Sabtu, 12 November 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Dakwat kekal: Apa kata mantan Pengerusi SPR

Posted: 12 Nov 2011 03:42 PM PST

Subky Latif


SEKALIAN penyokong reformasi dan transformasi Suruhanjaya Pilihan Raya boleh terhibur atas kenyataan mantan Penegerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tentang ketawanya dengan hasrat SPR bagi merojokkan penggunaan dakwat kekal kepada Majlis Fatwa.

Dia ketawa atas hasrat terbaru SPR itu mungkin justeru itu ia satu lawak jenaka yang menggelikan, tetapi ketawanya itu boleh memberi menghiburkan sedikit hati pejuang reformasi dan transformasi SPR seperti yang dituntut oleh Bersih 2.0 yang dipengerusikan oleh Dato Ambiga.

Salah satu dari tuntutan Bersih 2.0 ialah penggunaan dakwat kekal di jari pengundi yang sudah mengambil kertas undi seperti yang digunakan oleh banyak negara did dunia. Yang terakhir di Tunisia.

Rashid mengambil masa lebih dari tiga tahun bagi menyatakan rasa terdongkolnya tentang pembatalan penggunaan dakwat kekal itu beberapa hari sebelum PRU 8 Mac, 2008 dulu.

Pembatalan itu dibuat setalah ada pertemuan antara Perdana Menteri masa itu, Tun Abdullah Badawi dengan SPR kononnya timbul isu keselamatan tentang penggunaan dakwat itu.

Ada waham ketika itu bahawa pembatalan itu justeru campur tangan Perdana Menteri. Tetapi Perdana Menteri menafikan dia yang mengarahkannya. Katanya dia sekadar memberi pandangan tetapi SPRlah membuat keputusan membatalkannya.

Boleh dibuat kesimpulan kerajaan semasa tidak mahu ia disalahkan atas kejadian itu tetapi seperti SPRlah yang disalahkan.

Ertinya wibawa SPR itu yang diuji dan benar ia tidak tahan uji. Perdana Menteri itu orang politik. Kepada SPR dilambakkan semua ketempangan.

Rashid dikatakan berkata, dia seperti hendak meletak jawatan masa itu, tetapi dia disabarkan. Demikianlah cerita wibawa SPR hang hingga hari ini terus dipersoal.

Apa rugi Rashid yang bersabar dan tidak meletak jawatan? Tiada orang yang menghormatinya. Umno dan kerajaan diragui menghormatinya sekali pun dia ada jasa pada Umno. Kalau Umno dan kerajaan menghormatinya, masakan ada komen Perdana Menteri menolak pertanggungjawaban atas isu pembatalan guna dakwat kekal sebaliknya melambakkannya kepada SPR sendiri.

Masakan Rashid tidak jasa langsung di SPR. Tetapi siapa yang mengenangnya? Bagaimana namanya di tengah masyarakat selepas dia bersara?

Tetapi kalau dia meletak jawatan masa itu, dia akan dipuji dan disanjung sebagai orang berintegriti dan bermaruah. Macam Tan Sri Syed Jaafar Albar yang tidak seuju dengan tindakan Tunku Abdul Rahman Putra melepaskan Singapura dari Malaysia, dia meletak jawatan dari Setiausaha Agung Umno. Orang hormatinya.

Pelanggan SPR telah lama membangkitkan isu penggunaan dakwat kekal itu. PAS pelanggan awal yang mengemukakannya. Tetapi SPR semasa Rashid berkelentong. Tidak nampak reaksi positifnya. Hingga dia berdalih dakwat jenis itu dibantah oleh ulama kerana ia tidak telus wuduk. Hatta DAP bertanya PAS, kerana alasan SPR tidak menggunakannya ia ditentang PAS atas sebab halangan air wuduk tadi.

PAS tidak pernah membantah, bahkan menuntut penggunaanya. Lalu PAS membantah kelentong SPR itu.

Jika Rashid meletak jawatan bila dakwat itu dibatalkan, kelentong yang dulu-dulu itu nescaya dilupakan.

Gara-gara Nik Rashid bersabar atas pembatalan itu dan berdiam diri, hingga hari ini isu itu tidak selesai dan menyebab pengerusi SPR yang beru terpaksa memikul segala Nik Rashid tidak selesaikan dulu.

Bagaimana pun sedikit pendedahan Rashid tentang pembatalan dakwah itu dulu menjadi keterangan dakwat itu tidak jadi masalah. Masalahnya ialah tekanan kerajaan. Masalah SPR dan pengerusinya yang baru boleh dikira sebagai belenggu dari campur tangan kerajaan.

Bersih 2.0 dan pelanggan SPR boleh terhibur dengan pendedahan kecil Nik Rashid itu bahawa dakwat kekal itu releven.

Akhirnya Rashid bersuara. Walau pun terlambat tetapi suaranya mengandungi banyak persoalan. Antara dia meninggalkan banyak beban yang tidak selesai. Pengerusi baru SPR janganlah berkelentong lagi. Jangan tinggalkan SPR sebagai suruhanjaya yang bermasalah.

Nik Rashid masih ada masa menolong Bersih 2.0 menyelesaikan segala yang tidak selesai.

Nizar terima kunjungan wakil kedutaan Jepun

Posted: 12 Nov 2011 03:32 PM PST

Muhammad Faeez


IPOH: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah menerima kunjungan hormat daripada Kaunselor Bahagian Politik, Kedutaan Jepun di ibu negara, Natsuko Sakata.

Pertemuan hampir 2 jam di Pejabat PAS Perak itu membincangkan pelbagai isu termasuklah urus tadbir dan situasi politik di negara ini khususnya dalam konteks negeri Perak.

Natsuko berkata, banyak perubahan dan perbaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat ketika mentadbir Negeri Perak.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Nizar dan menyatakan perasaan bangga dengan pentadbiran baru walaupun hanya berkesempatan memerintah hanya 11 bulan.

"Selepas BN merampas kuasa, ekonomi di negeri ini tidak stabil dan tidak memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur," katanya.

Tambahnya lagi, beliau sentiasa menyokong dan berharap Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak mengambil kembali tampuk pemerintahan negeri selepas 'dirampas' Barisan Nasional.

Penduduk kampung gempar bunyi letupan

Posted: 12 Nov 2011 03:29 PM PST

MALAYSIA KINI
Penduduk Kampung Wadihana di Johor Bahru gempar apabila dikejutkan oleh satu bunyi letupan yang kuat awal hari ini.

Letupan pada jam 7.15 pagi dipercayai berpunca daripada injap pelepas angin pada paip berukuran 80cm di sebuah lurang di Jalan Mohamad Taib di kampung itu.

Letupan itu menyebabkan permukaan jalan tar merekah teruk dan sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan rosak bumper belakang dan pintu belakang sebelah kanan.

Seorang penduduk, Syed Najib Syed Yassin, 46, berkata beliau dan keluarganya baru hendak bersarapan apabila dikejutkan bunyi dentuman tersebut.

"Bunyi kuat macam bom, dentuman tu sekali saja, tiada gegaran atau sebagainya," katanya yang meluru keluar rumah sebaik letupan itu berlaku.

"Saya rasa ia disebabkan tekanan yang kuat pada paip bawah tanah itu menyebabkan jalan ini pecah," katanya sambil menambah bekalan air dari paip itu telah terputus sejak semalam kerana kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan berdekatan kawasan tersebut.

Pemilik kereta yang rosak, Ismail Abdullah, 55, berkata menjadi kebiasaan meletakkan kenderaannya di jalan itu.

"Mulanya saya sangka pokok tumbang, tapi apabila keluar rumah saya dapati, jalan telah meletup dan kesannya terkena kereta saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor (SAJ), Jamaluddin Jamil mengakui pihaknya melakukan kerja penyelenggaraan di kawasan itu sejak beberapa hari lalu dan letupan berpunca daripada injap pelepas angin paip itu yang terbuka.

Angin yang keluar dari injap berkenaan meningkatkan tekanan udara di dalam lurang itu menyebabkannya meletup.

"Ini adalah kejadian pertama dan siasatan akan dilakukan, kita berharap penduduk tidak berasa bimbang, manakala pemilik kereta boleh hadir ke pejabat SAJ bagi tindakan susulan," katanya.
- Bernama

Bekas tim presiden MIC jalani pembedahan otak

Posted: 12 Nov 2011 03:26 PM PST

MALAYSIA KINI

Bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S.Subramaniam dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai hari ini untuk menjalani
pembedahan otak.

Adiknya, S. Sarojini berkata Subramaniam telah selamat menjalani pembedahan itu pagi tadi. Difahamkan beliau sedang menjalani pembedahan seterusnya.

Sarojini berkata abangnya ke Hospital Assunta di Petaling Jaya semalam selepas menghadapi masalah kesihatan sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Pantai pagi ini.

Turut hadir di hospital berkenaan ialah bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K.Devamany serta Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M.Saravanan.

Subramaniam, 67, ialah bekas Anggota Parlimen Segamat dari 1990 hingga 2004 dan seorang bekas Timbalan Menteri.

Beliau pernah berkhidmat di beberapa kementerian, antaranya Kementerian Pertanian, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, Presiden MIC, Datuk G.Palanivel, yang melawat Subramaniam di Unit Rawatan Rapi (ICU), berkata beliau terkejut selepas mendengar berita tentang keadaan ahli politik veteran itu.

"Beliau masih berada di dewan pembedahan dan saya pasti tiada apa-apa yang buruk berlaku...ia akan mengambil masa untuk sembuh. Saya menemui isteri Subramaniam dan memberitahunya supaya berdoa," katanya.

"Saya fikir doktor cuba menstabilkan keadaannya," katanya.

Terdahulu itu, Samu Vellu meluangkan masa kira-kira sejam di hospital berkenaan sejak pukul 2.15 petang.

"Saya terkejut dengan keadaan Subramaniam dan berharap beliau akan pulih segera. Beliau adalah seorang insan yang baik dan kami berkawan selama 40 tahun," katanya.

Kira-kira 30 orang termasuk ahli keluarga, rakan dan pemimpin MIC sedang menunggu di luar ICU.

Subramaniam mempunyai tiga anak iaitu dua lelaki berusia 32 dan 33 tahun dan seorang anak perempuan berusia 26 tahun. Bernama

SPR: Pelajar tak undi pos sebab kedutaan keliru

Posted: 12 Nov 2011 03:25 PM PST

Salhan K Ahmad


Kekeliruan di kalangan petugas misi Malaysia sebelum ini menyebabkan ramai pelajar tidak dapat mendaftar sebagai pengundi pos, Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) diberitahu hari ini.

Perkara itu didedahkan oleh setiausaha penyelidikan SPR, Harun Che Su ketika disoal oleh anggota PSC dalam pendengaran awam kedua yang berlangsung di bangunan parlimen hari ini.

Isu berkenaan timbul apabila SPR diminta menjelaskan mengenai pendedahan seorang saksi hari ini yang gagal untuk mendaftar sebagai pengundi pos ketika menuntut di United Kingdom pada 2007.

Saksi berkenaan, Shaun Tan berkata, pegawai konsular telah menyatakan kepadanya bahawa beliau tidak layak mendaftar sebagai pengundi pos kerana beliau bukan seorang penjawat awam.

Mengulas perkara itu, Harun berkata kelayakan pelajar untuk mendaftar sebagai pengundi pos dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen 2 Peraturan Pilihan Raya.

Katanya, seksyen berkenaan juga tidak menyatakan sama ada pelajar berkenaan perlu menjadi pelajar persendirian atau pelajar tajaan untuk melayakkan diri sebagai pengundi pos.

"Kita dah minta (pegawai kedutaan) buat pembetulan kenyataan. Sekarang kita dah lantik ketua perwakilan (misi Malaysia) sebagai penolong pendaftar," katanya lagi.

Jawapannya itu mengundang komen daripada seorang lagi anggota PSC, Dr Hatta Ramli yang membangkitkan bahawa hanya dua orang pengundi pos dikesan daripada sejumlah warga Malaysia yang berada di Mesir.

"Itu pun bukan pelajar (yang jadi pengundi pos). Hanya duta dan timbalan duta sahaja," tambah ahli parlimen Kuala Krai itu lagi yang menyifatkannya sebagai tidak munasabah.

Sedangkan, kerajaan telah membawa pulang beribu-ribu orang pelajar daripada negara itu ketika krisis politik melanda Mesir sebelum ini.

Katanya lagi, lebih ramai pelajar akan terlepas peluang untuk mendaftar sebagai pengundi sekiranya maklumat sebenar tidak disampaikan kepada kedutaan Malaysia berkenaan.

Wakil BERSIH tak diiktiraf PSC

Posted: 12 Nov 2011 03:18 PM PST

Salhan K Ahmad
Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan tetap dianggap sebagai wakil individu ke sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan proses pilihan raya (hari ini walau berkeras bahawa beliau hadir sebagai wakil gabungan NGO berkenaan.

Pengerusi PSC, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, Ambiga hadir sebagai wakil individu dan begitu juga empat lagi yang mengiringi bekas presiden Majlis Peguam itu ke sesi pendengaran hari ini.

"Tidak, anda bercakap sebagai Datuk Ambiga," kata Ongkili ketika Ambiga memperkenalkan dirinya sebagai wakil BERSIH 2.0.

Malah, beliau juga enggan menerima memorandum yang dikemukakan Ambiga kerana muka hadapan dokumen berkenaan diterakan logo BERSIH.

Kecewa dengan tindakan itu, Ambiga berkata helaian muka depan berkenaan boleh saja dikoyakkan sekiranya ia menimbulkan masalah.

Maximus berkeras bahawa Ambiga tidak mewakili pertubuhan tidak berdaftar BERSIH, walau dibantah oleh seorang lagi anggota PSC, Azmin Ali.

Azmin berkata, keputusan berkenaan merupakan tindakan berat sebelah memandangkan PSC semalam turut mendengar keterangan saksi daripada Human Rights Party yang juga merupakan pertubuhan tidak berdaftar.

Ongkili bagaimanapun membenarkan Ambiga meneruskan keterangannya sebagai wakil 80 NGO yang dinaungi BERSIH.

Selain Ambiga, Ongkili turut membenarkan empat lagi wakil BERSIH - PY Wong, Andrew Khoo, Wong Chin Huat, dan Maria Chin Abdullah - untuk turut memberi keterangan selama lebih dua jam.

Dakwat kekal: Perlembagaan tak perlu dipinda langsung, PSC dimaklum

Posted: 12 Nov 2011 06:03 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda untuk membolehkan dakwat kekal digunakan ketika pilihan raya di negara ini, kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga (gambar).

Bercakap pada sesi pendengaran awam jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC), Ambiga yang juga bekas presiden Majlis Peguam berkata sistem itu boleh dilaksanakan dengan hanya menukar peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sama sekali tidak perlu (untuk meminda Perlembagaan) ... hanya perlu tukar peraturan (SPR), bukan Perlembagaan," katanya.

"Dan, ini boleh dilakukan mengikut Sekyen 16 Akta Pilihan Raya yang membenarkan SPR membuat peraturan, membentangkannya di Parliamen untuk diluluskan," katanya ketika menjawab soalan seorang anggota PSC.

Terdahulu, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad meminta pandangan Ambiga berhubung perkara itu termasuk kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika sistem itu diperkenalkan tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan.

SPR membatalkan rancangan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum 2008 selepas mendapat nasihat daripada segi perundangan termasuk keperluan menggubal satu undang-undang yang membenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat, diberikan kertas undi.

Laporan Bernama Online memetik Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau juga yakin sistem itu boleh dilaksanakan.

"Mungkin pandangan saya tidak tepat, namun saya mempunyai keyakinan 99.9 peratus bahawa Perlembagaan tidak perlu dipinda bagi membolehkan dakwat kekal digunakan," katanya.

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu sebelum sistem itu boleh dilaksanakan.

PAS mahu gerak Bersih 3.0 jika Najib gagal tunai pembaharuan pilihan raya

Posted: 12 Nov 2011 06:00 AM PST



KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda PAS hari ini menegaskan akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 jika Putrajaya gagal menunaikan lapan tuntutan dibawa Bersih 2.0 awal Julai lalu dan pilihan raya umum ke-13 hanya dipanggil selepas perubahan dituntut dilaksakan.

Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) menjelaskan, sekiranya kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan tersebut, pihaknya tidak teragak-agak untuk melancarkan perhimpunan tersebut.

"Selagi kerajaan tidak menunaikan lapan tuntutan kami semasa Bersih 2.0 tempoh hari, kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan kembali perhimpunan, Bersih 3.0 dengan gabungan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan PAS," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Tambahnya, sikap kerajaan yang dilihatnya berdolak-dalih berkenaan perkara itu akan merosakkan imej sistem pilihan raya di negara ini.

Nasrudin turut menjelaskan, berdasarkan situasi sekarang, kerajaan dilihat masih berteka-teki berkenaan tarikh sebenar pilihan raya dan DPMM khuatir kerajaan mempunyai muslihat sendiri untuk tujuan tersebut.

"Dewan Pemuda PAS masih lagi tidak pasti tarikh sebenar pilihan raya, tetapi kami berharap kerajaan akan memastikan pilihan raya akan dibuat selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan pilihan raya (PSC) selesai melaksanakan tanggungjawab mereka dan menunaikan kesemua tuntutan kami," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan sayap pemuda berkenaan.

Jelasnya, sikap yang ditunjukkan Barisan Nasional ini sebenarnya mendedahkan rasa bimbang perikatan itu untuk menghadapi pilihan raya dan tindakan ini menurut Nasrudin merupakan taktik parti berkenaan untuk mengeksploitasi media.

"Tindakan BN ini menunjukkan mereka bimbang menghadapi pilihan raya akan datang, mereka sengaja berteka-teki supaya mereka boleh kuasai media untuk pilihan raya kerana kebanyakan parti belum bersedia," tegasnya.

Sehubungan itu, Nasrudin juga mengumumkan pihaknya akan menganjurkan

Konvensyen Pilihan Raya peringkat kebangsaan bagi mempersiapkan jentera pilihan raya yang dijangka diumumkan bila-bila masa sahaja dari sekarang.

"Konvensyen ini akan diadakan di kediaman Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, di Dewan Megawati Seksyen 7 Shah Alam," katanya.

Sebagai menghadapi pilihanraya, pihak DPMM jelas Nasrudin, telah menyerahkan senarai nama calon dari pihak sayap itu untuk dipilih oleh peringkat pusat parti Islam berkenaan untuk bertanding sewaktu pilihan raya nanti.

"Jumlah mereka saya tidak pasti, tetapi senarai tersebut sudah dihantar ke peringkat pusat, kami juga memohon sebanyak 40 peratus calon yang bertanding terdiri daripada golongan muda termasuk sayap wanita PAS," katanya.

Kemalangan: Jangan tuduh melulu

Posted: 12 Nov 2011 05:58 AM PST

Mohd Firdaus


KOTA KINABALU: Kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang melemparkan tuduhan liar terhadap pemandu lori tangki sebagai punca nahas pelanggaran keretapi di Kepayan, pada 31 Oktober lalu diselar banyak pihak.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah berkata, sikap yang ditunjukkan oleh Tan Sri Joseph Pairin cukup memalukan apatah lagi beliau merupakan seorang yang berkelulusan undang-undang.

"Orang ni berkelulusan undang-undang, tapi caranya berfikir seolah-olah mereka yang tidak berpendidikan," selarnya.

Menurutnya, Joseph perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan terperinci dan membenarkan mahkamah menentukan kedudukan serta kesalahan dan bukannya membuat tuduhan melulu.

"Bagilah kepada pihak berkuasa buat siasatan rapi. Lepas itu, biar mahkamah yang putuskan semua.

Janganlah memandai nak menghukum seseorang tanpa ada kebenaran," katanya ketika ditemui selepas sidang media dan taklimat pilihanraya PAS Sabah.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang mendakwa nahas tersebut berpunca daripada kecuaian pemandu lori tangki minyak itu.

Hamzah juga membidas sikap para pemimpin Barisan Nasional yang cepat melatah apabila sesuatu malapetaka atau musibah menimpa rakyat biasa. Sikap suka menunding jari kepada orang lain juga menjadi amalan tradisi pemimpin Umno BN.

"Umno BN ni jangan cepat sangat nak melatah dan tunding jari salahkan orang lain. Bila kecuaian itu berlaku akibat kesalahan mereka, tidak pula berani nak bercakap," katanya.

Anak lancar ‘Gerakan Selamatkan Felda’ 8 Dis

Posted: 12 Nov 2011 05:56 AM PST

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan melancarkan program 'Gerakan Selamatkan Felda' peringkat kebangsaan pada 8 Disember ini di perkarangan Masjid Lama Bandar Jengka.

Menurut presidennya, Mazlan Aliman, program yang bakal disertai oleh warga Felda seluruh negara itu akan diisi dengan Solat Hajat serta majlis taklimat perdana berkaitan isu penyenaraian Felda ke dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

"Dua orang pakar ekonomi iaitu Dr Rosli Yaakob dan Razman Zakaria dijangka akan membentangkan pengalaman masing-masing termasuk tentang risiko penyenaraian Felda supaya warga Felda mendapat gambaran jelas.

"Di satu pihak telah diberi gambaran kebaikan penyenaraian oleh pemimpin negara kerana lebih 220 ribu peneroka dimaklumkan akan mendapat durian runtuh, namun di pihak yang satu lagi kami ingin memberitahu bahawa terdapat risiko amat besar apabila Felda memasuki penyenaraian awam.

"Kita boleh ambil iktibar bagaimana nasib amanah saham negeri-negeri seperti Johor, Selangor, Pahang, Terengganu yang semuanya lingkup apabila memasuki pasaran saham," katanya dalam sidang medianya di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan belanjawan 2012, mengumumkan kerajaan bercadang menyenaraikan Felda di BSKL melalui Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) tahun hadapan.

Menurut Mazlan, cubaan penyenaraian ini bukanlah kali pertama di mana pernah cuba dilakukan pada tahun 2003 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed ketika membentangkan belanjawan tetapi dibatalkan oleh Tun Abdullah Badawi.

Tambah Mazlan, kini Najib sekali lagi cuba mengikut langkah Dr Mahathir menyenaraikan Felda melalui syarikat yang baru wujud iaitu FGVH yang akan menelan syarikat yang menjadi hak dan kepentingan peneroka selama ini iaitu Felda Holding Berhad.

"Syarikat itu (FGVH) pula diketuai oleh (Datuk Sabri Ahmad) seorang yang kita tahu track recordnya semasa beliau di Golden Hope. Bagaimana boleh diberi kepercayaan yang begitu tinggi kepadanya sedangkan kontraknya dalam sudah hampir tamat.

"Anak kesal yang amat sangat dengan tindakan Pengerusi Felda dan kini dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) Tan Seri Isa Samad yang masih meneruskan usaha ke arah penyenaraian Felda meskipun banyak dibantah oleh peneroka," jelasnya.

Berkenaan durian runtuh untuk peneroka yang dicanangkan oleh Najib, Mazlan berkata, Anak dimaklumkan mereka akan dapat sekitar RM15,000 dalam bentuk saham.

"Nak cari di mana wang kerana rizab tunai Felda yang ada pada masa ini ada sekitar RM600 juta merosot dari tahun 2009 RM1.37 bilion. Walhal masa Raja Alias tinggalkan dulu ada RM7 bilion rizab tunai. Ertinya di zaman dua perdana menteri Felda telah kehilangan lebih 80% rizab tunai. Ini menunjukkan pemborosan yang luar biasa. Sepatutnya rizab Felda makin meningkat tetapi merosot."

Kata Mazlan, sehubungan itu Anak meminta Isa menghentikan tindakan memanggil pengerusi-pengerusi koperasi dan ketua-ketua peneroka untuk majlis penerangan Felda disenarai di BSKL yang diadakan di Dewan Perdana Felda sehingga membelanjakan berjuta-juta ringgit wang Felda.

Tambah Mazlan, Isa tidak boleh terlalu gelojoh sementara menunggu keputusan tribunal kerana Anak telahpun membuat aduan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan membuat bantahan kepada tribunal SKM pada 18 Oktober lalu.

Mengulas lanjut mengenai bantahan Anak terhadap Isa, Mazlan mendakwa bekas pesalah rasuah Umno itu menjadi Pengerusi KPF ikut pintu belakang berikutan campur tangan Perdana Menteri (PM) kerana status beliau (Isa) sendiri dilantik secara kontrak dan tidak layak menjadi ahli KPF kerana bukan peneroka ataupun warga Felda.

"Pada 15 Ogos lalu surat dihantar oleh Ketua Setiausaha Sulit Kanan PM yang memaklumkan PM setuju melantik Isa sebagai Pengerusi KPF sedangkan Datuk Zulkifli baru saja dilantik pada Mesyuarat Agung bertarikh 24 Jun 2011. Isa pula baru jadi ahli KPF pada 23 Jun, iaitu sehari sebelum mensyuarat tersebut.

"Jadi nampak sangat ada konspirasi. Pelantikan Pengerusi KPF melalui kuasa menteri Seksyen 87 Akta Koperasi 1993 mengecualikannya daripada tertakluk kepada peruntukan Akta Koperas juga tidak sah kerana perlukan sekurang-kurangnya dua tahun menjadi ahli, sedangkan Isa baru dua bulan jadi ahli.

"Sebab itu saya katakan ini semacam ada konspirasi dan jelas menyalahi akta koperasi sendiri. Dengan itu Anak menganggap ini satu pencabulan," tegas Mazlan.

Sehubungan dengan itu Mazlan merayu warga Felda agar mengenepikan sentimen politik sebaliknya bersatu menghentikan usaha penyenaraian Felda di BSKL bermula dengan program 'Gerakan Selamatkan Felda' 8 Disember ini.

Katanya, lebih baik Felda tumpukan penyelesaian kepada permasalahan peneroka yang tidak diberi perhatian selama ini seperti isu-isu KPG, wang tanam semula (TTS), hutang ladang peneroka yang tidak munasabah, ladang urusan Technoplants dan sebagainya supaya tidak jadi seperti pepatah 'yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran'.

MCA makin hilang kewarasan berpolitik

Posted: 12 Nov 2011 05:52 AM PST

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia amat bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menempelak parti MCA kerana saranan yang tidak munasabah yang dikemukakan oleh wakil parti tersebut kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya (PSC).

Demikian dinyatakan pengarahnya, Mohd Sany Hamzan sebagai mengulas pandangan Tuan Ibrahim ekoran kenyataan ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Ei Kim Hock menegaskan bahawa MCA tidak menyokong cadangan untuk membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, mengundi dalam pilihan raya umum, atas alasan mereka tidak tahu perkembangan dalam negara.

"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan sememangnya parti MCA ditolak dan tidak lagi menjadi pilihan masyarakat Cina mutakhir ini kerana kedangkalan dan kejahilan mereka terhadap hak-hak Rakyat Malaysia untuk mengundi walaupun di mana mereka berada kerana ianya dijamin oleh Perlembagaan Negara," ujarnya kepada Harakahdaily.

Selain itu, katanya MCA cuba untuk menggambarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara sebagai orang yang tidak cerdik untuk membuat keputusan di dalam proses pengundian kerana tidak mengetahui maklumat berkenaan kerajaan Malaysia.

Beliau menambah, rakyat Malaysia yang berada di luar negara adalah lebih terdedah dengan sistem maklumat yang lebih terbuka, lebih bebas tanpa kongkongan yang menjadikan mereka lebih mahir mengenai politik Malaysia berbanding MCA yang masih terkongkong dengan budaya maklumat fitnah, politik kotor dan berita palsu oleh akhbar dan media kerajaan.

"Inilah rupa sebenar parti yang semakin ditolak oleh rakyat Malaysia kerana pendiriannya yang cukup berbaur perkauman selain cuba untuk merendahkan mentaliti orang lain sekiranya mereka tidak menyokong dan mengundi MCA dan BN di dalam pilihanraya," ujarnya.

Oleh itu, tambah beliau Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta supaya pihak Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihanraya (PSC) menolak terus cadangan MCA yang terang-terang menyalahi Perlembagaan Negara dan cubaan merendahkan mentaliti rakyat Malaysia.

"Biarlah MCA dan BN dihukum terus oleh rakyat Malaysia di dalam pilihanraya umum yang akan datang kerana pendekatan politik mereka semakin ketinggalan zaman dan usang," ujarnya lagi.

Artis turut bincang Negara Berkebajikan

Posted: 12 Nov 2011 05:51 AM PST

Aziz Muda

GOMBAK: Konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan sekarang dan akan dilaksanakan oleh PAS sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti, dikesan turut dibincang oleh pelbagai pihak termasuk di kalangan artis di negara ini.

Minat golongan artis untuk membincangkan perkara itu terbukti apabila beberapa orang artis datang menemui beberapa orang pemimpin PAS untuk bertanyakan tentang konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh parti itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengalaman tersebut turut dikumpulkan oleh beliau apabila beliau juga turut didatangi dua orang artis di negeri Pahang baru-baru ini.

Menurutnya, kedatangan kedua-dua orang artis itu adalah untuk bertanyakan kepadanya tentang nasib golongan artis sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat akan diberikan mandat oleh rakyat untuk memerintah negara ini pada PRU Ke-13 akan datang.

Katanya, selain itu, kedua-dua orang artis itu juga turut bertanyakan kepadanya tentang konsep Negara Berkebajikan PAS dan kaitannya dengan golongan artis serta kegiatan seni di negara ini.

"Mereka tanya saya macam mana dengan Siti Nurhaliza jika PAS menang nantii? Bolehkah Siti Nurhaliza terus menyanyi?" katanya ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Konsep Negara Berkebajikan pada Multaqa Pendakwah PAS di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Pertanyaan itu, katanya, dijawab dengan baik oleh beliau dengan penjelasan berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam konsep Negara Berkebajikan PAS itu sendiri khususnya berkaitan dengan golongan artis dan kegiatan seni di tanah air.

Katanya, dalam konsep Negara Berkebajikan PAS, golongan artis termasuk Datuk Siti Nurhaliza tidak perlu bimbang dengan pemerintahan PAS jika menang dalam PRU Ke-13 nanti kerana nasib mereka tetap akan dibela.

"Siti Nurhaliza dan artis-artis lain juga boleh terus menyanyi dan terus bergiat dalam bidang masing-masing jika PAS memerintah negara.

'Malah nasib mereka akan lebih terbela jika berada di bawah pemerintahan PAS, selaras dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan itu," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Tambahnya, konsep Negara Berkebajikan berbeza dengan negara kebajikan kerana Negara Berkebajikan adalah penekanan kepada keadilan dan ihsan yang menjadi teras pentadbiran kerajaan.

"Di bawah kerajaan yang seperti itu yang ingin dilaksanakan oleh PAS, keadilan yang ditekankan bukan hanya kepada sesama umat Islam, tetapi juga orang bukan Islam," katanya.

Konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS itu, tegasnya, sememangnya amat ditakuti malah amat mencemaskan Umno BN sekarang kerana ia berkeupayaan menarik sokongan orang ramai terhadap PAS.

"Sokongan yang semakin meningkat daripada orang ramai terhadap PAS sekarang termasuk juga dari kalangan bukan Islam.

"Fenomena ini tercetus hasil kehebatan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS yang kini semakin difahami oleh orang ramai termasuk dari kalangan bukan Islam," ujar beliau.

Silap fakta: MB Pahang digesa minta maaf

Posted: 12 Nov 2011 05:49 AM PST

Gabungan Hentikan Lynas


Gabungan Hentikan Lynas (GHL) amat terkilan dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Pahang Adnan bin Haji Yaakob sempena temuramah yang dijalankan oleh aktivis Australia Ryan Albrey pada 7 September 2011.

Dalam temuramah tersebut, Adnan Yaakob (gambar kiri) menyebut bahawa bahan di Bukit Merah adalah bukan nadir bumi. Beliau juga menyatakan bahawa Asian Rare Earth (ARE) itu hanya merupakan nama syarikat tetapi tidak membuat/memproses nadir bumi.

Ini merupakan satu tuduhan yang palsu dan tidak berasas. ARE menghasilkan Yttrium daripada Monozite. Yttrium pula merupakan bahan mentah untuk menghasilkan tiub TV. Mengikut definasi International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC), nadir bumi terdiri daripada 17 jenis bahan, iaitu 15 jenis Lanthanides, Scandium dan Yttrium. Maka jelas bahawa kilang ARE memang menghasilkan nadir bumi, manakala juga telah mengaut keuntungan besar dengan menggadaikan nyawa dan keselamatan rakyat tempatan. Peristiwa pahit Bukit Merah telah memberikan satu iktibar besar kepada Rakyat Malaysia supaya jangan mengulangi kesilapan yang sama. GHL menganggap mungkin Adnan tidak berapa memahami peristiwa Bukit Merah sehingga boleh melontarkan kenyataan yang tidak berasaskan fakta, membuat perbandingan yang meremeh-temehkan perjuangan penduduk, dan menyinggung perasaan mangsa dan keluarga mangsa di Bukit Merah. Justeru, GHL menggesa Adnan Yaakob meminta maaf kepada penduduk Bukit Merahatas kesilapan fakta tersebut.

Selain itu, GHL juga berasa kesal dengan kenyataan Adnan Yaakob yang berbaur rasis dan cuba memutar-belitkan isu sebenar. Dalam temuramah tersebut, Adnan tidak menolak kemungkinan bahawa orang Cina di Malaysia cuba bersuhabat dengan Negara China untuk menggagalkan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) supaya China boleh kekal memonopoli pasaran tanah jarang di dunia.

Ini merupakan satu tuduhan yang serius dan GHL harap Adnan dapat menunjukkan bukti atas dakwaan beliau. Jika tidak, Adnan selaku Menteri Besar Pahang bukan sahaja tidak peka terhadap kesejahteraan dan keharmonian masyarakt majmuk di Malaysia, malah cuba mengkaburi mata orang awam dengan andaian yang tidak berasas malah bersifat perkauman.

GHL ingin mengingatkan Menteri Besar Pahang bahawa rakyat Kuantan dan Pahang sedang meneliti tindaklaku dan perbuatan Kerajaan BN sekarang. Rakyat Kuantan yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama telah menghantar satu mesej yang jelas kepada pihak yang berkuasa bahawa mereka menolak Projek LAMP sepenuhnya.

Padahalnya, dalam temuramah tersebut Adnan sendiri mengakui bahawa Negeri Pahang tidak "mendapat apa-apa" daripada Projek LAMP melainkan cukai tahunan tanah dan cukai pintu sahaja.

Sementara itu, GHL juga meminta Adnan supaya hentikan percakapan yang bercanggah dari segi logik dan rasional. Misalnya, Adnan berkata semua perkara yang kita jalani kehidupan seharian ada risiko. Akan tetapi, Adnan sengaja mengabaikan hakikat bahawa Projek LAMP merupakan risiko lebihan yang disuapkan kepada rakyat dan generasi yang akan datang tanpa persetujuan mereka.

Kemudian dalam temuramah tersebut, secara semberono Adnan juga berkata bahawa keadaan hartanah turun harga merupakan satu perkara yang baik dan menasihatkan siapa yang ada duit untuk membeli hartanah yang sedang turun sekarang.

GHL menganggap kenyataan-kenyataan yang dibuat di atas oleh Adnan hanya menunjukkan kelalaian dan kecetekan pandangan beliau terhadap Projek LAMP serta hak dan kepentingan rakyat. GHL minta Adnan berhenti menjadi jurujual kepada LAMP dengan kata-kata yang manis tetapi tidak masuk akal dan tidak membawa makna. Apa yang rakyat harap adalah sikap pihak pemerintah yang akur dan mendengar kepada suara rakyat, tetapi bukan sikap politik yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa sahaja.

*Kenyataan media daripada Gabungan Hentikan Lynas.

Deroman ROS Tak Sah Berdalihlah

Posted: 12 Nov 2011 05:46 AM PST

MSO


ORANG Kelantan mempunyai sebutan dan panggilan tersendiri terhadap nama-nama orang. Kadang nama itu didengar janggal dan membawa makna buruk. Tetapi itulah perangai orang Kelantan suka mengubah sebutan awam. Orang Kelantan juga sangat menyanjungi dailek atau bahasanya.

Berbalik kepada soal nama tadi, misalnya Ishak dipanggil Sohok saja. Kalau Mohd Nor dipanggil Mat Nor saja. Kalau Abdul Mutalib dipanggil Bertolik. Kalau Ramlah dipanggil Melah. Bila orang Kelantan geram dan marah dia akan tambah penambahan 'menatang' di hadapan. Kalau Tolik ditambah menantang Tolik. Kalau geram lagi ditambah perkataan lain, seperti belakang parang, ulu cak, beruk dan sebagainya.

Sebab itu kalau dengar orang Kelantan hak mulut berus bercakap (berpidato) atau menulis naik seriau bulu roma. Tetapi ia bukan ada apa-apa pun cuba feil orang Kelantan saja. Saya juga orang Kelantan yang tidak dapat dari perangai itu.

Di sini saya nak bercakap sikit fasal orang bernama Deroman yang menjadi Ketua Pengarah ROS. Kata Deroman Pakatan Rakyat tidak serius untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai parti politik. Deroman menafikan kenyataan Saifuddin Nasution Ismail mengatakan ROS sengaja melambat-lambatkan pendaftaran PR.

Alasan Deroman pendaftaran PR sebagai parti terganggu apabila Zaid Ibrahim keluar dari PKR. Pihaknya tidak dapat meluluskan Pakatan Rakyat sebagai parti gabungan kerana ia dimohon atas nama Zaid. Jadi bila Zaid keluar ia tidak dapat diluluskan. Oh loya...

Mengikut prosuder memang begitu. Tetapi jawaban Deroman itu dalih mentah saja. Dalih orang hulu. Kalau ROS benar-benar serius kenapa harus dilambatkan kelulusannya. Zaid memohon itu bukan sehari dua tetapi berbulan-bulan kenapa ia hendak ditimbangkan selepas Zaid keluar PKR. Kenapa semasa Zaid dalam PKR ia tidak diluluskan?

Dan kalau ROS mesra penggunan, ROS boleh laporkan akan kesulitan kepada Pakatan Rakyat ekoran tindakan Zaid itu. Apakah Deroman berbuat demikian? Jawabnya tidak. Zaid juga satu masa dulu sudah puas berhubung dan menanti kelulusan PR.

Deroman juga menafikan yang Kamaruddin Jaafar ada berjumpa dengannya untuk urusan itu selepas mengambil tugas mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah komponen selepas ketiadaan Zaid. Mungkin Kamaruddin ada jumpa pegawai lain. Apakah kalau jumpa dengan pegawai lain, si pegawai itu tidak membawa ke pengetahuan Deroman? Apakah semua surat dan permohonan kena dibawa ke tangan Deroman sendiri?

Pendek cerita kalau pihak PR melakukan kesilapan, atau pun ada salah teknik... Deroman tidak payah berdolah dalih, luluskan segera permohonan itu. Hanya tukar borang dan nama manusia dalam borang saja, dari Zaid kepada Kamaruddin Jaaffar atau sesiapa. Lepas tu lulus.

Bagi saya tak tersaul dek akal dengan jawaban Deroman itu. Masakan untuk memohon itu pakai nama Zaid seorang dan tidak ada nama-nama lain. Saya rasa tentu ada nama lain sebagai galang gantinya. Dan rasanya tidak sebodoh itu pegawai di ibu pejabat Pakatan Rakyat mengendalikan pendaftaran itu. Lagi pun PR itu bukan hak Zaid secara individu.

Apa yang Deroman jawab dan balas itu sebagai hendak mencari kesilapan pihak Pakatan Rakyat sahaja. Hakikat sebenar ialah ada arahan dari peringkat menteri supaya PR tidak didaftarkan. Satu masa dulu kalau tidak silap orang bernama Abdul Aziz Yusuf pernah memberi perakuan mereka akan luluskan pendaftaran Pakatan itu, tetapi ternyata perakuan itu hanya macam biawak mampus saja.

Nah kalau betul ROS jujur dan ikhlas dan tidak mengikut telunjuk dan ibu jari di atas, daftarkan segera. Ia boleh dibuat dalam tempoh tidak sampai semalam sahaja. Segala jawaban dan alasan yang diberikan Deroman itu hanya helah sahaja yang sudah pun dapat diagak oleh orang ramai. Deroman sebagai pegawai kerajaan harus bertindak profesional dan bukan menjadi keldai kepada pihak-pihak tertentu.

Kalau Ngo bernama Perkasa(m) boleh dilulus dalam tempoh tiga bulan dan mendapat permit bergerak sementara, kenapa PR terpaksa ditunggu bertahun-tahun?

Pihak SPR pula yang menjanjikan untuk melulsukan pendaftaran Pakatan, tak payah bercakap banyak, kalau tidak berani daftar, cakap sahaja... jangan mencari hujah basi dan juga helah kebudak-budakan. Sudah lebih 50 negara merdeka dan pegawai kerajaan pula sudah berkurus soal pentadbiran dan sistem pemerintah negara sampai ke England tetapi kenapa masih juga bodoh dan bebal.

Kepada Pakatan Rakyat tak payahlah tunggu pendaftaran. Rasanya rakyat sudah tahu akan paduan dan kerjasama antara mereka. Masing-masing bertandinglah atas lambang sendiri. Yang penting semua pihak faham dan jangan ada pertindihan calon di antara satu sama lain. Kalau ini wujud pasti Bulan, Mata dan Roket mampu menggoncangkan Dacing.

PRU-13: BN Lembah Pantai bergelora

Posted: 12 Nov 2011 05:35 AM PST

Orang-orang Raja Nong Chik bertepuk tangan bila timbul skandal projek lembu feedlot.


PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai semakin bergelora apabila penyokong tokoh tertentu dari Umno mula bersaing sesama sendiri bagi memastikan pemimpin yang disokong mereka dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Seorang ahli Pergerakan Wanita Umno, yang memegang potfolio yang tidak kurang penting dalam pergerakan itu memberitahu, isu ini semakin panas semenjak timbulnya isu Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abd Jalil.

Beliau yang mahu dikenali sebagai Ani berkata, selain Sharizat yang dianggap sebagai calon tradisi di parlimen itu, nama lain yang disebut sebagai calon ialah Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

"Sekarang angin gelora pilihan raya siapa akan dicalonkan memang semakin panas, dah semacam tak terkawal lagi dah di Lembah Pantai ni.

"Walaupun semua orang tahu dah berapa penggal Sharizat bertanding di Lembah Pantai, tetapi Raja Nong Chik juga dah lama cuba masuk jarum, berkempen sana-sini.

Tepuk tangan isu projek feedlot

"Yang buat saya sakit hati tu, bila timbul pula skandal projek feedlot tu, orang-orang Raja Nong Chik, bukannya nak membantu atau pun sekurang-kurangnya simpati, tetapi bertepuk tangan lagi adalah.

"Kalau penyokong pembangkang tu tak kisahlah, tetapi saya tengok dia orang pun sama juga macam penyokong pembangkang, itu yang buat saya sedih tu," kata beliau.

Beliau juga memberitahu walaupun anggapan sesetengah pihak bahawa Raja Nong Chik adalah calon boleh menang di Parlimen Lembah Pantai tetapi belum tentu dapat mengatasi prestasi Sharizat sekaligus boleh menjamin kemenangan BN di kawasan itu.

"Saya berpendapat kalau ada orang kata Raja Nong Chik adalah calon 'winnable' di sini, itu belum tentu lagi, sebab Sharizat adalah calon favourite di sini kalau nak bandingkan dengan Raja Nong Chik.

"Memang kita akui dia adalah Ketua Umno di sini, tetapi jangan lupa Sharizat pernah berkhidmat sebagai YB selama tiga penggal, banyak bantu penduduk dan dah tentu lebih mengenali pengundi di sini berbanding Nong Chik.

Silap hari bulan kalah lebih besar


"Saya bimbang kalau pusat letak dia juga, nanti bukan sahaja kita kalah lagi, tetapi silap hari bulan kita kalah dengan majoriti lebih besar dari dahulu.

"Sebab itulah ramai rakan-rakan dalam Umno termasuk wanita, puteri dan dari MCA mahukan Sharizat di sini dan bukannya Raja Nong Chik.

"Rakan-rakan dari MCA beritahu kami, walaupun kita lihat pengundi Cina lebih pro-pembangkang, tetapi Sharizat lebih mudah diterima pengundi Cina berbanding Raja Nong Chik," ujar beliau.

Ani juga mendakwa, beberapa pihak yang dianggap sebagai juru kempen Raja Nong Chik yang sudah lama bergerak di Lembah Pantai bukan sahaja meningkatkan imej pemimpin itu, malah seolah-olah cuba merendah imej Sharizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno itu.

"Dia orang kempen untuk bos dia orang tu satu hal lah juga, tapi yang tak sedapnya dia orang merendah-rendahkan imej Shahrizat macam dah terdesak nak jadi calon.

"Contoh paling mudah dan jelas sekali, macam yang saya katakan tadi dalam isu projek feedlot, macam mana kami tak sakit hati?

"Saya tak mahu nanti gara-gara sikap dia orang macam tu, nanti ada yang sakit hati sampai merajuk dan boikot atau lagi teruk, kalau ada orang BN sendiri yang sabotaj kempen masa pilihan raya nanti," ujar beliau lagi.

Peguam: Dakwaan hubungan Saiful-Farah patut disiasat badan bebas

Posted: 12 Nov 2011 05:33 AM PST

MALAYSIA KINI

Dakwaan mengenai hubungan antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan DPP Farah Azalina Latif sepatutnya dijalankan oleh sebuah badan bebas, kata peguam veteran dan ahli parlimen Karpal Singh.

NONEKarpal (kiri) menegaskan demikian bagi menjawab kenyataan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz di Parlimen semalam bahawa Pejabat Peguam Negara mendapati tiada bukti "konkrit" terhadap dakwaan tersebut.

Menurut peguam itu, oleh kerana Farah adalah sebahagian daripada Pejabat Peguam Negara, maka siasatan tersebut sepatutnya dijalankan oleh sebuah badan bebas.

Farah Azlina adalah sebahagian daripada pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Saiful pula merupakan pengadu dan kes itu.

Karpal berkata logik dan alasan tidak boleh menyokong Pejabat Peguam Negara menyiasat perkara itu dan membebaskan pasangan itu kemudian daripada dakwaan tersebut.

Katanya, dakwaan hubungan sulit antara DPP dan pengadu dalam perbicaraan jenayah memerlukan satu siasatan terbuka, supaya ia menjadi iktibar kepada orang lain pada masa akan datang.

Dan sekiranya hubungan sulit seumpama itu wujud, Karpal berkata implikasinya adalah lebih besar kerana ia akan termasuk kebersalahan jenayah di Mahkamah Syariah.

Katanya, terdapat peruntukan dalam undang-undang Islam untuk ketidaksopanan seumpama itu, termasuk hukuman untuk zina, yang menurutnya, salah satu jenayah yang paling serius dalam undang-undang Islam.

Karpal berkata langkah mengeluarkan Farah daripada pasukan pendakwaan dalam perbicaraan Liwat II juga menimbulkan persoalan berhubung dakwaan tersebut.

"Kenapa perlu dia dihukum melalui langkah ini jika dia tidak bersalah," Katanya.

Pada 27 Julai tahun lalu, Farah telah dikeluarkan daripada pasukan pendakwaan selepas muncul dakwaan di Internet yang dia dan Saiful terlibat dalam hubungan romantis.

Anwar kemudiannya mendakwa di mahkamah bahawa Saiful dan Farah masih belum menafikan dakwaan tersebut.

170 sertai Dewan Penyokong PAS Sabah

Posted: 12 Nov 2011 05:32 AM PST

MALAYSIA KINI

Melihat keserlahan dan keupayaan PAS memimpin negeri, telah menjadi tarikan dan dorongan kepada 170 bukan Islam di Sabah untuk menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Naib Pengerusi DHPP Malaysia, S Suria Narayanan berkata, jumlah tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa selepas parti itu memperlihatkan keupayaan dan keseragaman pucuk kepimpinan PAS mentadbir dan mengurus negeri yang dikuasainya dengan cemerlang.

dewan penyokong pas"Kita akan turun sekali lagi ke Sabah dan berkemungkinan besar lebih ramai orang bukan Islam untuk menyertai dewan ini.

"Kita mengalu-alukan mereka. Ini hasrat mereka, dan kita akan raikan," katanya.

Menurut pegawai media Pemuda PAS Sabah, Mohd Firdaus Muhammad Nor berkata, kesemua 170 orang itu adalah dari kawasan Pensiangan dan mereka menyerahkan borang permohonan kepada setiausaha agung PAS Malaysia, Datuk Mustafa Ali.

Turut hadir ialah pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling; timbalan pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah; ketua penerangan PAS Sabah, Hishammudin Sulaiman; setiausaha PAS Sabah, Awang Laiman dan ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu.

Ambiga bidas MCA berhubung hak mengundi

Posted: 12 Nov 2011 12:50 AM PST


Aidila Razak

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini mengambil pendirian tegas menolak cadangan MCA yang tidak mahu rakyat Malaysia yang menetap di luar negara, dibenarkan mengundi.

"Kita tidak boleh menjadi logistik untuk menafikan rakyat hak perlembagaan untuk mengundi...

"Pengundi di luar negara juga bersedia untuk membantu dalam apa-apa cara untuk menjayakannya," katanya.

Ambiga memberitahu Malaysiakini demikian di luar sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) pembaharuan pilihan raya di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau merujuk kepada cadangan MCA kepada PSC pada hari pertama sesi pendengaran awam itu semalam.

Semalam, MCA memberitahu anggota panel PSC bahawa rakyat Malaysia yang menetap di luar negara tidak harus dibenarkan untuk mengundi kerana mereka tidak tahu perkembangan dan situasi sebenar di dalam negara, dan mungkin bergantung kepada" maklumat yang "berat sebelah, meragukan, dan salah".

Presidennya, Dr Chua Soi Lek, kemudian menjelaskan bahawa langkah membenarkan mereka mengundi, juga akan menimbulkan cabaran logistik.

KJ: Ahli tak jadi calon diharap jangan sabotaj

Posted: 12 Nov 2011 12:50 AM PST

MALAYSIA KINI

Ahli parti yang tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau
mensabotaj parti, kata pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berharap ahli parti berpegang kepada akujanji bahawa rakyat yang menentukan berhubung soal calon boleh menang.

"Hari ini semua setuju dengan perdana menteri berhubung 'winnable candidate' (calon boleh menang), tetapi apabila mereka tidak jadi calon, mereka akan pertikaikan dan lebih bahaya lagi mereka akan sabotaj parti.

"Saya harap mereka sedar bahawa mereka bukan penentu siapa 'winnable candidate' tetapi rakyat, dan PM ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan 'winnable candidate'," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Jom Kayuh BN Sepang anjuran Pemuda BN Sepang, di Dengkel hari ini.

Dua hari lepas, Perdana Menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat untuk calonnya pada pilihan raya umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang.

Khairy berkata pengumuman perdana menteri itu adalah satu pandangan yang tepat berikutan jumlah pengundi lebih ramai daripada jumlah anggota parti, dan setiap calon perlu mendapat sokongan rakyat.

"Tidak guna jika popular di dalam parti tetapi tidak mendapat penerimaan di kalangan rakyat dan soal calon boleh menang, rakyat yang menentukan.

"Saya risau, ada ramai yang walaupun rakyat sudah tidak menganggap mereka 'winnable candidate', tetapi dia rasa diri dia 'winnable candidate'," katanya.

Mengenai persiapan Pemuda untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, Khairy berkata ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu dari segi jentera dan strategi untuk mengenalpasti pengundi muda di setiap pusat daerah mengundi.

"Persiapan jentera sedang diusahakan dan untuk mengenalpasti pengundi muda, proses ini sedang berjalan dan saya telah meletakkan tempoh masa dua bulan sebelum kita sampai kepada tahap siapsiagaan yang sepenuhnya," katanya.

Mengenai program hari ini, Khairy berkata lebih 1,000 golongan muda menyertai program mengayuh basikal sejauh lapan kilometer di sekitar Dengkil dengan tema 'BN Pilihan Generasi Muda'.- Bernama

Kerajaan Umno dan BN Terengganu gagal mentadbir negeri

Posted: 12 Nov 2011 12:42 AM PST


KUALA TERENGGANU - Dua kejadian demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Terengganu, adalah merupakan bantahan kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang jelas telah gagal mentadbir negeri ini.

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, tidak ada sebab rakyat mahu mempolitikkan bolasepak sekiranya ia berjalan dengan baik.

"dua kejadian rakyat turun ke jalan raya, membuktikan Umno dan Barisan Nasional gagal mengurus tadbir negeri dengan baik, tidak ada sebab anak-anak muda lebih 1,000 orang turun ke jalan raya kalau bola sepak i urus dengan baik,"ujarnya,

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu yang menuduh para penyokong 'mempolitikkan' bolsepak kerana menunjukkan bantahan mereka dijalan raya.

Sedangkan menurut Dr Azman, para peminat bola sepak negeri Terengganu itu telah pun menyampaikan bantahan mereka lebih awal kepada pihak kerajaan, namun kerajaan gagal bertindak.

Sementara itu, beliau berkata, tidak ada sebab juga seramai 22 orang bekas pekerja anak syarikat negeri yang sanggup berdemonstrasi untuk membantah cara kerajaan negeri menangani mereka, selepas dipecat dari jawatan.

Mereka berbuat demikian, kerana kerajaan tidak mempedulikan mereka.

"Ahmad Said tidak peduli kepada rakyat Terengganu, khususnya soal kebajikan para pekerja, Menteri Besar hanya peduli dengan 'politik', menjaja E-Book ke sana ke mari, melancarkan projek-projek yang ada kepentingan, memberi bantuan untuk memaksa rakyat menyokong Umno dan BN,

"sedangkan rakyat sudah cerdik dan sudah pandai menilai,"jelasnya.

Menurutnya, dalam masa lapan tahun ini, sejak Umno dan BN merampas kuasa secara 'memanupulasikan daftar pemilih' daripada PAS, negeri Terengganu terus dilanda kemunduran.

Walaupun bajet kerajaan semakin meningkat, namun rakyat miskin terus bertambah, anak-anak syarikat-syarikat kerajaan negeri semakin nazak, kedudukan ekonomi negeri Terengganu terus 'merudum'.

Katanya, berpuluh-puluh anak-anak syarikat kerajaan negeri sedang nazak, sehingga ada yang tidak ada duit untuk membayar gaji dan elaun kakitangan.

"TADC adalah satu contoh kegagalan pemimpin Umno mengurus anak-anak syarikat, mereka ambil elaun dan buat projek untuk 'poket' namun keuntungan syarikat 'meleset', Amanah Saham Terengganu hanya mengisytiharkan dividen RM0.02 sen sahaja, kurang 1 sen dari tahun lalu,

"ia adalah bukti Umno dan BN gagal,"tegasnya.

Justeru beliau menyeru seluruh rakyat menolak kerajaan Umno dan BN pada pilihanraya yang akan datang.

Menurutnya, masa depan Terengganu akan menjadi lebih baik sekiranya rakyat menukar kerajaan dengan memilih PAS dan Pakaran Rakyat.

"Rakyat mempunyai pilihan, kuasa ditangan rakyat, sekiranya PAS dan PR gagal membawa kemajuan dan masa depan yang lebih, setelah diberi amanah, rakyat boleh tukar kembali, tak ada masalah,"tanbahnya

PRU 13; 1000 tenaga penerangan PAS akan 'menggempur'

Posted: 12 Nov 2011 12:40 AM PST


KUALA TERENGGANU - Hampir seribu orang tenaga Penerangan PAS akan digerakkan bagi memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat tentang kegagalan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mengurus tadbir negeri ini.

Menurut Pemangku Ketua Penerangannya, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, para petugas PAS itu akan dibekalkan dengan buku 'Isu-isu Semasa' yang lengkap dengan fakta dan data-data sebagai panduan.

"Kita (PAS) akan memanggil para petugas penerangan seluruh negeri sebelum melaksanakan gerakan 'gempur' pilihanraya umum (PRU) ke-13, memberitahu rakyat Terengganu bahawa Umno dan BN telah gagal,


"mereka akan dibekalkan dengan bukau Isu-isu semasa yang akan memberi panduan lengkap mengapa PAS perlu menggantikan Umno selepas PRU akan datang."ujarnya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Penerangan di pejabat PAS, Taman Seri Intan dekat sini, semalam.

Menurutnya, rakyat negeri Terengganu perlu sedar, sejak tahun 2004, apabila Umno/BN merampas kekuasaan dengan 'manipulasi' daftar pemilih, mereka telah membelanjakan lebih RM10 bilion hasil wang royalti minyak yang dinamakan sebagai 'Dana Khas'.

Namun, tidak banyak manfaat yang telah diperolehi oleh rakyat, bahkan sesetengah projek, masih tidak siap akibat penyelewengan yang dilakukan oleh pimpinan Umno.

Antaranya, kata beliau, penganjuran sukan perahu layar 'Monsun Cup' yang telah diakui oleh sendiri leh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said, tidak membawa keuntungan kepada negeri Terengganu.

"Ahmad Said sendiri mengakui, Monsun Cup tidak membawa keuntungan, tetapi 'kononnya' memperkenalkan Terengganu kepada dunia luar, namun,

"setelah lebih 5 tahun ia dijalankan, berbilion ringgit dibelanjakan, tidak banyak manfaat yang diterima oleh rakyat,"jelasnya.

Katanya, rakyat masih tidak lupa, pemimpin Umno berkata, penganjuran Monsun Cup akan memberikan peluang pekerjaan dan faedah kepada para nelayan di musim Tengkujuh, namun sehingga kini, nelayan sekitar Pulau Duyong sendiri, masih hidup di takuk lama.

Yang nyata kedengaran, yang dilihat oleh rakyat, katanya, sejak Umno/BN memerintah sejak enam tahun yang lalu, pemimpin dan wakil-wakil rakyat Umno mengumpul kekayaan peribadi.

"Rakyat semakin susah, walaupun bajet lebih RM 1 bilion setahun dibelanjakan, projek berjuta-juta ringgit, konon untuk rakyat,

"namun yang rakyat dengar dan lihat, di sana pemimpin Umno membina mahligai-mahligai, disini wakil-wakil rakyat membina rumah-rumah ratusan ribu malah jutaan ringgit,"tegasnya.

PAS alu-alukan Ahmad perangi fitnah

Posted: 12 Nov 2011 12:17 AM PST


KEMAMAN - PAS mengalu-alukan keputusan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Haji Ahmad Said untuk megambil tindakan mahkamah keatas mereka yang menyebarkan fitnah sewenang-wenangnya.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat mengucapkan tahniah kerana Ahmad berani tampil memerangi fitnah yang kini subur dan menjadi amalan sesetengah pihak.

"Sekalung syabas dan tahniah kepada Dato' Seri Haji Ahmad Said kerana berani tampil untuk mengambil tindakan mahkamah keatas blogger yang memfitnah beliau ditangkap khalwat.

"kebelakangan ini budaya fitnah sangat subur malahan menjadi tajuk utama akhbar arus perdana dalam negara kita,"ujarnya.

[Gambar - keratan perbualan dalam facebook, yang masih membicarakan tentang 'fitnah' Ahmad Said, kononnya ditangkap khalwat]

Haji Hanafiah berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad berhubung perkara diatas.

Menurutnya, budaya fitnah adalah manifestasi akibat umat Islam meninggalkan ajaran islam yang sebenar.

Katanya, para ulama terutama pimpinan PAS sentiasa memperingatkan pemimpin politik supaya tidak menjadikan fitnah sebagai senjata politik untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.

"Apatah lagi sekiranya pimpinan tersebut mempunyai anak dan juga saudara mara dekat atau jauh, ia akan memberikan impak negatif kepada mereka,"jelasnya.

Oleh itu, beliau berharap Ahmad juga menegur dan menegah pemimpin di kalangan parti Umno sendiri yang menjadikan fitnah sebagai alat politik.

"Ketua umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim pernah mengalami situasi serupa apabila beliau difitnah pada tahun 1999, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga telah difitnah oleh blogger Umno baru-baru ini,

"sayugialah kalau Ahmad menegur dan menegah dikalangan pemimpin dari parti beliau sendiri yang turut menggunakan fitnah sebagai senjata,"tegasnya.

[Gambar kanan - fitnah terhadap anak Lim Guan Eng yang pernah disiarkan oleh blogger Umno]

Ahmad Said beberapa hari lalu sebagaimana dilaporkan akhbar berkata, beliau akan mengambil tindakan mahkamah terhadap blogger 'guanopulok' dan 'MSOMelayu' apabila ditanya tentang fitnah bahawa beliau telah ditangkap khalwat.

Tinjauan Buletinonline mendapati, tuduhan Ahmad ditangkap khalwat tersebut telah berlegar di alam 'siber' sejak lima bulan yang lalu.

Cara UMNO BN Rompak Wang KWSP Kita?

Posted: 11 Nov 2011 11:49 PM PST

SELATAN ONLINE



Pada 23 Jun 2011, KWSP telah membentangkan laporan tahunan kepada parlimen, mengisytiharkan dividen 5.8% dan menjelaskan bahawa 27% daripada pelaburan adalah dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM) dan 32% pula adalah pinjaman dan bon kepada agensi-agensi kerajaan.

Satu carta yang mudah di bawah meringkaskan laporan itu. Dengan dana RM 440,52 bilion, KWSP adalah salah satu daripada dana yang terbesar di dunia dan mewakili wang simpanan 12 juta pekerja sektor swasta.

Persoalannya adalah mengapa lebih 60% daripada dana KWSP adalah dalam bentuk pinjaman kepada Kerajaan dan badan-badan Kerajaan? Adakah Kerajaan Malaysia peminjam yang baik?

Mari kita lihat rekod kewangan Kerajaan BN ....
Berikut adalah ringkasan defisit tahunan Kerajaan. Bajet 2012 akan menandakan tahun ke- 15 defisit bajet dengan tiada tanda-tanda penjimatan dari segi kewangan. Dan seperti yang anda boleh lihat di bawah, akan ada bujet tambahan disamping bujet tahunan setiap tahun.

Hutang Kerajaan pada Disember 2010 berada pada 407 Billion ringgit. 60% daripada ini atau 240 bilion adalah hutang kepada KWSP. Ini bermakna Kerajaan BN Malaysia telah membelanjakan 60% daripada semua simpanan anda di KWSP!

Selepas defisit belanjawan selama 14 tahun berturut-turut, dan pembiayaan defisit dengan meminjam, Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM) dinilai sebagai CC (-) ve. Di CC negative ini, apakah hasil tahunan? Tentu sukar dipercayai bahawa ia adalah 3% dan ke bawah!! Mengapa? Kerana SKM tidak dilelong!! Terdapat pembeli yang bersedia untuk membeli SKM dan selain daripada dana PNB yang tidak berkesudahan seperti bon 1Malaysia, penangung utama hutang Malaysia adalah KWSP.

"Nilai Saksama" kadar yang lebih rendah untuk gred A tunggal dan ke bawah menjana hasil tahunan sebanyak 5% dan ke atas. Bon Kerajaan Greece misalnya diniagakan pada kadar hasil yang melebihi 21% setahun

Dalam Perlembagaan, hutang Kerajaan Malaysia dihadkan pada 55% daripada KDNK. Pada 30 Jun 2011, hutang Kerajaan berada pada 433 bilion, iaitu 53% daripada KDNK. Pada 55%, Kerajaan akan secara rasmi jatuh dalam keadaan krisis dan perlembagaan perlu ditukar supaya peminjaman dapat ditingkatkan dan mungkin juga memerlukan ikat jamin.

Baru-baru ini bank pusat EU telah bersetuju untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Greece dengan syarat mereka menerima pakai langkah-langkah penjimatan besar-besaran dan pemberi pinjamanan memotong 50% daripada semua pinjaman terkumpul.

Lagipun, mereka terus-menerus meminjam kepada peminjam yang menunjukkan tiada komitmen untuk mengurangkan perbelanjaan dan mula untuk melangsaikan hutang mereka. Bayangkan jika KWSP diminta untuk menghapuskan 50% daripada hutang Kerajaan Malaysia!

Malah lebih teruk daripada itu ...

Senario yang lebih buruk lagi telah dibayangkan oleh Pakatan Rakyat baru-baru ini apabila mereka melaporkan bahawa kebanyakan hutang Kerajaan tidak dilaporkan kerana sebahagian besarnya disembunyikan daripada rakyat dalam bentuk hutang yang ditanggung oleh agensi-agensi Kerajaan.


Seperti yang anda dapat lihat di atas, 433 bilion hutang kerajaan diwakili oleh bar merah dan Oren. Selain angka rasmi, tambahan 184 bilion yang ditanggung oleh pelbagai agensi Kerajaan.

Sila lihat di sini pada penjelasan lain,


Jadi ....Adakah KWSP yang dirompak?

Saya mengatakan ya ia. Biar saya terangkan bagaimana.

Ringkasan pada bajet 2012 di bawah.

Daripada 233 bilion, jumlah perbelanjaan operasi berada pada 162 bilion dan lebih 64 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan awam dalam bentuk pencen dan upah. Daripada 233 bilion, hanya 51 bilion untuk pembangunan, di mana lebih 80% adalah untuk projek-projek pembinaan yang direka khusus untuk memberi manfaat kepada beberapa orang yang bertuah. Dan bercakap tentang rakan-rakan yang bernasib baik, lebih daripada 10 bilion adalah dalam bentuk subsidi yang dibayar oleh kita dan sedang dibayar terus kepada badan-badan korporat!

Dan bagaimana mereka akan membayar untuk semua ini? Sudah tentu dengan meminjam! Adakah mereka sedar bahawa kitalah yang akan membayar hutang termasuk bunga? Najib mengumumkan bahawa caruman pekerja kepada KWSP akan meningkat kepada 12% daripada gaji. Ertinya KWSP mampu meminjamkan lebih banyak lagi! Dan jika gaji anda kurang daripada RM 5,000, sumbangan anda akan meningkat kepada 13%.

Dalam kesimpitan namun perbelanjaan tetap tidak berhemah

Ini adalah masa-masa yang sukar bagi kita. Dan Kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk mengatasi perkara ini dengan pemberian kenaikan gaji 7-13% kepada semua kakitangan Kerajaan dan pada masa yang sama dengan berhati-hati mengelakkan isu gaji minimum bagi pekerja sektor swasta.

Kerajaan pada masa ini mengumpul kira-kira 4 bilion daripada GST yang telah sedia ada. Bayaran untuk satu masa dahulu sebanyak RM 500 untuk pekerja sektor awam akan meningkatkan kos Kerajaan kepada lebih 2.6 billion.

Saraan untuk perkhidmatan awam memakan kos RM 20 bilion pada tahun 2004. Pada tahun ini, ia akan menelan belanja 64 bilion. Jadi kesimpulan adalah sama. Mereka merampas wang KWSP untuk dapatkan undi daripada 1.3 juta penjawat awam.

Sesungguhnya ini masa yang sukar ... Dan lagi, DRB Hicom membeli 237 perisai pembawa askar dari Turki yang bernilai RM 1.7 bilion dan menjual kepada kementerian pertahanan dengan harga RM 7.55 bilion. Kerajaan Malaysia telah membeli 6 Kapal pejuang pesisir untuk Tentera Laut. Ini adalah kapal-kapal tentera laut yang paling canggih di dunia, mampu untuk menembak pesawat, kapal dan kapal selam ... negara lain yang mempunyai kapal-kapal itu adalah Amerika Syarikat.

Mereka mempunyai 2. Kita membeli 6 dengan kos sebanyak 10 bilion ringgit. MRT boleh dibina dengan RM 9 bilion. Tetapi Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini menyatakan bahawa MMC Gamuda mungkin akan menanggung kos yang lebih daripada RM 54 billion untuk membinanya.

Kerajaan boleh mengurangkan subsidi untuk beras dan gula dengan membuka pasaran untuk penjual-penjual lain, tetapi tidak, kedua-dua komoditi ini dikawal oleh syarikat kroni Kerajaan. Syed Mokhtar Al Bukhary adalah pemilik semua syarikat-syarikat yang disebut di atas. Oleh kerana orang ini mengambil alih bekalan eksklusif komoditi ini pada tahun 2008, ia dijual pada harga dua kali ganda. Walaupun subsidi Kerajaan adalah sebanyak 60 sen sekilo beras dan 20 sen sekilo gula.

Kerajaan boleh dengan mudah membeli lebuh raya LDP dengan 1.5 bilion ringgit, tetapi tidak, adalah lebih baik mereka terus untuk mengutip tol dari kita dan juga menerima 1.5 bilion dalam subsidi dari Kerajaan. IPP kita membeli gas pada RM10 lebih murah berbanding syarikat-syarikat di Thailand dan 15 ringgit yang lebih murah daripada Singapura (Per CuM) tetapi Kerajaan masih perlu untuk memberi kepada mereka berbilion-bilion dalam bentuk subsidi.

Tiada apa-apa jua dilakukan seperti yang dibuktikan oleh laporan terbaru Audit Negara

Tahun demi tahun demi tahun, laporan tahunan Ketua Audit Negara melaporkan tentang kesalahan dalam urusan kewangan Kerajaan. Tetapi tiada apa-apa yang pernah dilakukan. Ambil contih laporan tahun ini. SPRM pergi terus sahaja membuka 36 fail siasatan untuk menyiasat semua sampah-sampah ini. Dan kes-kes tersebut kini ditutup. Mereka mendapati tiada unsur rasuah atau penipuan. Satu lagi perkara yang ditonjolkan laporan AG adalah tabung kecemasan perbendaharaan yang berjumlah sebanyak 1.5 bilion kini hanya tinggal 79 juta ringgit. 1.4 bilion telah lesap ... ..

Lebuh raya bertol yang dibina dengan kos sebanyak 26.4 bilion dan pengendali telah pun meraih 37.7 billion dan menerima 2.1 bilion lagi dalam bentuk subsidi daripada Kerajaan. Dan mereka sedang merancang untuk menaikkan kadar tol tidak lama lagi.

Jentera Kerajaan Barisan Nasional adalah satu sistem yang membawa faedah dan memperkayakan kroni dengan secara besar-besaran dengan cara kontrak berat sebelah. Ia juga memastikan kesetiaan dari undi 1.3 juta penjawat awam yang menikmati semua jenis faedah atas perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pembayar cukai.

Sistem cukai direka untuk mengecualikan majoriti kakitangan awam daripada membayar apa-apa cukai. Dan hutang Kerajaan akan terus meningkat .Pada tahun 2004, jumlah hutang Kerajaan adalah 217 billion. Pada 30 Jun 2011, ia berjumlah 433 billion. Pentadbiran Najib sememangnya memerah kita kering. Dan mereka menggunakan dana kita dalam KWSP untuk menjalankan semua perbelanjaan yang melampau ini, untuk memperkayakan diri mereka sendiri, dan merasuah kakitangan perkhidmatan awam untuk terus setia.

Kita pelabur KWSP berjumlah 12 juta. Undilah untuk menentang rasuah, undi menentang kemiskinan, dan undi menentang rompakan simpanan KWSP kita

11 Sebab PRU13 TIdak Diadakan tahun Ini

Posted: 11 Nov 2011 11:45 PM PST

oleh mira_batrisya

KUALA LUMPUR: Khabar angin mengatakan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh memerintah kerajaan sedia ada masih lagi berbaki 17 bulan.

Namun terdapat 11 sebab mengapa PRU13 tidak akan diadakan pada tahun ini:

1) Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi dikalangan 14 parti komponennya. Pemilihan calon yang dikemukakan akan dipersembahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam mesyuarat yang akan diadakan pada petang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

2)Peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan hanya berakhir pada pertengahan bulan Disember. Ini kerana kebanyakan dewan serta bilik darjah sering digunakan sebagai pusat membuang dan mengira undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPM akan hanya berakhir pada 14 Disember sementara STPM pula akan berakhir pada lewat sehari kemudian.

3)Kumpulan terakhir jemaah Haji Malaysia akan hanya berlepas pulang ke tanah air selepas 11 Disember dan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini. Adakah satu tindakan yang tidak popular mengadakan pilihan raya ketika mereka (jemaah haji) masih belum pulang ke tanah air. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan pada musim monsun kali ini adalah lebih buruk daripada tahun lalu.

4)Berdasarkan kejadian banjir yang berlaku di Thailand, pakar melaporkan taburan hujan yang diterima di Malaysia akan meningkat lebih 40 peratus daripada musim monsun sedia ada. Adalah sukar untuk mengadakan pilihan raya ketika musim banjir kerana ia mungkin terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang teruk.

5)Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa mereka akan pergi bercuti pada bulan Disember.

6)Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember dan agak mustahil untuk parti itu mengambil bahagian dalam pilihan raya kerana mereka perlu mengadakan mesyuarat beberapa minggu untuk merancang tindakan serta starategi untuk menghadapi pilihan raya.

7)SPR memerlukan notis sekurang-kurangnya 60 hari untuk membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh beberapa minggu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata walaupun Parlimen mungkin akan dibubarkan dalam bulan ini atau Disember. Namun suruhanjaya berkenaan mempunyai masa untuk mengadakan PRU pada bulan Januari tahun hadapan.

8)Najib juga mahu memastikan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta turut mengadakan PRU pada tarikh yang sama. Beliau tidak mahu mengadakan pilihan raya sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat. Setakat ini hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersetuju sementara, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang enggan mengambil tindakan yang serupa. Menurut sumber, Najib telah dimaklumkan bahawa tiga negeri berkenaan tidak akan membubar DUN masing-masing sekiranya PRU13 diadakan pada tahun ini.

9)Najib telah mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan bagi meringankan beban rakyat dalam pembentangan Bajet 2012 serta langkah pembaharuan seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Semua langkah yang diumumkan ini akan berkuat kuasa tahun hadapan.

10)Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya baru sahaja memulakan tugas mereka dan mereka tidak mampu menyiapkan tugas tersebut dalam tempoh tujuh minggu. Adalah satu perkara yang ganjil sekiranya Najib mengadakan pilihan raya namun tanpa membuat perubahan yang telah dijanjikan dalam sistem pilihan raya sedia ada.

11)Sebab yang kesebelas ialah kerana hari ini adalah 11v November dan nombor 11 merupakan angka kegemaran Najib. Ramai yang mendakwa Najib akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU pada tarikh bertuahnya itu. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan beliau akan mengumumkan sesuatu yang penting hari ini.

Dengan 11 sebab yang dikemukakan, besar kemungkinan PRU13 tidak akan diadakan dalam tempoh 50 hari akan datang.Mstar

Misteri hobi bakar motor

Posted: 11 Nov 2011 11:38 PM PST

Oleh : NORSHIKIN MOHD SALLEH


Hobi bakar motor

SKUDAI - Penduduk di kawasan pangsapuri Taman Ungku Tun Aminah (Tuta) menggesa satu siasatan segera dilakukan berhubung kejadian membakar motosikal yang semakin kerap berlaku di kawasan terbabit.

Dalam kejadian keenam awal pagi semalam, sebuah motosikal yang diletakkan di tempat letak kenderaan dilaporkan terbakar di Blok 62 pangsapuri tersebut.

Insiden itu disedari pemiliknya Yong Chee Zhong, 25, yang mendengar bunyi alat penggera motosikalnya berbunyi kira-kira jam 12.30 pagi itu.

"Saya terus turun ke aras bawah dan mendapati motosikal saya sedang terbakar," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Insiden sama juga berlaku kepada seorang penduduk, Chew Hong Theang, 33, dalam kejadian 9 November lalu.

"Saya dikejutkan oleh bunyi bising orang ramai dan apabila keluar untuk melihat apa yang berlaku, saya dapati motosikal saya terbakar.

"Disebabkan kejadian malang itu, saya kerugian sebanyak RM5,000, selain kehilangan kenderaan bagi mencari nafkah," katanya yang tinggal di Blok 56 pangsapuri terbabit.

Untuk November ini sahaja, sudah tiga motosikal dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab, termasuk kejadian pada 3 November, juga di Blok 56.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Ruslan Hassan berkata, tindakan segera diambil dengan menempatkan anggota di setiap blok di situ.

"Dua minggu lalu, polis ada menahan tiga individu yang disyaki terlibat dalam kes ini, namun polis tidak mempunyai keterangan lengkap bagi mendakwa individu ini dan kini, usaha untuk menjejak kembali dalang di sebalik kes kebakaran motosikal ini giat dilakukan.

"Jika sebelum ini, kita hanya menempatkan anggota di blok terpilih, namun insiden yang sama tetap berlaku. Bermula malam ini (semalam), kita letakkan anggota di semua blok," katanya.
Ruslan berkata, polis akan ditempatkan bermula jam 10 malam hingga 7 pagi, bagi memastikan kejadian kebakaran tidak berulang.

"Hasil siasatan awal yang dibuat, suspek ini tidak memilih mangsa atau tempat untuk melakukan jenayah, dan ia disifatkan dibuat atas dasar tabiat suka-suka," katanya.

Tiada ulasan: