Rabu, 2 November 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Perebutan jadi calon BN makin tegang

Posted: 02 Nov 2011 08:28 AM PDT

Pertembungan kepala-kepala dalam Umno ni dah lama dah sebab masing-masing hendak jadi calon PRU-13 nanti.


"Mungkin pada permukaan cuma nampak kocakan-kocakan kecil, tetapi di dasarnya sedang bergelora dengan dashyat."

Demikian perumpamaan yang diberikan oleh anggota Pemuda Umno Kelantan yang mahu dikenali sebagai Adi, 41, ketika cuba memberikan gambaran suasana tegang dalam perebutan kerusi sebagai calon Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) dalam Umno.

Menurut Adi yang juga menjawat jawatan yang tidak kurang penting dalam sayap parti itu di sebuah bahagian di negeri itu, perebutan untuk dipilih sebagai calon itu telah lama berlaku dan semakin tegang semenjak akhir-akhir ini.

"Pertembungan kepala-kepala dalam Umno ni dah lama dah sebab masing-masing hendak jadi calon PRU-13 nanti. Tetapi nampaknya sekarang dah semakin tegang, dah jadi macam semakin tak terkawal lagi dah.

"Bila pemimpin lebih tinggi atau pusat nasihat, masing-masing nampak macam okey sahaja, tetapi di belakang dah tak boleh makan cakap lagi dah sebab mungkin bagi dia orang ni, orang atas pun lebih teruk agaknya.

"Di sini, sampai ada dah bertindak mengaibkan saingan dengan mengeluarkan video pengakuan janda kena rogol pula," kata beliau ketika dihubungi semalam.

"Tetapi perang sebab berebut nak jadi calon ni bukan berlaku di Kelantan sahaja, di negeri lain macam Selangor pun saya dah dengar banyak cerita berebut kerusi sampaikan saya dengar dah ada buat pelan khusus nak sabotaj kalau tak tercalon," kata beliau.

Ketika ditanya samada beliau mengetahui kesahihan pengakuan dalam video tersebut, beliau menyarankan pihak yang mendakwa sebagai mangsa rogol agar membuat laporan polis dan bukannya membuat pengakuan di dalam video sahaja.

Mengaib, jatuhkan saingan

"Saya tak boleh nak kata pengakuan tu betul atau tidak, boleh jadi ya atau fitnah, tetapi yang saya nak tanya kenapa sanggup keluar pengakuan di video kalau tidak bertujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan individu tertentu, patutnya buatlah laporan polis.

"Sama juga dengan orang yang didakwa dalam video tu, kalau rasa difitnah cepat-cepatlah buat laporan polis, dia pun bukan tak tahu kewujudan video tu, malah rakan dari bahagian individu itu beritahu saya, dia tahu dalang sebalik rakaman tu.

"Tetapi setahu saya masih belum ada sebarang laporan polis dibuat samada oleh wanita itu atau dari pihak Ketua Bahagian tu," ujar beliau lagi.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan tindak-tanduk segelintir pihak di dalam Umno dan penyokong mereka yang sanggup membuat apa sahaja demi mendapatkan kedudukan dan kuasa.

"Itulah, bila pembangkang kata kita kaki porno, kita marah, tetapi tengoklah sendiri apa yang kita dah buat, sebab itulah dia orang cap kita kaki porno.

"Dahulu pun, masa video Anwar keluar, bukan main seronok lagi kita bersorak, tetapi sekarang cuba awak fikir, video pengakuan janda ini pun gunakan kaedah dan matlamat yang sama juga, cuma kita tak tahu kebenaran video-video ni.

"Nanti rakyat tanya, apa ni? Tak ada isu lain ke? Mula-mula cerita liwat, liwat pun ada satu dan dua pulak tu, lepas tu video sekslah, ramas buah dadalah, sekarang cerita rogol pulak.

"Apa ni? dia orang ingat masyarakat sekarang ni macam tahun 80an, 70an atau sebelum tu lagi dahulu ke? Apa Umno cakap orang terus percaya saja.

"Sekarang ni kalau betul pun, belum tentu orang terus nak percaya bulat-bulat, apa lagi yang nampak sangatlah jelas ada motif politiknya, dah tu banyak sangat yang tak kenanya.

"Jangan sampai akhirnya nanti kita sendiri juga yang terkangkang nanti," ujar beliau melahirkan rasa kecewanya.

Terdahulu, FMT dalam laporan sebelumnya, melaporkan VCD pengakuan seorang janda yang mendakwa di rogol oleh seorang ketua bahagian Umno Kelantan di sebuah hotel di Golok, Thailand telah disebarkan di negeri terbabit.

10 Adun Umno T’ganu digugurkan?

Posted: 02 Nov 2011 08:22 AM PDT

Mereka dari kumpulan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh menentang kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.



PETALING JAYA: Nasib masa depan sekumpulan wakil rakyat Umno di Terengganu kini tidak menentu kerana mereka belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi masing-masing atau sebaliknya.

Umno Terengganu berpecah kepada dua kem. Mereka dari kumpulan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan semakin diketepikan oleh kumpulan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

"Sekurang-kurangnya 10 Adun Umno dari kumpulan Idris dijangka digugurkan," kata sumber Umno negeri hari ini.

Antara wakil rakyat yang menjadi sebutan digugurkan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid; Datuk Din Adam (Bukit Besi); Alias Abdullah (Alor Limbat); Zakaria Ariffin (Paka); Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri).

"Muka-muka baru dari kumpulan Ahmad akan menggantikan mereka, kita sedang memilih calon baru untuk kawasan-kawasan berkenaan. Ini membuka peluang kepada wakil rakyat penyokong Idris untuk bertanding semula dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

'Saya bersedia digugurkan'

Sementara itu, Nawi yang dihubungi hari ini berkata, beliau sedia digugurkan dari bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun katanya, wakil rakyat lama dan sudah bertahun-tahun menjadi Adun juga perlu digugurkan.

"Tidak boleh lagi Adun-Adun lama bertahan kerana kita perlu meletakkan wakil rakyat muda. Masa sudah berlalu…bukan waktu lagi untuk wakil rakyat yang sudah tua," tambahnya.

Nawi yang juga naib ketua Umno bahagian Besut berkata, Umno negeri sudah kembali normal kerana kumpulan Idris dan Ahmad sudah berbaik semula.

Katanya, tidak ada lagi kumpulan Idris dan kumpulan Ahmad, semuanya sudah menjadi satu.

Pada 2008, selepas pilihan raya umum Umno Terengganu terbelah dua apabila sebahagian besar Adun menentang pelantikan Ahmad sebagai menteri besar.

Piket: MTUC perlu mohon permit polis

Posted: 02 Nov 2011 08:20 AM PDT


MALAYSIA KINI

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) masih perlu mengemukakan permohonan permit kepada polis berhubung cadangan mengadakan piket esok, seperti yang termaktub dalam Seksyen 27 Akta Polis 1967.

NONEPengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Salleh Mat Rasid berkata walaupun surat yang memaklumkan tujuan serta lokasi piket itu diadakan telah dihantar kepada Ketua Polis Negara, prosedur untuk mengadakan perhimpunan masih perlu dipatuhi.

"Dalam hal ini, Akta Polis masih berkuatkuasa...sebarang perarakan mesti mendapat kelulusan ketua polis daerah masing-masing. Mereka perlu kemukakan permohonan dan kami akan pertimbangkan sama ada ia (boleh) menjejaskan keselamatan awam atau tidak.

"Tak kisahlah mereka nak berhimpun sehingga 100,000 orang sekalipun. Kalau ia tak mudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam, kami akan luluskan. Kami bukanlah kejam sangat tidak benarkan sebarang perhimpunan diadakan," kata Salleh kepada pemberita di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, di ibunegara hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Inspektor Siri 1/2011.

Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor semalam berkata piket bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955 yang diluluskan Parlimen pada 6 Oktober lepas, tidak akan mengganggu ketenteraman awam serta tidak mengganggu tugas pekerja terbabit kerana ia akan diadakan selepas waktu bekerja iaitu antara pukul 5 dan 6.30 petang.

Beliau berkata piket itu dijangka melibatkan antara 300 hingga 500 orang di setiap lokasi dan pegawai kesatuan telah diberi tanggungjawab memastikan piket berlangsung secara aman.

Pada majlis itu, seramai 118 inspektor percubaan iaitu 93 lelaki dan 25 wanita menamatkan kursus asas untuk kenaikan pangkat secara lantikan.

Ini adalah julung kali pengambilan inspektor dibuat dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda menerusi Skim Perkhidmatan Polis yang baru. Bernama

Ahli akademik cadang mahu berarak ke Putrajaya

Posted: 02 Nov 2011 08:17 AM PDT



Aidila RazakForum yang membincangkan kebebasan akademik di Universiti Malaya malam tadi bertukar menjadi mesyuarat bagi ahli-ahli akademik yang berang dengan apa yang berlaku kepada rakan sekerja mereka, pensyarah undang-undang Profesor Abdul Aziz Bari menuntut tindakan.

Sambil membidas, apa yang mereka sifatkan sebagai lantikan politik dalam bidang akademik dan cubaan 'menutup mulut' mereka yang tidak sealiran dengan kerajaan, kira-kira 30 ahli akdemik dari universiti awam dan swasta mengemukakan beberapa cadangan.

NONEIni termasuk supaya berarak di jalan-jalan bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

"Jika kita boleh mendapatkan 1,000 ahli akademik berarak ke Putrajaya, saya rasa kerajaan akan mendengar suara kami," kata felo penyelidik kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Denison Jayasooria yang mendapat ilham berdasarkan perarakan peguam-peguam pada 2007.

Denison berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan yang diluahkan oleh Isham Pawan Ahmad dari Universiti Islam Antarabangsa yang berkata hanya 60 daripada 2,000 kakitangan akademik universiti, itu telah menandatangani kenyataan akhbar sebagai sokongan kepada Abdul Aziz.

"Jika kita berjumpa rektor dengan hanya 60 nama, ini amat memalukan," kata Isham yang merupakan seorang profesor madya.

Beliau juga membidas Majlis Profesor Negara yang dikatakan bertanggungjawap berhubung keadaan hari ini.

NONE"Kita mungkin boleh dapatkan beberapa profesor dalam majlis itu untuk menyokong kebebasan akademik yang lebih tinggi supaya kita boleh memalukan majlis itu (kerana tidak membuat pendirian mengenai isu tersebut)," katanya.

Felo kanan penyelidikan Universiti Malaya, Muhammad Ikmal Mohd Said pula mencadangkan penubuhan sebuah Dewan, seperti yang ditubuhkan oleh ahli-ahli akademik di kampus universiti itu pada 1985 sebagai tindak balas berhubung pemecatan dan penurunan pangkat dua rakan sekerja mereka.

"Tiap-tiap persatuan akademik perlu menggerakkan, contohnya, menubuhkan sebuah Dewan bagi menunjukkan kuasa ahli akademik mengenai isu ini. Semacam satu demonstrasi," kata Ikmal tetapi bimbang hanya segelintir akan hadir.

Kejahilan dorong Melayu bantah mansuh PPSMI

Posted: 02 Nov 2011 08:02 AM PDT

MALAYSIA KINI

Tindakan sesetengah golongan Melayu yang masih membantah pemansuhan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seolah-olah tidak menggambarkan semangat jati diri sebagai bangsa Melayu, kata tokoh bahasa Melayu Profesor Emeritus Datuk Nik Safiah Karim.

Menurutnya, tindakan golongan itu didorong sifat kejahilan kerana tidak mengetahui sejarah kegemilangan bahasa Melayu sehingga mengagungkan bahasa lain.

anti ppsmi a million post card campaign"Saya selalu merungut dan sedih apabila orang Melayu sendiri menolak bahasa kebangsaan dan memilih untuk memuja bahasa Inggeris seperti yang berlaku sekarang iaitu berkenaan dasar PPSMI," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas majlis penutup Persidangan Antarabangsa Karya Agung Melayu Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh di Melaka.

Mengenai persidangan antarabangsa dua karya agung itu yang bertajuk 'Kerelevanan Citra dan Akal Budi Melayu dalam Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah Pada Hari Ini', Nik Safiah berkata kedua-dua karya agung itu relevan sehingga kini.

Beliau berkata kedua-dua karya itu menggambarkan sikap dan imej masyarakat Melayu sekarang melalui kontrak kesetiaan yang wujud antara raja Melayu dan rakyat Melayu pada zaman dahulu, sifat taat setia kepada raja yang dipegang oleh masyarakat Melayu, huraian tentang adat dan istiadat raja Melayu dan tradisi menuntut ilmu.- Bernama

ADUN Kota Siputeh dilarang hadir DUN Kedah

Posted: 02 Nov 2011 07:57 AM PDT

Hafiz YatimADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif akan dihalang daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang sebulat suara membenarkan permohonan penangguhan keputusan oleh speaker DUN Kedah Dr Abdul Isa Ismail, terhadap penghakiman 18 Ogos lalu yang mengekalkan kedudukan Abu Hassan sebagai wakil rakyat kerusi itu.

Peguam Edmund Bon, yang mewakili Abdul Isa dengan Zulqarnain Lokman membuat permohonan itu hari ini.

Beliau berkata Abdul Isa telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dan jika mahkamah berkenaan memutuskan sebaliknya, apa-apa keputusan yang dibuat oleh DUN - terutamanya semasa pembentangan bajet bulan ini - boleh diisytiharkan batal dan tidak sah.

NONE"Dengan keputusan hari ini, Abu Hassan (kanan, bertali leher) akan dihalang daripada menghadiri sidang pada bulan ini," Bon memberitahu Malaysiakini.

"Mahkamah Rayuan masih belum memberikan alasan bertulis berhunung keputusan 18 Ogos dan sehubungan itu, Mahkamah Persekutuan belum boleh mendengar rayuan itu. Kami terpaksa mengambil langkah ini untuk memastikan kesahihan sidang dewan (akan datang)."

Hakim Datuk Sulaiman Daud mengetuai panel tiga hakim yang mendengar permohonan tersebut. Dua lagi hakim ialah Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Anantham Kasinater.

Pada 18 Ogos, Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Ramly Ali membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua tahun lalu, yang mengisytiharkan kerusi Kota Siputeh kosong.

Tiada hujahan yang diberikan oleh Hakim Ramly yang bersidang bersama Hakim Datuk Linton Albert dan Datuk ziah Ali.

Bagaimanapun, pada bulan November 2009, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas beliau mendapati ada asas bagi permohonan Isa Abdul kerana Abu Hassan gagal menghadiri dua mesyuarat sidang DUN tahun tersebut.

Usul potong sebulan gaji PM gagal tapi 'panas'

Posted: 02 Nov 2011 07:54 AM PDT

Hazlan Zakaria

Pertikaman lidah berlaku di Dewan Rakyat hari ini ketika ahli parlimen berbahas berhubung usul untuk memotong sebulan gaji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

NONEMalah Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga hilang sabarnya, setelah diasak semasa perbahasan usul yang dibawa oleh Tian Chua (PKR-Batu), yang mendakwa "masalah dan kepincangan" berlaku sejak Najib menjawat jawatan itu pada April 2009.

Usul itu, bagaimanapun ditolak dengan undi majoriti setelah dibahaskan oleh beberapa orang ahli parlimen termasuk dari Pakatan Rakyat dan kerajaan. Ia mendapat tentangan hebat dari BN termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Apa yang memberangkan Pandikar adalah apabila ahli parlimen mencelah tanpa kebenarannya - satu pencabulan peraturan tetap dewan.

Speaker itu juga membidas ahli Dewan Rakyat yang cuba 'mengarahkannya' mengenai cara melakukan tugasnya itu, di sebalik diri mereka yang gagal mematuhi peraturan dengan menggunakan perkataan seperti 'bodoh'.

Bagi mengendurkan ketegangan, Pandikar membenarkan setiap wakil rakyat untuk berbahas selama sepuluh minit.

Tian Chua dan seorang penyokong pembangkang dibenar memulakan debat dan diikuti oleh dua anggota dari Kelab Penyokong BN dan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapannya.

NONEUsul itu adalah untuk mengurangkan gaji sebulan perdana menteri sebanyak RM22,826.65 dengan alasan, antaranya tindakan Najib yang didakwa tidak sensitif dengan kesusahan yang dihadapi rakyat apatah lagi dengan kadar inflasi yang tidak terkawal.

Usul tersebut dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2012 bagi Jabatan Perdana Menteri.

Pembangkang juga menempelak langkah kerajaan membayar jutaan ringgit kepada firma perundingan perhubungan awam seperti Apco Worlwide dan FBC Media untuk mempromosi negara yang dikatakan memburukkan lagi keadaan.

ACCIN buat laporan polis bantah 'Seksualiti Merdeka'

Posted: 02 Nov 2011 07:50 AM PDT

Abdul Rahim Sabri

Sebuah gabungan NGO Islam hari ini membuat laporan polis terhadap penganjur program "Seksualiti Merdeka 2011: Queer Without Feer" yang bermula semalam hingga 13 November ini.

Laporan polis itu dibuat oleh setiausaha Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), Dr Mohd Roslan Mohd Nor di Balai Polis Pantai kira-kira jam 4 petang ini.

accin police report against sexuality merdekaDalam laporan polis tersebut, ACCIN membantah sekeras-kerasnya tindakan penganjur, penajaga dan penyokong program itu, yang didakwa gabungan itu yang melibatkan menjayakan "agenda gerakan homoseksual" di Malaysia sejak 2008.

ACCIN dianggotai 17 NGO Islam termasuk Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al-Hidayah, Darul Fitrah, MACMA, IIS, MUAFAKAT, ISMA, AL-Hunafa, IMAN, Jam'iyah, Darusshifa, WAMY, GEPIMA dan PERKIM.

Dalam laporan polis tersebut, ACCIN berkata, program itu yang didakwanya menuntut pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), bukan sahaja mengakibatkan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi.

Tetapi, dakwa ACCIN, ia juga mencerca syariah, perundangan Malaysia, asas moral dan kesucian semua agama, serta boleh mengancam ketenteraman dan kemanan negara.

Dalam laporan polis itu juga, Dr Mohd Roslan meminta agensi penguatkuasaan, khususnya polis, menyiasat dan bertindak tegas menghalang program, gerakan dan individu yang mengakui sebagai homoseksual tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan berdasarkan peruntukan undang-undang syariah dan sivil.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan tersebut, beliau juga meminta pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan bantahan bagi menyelesaikan perkara ini.

accin roslan police report against sexuality 2Dr Mohd Roslan yang juga setiausaha agung PUM mendakwa penganjuran program ini "ingin mencabar kedudukan perlembagaan" yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan.

"Apabila Islam sebagai agama persekutuan, ia melibatkan Yang di-Pertuan Agong. Maka ia bermaksud mencabar kepimpinan tertinggi (negara)," katanya.

Menurutnya lagi, asas bantahan mereka juga adalah berdasarkan kepada Artikel 25 Deklarasi Kaherah Mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam.

Artikel tersebut - yang dipersetujui oleh semua negara Islam - menyatakan setiap polisi yang hendak dijalankan mestilah tidak bercanggah dengan prinsip Syariah.

"Oleh itu LBGT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) bercanggah (dengan syariah) dan bercanggah dengan deklarasi (itu)," katanya.

Sementara itu, ketua biro tugas-tugas khas (undang-undang) PUM, Mohd Khairul Anwar Ismail pula berkata, perjuangan hak asasi perlu dipandang dalam kerangka agama.

Jika tidak, katanya, ia akan membawa implikasi bahawa rakyat Malaysia akan menjadi seperti di negara barat yang membenarkan hubungan sesama jenis yang di luar batas agama.

PERKASA: Ambiga 'dajal', mahu diambil tindakan

Posted: 02 Nov 2011 07:47 AM PDT

Hafiz Yatim

Melabelkan pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga sebagai 'dajal', Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menuntut tindakan diambil terhadap Ambiga yang didakwanya "mempromosi ajaran terlarang dengan menggalakkan homoseksual".

NONEKetua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris mendakwa, bekas presiden Majlis Peguam itu sedang membawa "agama baru" yang bergabung sama dengan hak asasi dan menggalak homoseksual.

Irwan mengulas program Seksualiti Merdeka yang akan dirasmikan oleh Ambiga pada 9 November ini.

"PERKASA menentang program ini kerana homoseksual adalah perbuatan terlarang dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap program ini.

"Rakyat perlu mengenali Islam sebagai agama rasmi persekutuan. PERKASA tidak mahu melihat aktiviti menghakis Islam dan agama lain.

"(Homoseksualiti) adalah juga dikutuk oleh agama lain. Maka polis dan pejabat peguam negara harus bertindak segera (terhadap Ambiga)

NONE"Ratusan laporan polis telah dibuat terhadap Ambiga, tetapi tiada
tindakan diambil. Ia menunjukkan seolah-olah beliau kebal dan kami mahu hal ini dihentikan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Dang Wangi membantah program Seksualiti Merdeka.

Ketika dihubungi, Ambiga enggan mengulas.

MTUC: Piket diteruskan, tak timbul isu ‘haram atau tak haram’

Posted: 01 Nov 2011 04:12 PM PDT

TERKINI


Ahli-ahli MTUC sewaktu protes di luar perkarangan Paliamen pada 3 Oktober 2011.

KUALA LUMPUR — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan tidak timbul soal "haram atau tidak haram" sebaliknya tindakan berpiket Khamis ini adalah hak pihaknya sebagai sebuah badan induk demi mempertahankan para pekerja daripada implikasi buruk pindaan Akta Kerja 1955.

Badan induk kesatuan sekerja itu memutuskan untuk mengadakan piket yang kedua, kali ini peringkat nasional.

Justeru, Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata, Kementerian Sumber Manusia khususnya Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam perlu membezakan antara pertikaian perhubungan perusahaan dan perhimpunan aman menuntut kepentingan pekerja dipelihara.

Katanya, MTUC sedar bahawa piket minggu ini bukan satu pertikaian perhubungan perusahaan, sebaliknya protes pergerakan kesatuan sekerja membantah tindakan kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia mengambil keputusan yang dilihat akan merugikan kaum pekerja dalam jangka panjang.

"Menjadi hak menteri, apa yang mahu diperkatakan. Apa yang kami putuskan adalah hak kami. Kita berhak untuk mengambil tindakan jika tindakan atau keputusan kerajaan nampak mengetepikan hak pekerja," kata beliau dengan menekankan bahawa "tidak timbul soal haram atau tidak haram."

"Saya mendapati kenyataan menteri juga mengatakan jika hendak mengadakan perhimpunan aman, boleh diadakan.

"Jadi, betul apa dikatakan oleh menteri, kami hanya mengadakan perhimpunan aman... terima kasih kepada menteri kerana faham, cuma kami panggil sebagai piket, di mana bagi MTUC piket juga satu bentuk perhimpunan aman," kata Khalid lagi.

Katanya, MTUC juga telah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara dan ketua-ketus polis negeri mengenai hasrat mahu mengadakan piket di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.

"Kami telah memaklumkan bahawa MTUC hendak mengadakan piket secara aman dan minta kerjasama pihak polis," katanya. Surat makluman telah dihantar minggu lalu.

Dalam satu ucapan di ibu negara malam tadi, Dr Subramaniam berkata MTUC tidak ada hak untuk mengadakan piket berhubung kontroversi pindaan Akta Kerja 1955 kerana ia bukan satu pertikaian perhubungan perusahaan.

"Dari segi undang-undang, mereka tidak boleh mengadakan piket berhubung isu ini. Mereka hanya boleh berpiket berkaitan dengan pertikaian perhubungan perusahaan, membabitkan antara majikan dan pekerja.

"Ini adalah isu dasar kerajaan. Jika mereka berpiket, mereka bertindak bertentangan dengan undang-undang," kata beliau,

MTUC memutuskan piket nasional pada mesyuarat majlis am pada 10 Oktober lalu. Piket pertama berkaitaan rang undang-undang itu telah diadakan pada 3 Oktober lalu di kawasan bangunan Parlimen.

Selepas tiada sebarang reaksi positif daripada kerajaan termasuk pertemuan dengan menteri itu minggu lalu, MTUC mahu meneruskan piket kebangsaan bagi memberi penjelasan kepada orang ramai khususnya kaum pekerja mengenai kesan pindaan Akta Kerja.

MTUC juga meletakkan harapan pada anggota Dewan Negara untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang itu.

Piket 3 Oktober lalu diadakan bagi mendesak Kementerian Sumber Manusia menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011) di Parlimen tetapi desakan dan rayuan MTUC tidak dilayan pihak kerajaan.

MTUC mendakwa ia tidak membantah keseluruhan pindaan Rang Undang-undang Kerja sebaliknya hanya beberapa peruntukan baru termasuk sistem kontraktor bagi tenaga kerja.

Subramaniam berulang kali mempertahankan tindakan itu sebagai salah satu cara melindungi pekerja negara ini.

Mengulas lanjut, kata Khalid, MTUC merupakan badan gabungan yang terdiri daripada kesatuan-kesatuan sekerja yang ada hak untuk membantah apa sahaja dasar dan keputusan majikan dan kerajaan, yang memberi kesan dan impak negatif.

"Kami merupakan badan induk yang mewakili pekerja negara ini, yang jumlahnya kira-kira enam juta orang, kami berhak untuk membuat bantahan," katanya lagi.

MTUC gesa MEF jangan ‘ugut’ pekerja, halang sertai piket

Posted: 01 Nov 2011 04:09 PM PDT


KUALA LUMPUR ― Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menggesa Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) supaya tidak mengambil tindakan berunsur menakut-nakutkan pekerja dalam usaha menghalang mereka daripada menyertai piket memprotes pindaan Akta Kerja 1955, Khamis ini.

Badan induk kesatuan sekerja itu juga melahirkan rasa kesal kerana MEF telah mengeluarkan arahan agar tidak menyertai piket atas alasan piket bukan satu bentuk pertikaian perhubungan perusahaan selain melanggar undang-undang lain yang melarang orang ramai berkumpul.

"Saya kesal dengan tindakan MEF yang mengeluarkan surat kepada anggota mereka, di mana anggota mereka (majikan) menggunakan ke atas pekerja-pekerja mereka.

"Saya rasa tindakan ini bersifat mahu menakut-nakutkan pekerja, anggota MTUC... oleh itu kami minta jangan guna surat itu ke atas pekerja," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Halim juga berkata memang benar piket anjuran MTUC bukan tindakan pertikaian perhubungan perusahaan dan oleh itu ia diadakan selepas waktu pejabat atau waktu kerja.

Piket akan diadakan di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara iaitu di kawasan Seksyen 15 Shah Alam, Jalan Persiaran Kuala Selangor, Teluk Panglima Garang, Banting; Jalan Barat, Petaling Jaya; Bukit Rajah dan Rawang-Sg Choh dan depan Pearl View Hotel, Prai di Pulau Pinang; Air Terjun, Air Keroh di Melaka (dekat Majlis Perbandaran Melaka dan Jaya Jusco), depan Bangunan MTUC, Ipoh, Perak; Padang Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan, Padang Masjid Negeri, Kuantan, Pahang; depan Kota Baru Trade Centre, Kota Baru di Kelatan; berdekatan bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, di tepi jalan di antara lampu trafik depan Hotel Tang Dynasty dan lampu trafik Centre Point dekat Wisma Merdeka, Kota Kinabalu, depat kilang Sime Tyres International Mergong; Jalan Simpang Tiga (depan Bangunan Sultan Iskandar) di Kuching.

Halim berkata MEF dan MTUC merupakan pertubuhan profesional yang sedia mengetahui peranan dan fungsi masing-masing.

"Kalau MEF menggunakan imej korporat, MTUC pula menggunakan hak tenaga kerja untuk mencapai matlamat kami melindungi para pekerja.

"Saya merasakan MEF tidak perlu mengambil tahu jika tidak mahu menyokong kami. Jangan hendak menakut-nakutkan pekerja, saya fikir perkara ini tidak baik dalam semangat tiga pihak," katanya lagi.

Taklimat RO dijangka selesai November, persiapan SPR hampiri PRU-13

Posted: 01 Nov 2011 04:08 PM PDT


KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipercayai sudah berada di paras momentum yang tinggi untuk menguruskan pilihan raya umum ke-13 - dengan taklimat bagi 222 pegawai pengurus pilihan raya (RO) — mengambil kira jumlah kerusi Parlimen, dijangka selesai akhir bulan ini.

"Berdasarkan jadual yang telah diaturkan, sesi taklimat ini akan selesai dalam tempoh kira-kira sebulan," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada The Malaysian Insider.

Sebalik sahaja pegawai-pegawai pengurus pilihan raya dan penolong masing-masing diberi taklimat mereka akan mengadakan taklimat kepada peringkat bawahan.

The Malaysian Insider difahamkan Selangor akan mengadakan taklimat peringkat bawahan minggu ini.

Setakat ini, SPR telah mengadakan taklimat kepada pegawai pengurus di Selangor, Kelantan dan Perak. Ia bermula pertengahan bulan lalu.

Ketika pilihan raya umum 2008, SPR telah menggunakan 222 pegawai pengurus dan 930 penolong pegawai pengurus.

Selain itu, ia juga menggunakan seramai 135,848 petugas pilihan raya dan 9,580 pembantu kepada pegawai pengurus.

Menurut Wan Ahmad, kira-kira satu pertiga pegawai pengurus pilihan raya merupakan muka baru, yang diambil ekoran kewujudan muka-muka baru di peringkat pihak berkuasa tempatan dan pejabat pegawai daerah.

Berdasarkan pengalaman tiga tahun lalu, kesemua 222 RO dan 930 penolong pegawai pengurus telah dilantik pada November 2007 dan diberikan latihan iaitu lima bulan sebelum pilihan raya yang diadakan pada 8 Mac 2008.

Sesi taklimat kepada mereka ketika itu berlangsung selama dua bulan dengan selesai akhir Januari 2008.

Mereka biasanya terdiri daripada pegawai-pegawai daerah, penolong-penolong pegawai daerah dan pegawai-pegawai kanan pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Ketika ditanya sama ada SPR sudah berada di peringkat akhir persiapan menjelang pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, Wan Ahmad enggan berkata begitu.

Sebaliknya jelas beliau, "kami sudah bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab... melakukan segala persiapan."

"Banyak persiapan awal sudah dilakukan, sudah selesai... dan banyak lagi akan dilakukan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain, mencetak buku panduan, menyediakan daftar pemilih, soal logistik dan sebagainya," kata beliau.

Usaha itu termasuklah menyediakan dan mewartkan pusat-pusat pengundian dan saluran-saluran tempat mengundi.

Wan Ahmad juga berkata, ada kerja-kerja persiapan yang dilakukan secara serentak di pelbagai peringkat di setiap negeri bagi menjimatkan masa.

"Selain itu langkah itu diambil bagi mewujudkan keseragaman dalam persiapan di semua peringkat," katanya.

Wan Ahmad yakin pihaknya mempunyai masa yang cukup untuk membuat segala persiapan, lagi pun pilihan raya boleh diadakan dalam masa 60 hari.

"Ya, apabila Parlimen dibubar, masih ada masa 60 hari, apa yang penting ialah kita tidak mahu masalah-masalah lalu tidak berulang," katanya lagi.

Kata beliau, jika ada masa pihaknya akan memberikan taklimat dan latihan pusingan kedua kepada petugas-petugas pilihan raya.

Berdasarkan maklumat semasa kini terdapat 12.2 juta pemilih berdaftar berbanding 10.9 juta yang layak mengundi pada pilihan raya umum 2008.

Isu PPSMI: MCA mahu sastera Inggeris subjek wajib

Posted: 01 Nov 2011 04:07 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR ― MCA menggesa Kementerian Pelajaran memperkenalkan semula subjek sastera Inggeris sebagai mata pelajaran wajib di sekolah dalam usaha memperkukuh penguasaan pelajar terhadap Bahasa Inggeris.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) berkata, terdapat keperluan untuk menyekat kejatuhan standard bahasa Inggeris, sementara kontroversi mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Inggeris (PPSMI) menunjukkan betapa perlunya langkah diambil bagi mempertingkat penguasaan anak-anak dalam Bahasa Inggeris.

"MCA mengambil perhatian tentang langkah-langkah diambil Kementerian Pelajaran dalam menangani kemerosotan standard Bahasa Inggeris.

"Guru-guru bersara boleh diambil semula berkhidmat oleh kerana ramai daripada mereka yang sanggup menyumbangkan kemahiran kepada negara.

"Perlu ada elaun khas bagi guru-guru yang mendaftar untuk mengajar sastera Inggeris di sekolah menengah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Dipetik Bernama Online, Dr Chua berkata beliau sendiri, Timbalan Presiden dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong telah pun menemui Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muyhiddin Yassin.

Mesyuarat itu membincangkan kontroversi ketika ini berhubung pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, yang nampaknya telah banyak menimbulkan perselisihan pendapat di kalangan ibu bapa, guru dan pelajar.

Dr Chua berkata, MCA berpendapat harus ada garis panduan jelas yang dapat membantu menamatkan kekeliruan ini dan pelajar yang telahpun belajar dua subjek itu dalam Inggeris hendaklah dibenar meneruskannya.

"Tidak harus ada gangguan. Pendirian MCA dalam isu ini amat jelas. Kami percaya pemegang kepentingan mesti ada pilihan," katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, MCA juga faham bahawa walaupun baik mendapat pilihan menggunakan Inggeris untuk belajar matematik dan sains, mereka telah juga diberi taklimat tentang kesukaran melaksanakannya jika ibu bapa diberikan pilihan tersebut.

Tiada ulasan: