Sabtu, 19 November 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


AWAS!!! ANDA MUNGKIN GILA

Posted: 19 Nov 2011 10:00 AM PST

Lebih 5 juta rakyat Malaysia dijangka mengalami masalah mental atau gila dalam jangka 5 tahun lagi disebabkan pelbagai faktor.

Kajian tersebut dibuat oleh Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan yang turut disiarkan di dalam blog kementerian terbabit dan beberapa blog media tempatan.

Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, kajian bahagian itu menunjukkan mereka yang berpotensi menjadi gila dalam jangka masa itu terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak yang dianggarkan 20 peratus termasuk lelaki dan perempuan.

Menurut beliau, manakala selebihnya terdiri daripada golongan dewasa yang dianggarkan sebanyak 11.2 peratus iaitu 3.3 juta orang termasuk lelaki dan wanita. 

Katanya, kajian tersebut dikeluarkan pada 14 November lalu dan berdasarkan kajian itu jelas menunjukkan Malaysia sedang menuju keadaan yang tidak rasional menjelang tahun 2020.

"Tetapi kita amat kesal kerana pihak Kerajaan BN sehingga kini masih memandang sebelah mata perkara itu dengan tidak melakukan langkah-langkah yang komprehensif dan konkrit bagi mengatasinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Berdasarkan laporan Bahagian Kawalan Penyakit kementerian itu, menurut beliau, bilangan rakyat Malaysia yang telah menjadi gila sehingga akhir tahun 2010 berjumlah 2,220 orang.

Katanya, jumlah tersebut sepatutnya semakin berkurangan, tetapi anggaran kajian itu menjelang tahun 2020 ternyata semakin meningkat dengan angka yang amat membimbangkan.

"Menyedari perkara itulah saya telah membangkitkan persoalan mengenainya pada persidangan Dewan Rakyat pada 15 November lalu, tetapi jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan ternyata jauh menyimpang," katanya.

Pada persidangan Dewan Rakyat 15 November lalu, pertanyaan lisan yang dikemukakan oleh beliau meminta Menteri Kesihatan menyatakan penyelesaian pihak kementerian bagi menangani gejala pembunuhan secara kejam yang berlaku dalam negara.

"Antara faktor yang boleh dikenalpasti ialah ia mempunyai kaitan dengan kesihatan mental (mental health) anggota masyarakat. Jadi apakah kementerian mempunyai rancangan mental untuk diperkenalkan kepada anggota masyarakat yang telah dikenalpasti berisiko tinggi?" katanya.

Timbalan Menteri Kesihatan, jelasnya, tidak pun menjawab pertanyaan beliau itu, sebaliknya mengatakan mereka yang menjadi gila disebabkan pengambilan alkohol, manakala orang gila terbabit dengan pembunuhan dikatakan amat kecil disebabkan berjaya dikawal dengan rawatan dan perubatan, berbanding penagih alkohol.

Menurutnya, berdasar jawapan itu jelas menunjukkan pihak Kerajaan BN atau Kementerian Kesihatan tidak mempunyai perancangan yang komprehensif atau menyeluruh dan konkrit atau kemas bagi mengatasai masalah itu.

"Sedangkan menurut kajian pelbagai pihak, seseorang yang berisiko menjadi gila itu bukan sahaja kerana faktor keturunan, tetapi juga stress yang berpunca dari pelbagai faktor termasuk kegagalan dalam peperiksaan, rumah tangga dan dalam hidup," katanya yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

Untuk mengatasi masalah itu, pihak Kementerian Kesihatan, tambahnya, sepatutnya mengambil langkah-langkah yang komprehensif dan secara bersepadu dengan turut melibatkan beberapa kementerian lain termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dan Kementerian Wanita, Masyarakat dan Keluarga.

Katanya, selain itu, pihak Kerajaan BN juga sepatutnya turut menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi mencegah dan merawat mereka yang berisiko menjadi gila, termasuk menerusi kaedah-kaedah lebih berkesan terutama melibatkan aspek agama.

"Namun kesemua itu ternyata tidak dilakukan bagi mengatasinya. Malah setelah dikenalpasti berpunca dari alkohol, tidak pula dilakukan langkah yang sepatutnya bagi mengatasinya," tegasnya.

Beliau juga kesal kerana pegawai-pegawai yang bertanggungjawab bagi memberikan khidmat kaunseling kepada mereka yang berisiko menjadi gila sehingga kini tidak ditambah dan hanya berjumlah 0.08 peratus atau 228 orang sahaja.

"Dengan langkah-langkah pencegahannya yang tidak komprehensif dan tidak konkrit, apakah yang mampu diharapkan oleh rakyat negara ini kepada pihak Kerajaan BN bagi mengatasi masalah itu," ujar beliau kesal

HADIAH TUK OBAMA ADALAH TANGKAPAN ISA 12?

Posted: 19 Nov 2011 06:30 AM PST

Presiden Barack Obama telah menyatakan harapan agar Malaysia dapat memainkan peranan yang produktif bagi membantu ke arah kestabilan dan kemakmuran dunia.

Perkara ini dinyatakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika kedua-dua pemimpin Malaysia dan Amerika Syarikat mengadakan pertemuan dua hala di Bali, di luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) yang dijadual berlangsung hari ini.

"Obama melihat Malaysia berpengaruh di rantau ini dan juga dengan negara-negara Islam.

"Beliau berharap Malaysia dapat mainkan peranan yang produktif dan membantu ke arah penyelesaian konflik dan boleh membantu ke arah kestabilan dan kemakmuran dunia," katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia di Bali malam tadi.

Obama, kata Najib melahirkan penghargaannya terhadap Malaysia yang telah dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan AS selain mengalu-alukan peranan Malaysia dalam konteks sebuah negara Islam yang progresif.

"Juga peranan kita untuk menangani beberapa isu tertentu seperti isu pengawalan senjata, yang mana Malaysia telah memainkan peranan yang amat positif," katanya.

Sehubungan itu, Presiden Amerika itu telah meminta Malaysia mengkaji kemungkinan menyertai Inisiatif Keselamatan Pengawalan Senjata (PSI), yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat.

"Kita sedang mengkaji inisiatifnya, tetapi saya maklumkan kepada Presiden Obama meskipun kita belum atau tidak menyertai PSI, Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai pusat transit dalam perdagangan bahan-bahan senjata pemusnahan meluas, termasuk juga apa yang boleh digunakan untuk membuat senjata nuklear," katanya.

Perdana Menteri berkata dengan terlaksananya Akta Perdagangan Strategik, yang telah diluluskan, Malaysia mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak termasuk sebarang kenderaan seperti kapal dan kapal terbang yang digunakan untuk membawa masuk atau keluar barang-barang atau bahan-bahan yang digunakan, yang bertentangan dengan konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

- Bernama

JOM INTIP DUIT BERJUTA

Posted: 19 Nov 2011 03:26 AM PST

Pendengaran saman RM1.47 juta oleh Rizana Mohamad Daud memperlihatkan bagaimana Naluri Corporation Bhd yang dahulunya memiliki Malaysia Airlines, diuruskan oleh hartawan Tajudin Ramli.
Rizana, 46, ipar kepada Tajudin - bekas pengerusi Naluri dan MAS - mengakui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia tidak mempunyai latar belakang undang-undang atau kelayakan, tetapi dibenarkan mengetuai unit korporat dan undang-undang Naluri antara 2002 hingga 2005.
Rizana yang sebelumnya menjadi setiausaha Naluri sejak 1996 dan mendapat gaji RM20,000 sebulan, juga mengakui bahawa peguam peribadinya menderaf surat lantikannya sendiri dengan Naluri dan bukan daripada jabatan sumber manusia.
Ekoran itu, klausa 18 dalam kontraknya menjadi pertikaian kerana tidak ada dalam kontrak pekerja Naluri yang lain.
Peguam Naluri Ben Chan Chong Choon mencadangkan bahawa kontrak itu menyimpang, hasil daripada naungan khas kerana berkahwin dengan  Bistamam Ramli, bekas pengarah Naluri yang juga adik Tajudin, yang mana Rizana segera menafikannya.
Mengikut kontrak, penamatan sebagai ketua perundangan dan sekretariat korporat membolehkannya menerima pampasan gaji selama 36 bulan, yang mencecah angka RM1,469,774.04.

JANGAN CAKAP KUAT KUAT YA

Posted: 19 Nov 2011 03:00 AM PST

Majlis Peguam hari ini melancarkan tabung khas untuk menanggung kos mahkamah bagi kes melibatkan Orang Asli.
Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, tabung berkenaan bertujuan menanggung kos untuk memfailkan kes dan juga kos perundangan lain.
Ambiga berkata, peguam yang menangani kes berkenaan bagaimanapun tidak akan mengenakan yuran guaman, katanya lagi yang turut merasmikan Jawatankuasa Hak Orang Asli Majlis Peguam hari ini.
Halangan besar untuk Orang Asli mengemukakan kes mereka ke mahkamah, terutama berhubung hak ke atas tanah mereka adalah kos mahkamah.
Antara lainnya adalah kes melibatkan penempatan sekumpulan masyarakat Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh Ogos lalu.
Ketua kampung kumpulan masyarakat Semai itu, Kadir Ahsan ketika membentangkan kesnya dalam seminar selepas itu berkata kerajaan telah memujuk mereka untuk berpindah.
"Kerajaan suruh kita pindah banyak kali, tapi kita memang tak mahu pindah. Walau berisiko pun kita akan duduk di situ juga," katanya.
Jelasnya, mereka enggan berpindah dari kawasan yang didiami itu kerana bimbang tanah berkenaan akan diambil oleh pemaju.
Beliau memberi alasan, lereng bukit yang didiami itu bernilai tinggi kerana kedudukannya yang mengadap satu kawasan padang golf.
"Sebab itulah kita perlukan bantuan peguam," katanya lagi yang mahu hak anggota masyarakatnya ke atas kawasan berkenaan dikekalkan.

POLIS TIDAK HORMATI ATAU MEMALUKAN PERDANA MENTERI?

Posted: 19 Nov 2011 02:00 AM PST

PAS mengingatkan pihak keselamatan membebaskan segera semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah mengumumkan akta itu dimansuhkan.
AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ketika dihubungi Harakahdaily berkata, tindakan terbaru pihak polis yang menangkap 13 orang di bawah akta itu di Sabah adalah satu penghinaan kepada Najib dan juga seluruh rakyat yang dijanjikan pemansuhan akta itu.
"Kalau polis ada bukti, heret ke mahkamah, dakwa mereka, bukan guna ISA.
"Kuasa polis 'lebih besar' dari perdana menteri nampaknya. Ini satu penghinaan kepada pengumuman PM," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam bahawa penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan, dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.
Ismail semalam juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.
Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.
Serah memo ke Suhakam
Dalam pada itu, Mazlan yang kini berada di Sabah memaklumkan satu memorandum akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Kota Kinabalu pada 21 November ini.
Memorandum dari anggota keluarga tahanan itu menuntut Suhakam mendesak kerajaan membebaskan semua tahanan tersebut.
Selain kepada Suhakam, pihak keluarga juga akan menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri di parlimen.
Pada masa sama, Mazlan turut mengalukan kenyataan Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang meluahkan rasa kecewa penangkapan terbaru di bawah akta itu.
Hasmy Agam semalam juga menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam.
Selain itu, PAS Sabah juga ujar Mazlan telah melancarkan derma kilat bagi membantu anggota keluarga mangsa tahanan.
"Rata-rata isteri tahanan ini bergantung kepada pekerjaan suami.
"Tidak lama lagi akan buka sekolah, sudah tentu mereka perlukan wang untuk perbelanjaan sekolah anak-anak," katanya sambil menyeru orang ramai turut sama membantu.

DISINILAH KONONNYA CERITA ALTANTUYA DIKAITKAN BUKAN?

Posted: 19 Nov 2011 12:20 AM PST

Menubuhkan sebuah jawatankuasa parlimen yang mapan mengenai pertahanan merupakan langkah pertama yang diperlukan untuk membersihkan perolehan pertahanan Malaysia, yang sering dihantui pembelian meragukan, kata pakar antarabangsa.

Mark Pyman, pengarah pertahanan dan program keselamatan Transparency International UK (TI-UK), mencadangkan satu pakej inisiatif untuk memulakan pembaharuan dalam perolehan pertahanan Malaysia:

Menubuhkan sebuah jawatankuasa parlimen pertahanan yang melibatkan kedua-dua pihak;
(1) Kementerian Pertahanan perlu menerbitkan maklumat lanjut berkenaan perolehan.
(2) Masyarakat sivil menuntut maklumat lebih terperinci daripada belanjawan perolehan pertahanan.
(3) Kerajaan memastikan integriti perolehan pertahanan dalam program transformasi.

Jawatankuasa pertahanan parlimen - amalam biasa dalam sistem demokrasi berparlimen - salah satu struktur asas dalam mengawal akaun Kementerian Pertahanan, kata Pyman ketika diwawancara Malaysiakini.

APA NI: NEGERI PAPUA LAGI BAIK DARI MALAYSIA KA...

Posted: 19 Nov 2011 12:03 AM PST

Ketelusan perbelanjaan pertahanan Malaysia dikelaskan dalam kategori 'sederhana hingga rendah' dalam indeks antarabangsa 2010.
Menurut Laporan Ketelusan Perbelanjaan Pertahanan oleh Transparency International yang dilancarkan di Subang Jaya hari ini, Malaysia memperoleh mata 4.5, dengan 12 paling telus.

Ia meletakkan Malaysia bersama negara seperti Afghanistan, Thailand, Georgia dan Azerbaijan.

Malaysia juga antara yang ketinggalan di belakang Indonesia, Bangladesh dan Papua New Guinea, yang mempunyai ketelusan sederhana dalam perbelanjaan pertahanan.

PAS WAJAR MENERIMA CABARN INI:JANGAN MELENTING

Posted: 18 Nov 2011 07:30 PM PST

Pakatan Rakyat dilihat negatif di mata orang Melayu Pulau Pinang tetapi dalam masa yang sama BN pula masih diragui di negeri itu, demikian tinjauan badan penyelidik bebas.

Selain imej "kerajaan Cina" yang membelenggu DAP, PKR dilihat parti pelbagai kaum yang tidak berideologi Melayu dan PAS pula tidak memberi kesan dan dianggap sebagai boneka.

Tinjauan kelolaan Ilham Centre juga mendapati, walaupun Umno dilihat pilihan terbaik untuk masa depan Melayu, namun dakwaan dominasi golongan India Muslim dikatakan menjadi penghalang sokongan pengudi.

Kesimpulan itu dibuat berdasarkan dapatan yang menunjukkan bahawa 25.3 peratus responden setuju DAP akan terus memerintah.

Sebaliknya, pengundi merasakan peluang BN merampas semula Pulau Pinang hanya sebanyak 18.6 peratus.

Kebanyakan pengundi, kira-kira 60 peratus memberi jawapan tidak pasti.

Antara dapatan menarik dalam tinjauan itu:

  • Faktor parti paling mempengaruhi pengundi (50 peratus).
  • Isu tempatan lebih mempengaruhi undi daripada isu nasional (26.7 peratus).
  • Isu PAS boneka merupakan isu nasional paling mempengaruhi pengundi (55 peratus).
  • Isu Melayu tertintis merupakan isu tempatan yang paling mempengaruhi pengundi (55 peratus).
  • Peka dan prihatin masalah rakyat merupakan ciri kepimpinan yang paling mempengaruhi undi (91.4 peratus).

Kajian pada awal Oktober itu dijalankan di tiga kubu kuat BN - Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Bayan Lepas - melibatkan 720 pengundi Melayu terdiri daripada anggota BN dan atas pagar.

rm100 ALAT UMNO CARI SOKONGAN PRU 13?

Posted: 18 Nov 2011 05:30 PM PST

Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat.

Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik.

"Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pelbagai bahagian pengurusan sekolah, termasuk semua pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Kandungannya menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.

"Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan," surat itu dipetik.

Bantuan itu ekoran pengumuman bantuan persekolahan RM550 juta atau RM100 kepada setiap pelajar oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.

Langgar batasan

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".

"Penyampaian itu disampaikan oleh Umno dan BN dengan sendirinya membuktikan bahawa bantuan itu sendiri bukan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, tetapi bertujuan mendapat habuan politik," katanya.

Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin itu juga melihat tindakan Dr Rosli melanggar batasan seorang penjawat awam.

"Bagi saya benda begini serahkan pada sekolah. Macam tak ada kepercayaan. Apakah pegawai pendidikan tidak mewakili kerajaan? Saya tak kisah jika menteri pelajaran atau KSU, pengarah pelajaran negeri, guru besar... wakili kerajaan.

"Ini penghinaan. KSU beri imej tidak baik, macam tak ada kepercayaan pada sektor kerajaan," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena.

Manakala Saifuddin pula menyifatkan tindakan Dr Rosli itu terang-terang melangggar prinsip dan etika sebagai penjawat awam.

"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.

TANPA SEBARANG KURSI ADUN ATAU MP: PRESIDEN GERAKAN GALI LUBANG KUBUR

Posted: 18 Nov 2011 04:00 PM PST

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatannya sebagai presiden Gerakan kerana gagal memimpin parti itu dengan betul.

NONEBercakap kepada pemberita, Dr Mahathir berkata seseorang pemimpin perlu meletakkan jawatan selepas parti yang diterajui mereka mengalami kekalahan teruk, seperti yang berlaku ke atas Tun  Abdullah Ahmad Badawi semasa memimpin BN pada pilihan raya umum 2008.

"Minta maaf, saya terpaksa katakan ini, terhadap Koh. Secara peribadi, beliau seorang  yang sangat baik tetapi beliau telah gagal dalam tugasnya. Akibatnya, Gerakan juga gagal.

"Jika beliau memimpin Gerakan dalam pilihan raya kali ini, maka ia mungkin tidak akan  membawa kesan yang diingini untuk BN. Beliau telah terlalu lama dan tidak lagi efektif, beliau harus letak jawatan," katanya.

Menurut Dr Mahathir lagi, peluang harus diberikan kepada ahli-ahli Gerakan yang lain kerana parti itu juga mempunyai pemimpin lain yang berkemampuan.

Malangnya, kata beliau, dalam budaya rakyat Malaysia, pemimpin-pemimpin parti dan menteri-menteri tidak meletakkan jawatan atau bertanggungjawab apabila berlaku sesuatu yang buruk tetapi sebaliknya cuba terus mempertahankan kedudukan mereka.

abdullah ahmad badawi mahathirBeliau mencadangkan supaya rakyat meniru budaya urus tadbir Jepun, yang menyaksikan menteri kabinet melepaskan jawatan serta-merta selepas berlakunya sesuatu skandal.

"Kita tidak perlu tinggal melebihi had tempoh. Itulah sebabnya saya letak jawatan kerana tidak mahu untuk tinggal melebihi tempoh saya sebagai Perdana Menteri dan memberi peluang kepada Pak Lah untuk menunjukkan kebolehan beliau.

"Jika tidak siapa yang tahu kredibilitinya (Pak Lah)," katanya

Tiada ulasan: