Rabu, 23 November 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


13 Laporan Polis dibuat terhadap Shahrizat dan Suaminya..

Posted: 23 Nov 2011 07:45 AM PST



Berikutan dari tindakan Pihak Polis dan juga SPRM yang seolah-oleh membutakan mata dan memekakkan telinga mendiamkan diri berpeluk tubuh tanpa mengambil sebarang tindakan berhubung pendedahan Parti Keadilan Rakyat mengenai scandal penyelewengan RM250 juta dan pembelian kondominium kondominium mewah, One menerung bernilai RM9.8 juta yang menggunakan wang milikan dana awam, hari ini 13 laporan Polis telah dibuat.


Menurut Ketua Wanita KeAdilan, Zuraida Kamaruddin laporan Polis telah dibuat terhadap 5 individu.

Mereka ialah Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Asas Tani ketika projek ini diluluskan pada tahun 2008, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang iaitu Noh Omar.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil dan juga Pengerusi NFC Dr Mohamad Salleh Ismail.

Laporan Polis tersebut telah dibuat hampir serentak hari ini 23 November 2011 jam 10.00 pagi, di 13 buah Balai Polis seluruh negeri dalam Malaysia.

Kecuali di Kelantan berlaku sedikit kelewatan dalam membuat laporan Polis kerana masaalah banjir.

Berikut ialah senarai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dimana laporan Polis telah dibuat.

1.Perlis: IPD Kangar
2.Kedah: IPD Kota Setar
3.Perak: IPD Teluk Intan
4.Pulau Pinang: IPD Penanti
5.Selangor: IPD Shah Alam
6.Wilayah Persekutuan: IPD Dang Wangi
7.Negeri Sembilan: IPD Seremban
8.Melaka: IPD Melaka Tengah
9.Johor: IPD Johor Bahru Selatan
10.Terengganu: IPD Dungun
11.Kelantan: IPD Kota Bahru
12.Sabah: IPD Kota Kinabalu
13.Sarawak: IPD Kuching

Tak siasat sekarang... tak apa.. jika ditakdirkan UMNO/BN tumbang pada PRU13 ini.. Insyaallah akan diburu mereka itu hingga kelubang cacing sekalipun.. Insyaallah..

**************************************

Reports lodged at 13 police stations against NFC

PETALING JAYA: All of PKR's women wings simultaneously lodged police reports this morning over the National Feedlot Centre (NFC) controversy, except Kelantan.

The Kelantan women's wing will lodge a report in the afternoon because of the flood situation.
Speaking at the Dang Wangi district police station, PKR's women wing chief Zuraida Kamaruddin said:

"All the wings are lodging reports simultaneously except for those in Kelantan who would lodge reports in the afternoon," said Zuraida, who is also Ampang MP.

Yesterday, Zuraida told the press that the police reports would be made against five individuals.

They are Prime Minister Najib Tun Razak, his deputy Muhyiddin Yassin (who was Minister of Agriculture and Agro-based Industry Ministry when the project was approved in 2008); current Agriculture and Agro-based Industry Minister Noh Omar; Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Abdul Jalil and NFC chairman Dr Mohamad Salleh Ismail.

Shahrizat's family has been accused of missuing a RM250 million government soft loan given for the NFC project. Salleh is Shahrizat's husband.

The police reports were lodged at 13 police district headquarters.

A crowd of 50 were present including representatives of resident associations, and NGOs such as Jingga 13 and Association of Women's Initiative for Research, Development and Advancement Selangor and Kuala Lumpur at the Dang Wangi police station.

They held a protest outside the police station and distributed pamphlets.

"The motorists and passers-by are well informed. They honked at us to show their support," said Zuraida.

Tag: Muhyiddin Yassin, Najib Tun Razak, National Feetlot Centre, NFC, PKR, Police Report, Shahrizat Abdul Jalil, Zuraida Kamaruddin - Free Malaysia Today

Gambar Wanita Pakatan Rakyat yang mengadakan demo bagi mengiringi laporan polis diatas diambil dari SINI

Kementerian Kesihatan arah sos tiram 1M'sia ditarik

Posted: 23 Nov 2011 07:09 AM PST



Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.


"Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran.

liow tiong lai pc on kr1m products 231111 01"Produk itu mesti ditarik balik segera," kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Jelasnya, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan, kementerian itu mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.

Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Pua sebelum ini berkata pada label sos tiram keluaran Lee Kum Kee dan Tesco menyatakan bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram. Bagaiamapun, katanya, sos jenama 1Malaysia pula menyatakan ia diperbuat daripada perisa tiram.

Sementara itu, Bernama melaporkan Liow berkata, Kementerian Kesihatan mendapati susu rumusan tumbesaran bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak berbahaya untuk kesihatan.

Katanya, hasil analisis menunjukkan kandungan vitamin A dalam produk susu itu ialah 3240 I.U (unit antarabangsa) bagi setiap 100gram dan ia tidak melebihi had sebenar iaitu 5,000 I.U bagi kuantiti yang sama.

"Pihak kilang yang mengeluarkan produk itu juga didapati melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan dan mempunyai sijil ISO 9001:2008," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua yang menyatakan produk susu itu mengandungi lapan kali lebih banyak vitaman A daripada had dibenarkan.

Liow berkata Tony telah mengelirukan rakyat dengan mengemukakan peraturan kandungan susu rumusan tumbesaran itu dengan peraturan susu rumusan bayi.

Beliau berkata peraturan kandungan susu rumusan bayi menetapkan had maksimum vitaman A yang dibenarkan ialah 500 I.U.

Sementara itu, Liow berkata pemeriksaan terhadap produk KR1M lain seperti krimer pekat manis, krimer sejat, teh, bihun dan bes miniman buah-buahan Blackucurrent didapati tidak berbahaya dan mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.


Malaysiakini

Isu Fidlot : Perjanjian dibuat 2010 tapi duit dah habis pada 2009? (Video inside)

Posted: 23 Nov 2011 02:54 AM PST



Selain dari Kondominium bernilai RM9,758,140.00 yang dibeli untuk lembu-lembu dari NFC (Khairi kata beli sebagai pelaburan).. hari ini Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan satu lagi keajaiban yang berlaku dalam scandal 'Feed The Lord' ini..


Menurut Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid Kementerian Pertanian Asas Tani telah mengeluarkan kesemua wang sebagai dana untuk NFC sejak dari tahun 2008 hingga akhir 2009.

Wang tersebut dikeluarkan kepada akaun khas yang mana ia memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun operasi syarikat.

Ajaibnya ialah setelah kesemua wang tersebut dikeluarkan barulah perjanjian dilakukan pada 2010..

Ajaib bukan…

Jadi bagaimanapula Noh Omar boleh mengatakan Syarikat milik Suami dan Anak Shahrizat ini dipilih melalui tender terbuka yang terhad (macam mana aku tak tau lah..) sedangkan wang telah habis dikeluarkan setahun sebelum perjanjian ditandatangani?

Noh Omar juga telah berbohong bila beliau hanya sebahagian daripada pinjaman mudah telah dibayar..

Mengapa pula Najib membohongi rakyat dengan mengatakan bahawa setakat 31 Julai hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada NFC?

Sedikit fakta tentang pembayaran kepada NFC oleh Kerajaan.

~Menjelang 31 Mac 2009. Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

~Pada 31 Mac 2009, NFC telah mengambil pinjaman kedua berjumlah RM220 juta yang terus dimasukkan ke akaun Maybank milik NFC.

~dan 6 Mei 2009 NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.


*****************************

NFC: PAC dapati banyak kelemahan

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia hari ini memutuskan memanggil Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara untuk melihat semula sistem pengurusan bagi setiap agensi dan jabatan kerajaan.

PAC yang bermesyuarat hari ini membincangkan khusus permasalahan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dilihat banyak kelemahan yang timbul di dalam pengurusannya.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, mesyuarat itu khusus kepada isu NFC tetapi pada peringkat awal Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sahaja dipanggil.

"Pada peringkat awal isu NFC ini kita hanya memanggil MOA dahulu untuk kita ketahui permasalahan tersebut, dan pihak NFC kita akan panggil bagi mendengar keterangannya pada bulan Januari 2012 tahun depan.

"Kita belum lagi membincangakn perkara ini secara khusus kerana PAC belum lagi memanggil NFC," jelasnya.

Beliau memberitahu melalui perbincangan hari ini, PAC mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.

"Kelemahan yang paling ketara antara MOA dan NFC adalah di mana wang telah dikeluarkan kesemuanya sejak tahun 2008 hingga akhir 2009.

"Wang tersebut dikeluarkan kepada akaun khas yang mana ia memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun operasi syarikat.

"Tetapi masalahnya setelah kesemua wang tersebut dikeluarkan barulah perjanjian dilakukan pada 2010," jelasnya.

Beliau juga memberitahu sepanjang perbincangan yang dilakukan terhadap agensi mahupun jabatan kerajaan itu hanya perkara sama yang berulang sehinggakan rakyat sudah mula muak mendengarnya.

"PAC mendapati hanya perkara yang sama berlaku dan kita dapati kelemahan yang jelas adalah sistem pengurusan yang mana ia tidak selari antara pengurusan dengan perlaksanaan.

"Dalam pada itu melihat kepada permasalah yang berulang ini PAC bersetuju untuk memanggil Kementerian Kewangan dan juga Ketua Setiausaha Negara bagi mencari penyelesaian serta memperbaiki kembali sistem yang lama yang tidak sesuai lagi pada masa sekarang," sambungnya lagi.

Tambahnya lagi, pada masa sekarang kebanyakan agensi mahupun jabatan lebih tertumpu kepada projek berkonsep perniagaan dan bagi mengelakkan perkara seperti NFC ini berulang maka perubahan kepada sistem operasi perlu dilakukan.

"Wujud kelemahan dalam sistem yang ada, apabila pihak audit menjalankan tanggungjawabnya serta memaparkan yang benar ia tidak akan disenangi oleh semua jabatan kerajaan," sambungnya lagi.


Ibrahim Ali minta nyawa..

Posted: 23 Nov 2011 12:26 AM PST



Dalam nak bodek Ibrahim Ali telah mengesahkan memang undi pos dari Anggota Tentera telah digunakan untuk meningkatkan undi kepada UMNO/BN..


Ibrahim Ali mahu kem tentera dibina di Pasir Mas

Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.

"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata. Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul.

"Ancaman sebenarnya di sempadan dengan Thailand. Di mana Pasir Mas bertemu Rantau Panjang. Di situlah berlakunya penyeludupan, dengan dadahnya," katanya.

Beliau bertanya sama ada kementerian berkenaan mempunyai rancangan untuk memindahkan kem tersebut atau membina satu lagi di kawasan pilihan rayanya, dengan peringatan tersirat kepada kerajaan persekutuan bahawa satu batalion tentera akan bermakna sejumlah besar pengundi dari kalangan anggota tentera untuk BN .

Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan undi pos oleh pengundi di kalangan anggota tentera dan pasangan mereka untuk meningkatkan sokongan kepada BN.

Ini merupakan salah satu kebimbangan yang dibangkitkan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

'Serban pun boleh terbang'

Ibrahim juga menggesa supaya pangkalan kecil Tentera Laut Diraja Malaysia di tempatkan di Kelantan, yang berdepan dengan Laut China Selatan, dan antara lain, berdepan dengan masalah pelarian Vietnam.

"Bila Jepun takluk kita dulu, mereka datang dari Kelantan, naik kat pantai di Kota Bharu...Tapi hari ini di Kelantan tak ada pertanahan."

Sehubungan itu, Ibrahim menggesa Kementerian Pertahanan menggunakan kapal selam Scorpene bagi meredakan modal politik PAS, yang konsisten mengkritik pembeliannya.

"Hantar satu kapal selam Scorpene ke Kelantan. Saya jamin yang beribu orang akan keluar tengok. Dan jika boleh biar saya bagi syarahan dari atas kapal Scorpene. Untuk bagi penerangan umum."

"Mereka telah selalu dengar PAS berceramah, yang Scorpene ini harganya berbillion dan tak boleh nak selam pun.

"Menteri Besar pun boleh tengok... kemungkinan serban pun boleh terbang bila tengok scorpene ni."

Malaysiakini

Rasuah di Malaysia, Firma Perancis didenda RM133 Juta..

Posted: 22 Nov 2011 11:04 PM PST



Ini adalah Firma kedua dari Perancis yang didapati bersalah kerana merasuah Kakitangan Kerajaan bagi mendapatkan Projek, menariknya seperti juga kes yang pertama ianya juga melibatkan penerima rasuah dari Kakitangan Kerajaan juga dari Malaysia.


Firma pertama yang telah didapati bersalah kerana merasuah ialah sebuah firma telekomunikasi Alcatel-Lucent dan telah didenda sebanyak RM435 Juta.

Firma Kejuruteraan dari Perancis, Alstom SA telah diperintahkan membayar 39 Juta Francs (RM133 Juta) sebagai denda dan gantirugi bagi satu kes rasuah untuk mendapatkan projek yang telah disiasat selama empat tahun.

Siasatan tersebut tersebut berdasarkan pembayaran yang telah dilakukan oleh Alstom Network Schweiz AG kepada orang tengah atau 'Agent Komersial' bagi mendapatkan kontrak kerajaan untuk membina Stesen Janakuasa di 15 negara sejak dari tahun 1990.

Alstom fined millions in Swiss corruption case
By PHILIPPE CLAVEL

BERN, Switzerland

A subsidiary of French engineering company Alstom SA has been ordered to pay 39 million Swiss francs ($42.7 million) in fines and compensation to end a long-running corruption case in Switzerland, prosecutors said Tuesday.

The four-year probe centered on payments made by Alstom Network Schweiz AG to middlemen -- termed "commercial agents" by the company -- in return for securing government contracts to build power stations in 15 countries since the 1990s.

The Federal Prosecutors Office in Bern concluded that Alstom had failed to take necessary measures to prevent bribery of foreign officials in three of those countries: Latvia, Tunisia and Malaysia.

The Swiss subsidiary, which waived its appeal against the summary punishment, was fined 2.5 million francs and ordered to pay compensation and costs of 36.5 million francs, according to a statement by the prosecutors office.

Separate proceedings against France-based holding company Alstom SA were dropped after it cooperated in the Swiss investigation and agreed to pay a 1 million-franc reparation.

Alstom said it was satisfied with the outcome of the case, which it claimed had "concluded the absence of any system or so called slush funds used for bribery of civil servants to illegally obtain contracts."

It acknowledged that prosecutors had concluded that "improper payments were made to civil servants in Latvia, Malaysia and Tunisia."


Akan adakah Firma yang ketiga pula??? Sama-samalah kita nantikannya… sementara itu korang bacalah laporan dibawah ni..


**********************************

French firm fined RM133m for bribery in Malaysia

KUALA LUMPUR, Nov 23 — French engineering group Alstom was fined RM133 million by Swiss authorities after its employees were found to have bribed civil servants in at least three cases including the award of contracts in Malaysia.

It is the second French company in as many years to be fined for bribing government officials in Malaysia, after telco firm Alcatel-Lucent paid RM435 million to resolve US criminal and civil probes in December 2010.

The four-year probe centred on payments made by Alstom Network Schweiz AG to middlemen — termed "commercial agents" by the company — in return for securing government contracts to build power stations in 15 countries since the 1990s.

The Financial Times reported today that the Swiss Office of the Attorney-General said it had not found criminal wrongdoing by the French company and a Swiss affiliate, which, "as far as can be ascertained" did not know about the bribes.

"But it accused Alstom of 'failing to meet the standards for an international group employing over 75,000 people', sanctioning the group for 'corporate negligence'," the international business daily said.

The Washington Post also reported Alstom as saying it was satisfied with the outcome of the case as it concluded "the absence of any system or so called slush funds used for bribery of civil servants."

Alstom supplied Malakoff's gas-fired power plant in Lumut. — industcards.com picBut the US daily also reported the French firm as acknowledging "that prosecutors had concluded that 'improper payments were made to civil servants in Latvia, Malaysia and Tunisia.'"

"In two out of these three cases, Alstom itself would appear to be a victim of the actions of some of its employees, who would have benefited from kickbacks. In the third one, Alstom was simply a subcontractor of a consortium," the company said, according to Reuters.

Alstom was awarded a RM2.8 billion contract by Tenaga Nasional earlier this year to provide key power generation equipment to Southeast Asia's first 1,000-megawatt (MW) supercritical coal-fired power plant Manjung, Malaysia.

It also won turnkey contracts in 1994 and 2000 to build four power plants including the 1,300MW Lumut and the 670MW Kuala Langat plants and deals in 2003 and 2004 to install environmental control systems for the Tanjung Bin and Jimah coal-fired power plants.

Alstom was also appointed by Tenaga to supply two 125MW hydro power turbines, a generator and ancillaries for the 250MW Hulu Terengganu hydro power plant in 2010.

Alstom says it is "the largest original equipment manufacturer in Malaysia" having supplied key equipment for nearly 7.5 gigawatt (GW) of the country's installed power generation capacity.

The ruling will have significant repercussions for a concurrent criminal investigation by Britain's Serious Fraud Office. Brazil is also investigating some of the company's contracts.

The Swiss authority also looked at alleged wrongdoing by Alstom in 12 other countries but did not find compelling evidence.

In July, a former Alcatel employee was charged in the Kuala Lumpur Sessions Court with giving a RM25,000 bribe to a Telekom Malaysia (TM) officer, in a case linked to the French company's admission last year that it had bribed government officials to win a US$85 million (RM255 million) contract.


The Malaysian Insider

Bussinessweek full report read HERE

Kumpulan 13 ditahan ISA di Sabah rancang bunuh ADUN?

Posted: 22 Nov 2011 07:57 PM PST



Apa hishamuddin cakap ni?? Ahad lepas dia kata kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau ini kerana mereka yang ditahan itu "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" .


Hari ini pula dia kata "Kumpulan ini mula muncul pada 2006 dan mahu membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi telah anggota antikeganasan telah mematahkan rancangan mereka,"

Anggota antikeganasan telah mematahkan rancangan mereka.. tapi yang hairannya kalau dah dipatahkan rancangan tu.. mesti ada yang dah ditangkap.. tapi apa hal pulak sekarang baru ditangkap?

Baca kedua-dua laporan dibawah dan nilaikan sendiri..


*****************************

Kumpulan 13 ditahan ISA di Sabah rancang bunuh Adun

KUALA LUMPUR, 23 — Seramai 13 suspek pengganas Darul Islam yang ditahan di Tawau, Sabah minggu lalu dipercayai anggota kumpulan yang pernah merancang mahu membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri tempatan.

Sumber-sumber pasukan antikeganasan dipetik The Star hari ini berkata, anggota kumpulan itu merancang untuk menjadikan seorang pegawai polis sebagai tebusan bagi membebaskan komrad mereka.

Menurut maklumat sumber itu, kumpulan tersebut telah menjalani latihan gerila di Sulawesi, Indonesia dan telah diajar untuk menghasilkan bom.

Ketua kumpulan mereka Abdullah Omar ditahan di Indonesia Julai lalu.

"Kumpulan ini mula muncul pada 2006 dan mahu membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi telah anggota antikeganasan telah mematahkan rancangan mereka," kata sumber itu lagi.

Akhir minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) mendedahkan kumpulan 13 individu sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

"Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai "amat serius" dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.

Hishammuddin juga mendedahkan operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

"Ada (senjata yang ditemui), bukan sedikit dan senjata itu dari (negara) luar," katanya, membuktikan kumpulan individu itu amat berbahaya.

Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga buah negara.

Beliau juga berkata, kumpulan terbabit juga menjadikan beberapa tempat dan individu sebagai sasaran mereka - The Malaysian Insider


*****************************


13 Ditahan ISA Di Tawau Amat Bahaya - Hishammuddin

KLUANG: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

"Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pemimpin Parlimen Semberong di Felda Bukit Tongkat di sini, Sabtu.

Beliau yang juga anggota Parlimen Semberong menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai "amat serius" dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.

Hishammuddin juga mendedahkan, operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

"Ada (senjata yang ditemui), bukan sedikit dan senjata itu dari (negara) luar," katanya, membuktikan kumpulan individu itu amat berbahaya.

Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga buah negara, tetapi beliau tidak mendedahkan ketiga-ketiga negara terbabit.

Beliau juga berkata, kumpulan terbabit juga menjadikan beberapa tempat dan individu sebagai sasaran mereka.

"Ia melibatkan tiga negara, dengan ada negara tertentu di mana mereka mendapatkan latihan ketenteraan, ada negara dijadikan tempat perancangan dan ada negara di mana tempat serta individu tertentu dilihat sebagai sasaran mereka," katanya.

Dua hari lepas, Hishammuddin berkata beliau ke Indonesia untuk melihat dengan lebih dekat tentang rangkaian kumpulan ini di Malaysia dan negara-negara jiran.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri akan memerangi sebarang kegiatan keganasan secara bersungguh-sungguh dan tidak mahu ia dipolitikkan. BERNAMA

22 ahli KWSP didenda tipu pengeluaran.. tipu pinjaman NFC tu macam mana pula?

Posted: 22 Nov 2011 05:49 PM PST



Berita dari Lidah Rasmi UMNO ini melaporkan seramai 22 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didapati bersalah dan didenda sepanjang Julai hingga September lepas kerana terlibat dengan penipuan pengeluaran.


Seramai 22 ahli yang didapati bersalah telah didenda sebanyak RM17,400 oleh mahkamah bagi kesalahan yang melibatkan penipuan pengeluaran perumahan KWSP.

Salah seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara, manakala 16 lagi berkemungkinan dipenjarakan sehingga enam bulan sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

Itu adalah petikan berita tentang 22 Ahli KWSP yang telah didenda oleh Mahkamah kerana menipu pengeluaran.

Menipu di sini membawa maksud membuat pengeluaran kononnya untuk membiayai perkara yang berkaitan dengan perumahan tetapi menggunakannya untuk tujuan lain.

Biarpun wang yang dikeluarkan itu adalah wang simpanan mereka sendiri, perkara yang telah dilakukan oleh mereka adalah salah kerana tujuan ditubuhkan KWSP adalah sebagai tabungan untuk hari tua para pekerja.

Dalam isu Scandal 'Feed The Lord' pula kita menyaksikan sebanyak RM250 Juta dana dari wang milik rakyat telah disalurkan sebagai 'Soft Loan' kepada National Feedlot Corporation (NFC), Syarikat milik Suami dan Anak Shahrizat yang dianugerahkan melalui tender terbuka tapi terhad (Noh Omar kata).

Tujuan dana tersebut disalurkan ialah untuk untuk mengusahakan industri lembu pedaging di Gemas, Negeri Sembilan, untuk membangunkan projek tersebut bagi menampung keperluan daging negara kepada tahap sara diri sebanyak 38 peratus.

Namun begitu hingga ke hari ini kita telah melihat dana untuk tujuan menternak lembu tersebut telah diguna ikut suka mereka seolah-olah wang RM250 Juta itu milik Mak Bapak mereka yang punya.

Mereka telah dilaporkan menggunakannya untuk makan angin (baca di SINI), mengerjakan umrah, membayar elaun kepada pihak yang tidak terlibat dengan projek ini (SINI) dan yang paling menarik menggunakan wang milik rakyat itu untuk melabur membeli Kondominium berharga RM9.8 Juta untuk pelaburan kononnya (baca di SINI)..

Kenapa pihak yang menyalahgunakan wang sendiri didenda oleh Mahkamah tetapi hingga kini pihak yang menyalahguna pinjaman untuk tujuan memelihara lembu hingga sekarang tidak disentuh oleh pihak berkuasa?

Jawapannya mudah.. 22 ahli atau pencarum KWSP itu adalah rakyat biasa tetapi seorang lagi yang telah menyalahguna pinjaman RM250 Juta wang rakyat itu isterinya adalah pemimpin UMNO…

*************************

22 ahli KWSP didenda tipu pengeluaran

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Seramai 22 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didapati bersalah dan didenda sepanjang Julai hingga September lepas kerana terlibat dengan penipuan pengeluaran.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, sejumlah lima saman baru untuk kesalahan yang sama juga telah difailkan di mahkamah dalam suku tahun berkenaan.

Menurut beliau, tindakan yang dikenakan itu merupakan usaha berterusan pihaknya dalam membanteras dan mencegah kegiatan penipuan.

"Sebanyak 22 ahli yang didapati bersalah telah didenda sebanyak RM17,400 oleh mahkamah bagi kesalahan yang melibatkan penipuan pengeluaran perumahan KWSP.

"Salah seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara, manakala 16 lagi berkemungkinan dipenjarakan sehingga enam bulan sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

"Adalah menjadi keutamaan kami untuk memastikan simpanan ahli terus dilindungi termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli yang didapati bersalah mengeluarkan simpanan persaraan mereka secara tidak sah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991, ahli yang didapati bersalah melakukan penipuan atau cubaan menipu pengeluaran boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Nik Affendi berkata, mereka yang disabitkan kesalahan tetapi memulangkan wang yang dikeluarkan dalam tempoh enam bulan dari tarikh sabitan hanya akan dibenarkan memohon di bawah pengeluaran yang sama dalam tempoh dua tahun dari tarikh wang tersebut dipulangkan.

Bagaimanapun, kata beliau, bagi ahli yang tidak memulangkan wang atau berbuat demikian selepas tempoh enam bulan dari tarikh sabitan, maka mereka akan hilang hak bagi membuat pengeluaran yang sama untuk selama-lamanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penipuan pengeluaran turut membabitkan penyerahan dokumen palsu oleh ahli bagi mendapatkan kelulusan permohonan pengeluaran simpanan KWSP mereka.

Justeru itu, katanya, setiap permohonan pengeluaran dan dokumen sokongan yang diterima oleh pihaknya akan disemak secara terperinci dan dirujuk dengan pihak berkaitan untuk menentukan kesahihannya.

"Sistem KWSP berkemampuan mengesan ahli yang telah membuat penipuan walaupun selepas pengeluaran dibuat.

"Pegawai KWSP juga dari semasa ke semasa dilengkapkan dengan maklumat terkini berkaitan kes penipuan terutama modus operandi yang digunakan oleh ahli atau sindiket terbabit," katanya.

Lidah Rasmi UMNO

Tiada ulasan: