Cendawan MALAYA |
LEMBU PUNYA SAPI SHARIZAT YG DAPAT NAMA Posted: 14 Nov 2011 05:20 AM PST Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati ada asas untuk mendakwa isu projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil di sini dan menyerahkan kes tersebut untuk disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menurut suruhanjaya itu, keputusan itu dibuat setelah merujuk kepada bahagian perundangan dan pendakwaannya yang mengaklasifikasikan aduan yang diterima bawah kesalahan Kanun Keseksaan. Kes tersebut dilihat para pemerhati politik adalah sangat serius dan sehingga kini tiada ulasan langsung dari pemimpin kanan UMNO mahupun BN untuk mempertahankan isu pembelian kondo melaikan hanya Ketua Pemuda, KJ dan Menteri Pertanian, Noh Omar sahaja yg bersuara mempertahankannya. Sikap membisu Ketua Wanita UMNO, Shahrizat sehingga kini belum lagi bersuara mempertahankan penglibatan keluarganya boleh mendatangkan prasangka yang berlarutan oleh rakyat. Malah sehingga kini seluruh ahli Wanita Umno juga terus membisu dengan skandal NFC yang melibatkan ketuanya itu. |
You are subscribed to email updates from Cendawan MALAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan