BRIGED MP SEGAMBUT |
- LEMBU DAN GULA GULA:ITUKAH UMNO?
- BUKTI UMNO KHIANATI MELAYU?
- PERANG DENGAN INDONESIA...
- DEMO JIKA ANWAR DIPENJARAKAN
LEMBU DAN GULA GULA:ITUKAH UMNO? Posted: 26 Nov 2011 08:30 AM PST Untuk menutup skandal besar yang tidak terjawabnya saban hari, Umno kini mengambil langkah mudah bersifat murahan untuk menipu rakyat bahawa mereka sedang bertransformasi dan juga giat memberikan gula-gula politik menjelang pilihanraya. Selepas kegagalannya meningkatkan pendapatan kebanyakan rakyat jelata, kerajaan Umno-BN mengambil langkah mudah untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia, kini muncul pula terbaru Kedai Ikan Satu Malaysia yang menjanjikan pelbagai jenis ikan dengan harga yang murah. Umno turut mengambil langkah mudah dalam membendung kemarahan rakyat menuntut hak kebebasan berhimpun dengan percubaan membodohkan rakyat bahawa mereka sedang berubah dengan mengemukakan Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011, yang hanya harum namanya, tetapi lebih kejam daripada akta sebelumnya. Setelah melihat kemarahan para mahasiswa yang kian meningkat terutamanya setelah nasib yang melanda professor Aziz Bari dan keputusan mahkamah rayuan terhadap 4 pelajar UKM, kerajaan Umno dilihat sekali lagi mengambil langkah mudah untuk meredakan keadaan dengan mengumumkan pemindaan terhadap Seksyen 15 AUKU untuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik, tapi pada masa yang sama tetap merayu keputusan mahkamah rayuan yang mengistiharkan seksyen 15 AUKU tidak sah dari segi perlembagaan. Semua langkah mudah yang diambil oleh kerajaan Umno telah memberikan signal jelas kepada rakyat bahawa para pemimpin Umno sememangnya tidak ikhlas, tidak ingin berubah, dan malah sedang bertransformasi ke arah lebih teruk kerana tidak berfikir panjang sebelum mengemukakan sesuatu. Segala langkah mudah yang diambil Umno bermotifkan keuntungan politik pendek semata-mata, dan hanyalah taktik murahan untuk mendapat undi rakyat dalam PRU13 yang semakin mendekat. Kecelaruan dan kenaifan pemikiran pemimpin Umno dalam mengambil langkah mudah ini turut membuktikan kebimbangan mereka dengan perubahan kesedaran politik rakyat kini. Skandal National Feedlot Corporation dan RUU Perhimpunan Awam 2011 telah menyedarkan rakyat bahawa sudah tiba masanya untuk mengiatkan kempen 'Asal Bukan Umno' demi menyelamatkan negara. Katakan 'Cukup' pada pembohongan Umno dan tunjukkan kepada para pemimpin Umno yang bermuka-muka ini bahawa rakyat Malaysia tidak sebodoh dan semurah yang mereka tanggapkan. Kini rakyat hanya mempunyai satu jalan keluar untuk mendapatkan transformasi yang diharapkan untuk negara iaitu menunjukkan menunjukkan jalan keluar bagi Umno dalam PRU akan datang, insyaAllah. Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat 26 November 2011 |
Posted: 26 Nov 2011 07:16 AM PST Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa urusan kerajaan negeri Kelantan dan Persekutuan pasti menjadi lebih mudah dan "mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan, disifatkan sebagai salah satu bukti jelas pengkhianatan Kerajaan BN terhadap rakyat Kelantan selama ini. Sebaliknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau patut malu kerana membuat kenyataan seperti itu kerana ia jelas memperlihatkan sikap sebenar para pemimpin Umno BN yang tidak bertanggungjawab dan ingin lari dari melaksanakan tanggungjawabnya. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan kenyataan Muhyiddin itu jelas menunjukkan Umno BN segaja tidak mahu membayar royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan disebabkan perbezaan parti antara kerajaan negeri yang berada di bawah PAS dan Kerajaan Persekutuan yang kini berada di bawah BN. Menurut beliau, pada hal tindakan tersebut ternyata bertentangan dengan undang-undang dan bertentangan sama sekali dengan perjanjian yang telah dimetrai antara Kerajaan Kelantan dan Petronas. Katanya, dalam hubungan ini, Kerajaan Persekutuan perlu faham dengan perjanjian antara kerajaan Kelantan dan Petronas itu, tetapi kenyataan Muhyiddin itu jelas membuktikan beliau tidak memahaminya. "Sememangnya amat memalukan jika seorang Timbalan Perdana Menteri tidak memahami perkara itu sehingga tergamak membuat kenyataan sedemikian," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Kelmarin, Muhyiddin dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri oleh 1,000 warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan berkata, urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan. Seperti yang dilaporkan media tempatan, beliau berkata, perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri. "Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan. Menurut Tuan Ibrahim, kenyataan Muhyiddin itu jelas membuktikan keengganan Kerajaan BN membayar royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan disebabkan tidak berada dalam satu pasukan, tetapi ia pasti menjadi sebaliknya sekiranya kedua-dua pihak berada dalam satu pasukan. "Disebabkan tidak berada dalam satu pasukan, BN sanggup menganiaya rakyat Kelantan sehingga tergamak memejamkan mata dengan perjanjian sah yang dimetrai antara Kerajaan Kelantan dan Petronas. "Pada hal Kerajaan Persetuan tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Ini bukan sekadar satu pelarian tanggungjawab, tetapi juga satu perlanggaran terhadap konsep federalisme," tegasnya. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang amat kesal kerana sebelum ini Muhyiddin juga pernah mengeluarkan kenyataan yang amat memalukan mengenai bekalan air di Kelantan, dengan mengatakan segala masalah berkaitan dengannya boleh diatasi dengan mudah jika Kelantan dirampas oleh BN. Muhyiddin dalam kenyataan berkata, punca masalah air di Kelantan itu berlaku disebabkan kerajaan Kelantan tiada wang untuk menyelesaikannya, berbanding Kerajaan Persekutuan yang mempunyai banyak wang. "Dalam masa yang sama, seluruh rakyat Kelantan khasnya dan rakyat negara ini tahu, Kerajaan Persekutuan sendiri yang sememangnya melakukan pengabaian terhadap bantuan untuk kerajaan Kelantan sehingga kerajaan Kelantan tidak mempunyai banyak wang," katanya. Itulah sikap sebenar Umno atau Kerajaan BN terhadap rakyat Kelantan, tambahnya, yang sememangnya mencipta pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat Kelantan, termasuk memberikan alasan disebabkan perbezaan parti. "Pada hal, alasan seperti itu tidak sepatutnya ditimbulkan sama sekali. Sebaliknya dalam masa yang sama, semua orang tahu, segalanya berpunca dari kedudukan Umno BN sendiri yang kini semakin ditolak oleh rakyat, tetapi berpura-pura semakin kuat sehingga Muhyiddin sendiri mengatakan BN boleh mencapai kejayaan cemerlang jika PRU Ke-13 diadakan sekarang," katanya. Sekiranya benar-benar kuat, tegasnya, Umno BN tidak perlu mencipta alasan itu untuk mengajak PAS bersatu dengannya, tetapi perlu membuktikannya dengan melakukan reformasi dalam pilihanraya di negara ini dengan antara lain melaksanakan 8 tuntutan Bersih. |
Posted: 26 Nov 2011 07:12 AM PST Walaupun parlimen menarik balik tiga pengisytiharan darurat pada Khamis, peguam Karpal Singh berkata pengisytiharan berkaitan Indonesia dan Konfrontasi masih wujud. Pengerusi Nasional DAP Karpal Singh hari ini berkata bahawa Malaysia masih dalam keadaan perang dengan negara jiran Indonesia ekoran pengisytiharan darurat 1964 masih belum ditarik balik. Katanya, pengisytiharan terhadap konfrontasi Indonesia itu tidak termasuk dalam tiga pengisytiharan yang ditarik balik di Dewan Rakyat pada Khamis. Beliau menambah, pendirian kerajaan bahawa pengisytiharan secara tersirat ditarik balik dengan lulusnya pengisytiharan 1969 seperti dinyatakan dalam penghakiman Majlis Privi 1978 (Teh Cheng Poh lawan pendakwaraya). Majlis Privi merupakan mahkamah tertinggi di negara ini pada waktu itu. |
Posted: 25 Nov 2011 09:58 AM PST Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk mengadakan satu demonstrasi dalam menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Katanya, beliau yakin bahawa kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan. Perhimpunan itu akan dijalankan sebelum satu lagi perhimpunan untuk menuntut pilihan raya adil, BERSIH 3.0, yang dijangka diadakan pada Februari. "Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat. "Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya). "Apakah kita akan duduk diam?" soalnya dalam ucapan penggulungan di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini. Sementara itu, timbalannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dalam ucapan terdahulu berkata perhimpunan itu mungkin akan diadakan pada Februari depan. "Ini bukan soal nak pergi Putrajaya tapi kerana pilihan raya bersih dan adil. Ingat, ini sebabnya," katanya yang turut berterima kasih kepada anggota AMK yang hadir dalam perhimpunan Bersih pada Julai lalu. Katanya lagi, perhimpunan itu membuahkan hasil kerana "kuasa jalan raya" itu menyebabkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan