Biaqpila |
- Penduduk kampung gempar bunyi letupan
- Alamak Toyol Dapat RM2.2 Juta Dalam Masa 5 Hari
- Juru X-ray Hospital Selayang cabul penuntut kolej
- LEMBU PUN GELAK DENGAN UMNO
- MAHASISWA DIKASARI PEMUDA BN
Penduduk kampung gempar bunyi letupan Posted: 12 Nov 2011 02:12 PM PST Penduduk Kampung Wadihana di Johor Bahru gempar apabila dikejutkan oleh satu bunyi letupan yang kuat awal hari ini. Letupan pada jam 7.15 pagi dipercayai berpunca daripada injap pelepas angin pada paip berukuran 80cm di sebuah lurang di Jalan Mohamad Taib di kampung itu. Letupan itu menyebabkan permukaan jalan tar merekah teruk dan sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan rosak bumper belakang dan pintu belakang sebelah kanan. Seorang penduduk, Syed Najib Syed Yassin, 46, berkata beliau dan keluarganya baru hendak bersarapan apabila dikejutkan bunyi dentuman tersebut. "Bunyi kuat macam bom, dentuman tu sekali saja, tiada gegaran atau sebagainya," katanya yang meluru keluar rumah sebaik letupan itu berlaku. "Saya rasa ia disebabkan tekanan yang kuat pada paip bawah tanah itu menyebabkan jalan ini pecah," katanya sambil menambah bekalan air dari paip itu telah terputus sejak semalam kerana kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan berdekatan kawasan tersebut. Pemilik kereta yang rosak, Ismail Abdullah, 55, berkata menjadi kebiasaan meletakkan kenderaannya di jalan itu. "Mulanya saya sangka pokok tumbang, tapi apabila keluar rumah saya dapati, jalan telah meletup dan kesannya terkena kereta saya," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor (SAJ), Jamaluddin Jamil mengakui pihaknya melakukan kerja penyelenggaraan di kawasan itu sejak beberapa hari lalu dan letupan berpunca daripada injap pelepas angin paip itu yang terbuka. Angin yang keluar dari injap berkenaan meningkatkan tekanan udara di dalam lurang itu menyebabkannya meletup. "Ini adalah kejadian pertama dan siasatan akan dilakukan, kita berharap penduduk tidak berasa bimbang, manakala pemilik kereta boleh hadir ke pejabat SAJ bagi tindakan susulan," katanya. - Bernama KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Alamak Toyol Dapat RM2.2 Juta Dalam Masa 5 Hari Posted: 12 Nov 2011 04:00 AM PST Tak mustahil dapat RM3 juta pada hujung minggu ini. Tapi keluarga toyol semua sekali dapat RM9.8 juta kondo. Filem "Alamak Toyol" terbitan David Teo nampaknya kalah dengan isu syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, si isteri toyol, Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang telah menggunakan dana melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta. Rakyat mintak SPRM siasat!!! Najib Razak berhubung kenyataan menteri kewangan itu mengenai jumlah dana yang telah dipindahkan daripada jumlah RM250 juta. Rakyat mintak SPRM siasat!!! Muhyiddin selaku menteri pertanian yang meluluskan projek dan pinjaman untuk projek feedlot berkenaan sebelum ini. Rakyat mintak SPRM siasat!!! Datuk Seri Noh Omar berhubung penjelasan menteri berkenaan sebelum ini. Rakyat mintak SPRM siasat!!! Shahrizat selaku menteri pembanguan wanita, keluarga dan masyarakat. Rakyat mintak SPRM siasat!!! ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana didakwa cuba memutarbelitkan fakta dan "terang-terang tampil untuk melindungi (perbuatan) pecah amanah." Jawapan SPRM nanti ialah "Itu semua adalah corruption commission dan kami dapati tiada bukti yang boleh mendakwa mereka. Selepas siasatan rapi, kami mendapati kondo tersebut sebenarnya digunakan untuk tempat mem'feedlot' lembu". Tutup kes. reformisanakmuda KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Juru X-ray Hospital Selayang cabul penuntut kolej Posted: 12 Nov 2011 01:28 AM PST Bilik Xray-Sekadar Hiasan KUALA LUMPUR: Seorang juru-x-ray mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini, Jumaat terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang penuntut kolej swasta, tiga bulan lepas. Amri Hamzah, 30, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan gadis berumur 18 tahun itu di dalam bilik x-ray Hospital Selayang, Gombak di sini 4.45 petang, pada 14 Ogos. Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Mohd Fitri memohon jaminan dikurangkan kepada RM3,000. Majistret Mohd Isa Md Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Disember depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA mimpi-senja KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 11 Nov 2011 06:25 PM PST Projek lembu: Beli kondo untuk pelaburan, kata Khairy Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta. NONEPembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net. "Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan? "Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Saifuddin Nasution dan juga pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli berhubung pembelian hartanah yang disifatkan sebagai penyelewengan dana awam. Pembelian untuk kondominium eksklusif berkenaan telah direkodkan sebagai hutang NFC kepada NMLC, dakwa Saifuddin semalam. Mengulas lanjut, Khairy pula berkata, NLMC telah membeli apartmen mewah itu daripada dana yang disalurkan daripada dana NFC. "Menurut kajian saya, memang benar NLMC telah membeli apartmen One Menerung di Bangsar. Pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC daripada akaun pinjaman khas yang dikawal selia oleh kementerian kewangan dan juga kementerian pertanian dan industri asas tani. "Daripada sumber ini, NFC telah memindah sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC," katanya lagi yang menjelaskan bahawa peruntukan itu bertujuan untuk menampung kos operasi NLMC – menyembelih, mengasingkan daging dan tulang, serta pembungkusan dan penghantaran kelewatan projek fidlot. Khairy juga berkata pengurusan NLMC membuat keputusan untuk melabur dalam aset hartanah yang "boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi" akibat kelewatan operasi berkenaan. NONE"Sudah pasti mereka mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikan harga apartmen itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap. "Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC," kata Khairy lagi. Mengulas mengenai kelewatan operasi projek lembu fidlot tersebut pula, Khairy berkata perkembangan itu bukan disebabkan pengurusan NFC tetapi memandangkan kerajaan tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk membangunkan ladang satelit. "Apabila ladang ini tidak dibangunkan, sebahagian dari duit yang ada pada NLMC tidak dibelanjakan. Kerajaan juga masih tidak dapat membina pusat penyembelihan yang menepati piawai antarabangsa sepertimana perjanjiannya dengan NFC," katanya lagi. Dengan panjang lebar, Khairy turut menjelaskan bahawa wang berkenaan tetap disalurkan kepada NFC walau berlaku kelewatan operasi kerana "kerajaan telah meluluskan penggunaan pinjaman dari akaun pinjaman khas kepada NFC mengikut perancangan awal tanpa apa-apa kelewatan kepada operasi NFC." "Tetapi apabila keadaan ekonomi dunia dan negara menjadi lebih mencabar, adalah menjadi wajar untuk kerajaan menyusun semula keutamaan perbelanjaannya dan inilah yang menyebabkan kelewatan operasi NFC seperti dijelaskan di atas," katanya lagi. Mkini Published with Blogger-droid v1.7.4 |
Posted: 11 Nov 2011 04:48 PM PST Sekumpulan mahasiswa mendakwa telah dikasari pemuda BN sewaktu menyambut ketibaan Perdana Menteri di Majlis Rumah Terbuka Deepavali Malaysia 2011, di Kampung Jawa Klang malam tadi.Mereka terdiri dari empat orang, dari Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) mendakwa dikepung oleh 30 pemuda BN ketika cuba mempamerkan sepanduk yang bertulis "Mahasiswa gesa kerajaan pinda AUKU dan Akta 174″ kira-kira jam 8.30 malam sebelum ketibaan Datuk Seri Najib Razak. Setiausaha Kami, Khairul Rafidi yang mengesahkan perkara itu kepada Harakahdaily berkata, ketika kejadian pemuda BN tersebut telah datang berjumpa kumpulan mereka dan mengugut agar tidak menaikkan sebarang banner. Menurutnya, keadaan kemudian menjadi tegang apabila mahasiswa tersebut tidak mahu berganjak. Dua ahli Kami yang terlibat dalam kejadian itu, Haziq Fikri dan Khalid Mohd Ismath pula mendakwa mereka didatangi kumpulan pemuda BN itu secara kasar dan terus menolak mereka. "Mereka datang seperti gangster. Mereka ugut dan sentuh kami malah menolak kami dengan kasar", kata Haziq yang mendakwa mereka hanya diam kerana khuatir akan keselamatan mereka memandangkan jumlah pemuda BN terlalu ramai. Selepas itu katanya, beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Raja yang juga berada di tempat kejadian datang membantu mereka keluar dari kepungan tersebut. Ekoran kejadian itu juga, mereka terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk menaikkan sepanduk tersebut ketika perdana menteri tiba di situ. posted from Bloggeroid |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan