Anak Sungai Derhaka |
- PM Melayu : Bukan pendirian AMK, bukan pendirian Keadilan, bukan pendirian Pakatan Rakyat...
- PM Melayu : Strategi bodoh Shamsul Iskandar?
- Myanmar luluskan 'Akta Perhimpunan' yang lebih baik dari Malaysia..
- Pemuda DAP, MCA terkejut kenyataan 'rasis' Shamsul
- Bodohkah saya? tanya Anwar
PM Melayu : Bukan pendirian AMK, bukan pendirian Keadilan, bukan pendirian Pakatan Rakyat... Posted: 26 Nov 2011 04:15 AM PST Sebelum ini ada yang sms bagitahu PM Melayu itu adalah satu strategi AMK.. Terkejut jugak aku bila dengar strategi macam tu, entah siapalah golongan pemikir Shamsul Iskandar tu.. Nampak lebih racist dari UMNO, mungkin datang dari Biro Perang Saraf UMNO tu,ya lah.. hanya yang datang dari Biro Perang Saraf UMNO saja yang tak boleh melupakan perkataan Melayu bila bercakap. Nasib baik ada DS Anwar Ibrahim yang membela.. tapi kenapa perlu DSAI pula yang membela? Sebagai Ketua Shamsul Iskandar sendiri sepatutnya yang menjelaskan kepada Media akan kenyataannya itu! Bukan DSAI.. Sebelum korang baca kenyataan DSAI ni aku cadangkan korang baca dulu artikel di (SINI), supaya lebih memahami.. Anwar: PKR-PR tidak sokong pindaan perlembagaan untuk PM hanya Melayu Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menyatakan bahawa "pindaan perlembagaan untuk menjamin agar jawatan Perdana Menteri disandang hanya orang Melayu" sekadar cabaran Ketua Angkatan Muda Keadilan terhadap UMNO, dan ia bukan pendirian AMK, PKR malah Pakatan Rakyat. "Sila baca ucapan Ketua AMK. Bukan pendirian Angkatan Muda, bukan pendirian Keadilan, bukan pendirian Pakatan Rakyat. Oleh kerana UMNO hanya bicarakan soal Melayu, dia cabar UMNO untuk meminda..." kata Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas Kongres Nasional Keadilan dirasmikan di Pulai Springs Resort, Johor Bahru, pagi ini. Turut ditemani Shamsul Iskandar Mohd Akin di sebelahnya, Anwar berkata, "Yang dia lontarkan itu challenge, cabaran kepada UMNO kerana UMNO bicara Melayu, Melayu, Melayu sahaja. Melayu atasan, bukan Melayu rakyat. Jadi, cabar, pindalah!" Bagaimanapun, Shamsul Iskandar berdiam diri sepanjang sidang media yang diadakan bersama Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Azmin Ali dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution. Wartawan kemudian melontarkan soalan bahawa "pindaan perlembagaan memerlukan sokongan ahli parlimen Pakatan Rakyat", lantas Anwar menjawab, "Kita tidak akan sokong! Pendirian kita ialah kekal peruntukan perlembagaan yang ada. Kita cabar UMNO kerana UMNO bicara Melayu sahaja, itu pun kita pertikai, bukan Melayu rakyat. Bukan Melayu bawahan. Melayu atasan." "Jadi mengapa PKR mencabar UMNO untuk melakukan sesuatu yang bersifat perkauman..." Anwar menjawab sebelum wartawan sempat menghabiskan soalan, "Sebab dia sebut negeri ini hanya Melayu, ketuanan Melayu, dasar untuk Melayu, dia cuba kelirukan masyarakat Melayu. Jadi kita nak kata... itu strategi," beliau terus memperbetulkan, "Itu bukan strategi saya! Ini strategi Ketua AMK." Wartawan memanjangkan soalan bahawa PKR seharusnya mencabar UMNO untuk melakukan sesuatu yang maju ke depan dalam pendemokrasian, Anwar bersetuju, "Betul, itu pendekatan. Ia sebenarnya menunjukkan apakah benar, konsisten...(UMNO). Kalau dia buat begitu, dia tidak akan kerana menang... dalam pindaan kerana kita tidak akan menyokong." Sekali lagi Anwar menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menyokong pindaan perlembagaan tersebut, "tetapi kita nak tengok apakah berani UMNO melakukan apa yang dilaungkan di kampung. Di kampung dia laungkan begitu, kalau begitu kita kata bawa ke parlimen! Tetapi bukan pendirian kita." Anwar dibanjiri soalan apakah pendiriannya terhadap pendekatan strategi sebegitu, dan sama ada cabaran ini akan ditarik balik, "Tak timbul. Konteksnya apa, if you suggest to the Malay, it's a Malay country, it's Malay leadership, it's Malays' everything, then we challenge you..." Di sini sekali lagi Anwar cuba mengasingkan diri dari Ketua AMK, dengan memperbetulkan ia sebagai cabaran Ketua AMK. Beliau menegaskan PKR-Pakatan tidak bersetuju dengan pindaan perlembagaan, sebaliknya bersetuju dengan peruntukan perlembagaan yang sedia ada. Bagaimanapun Anwar menambah, pendekatan strategi yang diambil tidak mengubah dasar Keadilan mahupun Pakatan Rakyat. Sebelum sidang media tamat, Anwar diajukan soalan sekali lagi, seandainya UMNO menyahut cabaran Ketua AMK tersebut, bukankah Pakatan Rakyat akan dilihat tidak berani membela kuasa Melayu, jika mengambil pendirian tidak menyokong pindaan tersebut. "Kalau you baca ucapan itu, dia kata ini bukan ukuran berkesan untuk membela Melayu. Dalam ucapan itu disebut, selepas cabaran itu, bahawa pimpinan itu mestilah pimpinan yang tidak rasuah, dan menjaga keadilan untuk semua rakyat. Jadi kita cabar, apa yang mereka kempen di kampung itu dia berani ungkapkan di parlimen. Kemudian, kalau dia buat, kita akan jawabnya dengan hujah ini. Kita tidak sokong kamu sebab kamu main sentimen kaum walaupun kaum Melayu tidak dibela." Merdeka Review |
PM Melayu : Strategi bodoh Shamsul Iskandar? Posted: 26 Nov 2011 04:06 AM PST Ini adalah satu analisa mengenai ucapan Ketua AMK, Shamsul Iskandar yang mencabar UMNO supaya meminda perlembagaan agar jawatan PM hanya disandang oleh orang Melayu.. Mungkin ia sesuatu yang sukar untuk dibayangkan, apabila Timbalan Presiden partinya datang dengan membawa "semangat zaman (zeitgeist)" dalam ucapan perasmiannya; malah dalam ucapan dasar dirinya memetik bekas Timbalan Presiden yang menekankan "keadilan untuk semua" sebagai prinsip perjuangan parti - namun akhirnya "Perdana Menteri untuk Melayu" pula yang menjadi tumpuan - dalam kongres sayap pemuda sesebuah parti yang mendakwa membawa politik baru dengan melaungkan "Keadilan Untuk Semua". Untuk berlaku adil kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin, cabaran "pindaan perlembagaan untuk menjamin agar jawatan Perdana Menteri hanya disandang orang Melayu" - sememangnya dilontarkan dalam konteks di mana siri pengkhianatan UMNO terhadap Melayu disenaraikan. Seperti biasa, kenyataan sedemikian akan cuba dipertahankan sebagai "langkah percaturan politik", dan ia telah diakui secara tidak langsung oleh Shamsul sendiri dalam sidang media selepas itu, apabila mendakwa ianya sekadar "cabaran untuk UMNO". Bagi mereka yang masih mahu membela ketua AMK ini, mungkin hanya boleh memberikan alasan "barangkali pengolahannya kurang baik". Sebelum kita pergi jauh kepada soal idealisme, biar kita kupas beberapa persoalan di sebalik kenyataan ini. Andaikan ini sebagai langkah percaturan politik untuk memerangkap UMNO, apakah ia strategi yang bijak? Mati dua kali Pertama, "cabaran sedemikian" semestinya menembak diri di depan komuniti bukan Melayu. Apa tidaknya, AMK mencabar UMNO untuk melakukan sesuatu yang lebih bersifat "perkauman", dari kaca mata bukan Melayu. Padahal kebanyakan bukan Melayu akur dengan realiti politik bahawa PM disandang Melayu, cuma, apa perlunya "jaminan perlembagaan"? Pendirian Ketua Pemuda DAPSY Anthony Loke jelas, bahawa ini mungkin bukan masanya PM disandang bukan Melayu, tetapi cadangan untuk menyekat bukan Melayu melalui pindaan perlembagaan semestinya dilihat sebagai langkah undur ke belakang. Mungkin dari perhitungan Shamsul (gambar kiri), seandainya UMNO tidak berbuat demikian, maka ia mampu membongkarkan kemunafikan UMNO di depan masyarakat Melayu, lantas Melayu sedar dan mengalihkan sokongannya dari UMNO. Jikalau inilah perkiraanya, maka ia jelas naif - kerana UMNO terkenal sebagai parti politik perkauman. Strateginya senang, seandainya UMNO membalas cabarannya dengan menawarkan agar ahli parlimen PKR atau PAS menyokong bersama agar pindaan ini dibuat, apa pula pendirian PKR, malah Pakatan Rakyat? Di sini langkah percaturan politik Shamsul ini mematikan PKR untuk kali kedua, di depan Melayu - sungguhpun dua kali Shamsul terselamat dalam pemilihan sebagai Ketua AMK. Masalah kepimpinan Shamsul Ia mungkin boleh disifatkan sebagai "bodoh", dari segi strateginya. Padahalnya ia bukan kali pertama Shamsul Iskandar melakukan kesilapan sedemikian. AMK di bawah pimpinan Shamsul pernah mencadangkan "Kongres Anak Melayu" untuk membincangkan masalah Melayu, dalam kongres AMK pada Mei 2010. Tiada masalah untuk PKR membincangkan masalah Melayu, padahal ia lebih dilihat sebagai masalah "pengolahan" pada ketika itu, jikalau dibandingkan dengan kes hari ini. Apa yang menjadi persoalannya - adakah kongres itu telah diadakan untuk meredakan kerisauan Melayu? Jika jawapannya ya, apakah pula hasilnya? Di sini masalah pimpinan Shamsul Iskandar - prestasi, atau hasil kerja. Pernah beliau mendakwa mahu mengumpul 100 ribu tandatangan dari seluruh pelusuk Malaysia untuk membantah pembinaan Menara Warisan Merdeka, tatkala kehangatan suara bantahan dalam laman internet. Tepuk dada tanya selera, di manakah petisyen tersebut, yang dijanjikan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri? Budaya bercakap besar (atau kosong) dan "hangat-hangat tahi ayam" ini yang menjurus kepada kelemahan AMK pada hari ini. Tiada prestasi yang terserlah untuk diserahkan. Ketika menggulung perbahasan pada hari ini, sekali lagi Shamsul mendesak, mengugut untuk turun ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional, seandainya pilihan raya terus sarat dengan penipuan. Anak muda yang progresif tidak ada masalah dengan "jalan raya". Masalahnya cuma, sejauh manakah kemampuan AMK untuk mobilisasi demonstrasi jalanan, sedangkan lebih setengah kerusi dewan dikosongkan sebelum kongres melabuh tirai? Hilang arah Mungkin kegagalan untuk menunjukkan prestasi yang unggul menjejaskan keyakinannya, yang menjurus kepada situasi "serba tak kena". Ucapan meskipun bersemangat, tetapi berkerut-kerut dahi audiensnya. Apabila Shamsul melontar cabaran ini kepada UMNO, beliau seolah-olah lupa bahawa AMK adalah sayap pemuda untuk sebuah parti politik yang mahu mendepani zaman. Beliau bukan mencabar UMNO untuk mengambil selangkah ke depan - agar persaingan politik membawa kemajuan dalam pendemokrasian, sebaliknya cuba "memerangkap" musuh politiknya untuk berundur ke belakang. Sebagai kesudahannya, dirinya yang terperangkap. Parti politik yang disuntik semangat zaman menggagaskan sesuatu yang progresif. Selama ini parti pembangkang meraih simpati, tidak dipersalahkan kerana golongan progresif memahami situasinya yang tercengkam dalam ruang bersuara yang sempit. Ideal yang progresif tidak diketengahkan, dikhuatiri bakal mengundang serangan UMNO, dan pembangkang tidak mempunyai saluran untuk menjelaskan pendirian atau pandangan mereka. Namun simpati ini seolah-olah diambil kesempatan, sehingga mengeluarkan sesuatu yang konservatif, bercanggah dengan politik reformasi, malah semangat zaman! Seandainya situasi ini berlarutan, ia bakal membawa krisis identiti kepada AMK. Shamsul tidak perlu berteori atau memetik konsep canggih dalam ucapannya. Beliau hanya perlu menjawab, "Apakah yang membezakan antara AMK, dengan Dewan Pemuda PAS, DAPSY, dan Pemuda UMNO?" Merdeka Review |
Myanmar luluskan 'Akta Perhimpunan' yang lebih baik dari Malaysia.. Posted: 25 Nov 2011 09:30 PM PST Mat Sabu berkata Malaysia sekarang menanggung malu yang amat sangat kepada dunia luar kerana layan demo Bersih 2.0 dengan begitu zalim.Malah jiran kita Singapura dan Indonesia turut kutuk Malaysia kerana bersikap zalim kepada demo Bersih 2.0 9 julai lalu. "Sekarang ni dalam dunia ni hanya ada dua negara saja yang amalkan undang-undang jakun (undang-undang rimba) iaitu Malaysia dan Myanmar.Cukup teruk.Malaysia lagi teruk daripada Mynmar, pakai baju kuning pun tangkap." – sepenuhnya sila baca di ( SINI ) Jika Mat Sabu mengatakan Malaysia lagi teruk daripada Mynmar.. memang benar kenyataannya itu, berita dibawah menyokong kenyataan Mat Sabu itu.. Yang menjadikan Malaysia lebih teruk dari Myanmar ialah .. The Bill will require demonstrators to inform the authorities about their assembly "five days in advance", Upper House member Aye Maung of the Rakhine Nationalities Development Party was quoted as saying by AFP. Pihak berkuasa Myanmar perlu diberitahu tentang Demo yang akan diadakan 5 hari sebelum demo tapi di Malaysia notis 30 hari diperlukan untuk mendapatkan kelulusan sebelum demo itu diadakan.. "Undang-undang ini merupakan satu cara untuk menghalang Pakatan Rakyat untuk memberi penjelasan kepada rakyat secara berterusan mengenai perkara yang berbangkit kerana permohonan untuk mengadakan perhimpunan yang merujuk kepada ceramah dan sesi dialog dengan rakyat memerlukan kelulusan 30 hari sebelum perhimpunan itu diadakan," kata Anwar Ibrahim di ( SINI ) ************************************* Myanmar Parliament passes Bill allowing peaceful protests 04:45 AM Nov 25, 2011 YANGON - The Myanmar Parliament has passed a Bill that allows citizens to protest peacefully, the latest in a series of reforms since a civilian government took power in March. The Bill will require demonstrators to inform the authorities about their assembly "five days in advance", Upper House member Aye Maung of the Rakhine Nationalities Development Party was quoted as saying by AFP. He said that protestors will be allowed to hold flags and party symbols but must avoid government buildings, schools, hospitals and embassies. The Bill needs to be signed by President Thein Sein to become law. The move comes four years after the "Saffron Revolution", mass protests led by monks which were brutally put down by the military government. More than 30 people were killed, hundreds jailed while others were forced to escape as refugees to the United States. Myanmar has embarked on a series of reforms since the army nominally handed over power in March to civilians after the first elections in two decades. Its overtures have since included calls for peace with ethnic minority groups, some tolerance of criticism, an easing of media controls, the release of about 200 political prisoners and more communication with pro-democracy leader Aung San Suu Kyi, freed last year from 15 years of house arrest. In a landmark development, Ms Suu Kyi has expressed her intention to run for Parliament in coming by-elections, a decision that was expected after her party, National League for Democracy, decided last week to rejoin mainstream politics. In recognition of the promising reforms, South-east Asian leaders last week approved of Myanmar as chairman of the Association of South-east Asian Nations in 2014, paving the way for a more influential role. Myanmar also won a powerful endorsement last Friday when US President Barack Obama announced Secretary of State Hillary Clinton would visit the resource-rich country, the highest-ranking American to do so in more than 50 years. Washington has, however, said it wants to see more reforms before considering lifting economic sanctions imposed in response to rights abuses by its former military leaders. Mr Kyaw Hsan, Myanmar's Information and Culture Minister, told reporters last week that more reforms were in store. "We are hoping for a more open country with a thriving democracy and one that is active in the local, regional and international arena." - Agencies |
Pemuda DAP, MCA terkejut kenyataan 'rasis' Shamsul Posted: 25 Nov 2011 08:32 PM PST Pemuda DAP hari ini menyelar kenyataan Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin yang mencabar Umno meminda perlembagaan untuk memastikan hanya Melayu boleh menjadi perdana menteri. Ketuanya Anthony Loke berkata, kenyataan yang disampaikan dalam ucapan dasar Kongres AMK di Johor Baharu semalam bersifat rasis dan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat merampas Putrajaya. "Saya terkejut dengan kenyataan bersifat rasis Shamsul kerana sayap Pemudanya sentiasa menganjurkan prinsip pelbagai kaum PKR. "Kenyataan rasis dan melulu sebegitu akan melambatkan usaha PKR untuk menyumbang kepada penamatan (era) rasisme di negara ini," kata Loje dalam kenyataannya semalam. Katanya, ucapan Shamsul itu boleh digunakan oleh komponen BN bagi menuduh PKR sebagai parti rasis. Loke bagaimanapun menegaskan bahawa ucapan Shamsul tidak melambangkan pendirian bersama Pakatan yang menuruti prinsip meritokrasi. Bagaimanapun, ketika ditanya dalam sidang media selepas itu, Shamsul tidak memberi komitmen jelas sama ada pergerakan itu meminda perlembagaan bagi usaha tersebut.[Baca berita penuh] MCA: Sebar prasangka kaum Sementara itu, Pemuda MCA juga dalam kenyaaannya hari ini berkongsi nada yang sama dengan DAP. "Dalam negara berbilang bangsa seperti Malaysia, kenyataan Shamsul akan menyebarkan prasangka kaum. "Kenyataan seperti ini, yang keluar dari mulut ketua Pemuda PKR amat mengejutkan," kata Setiausaha Agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen. Dalam kenyataannya hari ini, Chai berkata, kenyataan sebegitu untuk tujuan politik tidak harus diucapkan dengan mudah kerana semua parti politik bertanggungjawan memastikan keharmonian kaum dan kestabilan sosial. "Walaupun belum mentadbir kerajaan persekutuan, mereka sudah membuat kenyataan perkauman yang tebal; oleh itu saya rasa Shamsul hanya mahu menggunakan peluang dalam kongres PKR untuk muncul sebagai wira di media," katanya. Malaysiakini |
Posted: 25 Nov 2011 05:59 PM PST JOHOR BARU, 26 Nov — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) agar melupakan hasrat dan cita-cita untuk menawan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Selangor. Kenyataan itu dikeluarkan Anwar pada Ceramah Perdana PKR di pejabat Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah malam tadi sempena kongres tahunannya di sini. "Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil, ... Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor," tegasnya di hadapan 300 penyokong parti itu. "Negeri-negeri PR sudah membuktikan kami mampu mentadbir dengan berhemah dan cekap, buktinya di Selangor, hasil pentadbiran yang cekap, kami mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor," katanya lagi. Tambah Ketua Umum PKR ini, Johor juga tidak akan mampu menahan arus perubahan yang sedang melanda politik negara dewasa ini. "Sekiranya pimpinan Umno-BN masih lagi mengamalkan corak pentadbiran sedia ada, mengabaikan hak dan kepentingan Melayu, tidak mustahil kami akan menawan negeri ini, walaupun ia kubu kuat Umno, ini sudah dibuktikan di Ijok. "Dahulunya Ijok juga merupakan kubu kuat Umno, tapi kita lihat apa yang jadi? Bila rakyat bangkit menolak pemimpin yang korup, PR mampu menawan Ijok," katanya. Namun begitu, Anwar juga memberikan teguran kepada pimpinan PR supaya tidak mengikuti sikap pemimpin Umno-BN yang menurutnya takbur, dan lupa diri. "Ingat, pimpinan PR jangan jadi seperti pemimpin Umno-BN, jangan takbur riak, dan lupa diri apabila sudah memerintah, utamakan hak rakyat dan bukannya pentingkan diri sendiri," katanya memberi peringatan kepada pemimpin parti berkenaan. Penasihat Ekonomi Selangor ini juga berjanji sekiranya parti pimpinannya berjaya menawan Putrajaya, tarif elektrik negara dan harga minyak akan diturunkan dalam masa seminggu pemerintahannya. "Ini janji saya, sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, harga tarif elektrik dan minyak akan saya turunkan. "Umno-BN akan cakap saya hanya buat janji kosong, tidak berasas, negara boleh bankrup sekiranya saya laksanakan perkara ini, tapi mereka lupa, lapan tahun saya pegang jawatan Menteri Kewangan, bodohkah saya?" katanya mempersoalkan tuduhan kerajaan terhadapnya. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan