BRIGED MP SEGAMBUT |
- MASJID BAKALAN BEKU DAN KAKU ATAU LEBIH TEPATNYA PENJARA IBADAH!!?
- UMNO MAKIN SAKIT:JAUHKAN TERUS DARI LAUT CHINA SELATAN
- PERKASA DAN DEMO XI X I XI XI
- PENJARA ILMUAN DENGAN BERBAGAI SEKATAN:UMNO MENUJU HUJUNG JALAN?
- SPR CAMPUR TANGAN DALAM PARTI POLITIK?
- UMNO AKAN PERINTAH SECARA PAKSA?
- SPR BILANG HAK MB SELANGOR,NOH OMAR CAKAP TAK MASUK AKAL XI XI XI?
- APAKAH UMNO MAHU PERINTAH SECARA KUKU BESI?
MASJID BAKALAN BEKU DAN KAKU ATAU LEBIH TEPATNYA PENJARA IBADAH!!? Posted: 23 Nov 2011 07:33 AM PST Dewan Pemuda PAS Malaysia mendakwa himpunan aman kini diikat dengan pelbagai peraturan yang menggerunkan. Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, mereka kononnya membenarkan himpunan aman, tetapi sebaliknya segala peraturan yang ditetapkan seperti menutup ruang himpunan tersebut boleh diadakan. Malah, tambahnya, ia dilihat lebih keras dari peraturan yang sedia termaktub dalam Akta Polis. "Jika sebelum ini denda RM2,000 kini telah meningkat kepada RM20,000," katanya dalam satu kenyataan mengulas mengenai Rang Undang-undang Perhimpunan Aman. "Pula disyaratkan notis 30 hari sebelum himpunan diadakan, tidak boleh diadakan di jalan raya dan mesti di luar 50 meter dari rumah ibadah. "Segala peraturan dan syarat ini seperti mereka tidak mahu himpunan aman diadakan. Sedangkan himpunan tersebut, jika sifatnya aman, kenapa tidak dibenarkan penganjuran himpunan tersebut sekalipun di perkarangan masjid dan di jalan raya," katanya. Sebagai contoh, katanya, jika timbul isu yang melibatkan kepentingan agama Islam seperti penghinaan terhadap agama, isu aqidah dan seumpamanya, sudah tentu bermula dari mimbar khutbah sehinggalah perkarangan masjid menjadi lokasi himpunan yang paling starategik dan berkesan. Justeru, tegas Nasrudin, tujuan himpunan aman dianjurkan adalah untuk memberi maklumat, mencetuskan kesedaran, menyatukan suara dan tindakan. "Demikian juga himpunan aman yang memerlukan perarakan dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain untuk menarik perhatian umum terhadap mesej yang dibawa oleh penganjur jelas memerlukan jalan raya," katanya. "Isu yang berlaku terkadang perlu ditangani segera," kata Nasrudin sambil mempersoalkan rasional menunggu 30 hari selepas sebelum himpunan aman itu boleh diadakan, kerana disyaratkan notis himpunan tersebut mestilah 30 hari sebelum. "Peraturan ini tidak menepati aspirasi penganjuran himpunan aman. Kita bukan berhimpun untuk konsert hiburan yang membolehkan kita bersiap awal. Penganjuran konsert, usahkan 30 hari, tiga bulan sebelum pun tidak mengapa. "Tetapi ini adalah himpunan aman yang banyak keadaannya bersifat respon balas terhadap sesuatu isu semasa yang timbul dan perlu tindakan pantas. "Contoh mudah, hari ini orang hina agama anda, apakah anda perlu menunggu 30 hari untuk menyatakan bantahan terhadap penghinaan tersebut?" tegasnya. Menurutnya, jika sifat himpunan itu aman, maka apa yang diperlukan ialah kawalan keselamatan oleh pihak polis pada hari peristiwa atau himpunan itu dianjurkan, tanpa perlu pihak polis melancarkan sebarang provokasi seperti menggunakan gas pemedih mata dan meriam air. "(Ia) sebagaimana yang dilakukan ke atas himpunan aman citra warna, perarakan maulidur rasul, perarakan hari kebangsaan atau sambutan hari kemerdekaan negara serta lainnya," katanya sambil menambah semua himpunan besar itu memerlukan lokasi seperti perkarangan masjid dan jalan raya. Nasrudin mendakwa, di sebalik tabir slogan transformasi yang diledakkan oleh Umno dan BN, mereka secara strategik sedang merangka satu tindakan untuk lebih mencengkam kuasa ke atas rakyat, menyempitkan ruang demokrasi dan mengeraskan hukuman ke atas rakyat. |
UMNO MAKIN SAKIT:JAUHKAN TERUS DARI LAUT CHINA SELATAN Posted: 23 Nov 2011 01:30 AM PST Kemelut yang sedang berlaku di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak terutama terhadap pucuk piminan di dalam Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) semakin jelas berlaku. "Ini menunjukkan bahawa BN Sarawak sedang berhadapan masalah kepimpinan yang amat ketara," kata ketua Pemuda PAS negeri, Mohammad Arifiriazul. Katanya, sejak beberapa minggu lepas jelas terpampang di dada akhbar tempatan berita-berita berkenaan masalah kepimpinan dalam SUPP dan SPDP terutama sekali berkenaan kemelut parti-parti berkenaan dalam pemilihan parti tersebut. "Perkara ini lebih jelas berlaku di dalam SUPP dimana penyandang presiden partinya tewas dalam pilihanraya dewan undangan negeri Sarawak yang lepas dan terpaksa mengundur diri dalam pemilihan parti akan datang," ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Miri dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Katanya, kemelut yang melanda parti-parti komponen BN Sarawak itu merupakan bebanan tambahan terhadap BN Sarawak yang sebelum ini telah terlepas 16 kerusi dewan undangan negeri dalam pilihan raya negeri pada 16 April lepas. Ini, ujarnya menyebabkan Pengerusi BN negeri yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak terpaksa campur tangan dalam menyelesaikan kemelut itu namun masih belum dapat meleraikan permalahan ini. "Atau adakah sebenarnya kepimpinan Ketua Menteri sendiri sudah tidak diterima oleh pucuk kepimpinan parti-parti komponen BN Sarawak?" soalnya. Menurutnya, permasalahan yang sedang berlaku di dalam parti-parti komponen BN Sarawak jelas menggambarkan bahawa BN Sarawak telah ketandusan kepimpinan yang mampu membawa Sarawak kepada negeri yang lebih baik. Justeru, tambahnya, telah tiba masanya bagi rakyat Sarawak membuat pertimbangan untuk memilih selain daripada BN dalam pilihan raya khususnya dalam pilihan raya umum yang ke-13 akan datang. "Dan momentum itu perlu diteruskan bagi membuat perubahan besar dalam kerajaan negeri Sarawak dengan memilih kerajaan negeri baru dalam pilihanraya negeri akan datang," katanya lagi. |
Posted: 22 Nov 2011 09:16 PM PST Sekatan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan awam adalah harga kecil yang terpaksa dikorbankan bagi menjamin ketenteraman awam dan keselamatan negara, kata kumpulan pendesak Melayu, PERKASA. "Daripada apa yang saya lihat, kerajaan sedaya upaya cuba untuk memenuhi tuntutan bagi mengukuhkan sistem demokrasi," kata presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, semalam. "Kita tidak boleh mengambil ringan apabila ia membabitkan keselamatan kerana kita lihat di negara-negara lain bahawa ancaman pengganas agak serius, apatah lagi dengan negara kita yang berbilang kaum dan agama. Jadi, kita korban sedikit, tetapi kami dapat pulangan hampir 98 peratus." Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz dan dijadualkan dibahaskan hari ini. Ia bertujuan menggantikan sekatan perhimpunan awam yang terdapat dalam Akta Polis 1967 tetapi sebaliknya, dikatakan memberi polis lebih banyak kuasa, terutamanya berhubung sekatan dan syarat-syarat untuk berhimpun. Seksyen 15 rang undang-undang itu menyatakan polis boleh mengenakan sekatan ke atas suatu perhimpunan bagi maksud keselamatan atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain. Menyokong rang undang-undang itu, Ibrahim berkata ia berkesan bagi menangani perhimpunan-perhimpunan yang sukar dikawal kerana terdapat "kambing hitam" yang sering menyalahgunakan hak yang dijamin oleh perlembagaan. "Sekarang ini pun, (penganjur) perhimpunan aman tidak memerlukan permit tetapi (hanya) perlu isi borang memberikan butir-butir mereka. Ini adalah untuk membantu pihak polis atau keselamatan untuk bantu, sebagai contoh (mengawal) lalu lintas," kata ahli parlimen Pasir Mas itu. Ditanya jika sekatan itu akan menimbulkan kesulitan kepada PERKASA yang sering mengadakan demonstrasi di masjid-masjid, Ibrahim berkata tiada masalah. Ini kerana, katanya, jika PERKASA mahu menadakan perhimpunan, mereka boleh mengadakannya di stadium-stadium. |
PENJARA ILMUAN DENGAN BERBAGAI SEKATAN:UMNO MENUJU HUJUNG JALAN? Posted: 22 Nov 2011 09:13 PM PST Profesor undang-undang Abdul Aziz Bari, yang sebelum ini didakwa kritikal terhadap Sultan Selangor, telah dilarang oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) daripada membentangkan kerta kerja di satu seminar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Terletak di Kajang, KUIS merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi milik penuh MAIS, yang terletak di bawah bidangkuasa Sultan Selangor. Aziz dijadual membentangkan kertas kerja di seminar itu pagi esok. Bagaimanapun, katanya, pagi tadi beliau menerima notis yang memaklumkan bahawa seseorang di MAIS, yang mendakwa rapat dengan istana Selangor, telah meminta pihak penganjur menggugurkan kertas kerjanya. Katanya, pihak penganjur telah merayu kepada mereka untuk mengekalkan beliau seperti yang dijadualkan kerana orang ramai datang ke seminar itu untuk mendengar ucapannya. Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini bahawa seminar tersebut telah dirancang lebih daripada tiga bulan yang lalu. Pakar undang-undang itu menjadi tajuk utama akhbar bulan lalu apabila polis menyiasatnya di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung komennya mengenai titah Sultan Selangor berhubung 'pemeriksaan' Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap makan malam kesyukuran yang diadakan di Damansara Utama pada 3 Ogos. Berikutan ini, UIA telah digantung perkhidmatan Aziz selama enam hari. Penggantungan itu ditarik balik selepas bantahan besar daripada pelbagai pihak, termasuk pelajar universiti di seluruh negara dan para ahli akademik |
SPR CAMPUR TANGAN DALAM PARTI POLITIK? Posted: 22 Nov 2011 09:00 PM PST Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) membidas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang 'menyibuk' terhadap urusan parti politik lain dengan mengusahakan agar Pilihanraya Umum di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh negara kecuali Sarawak didakan serentak. Ketua DPP Malaysia, Riduan Mohd Nor berpendapat SPR tidak berhak masuk campur terhadap urusan pihak lain sedangkan urusan kendaliannya banyak lagi yang tidak selesai. "Dari segi undang-undang tidak menyekat mana-mana kerajaan negeri untuk mengadakan pilihan raya umum secara berasingan, mengapa SPR pula 'terhegeh-hegeh' mahu menasihati parti politik untuk mengadakan PRU secara serentak," ujarnya kepada Harakahdaily. Sepatutnya, kata beliau urusan mengadakan pilihan raya umum secara serentak atau berasingan diputuskan oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, dan SPR tidak berhak mempertikai atau campur tangan terhadap perkara itu. Tambahnya, tugas utama SPR adalah melaksanakan perjalanan pilihanraya agar ia berlangsung dengan baik, sistematik, telus, dan adil. Menurutnya lagi, mencampuri urusan parti-parti politik terutama pembangkang akan dilihat oleh rakyat bahawa SPR terikat dengan arahan pihak tertentu yang berkepentingan. "DPP Malaysia mengesyorkan, jika SPR benar-benar mahu menasihati pemimpin parti politik, adalah lebih baik Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof menasihati dahulu Perdana Menteri agar mengumumkan tarikh pilihan raya umum kepada rakyat daripada awal," katanya. Ini, katanya lebih penting supaya semua pihak dapat membuat persiapan bagi menghadapinya. Menurut Riduan, merahsiakan tarikh pilihan raya merupakan suatu tindakan yang tidak bijak kerana boleh mengganggu jadual parti politik dan rakyat keseluruhannya. "DPP Malaysia juga mencadangkan agar SPR menasihati Perdana Menteri untuk mewujudkan Kerajaan Sementara selepas pembubaran parlimen sehingga tarikh pengundian," katanya lagi. Ini akan lebih adil kepada semua pihak yang bertanding dalam PRU ke 13 nanti kerana boleh mengekang budaya rasuah, projek segera, penyalahgunaan kuasa dan wang dan lain-lain lagi. |
UMNO AKAN PERINTAH SECARA PAKSA? Posted: 22 Nov 2011 06:55 PM PST Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam sama sekali bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini, kata bagi AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin. Menurut Mohamed Hanipa (kiri) yang juga seorang peguam, tindakan menamakan rang undang-undang itu sebagai Akta Perhimpunan Aman sedangkan hakikatnya melarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan kerajaan BN Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas rakyat. Beliau juga dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami sekatan terbaru yang cuba dikuatkuasakan ke atas rakyat itu. "Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ia tidak akan dimuktamadkan sebagai akta. "Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi 'perang' ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada," katanya. Menyusahkan Semalam, ketika pembentangan rang undang-undang itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu, termasuk:
Katanya, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat 'draconian dan zalim, akta yang ingin digubal ini beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin digantikan. "Hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu. "Rang undang-undang ini juga secara jelas unconstitutional kerana ia bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," katanya. Percepatkan ajal Mohamed Hanipa juga dipetik Harakahdaily sebagai berkata, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had itu, katanya, tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman. Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu. "Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram," katanya. Bagi beliau, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk kerajaan BN dan Peguam Negara. "Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal kerajaan Umno BN insya Allah," katanya kepada akhbar rasmi PAS itu. Sementara itu, Keadilandaily melaporkan timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (kanan) menyifatkan Najib sekali lagi gagal menunaikan janjinya untuk melakukan pembaharuan termasuk memberikan kebebasan terhadap hak berhimpun. "Kita mempunyai PM yang mengamalkan dasar flip flop dan tidak tuntas, tidak menunaikan janji-janjinya dan ini sudah lama dirasai oleh rakyat," katanya dipetik portal berita itu di Parlimen, semalam. Lebih teruk Tegasnya, rang undang-undang itu tidak wajar diperkenalkan kerana perlembagaan sendiri telah memberi jaminan terhadap kebebasan berhimpun. "Bagi kita perkara ini tidak timbul kerana perlembagaan sudah jelas, (rakyat) diberikan jaminan untuk berhimpun dengan aman. (Kerajaan) tiada keperluan untuk menggubal satu akta lain untuk mengekang kebebasan rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Gombak. Semalam, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng juga membidas rang undang-undang berkenaan kerana memberi lebih kuasa terhadap polis untuk menahan individu yang terlibat dalam perhimpunan aman. "Terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak," katanya lagi yang berpendapat undang-undang tersebut lebih menyekat. Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis. Manakala Seksyen 21(3) memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam sesuatu perhimpunan. Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959. Walaupun undang-undang yang dicadangkan itu tidak menetapkan tempat yang boleh digunakan untuk perhimpunan, namun beberapa kawasan-kawasan dengan jelas dinamakan sebagai kawasan larangan. Ini termasuk.
|
SPR BILANG HAK MB SELANGOR,NOH OMAR CAKAP TAK MASUK AKAL XI XI XI? Posted: 22 Nov 2011 04:00 PM PST Keputusan Selangor mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan dengan pilihan raya umum, dengan membandingkan dengan amalan di Sarawak, disifatkan tidak masuk akal ekoran tarikh tamat DUN di kedua-dua negeri yang berbeza. Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (kanan) berkata, 'tarikh luput' DUN Sarawak berakhir pada 21 Julai manakala tarikh akhir bagi pembubaran parlimen pada 24 April 2013; dan negeri itu baru sekali mengadakan sidang Dun. "Contoh yang diberikan Abdul Khalid itu tidak masuk akal kerana tarikh tamat DUN di negeri itu tidak sama, bezanya hampir dua tahun dengan pembubaran parlimen. "Negeri itu pula baru sahaja selesai pilihan raya negeri, takkan hendak dibubarkan," kata Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani. Katanya, kalau pilihan raya dibuat dua kali di Sarawak, kos akan lebih tinggi dan menyusahkan rakyat untuk mengundi. 'Sepatutnya ikut Kelantan' Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini menegaskan tidak akan membubarkan DUN sehingga Jun 2012 bagi memastikan belanjawan negeri dapat dilaksanakan pada tahun depan. Abdul Khalid turut mempersoalkan mengapa tindakan Sarawak yang mengumumkan pilihan raya secara berasingan sebelum ini tetapi tidak dijadikan isu sebagaimana di Selangor. Dalam kenyataannya hari ini, Noh berkata, tindakan membandingkan dengan amalan di Sarawak hanya memperlihatkan pengetahuan yang cetek kerana "tidak memahami perkara asas mengenai pembubaran DUN". "Abdul Khalid sepatutnya mengikut langkah kerajaan Kelantan yang turut membubarkan DUN sama seperti tarikh pembubaran parlimen sejak PAS memerintah negeri itu," katanya. Noh berkata, tindakan kerajaan negeri jelas menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri kerana didakwa "sudah seronok berkuasa" dan tidak yakin mampu mempertahankan kemenangan. "Rakyat memang sudah faham mengenai perbezaan DUN Sarawak dan parlimen tetapi Abdul Khalid sengaja tidak mahu faham kerana mahu menjaga kepentingan pakatan pembangkang di negeri ini," katanya. |
APAKAH UMNO MAHU PERINTAH SECARA KUKU BESI? Posted: 22 Nov 2011 11:30 AM PST Lajnah Undang-Undang Guaman dan PAS Pusat memandang serius tindakan Kerajaan Barisan Nasional membentangkan rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menggantikan Akta Polis 1967. AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, setelah meneliti beberapa peruntukkan di dalam rang undang-undang tersebut, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami ia adalah akta yang bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini. Menurutnya, menamakan rang undang-undang itu dengan Akta Perhimpunan Aman dalam keadaan akta tersebut hakikatnya melarang sama sekali sebarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan Kerajaan BN Umno dan Datuk Seri Najib ke atas rakyat. Ujarnya, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkan perhimpunan aman. Beliau berkata, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat 'draconian dan zalim, akta yang ingin digubal itu beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin diganti. Katanya, hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu. "Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ianya tidak akan dimuktamadkan sebagai akta. "Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi 'perang' ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada," tegasnya. Pada masa ini, beliau berpendapat rang undang-undang itu adalah secara jelas unconstitutional kerana ianya bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had tersebut tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman. Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu. "Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak Kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram," ujarnya. Katanya, amat malang Peguam Negara dan Kerajaan Umno BN tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif di dalam rekodnya yang sedia buruk dalam isu pencerobohan hak asasi khususnya dalam isu perhimpunan aman. Baginya, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk Kerajaan BN dan Peguam Negara. "Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal Kerajaan Umno BN insya Allah," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan