.

"Bagaimana sekiranya pengadilan mahkamah membuktikan mereka tidak bersalah, sementara mereka pula telah ditahan di bawah ISA selama bertahun lamanya, bukankah Hishamuddin dan kerajaan Malaysia telah menzalimi rakyat Malaysia yang tidak bersalah?" soalnya.

Menurut Riduan, perkara yang sama pernah terjadi kepada mangsa ISA sebelum daripada ini yang akhirnya mereka dibebaskan tanpa mengetahui apakah kesalahan yang dilakukan.

najib special address malaysia day 150911Najib pada 16 September lalu, sempena Hari Malaysia, mengumukan pemansuhan akta zalim yang dilaksanakan di negara ini sejak sekian lama sejajar dengan perkembangan masa.

Bagaimanapun, Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, akta itu masih digunakan untuk menangkap 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan itu dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.

Ismail juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

Walaupun dibidas pelbagai pihak, termasuk pemimpin politik, Suhakam, NGO dan kumpulan hak asasi, Hishamuddin memilih memperttahankan penggunaan akta berkenaan.

S'wak nafi sebar Islam pada kanak-kanak Kristian

Posted: 21 Nov 2011 04:10 AM PST


MALAYSIA KINI
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah menafikan dakwaan bahawa ada cubaan untuk berdakwah secara halus oleh tenaga pengasuh Islam di tabika Kemas yang majoritinya kanak-kanak beragama Kristian.

NONEKatanya, dakwaan yang ditimbulkan oleh Ketua PKR Sarawak Baru Bian (PKR-Ba'Kelalan) adalah tidak benar.

Sebaliknya, Fatimah (kanan) dipetik Bernama berkata, siasatan menunjukkan ada 11 tabika Kemas di Ba'kelalan dan hanya tiga orang pengasuh beragama Islam dan dua tabika tersebut mempunyai ramai kanak-kanak beragama Islam.

"Lapan tabika lain, pengasuh-pengasuh terdiri daripada mereka bukan Islam," katanya dalam semasa sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching hari ini.

Katanya sebuah tabika Kemas yang mempunyai pengasuh beragama Islam ditempatkan di sana sebagai langkah sementara sehingga ada calon sesuai mengisi jawatan tersebut daripada kalangan penduduk setempat.

Fatimah juga menafikan tabika-tabika Kemas di Ba'kelalan mempunyai ramai tenaga pengasuh dari Semenanjung kerana semuanya tenaga pengasuh berasal dari negeri ini dan menegur semua wakil rakyat supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan antara rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

azlanPada sesi perbahasan minggu lalu, Bian mendakwa ada cubaan berdakwah secara halus di kalangan tenaga pengasuh tabika Kemas di Ba'Kelalan yang menimbulkan kebimbangan ibu bapa sehingga ada yang mendakwa anak mereka diajar berdoa secara Islam.

Bian juga menyuarakan kebimbangan mengenai ramai tenaga pengasuh dari Semenanjung yang bertugas di tabika Kemas yang boleh menimbulkan konflik keagamaan dan budaya sekaligus mencadangkan kerajaan meningkatkan pengambilan rakyat tempatan sebagai tenaga pengasuh Kemas.

M'kini dapat kad akreditasi AGM Umno tetapi...

Posted: 21 Nov 2011 04:08 AM PST


Kuek Ser Kuang Keng

Buat pertama kalinya, Malaysiakini berjaya dalam permohonan mendapatkan kad akreditasi daripada Umno untuk membuat liputan pada perhimpunan agung tahunan parti itu.

Namun, daripada 17 permohonan yang dikemukakan hanya dua kad akreditasi - satu untuk wartawan dan satu lagi untuk juruvideo - dikeluarkan.

NONESebaliknya, Utusan Malaysia yang dimiliki Umno diberi 103 kad manakala pertubuhan-pertubuhan berita asing seperti Xinhua China, masing-masing menerima tiga kad.

Difahamkan sebuah lagi portal berita internet juga menerima dua kad sahaja, manakala portal kurang terkenal dalam bahasa Mandarin - Laksou menerima empat.

Dengan mengehadkan tenaga kerja Malaysiakini kepada hanya dua orang, pasti menjejaskan liputan lima hari yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, minggu depan.

Permohonan dari meja bahasa Melayu, Malaysiakini juga semuanya ditolak.

Laporan pendidikan ketiga bakal dikeluarkan

Posted: 21 Nov 2011 04:07 AM PST


Nigel Aw
Semakan sistem pendidikan di negara yang sekian lama tertangguh, kini dalamn perancangan, kata Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Selepas Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib, tidak ada satu kajian menyeluruh berhubung apa yang harus kita lakukan (dalam sistem pendidikan).

NONE"Sudah lebih empat puluh tahun, saya rasakan bahawa ia sudah terlalu lama," katanya pada majlis pelancaran buku bertajuk Sudut Pandang Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.

Sehubungan itu, kata Muhyiddin, panel bagi mengkaji sistem pendidikan itu telah ditubuhkan dengan beberapa cadangannya telah dibentangkan kepadanya. Laporan penuh dijangka siap sebelum akhir tahun depan.

"Selepas ini, adalah peringkat bagi pakar-pakar tempatan dan antarabangsa untuk melihat apa yang boleh diperbaiki.

"Dalam proses itu, akan diadakan beberapa siri perbincangan. Saya akan minta semua pihak yang berkepentingan untuk tampil berbincang," kata Muhyiddin.

'Banyak perlu dilakukan bagi tangani masalah Umno'

Posted: 21 Nov 2011 04:05 AM PST


Hazlan Zakaria

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sependapat dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno masih menghadapi percakaran dalaman, tetapi katanya, masalah itu sedang ditangani.

NONE"Kita semua tahu bahawa selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan daripada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, terdapat pelbagai masalah, antaranya, pertengkaran dalaman.

"Bagaimanapun, untuk mengatakan bahawa Umno tidak berusaha menangani masalah itu adalah tidak tepat. Tetapi bagi saya, tidak cukup apa yang sedang dilakukan. Lebih banyak perlu dilakukan," kata Muhyiddin kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Ilham Desa peringkat kebangsaan di Bangi, hari ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin mengalu-alukan kritikan tajam dan pedas tetapi berterus terang daripada Mahathir, yang mengetuai parti itu selama 22 tahun sebelum menyerahkan kepada Abdullah pada tahun 2003.

Muhyiddin berkata Mahathir masih mengambil berat tentang Umno dan mahu melihat parti itu kekal relevan dan menerajui pemerintahan negara.

mahathir and umno 190508 02"Mungkin boleh dibandingkan dengan Umno dahulu, zaman Tun dan zaman sebelum itu, tetapi situasi sudah berubah.

"Jika zaman dahulu, kita lebih mudah (mendapat sokongan rakyat), kerana banyak yang pada waktu itu memahami dan dapat menghayati sejarah lampau.

"Generasi sekarang tidak membawa "baggage" (beban) masa lampau, mereka lahir lepas merdeka, dengan kemajuan pembangunan, jadi mereka tidak terikat dengan "baggage" ini," katanya

Muhyiddin mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang antara lainnya berkata bahawa wujud banyak pertikaian dalaman dalam Umno selain parti itu menghadapi kekurangan ketua-ketua yang berkebolehan.

"Jadi, cara nak menguruskan perubahan ini tidak serupa dahulu. Dulu mudah sahaja, orang cakap semua orang ikut.

azlan"Hari ini dengan ilmu, teknologi dan informasi, kita kena bijak menguruskan keadaan. Perkara-perkara yang ada asas pertimbangan (seperti) ketelusan, hak asasi manusia dan hal sebegini, sudah menjadi lumrah dalam situasi perubahan minda sekarang...yang dahulunya, tidak menyerlah.

"Pimpinan Umno dan BN sedar tetapi soalnya bagaimana nak tanganinnya. Kita dah cuba tetapi saya bersetuju dengan Tun (usaha itu) tak cukup lagi, belum cukup mantap," katanya.

Hisham: Penahanan tanpa bicara tetap dikekalkan

Posted: 21 Nov 2011 04:04 AM PST

MALAYSIA KINI

Undang-undang baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang akan dimansuhkan tetap mengekalkan amalan penahanan tanpa perbicaraan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddinBeliau berkata amalan itu perlu untuk memerangi kegiatan militan dan keganasan.

Beliau memberikan contoh beberapa negara yang menguatkuasakan amalan itu sebagai salah satu elemen untuk memerangi keganasan antaranya melalui Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom dan Australia.

"Seperti Patriot Act di AS, seperti Anti-Terrorism Act di UK dan Australia, yang semuanya (negara itu) memperjuangkan hak asasi manusia, dan mereka sedar dalam berurusan dengan militan dan kegansaan, mereka perlu mempunyai akta sedemikian.

"Malahan terdapat beberapa rakyat Malaysia yang sedang ditahan di kem tahanan di Guatanamo tanpa perbicaraan selama beberapa tahun...kerana mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa AS. Jadi jangan bersikap berat sebelah dan kita tidak mahu bersikap hipokrit dalam perkara ini," katanya.

Malaysia juga belajar daripada pengalaman negara-negara lain yang telah menghapuskan akta-akta sedemikian tanpa berfikir panjang dan akhirnya padah menimpa mereka, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Inovasi dan perhimpunan bulanan kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Hishammuddin berkata BN sebagai parti yang mentadbir negara tetap akan bertanggung jawab dan mematuhi segala undang-undang yang akan dilaksanakan kelak untuk kesejahteraan rakyat.

azlanPada 15 Sept lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Ditanya mengenai antara perkara baru yang akan dimasukkan dalam undang-undang baru itu, Hishammmuddin berkata ia termasuklah tempoh tahanan, notis kepada keluarga yang ditahan dan keperluan untuk membuat rayuan.

Beliau berpendapat perkara-perkara itu tidak sukar untuk dilaksanakan kerana proses pindaan ISA sudah dimulakan sejak dua tahun lalu.- Bernama

Produk KR1M: Mengapa kementerian membisu?

Posted: 21 Nov 2011 03:52 AM PST


S Pathmawathy

Kementerian Kesihatan hari ini dituduh berkomplot dengan pembekal produk Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), berikutan tindakannya yang membisu berhubung dakwaan beberapa barangan yang dijual berkualiti rendah.

NONEMerujuk susu formula bayi 1Malaysia (KR1M) yang dikatakan tidak mengandungi 15 nutrien utama yang diperlukan, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata bahawa kementerian kesihatan masih belum membuat sebarang pendirian mengenai perkara itu.

"Tiada sebarang kenyataan daripada menteri mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian atau tindakan yang mesti diambil oleh KR1M.

"Sikap membisu menteri kesihatan mencerminkan seolah-olah ada usaha untuk menutup dan bersekongkol dengan pembekal untuk memastikan bahawa jenama 1Malaysia tidak terjejas," katanya.

Minggu lalu, KR1M menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985, sementara menunggu siasatan.

1malaysia milk kr1m kedai chilli sauce sos cili 161111Walau bagaimanapun, pada sidang akhbar di Parlimen hari ini, Pua berkata pengumuman di laman web itu tidak mencukupi, tetapi sebaliknya KR1M perlu mengiklannya dalam semua akhbar arus perdana.

"Pengumuman yang hanya dibuat di laman webnya tidak mencukupi. Secara etika dan amalan global ialah syarikat itu mesti melindungi kepentingan rakyat dan pengguna.

"Mereka yang membeli barangan KR1M ini, bukan pengguna yang biasanya menyemak di internet untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, syarikat berkenaan mesti menyiarkan iklan dalam akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia dan Sinar Harian," katanya.

Minggu lalu, Pua mendakwa susu 1Malaysia yang dijual itu mengandungi "lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan".

Keangkuhan Umno dalam BN dan kesannya

Posted: 20 Nov 2011 03:48 PM PST

Viktor Wong, Malaysia Chronicle

Beginilah berakhirnya karier politik presiden Gerakan Dr Koh Tsu Koon setelah beliau diberi penekanan berterusan oleh Umno agar tidak bertanding di dalam pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

Semuanya akibat daripada keangkuhan kuasa Umno di dalam Barisan Nasional (BN) yang selama ini telah menguasai penuh gabungan parti-parti komponen tersebut yang terdiri daripada MCA, MIC, PPP, Gerakan, SUPP, PBB, PBS, SPDP, PRS, LDP, SUPP dan PBRS.

Di bawah kekuasaan penuh Umno, hampir kesemua parti-parti komponen BN ini telah hilang taring dan daya saing mereka di mata para pengundi kerana halatuju BN senantiasa ditentukan oleh Umno.

Keangkuhan Umno yang berterusan itu telah menggalakkan parti tersebut berubah menjadi sebuah parti perkauman yang semakin ganas dan aktif mempromosikan agenda ketuanannya biarpun mendapat sedikit bantahan daripada beberapa buah parti komponen BN.

Bantahan yang kecil daripada beberapa parti komponen BN itu namum tidak menampakkan sebarang kesan yang menyeluruh kerana kesemuanya berjaya ditangkis oleh Umno kerana kuasa mutlaknya di dalam pergabungan tersebut.

Akibat keangkuhan Umno

Akibat daripada keangkuhan kuasa Umno yang berterusan di dalam BN dan ketidakberkesanan parti-parti komponen BN di dalam menangkis serangan perkauman Umno yang semakin radikal dan mendadak, beberapa parti-parti komponen BN yang utama telah kecundang di dalam pilihanraya umum yang lalu.

Ini adalah kerana, para pengundi khususnya merasakan parti-parti komponen BN tersebut tidak dapat berdirikari dengan sepenuhnya walau seinci dan mereka ini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Umno.

Selain daripada itu, para pengundi juga melihat kegagalan parti-parti komponen BN tersebut di dalam memartabatkan perjuangan dan ideologi parti mereka kerana senantiasa dikongkong oleh Umno dan agenda ketuanan perkauman parti tersebut.

Contohnya, Gerakan dan PPP yang asasnya adalah parti berbilang kaum dan memperjuangkan penyatuan melalui semangat Bangsa Malaysia, sementara MCA, SUPP dan MIC pula memperjuangkan nasib masyarakat Cina dan India masing-masing, manakala PBS pula memperjuangkan nasib masyarakat Kadazan-Dusun dan sebagainya, namun walau apajua bentuk perjuangan yang mereka pelopori, Umno tetap akan menekan dan menangkis segala idea-idea yang mereka ketengahkan.

Jadi akibat daripada kekuasaan dan keangkuhan Umno yang berlebihan di dalam BN, gabungan tersebut hanya dapat memperlihatkan satu parti sahaja iaitu Umno sementara parti-parti komponen BN yang lain hanya dilihat seakan-akan seperti pengiring dan pengikut setia yang tidak mempunyai sebarang pendirian yang kukuh bagi menonjolkan perjuangan yang mereka pelopori.

SAPP tinggalkan BN

SAPP, sebuah parti komponen BN di Sabah yang berani dan sering lantang menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap Umno yang disifatkan telah gagal menangani masalah pembanjiran pendatang haram berterusan di negeri tersebut, lantas bangkit meninggalkan gabungan BN di negeri tersebut dan kini bergerak sebagai parti pembangkang di negeri tersebut dan parlimen.

Setelah SAPP keluar daripada BN, sebuah lagi parti komponen BN Sabah, iaitu LDP mula mengemukakan tuntutan mereka dengan lantang tetapi masih dapat ditangkis oleh Umno sementara PBRS pula pada mulanya ada sedikit mengeluarkan kenyataan yang berbentuk tidak puashati tetapi ianya terus pudar dan terpadam dengan begitu sahaja setelah mereka diancam dan ditekan oleh Umno.

Adakah BN berkesan?

Persoalan yang perlu dikaji dengan mendalam oleh kesemua parti-parti komponen BN sekarang adalah apakah keberkesanan BN untuk memantapkan perjuangan masing-masing? Adakah skim gabungan BN itu dapat memanfaatkan sepenuhnya perjuangan dan ideologi yang dipelopori oleh parti masing-masing?

Ataupun parti-parti komponen BN ini telah lama mengorbankan segala ideologi dan perjuangan yang dipelopori parti masing-masing setelah mereka menyertai gabungan BN.

Kita lihatlah contok yang paling ketara, MIC untuk kaum India tetapi kaum tersebut terus menghadapi kemiskinan di kebanyakan kawasan luar bandar khususnya, SPDP dan PRS untuk kaum Dayak, akan tetapi kaum tersebut masih dipinggirkan di Sarawak dan dinafikan nikmat pembangunan dan pendidikan, sementara PBS untuk kaum Kadazan Dusun, akan tetapi kaum tersebut telahpun menjadi masyarakat kelas dua di negeri sendiri (Sabah) setelah ianya diperintah oleh Umno.

Dan seterusnya Gerakan dan PPP yang memperjuangkan idea-idea perpaduan, kesamarataan dan semangat satu Bangsa Malaysia. Adakah mereka berjaya mempelopori apa yang mereka sebenarnya perlu diperjuangkan?

Jelas, hampir kesemua parti-parti komponen BN ini terperangkap di dalam jerangkap samar BN, di mana pergerakan dan halatuju mereka tidak dapat ditentukan oleh kepimpinan parti masing-masing.

Oleh yang demikian, adakah mereka ini benar-benar berkesan untuk pihak-pihak dan masyarakat yang mereka dakwa wakili? Di harap para pengundi akan membuat perhitungan dengan lebih teliti dan memutuskan apa yang terbaik untuk mereka di dalam PRU yang akan datang. Malaysia Chronicle

Noh jangan berpolitik dalam isu rakyat

Posted: 20 Nov 2011 03:46 PM PST

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Nampaknya pengumuman Kerajaan Negeri Selangor untuk mengadakan pilihan raya selepas bulan Jun pada tahun 2012 yakni setelah empat tahun memerintah, menggusarkan Umno BN.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin (gambar) berkata, ramai yang melenting dan berbagai tuduhan pula dilemparkan.

Katanya, kerajaan negeri melihat tiada sebab pilihan raya awal diadakan kerana mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri sekarang hanya akan tamat selepas Mac 2013.

"Alasan yang diberikan oleh Menteri Besar amat jelas bahawa kita tidak mahu mencontohi amalan Umno BN pada 2008 bila mana pilihan raya diadakan pada Mac 2008 semua peruntukan Adun Umno BN pada tahun tersebut telah habis digunakan walaupun bajet baharu sahaja dibentangkan pada November tahun sebelumnya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Perkara itu, ujarnya didedahkan Menteri Besar di dalam sidang Dun baru-baru ini dan tidak seorangpun Adun BN yang mampu menjawabnya.

Menurutnya, Menteri Besar juga menegaskan kerajaan negeri mahu memastikan peruntukan dalam Belanjawan 2012 benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan akan datang.

Seperti dijangka, kata beliau Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar turut mahu mengambil bahagian di dalam isu itu dengan mempertikai keputusan tersebut dan menuduh Menteri Besar menunjuk dan gila kuasa; takut menghadapi pilihan raya.

Baginya, sejak isu penyalahgunaan dana untuk projek menternak lembu dibongkar, Noh menjadi tidak keruan.

Katanya, jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau langsung tidak menunjukkan pemikiran seorang menteri.

Tambahnya lagi, Noh tiada kredibiliti untuk mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Selangor itu.

"Selaku menteri kabinet, beliau telah gagal melaksanakan tugas malah terlalu banyak isu kontroversi yang gagal ditanganinya.

"Isu lembu NFC misalnya, sebagai anak syarikat yang diletak di bawah kementeriannya, Noh bertanggungjawab untuk menjelaskan bagaimana geran RM250 juta dibelanjakan termasuk untuk membeli kondomonium," katanya lagi.

Selain gagal, ujarnya Noh juga cetek ilmu dalam pengurusan kewangan.

Beliau menambah, Noh nampaknya begitu ghairah untuk menonjol di mata Perdana Menteri serta cuba untuk menenggelamkan peranan Datuk Satim Diman selaku Ketua Pembangkang, apatah lagi Ketua Pembangkang itu sendiri turut bergelumang dengan skandal.

Menurutnya, dengan tidak semena-mena pula Noh turut menuduh kerajaan negeri tidak mahu bekerja sama dengan Pusat, berpolitik dalam isu pertanian.

Noh, ujar beliau sepatutnya menjadi orang yang terakhir untuk memberi pandangan jangan berpolitik dalam isu rakyat.

Bengkel Ketua IT PAS kawasan, MTD Pahang

Posted: 20 Nov 2011 03:43 PM PST

Harakahdaily


TEMERLOH: Bengkel Data dan Maklumat Bersepadu Negeri Pahang yang khusus kepada Ketua IT Kawasan dan Majlis Tindakan Dun (MTD) untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 telah dirasmikan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Ahmadi.

Roslan dalam ucapannya menekan kepada betapa penting Pahang menggunakan sepenuhnya kepakaran tenaga ICT yang ada di pusat dan negeri bagi membantu perkembangan gerakkerja pentadbiran parti.

Pencapaian terbaik PAS di Pahang adalah pada pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999, dimana PAS berjaya menang 6 kerusi Dun tetapi dalam Pilihanraya umum ke12 pada tahun 2008, PAS hanya memenangi 2 kerusi Dun sahaja, kata Setiausaha Perhubungan PAS Pahang.

Beliau berharap persiapan jentera pilihanraya sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa ini begitu penting kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS untuk membolehkan kerusi-kerusi yang telah dikenalpasti dapat dimenangi.

Seramai 45 orang Ketua IT dari 14 kawasan parlimen dan 42 kawasan Dun telah hadir.

Bengkel sehari ini telah dikendalikan oleh Pengarah Jabatan IT PAS Pusat (JITP), Suhaimi Embong dibantu oleh Pegawai IT PAS Pusat, Abdullah Atan dan Pengarah IT Dewan Pemuda PAS Pusat, Wan Asrul Effendi.

Di akhir program, Pengarah IT PASPusat menyerahkan resolusi Persidangan ICT dan Media Baru yang diadakan baru-baru ini kepada Setiausaha Perhubungan PAS Pahang dengan disaksikan oleh Bendahari PAS Pahang.

Turut hadir dalam program itu adalah Pengarah Pilihanraya, Penolong Setiausaha serta Pengarah IT PAS Pahang.

Tiada ulasan: