BRIGED MP SEGAMBUT |
- DAP MAHUKAN REPUBLIK?..UMNO MEROYAN KE?
- ISLAM BERPILIH PILIH YG SENANG AJA
- TAHANAN MATI DILOKAP POLIS?
DAP MAHUKAN REPUBLIK?..UMNO MEROYAN KE? Posted: 29 Nov 2011 08:12 AM PST Selepas dua tahun, isu cubaan menjadikan Malaysia negara republik oleh DAP dibangkitkan kembali; kali ini oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sambil menyifatkannya "parti paling rasis", Muhyiddin mendakwa tembelang DAP - dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri negara bangsa berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam - semakin kelihatan. "Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. "Apa maknanya ini? Maknanya, sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa," kata timbalan perdana menteri. Akhbar Umno Utusan Malaysia pada 13 Disember 2009 melalui kolumnis kontroversinya Awang Selamat pernah membayangkan wujud usaha "sistematik menuju ke arah negara republik dengan sasaran utama untuk menulis semula perlembagaan." Berucap ketika merasmikan persidangan tiga sayap Umno di Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata, dominasi DAP di Selangor dan kemenangan di Pulau Pinang seolah-olah memberi lesen paling besar kepadanya untuk menyerlahkan sikap "cauvinis melampau". "Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. "DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP," katanya. Aliran Islam pembangkang Bukan sahaja DAP, Muhyiddin juga mengambil peluang mengkritik dua lagi rakan Pakatan Rakyat PKR dan PAS.Sambil menyifatkan PKR sebagai parti "ultraliberal" yang tiada asas moral dalam perjuangan, Muhyiddin mendakwa PKR sedang dibelenggu krisis kredibeliti. "Walaupun satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan ketua umum mereka," katanya. Manakala PAS pula dipersoalkan kerana didakwa menganggap sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding prinsip perjuangan sendiri. "Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti Umno seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan Umno kerana Umno tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP ganti PAS," katanya. "Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini?" Tindakan itu, dakwa Muhyiddin lagi bermakna DAP memberi definisi kepada Islam yang dianuti PAS dan menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh pakatan pembangkang. PAS sebelum ini mengetengahkan idea "PAS ganti Umno" melalui pelbagai seminar dan ceramah di seluruh pelosok negara ini |
ISLAM BERPILIH PILIH YG SENANG AJA Posted: 28 Nov 2011 06:35 PM PST Apakah benar Umno mengamalkan pendekatan wasatiyyah (kesederhanaan) dalam amalan Islam, sedangkan dalam banyak keadaan apa yang diperintahkan Allah seperti tidak diendahkan. Apa yang berlaku sekarang amalan Islam dilakukan mereka secara terpilih di mana meninggal perkara yang bertentangan dengan naluri. Misalnya pelaksanaan perundangan Islam diketepikan, malah lebih mendukacitakan lagi tidak memberi kerjasama apabila ada pihak lain yang mahu melaksanakannya. Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, konsep wasatiyyah dalam Islam berlaku apabila kita mengamalkan Islam sebagaimana diperintahkan oleh Allah Taala. "Perlu diingatkan amalan yang dilakukan tanpa ada pengurangan atau pun penambahan. Sekiranya ada pengurangan atau penambahan maka itulah yang dikatakan melampau. "Seperti juga seorang doktor yang menetapkan seseorang pesakit mesti mengambil kadar tertentu dos ubat. Sekiranya pesakit itu mengambil dos kurang atau lebih, ia dikira melanggar peraturan. "Pesakit perlu mengambil ubat mengikut kadar dos yang telah ditetapkan sebagai ikhtiar bagi menyembuhkan penyakit dihidapi," katanya di sini. Begitu juga kata beliau apa yang PAS perjuangkan selama ini iaitu melaksanakan amal makruf nahi mungkar seperti diperintah Allah. Semalam Biro Penerangan Umno menganjurkan seminar kebangsaan pemahaman Wasatiyyah yang dirasmikan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Muhyiddin pada seminar itu menyebut wasatiyyah mendidik rakyat berfikir dan bertindak secara bijaksana, berkesan dan mengajar agar tidak melampau. Dr Muhammad Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, sebenarnya pemimpin Umno yang bersikap melampau apabila tanpa segan silu banyak melanggar perintah Allah. "Saya peringatkan agar jangan kelirukan umat Islam dengan istilah dalam bahasa Arab, sedangkan pemimpin Umno sendiri kelihatan jauh daripada menuruti kehendak seperti digariskan al Quran," ujarnya. |
Posted: 28 Nov 2011 05:15 PM PST Seorang lelaki yang disyaki penagih dadah meninggal dunia selepas pengsan di pusat tahanan sementara Bukit Jalil petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berumur 50 tahun itu ditemui pengsan di lokapnya pada 3.45 petang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh anggota polis yang bertugas. "Bagaimanapun, doktor yang merawatnya mengesahkan lelaki itu meninggal dunia pada 4.14 petang di bilik kecemasan. "Siasatan awal mendapati si mati tidak mengalami sebarang kecederaan luaran dan ditahan atas reman kes narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sejak 23 Nov lepas," katanya dalam khidmat sistem pesanan ringkas malam tadi. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan