Addin |
- (Video) Kenapa Indonesia Tak Hormat Lagu Negaraku?
- Akhirnya Anak Gaddafi Di Tangkap
- Rupa-Rupanya Ibrahim Ali Takut Shahrizat
- Rahsia Gaddafi Yang Kita Tidak Tahu.. (5)
- Pasukan Malaysia Komplain Dipaksa Naik Kereta Perisai
- Pakar Ekonomi AS Menerajui Sime Darby
- Nasib Najib Bakal Menjadi Seperti Ini
- Najib Layak Jadi Hos Rancangan Kembara
- Polis Hina Najib
- PAS Sabah Lancar Tabung Bantuan Tahanan ISA
- Dikecam Isu Perkauman, Presiden FIFA Enggan Letak Jawatan
- SPRM Rompak, Polis Curi
- Penemuan Manusia Raksasa Kaum Ad, Umat Nabi Hud A.S
(Video) Kenapa Indonesia Tak Hormat Lagu Negaraku? Posted: 19 Nov 2011 04:00 PM PST Ketika di kedai Mamak utk minum teh, ada sekumpulan warga Indonesia yg duduk di meja sebelah menonton perlawanan Indon vs Vietnam. Sempat juga bertanya kenapa org Indonesia x hormatkan lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku. Jawapan yang dapat.. " Pak, lagu bapak itu dicopy dari lagu Terang Bulan karya dari negara kami. Lagu itu temanya biasa aja utk hiburan ditempat kami. Bukannya melodi itu utk dihormati. Cuba bapak bayangkan kalau lagu Aku Cinta Padamu milik Siti dibuat lagu rasmi negara kami, apakah bapak akan hormat? Malahan bapak akan ejek dan mentertawakan kami bukan? Kok lagu org bercinta mahu jadikan lagu rasmi negara?"... Hanya mampu tersenyum sahaja tatkala admin mendengarnya. kbbut Addin : Apa pun penyokong Indonesia sepatutnya hormat lagu Negaraku semasa dikumandangkan. Walaupun apa alasan, tindakan Indonesia seperti manusia tidak bertamadun. Gelagat segelintir rakyat Indonesia telah mengguris hati rakyat Malaysia. Kita serumpun dan seagama.. apa perlu berpelakuan sebegini hanya kerana permainan yang di namakan bola sepak, sungguh dangkal!! |
Akhirnya Anak Gaddafi Di Tangkap Posted: 19 Nov 2011 07:40 AM PST Mahkamah Kejahatan Internasional (ICC) mengaku sudah mendapat konfirmasi pihak Kementerian Kehakiman Libya kalau putera mendiang Moammar Khadafy, Saif al-Islam tertangkap. "Kami berkoordinasi dengan Kementerian Kehakiman Libya untuk meyakinkan terkait penangkapan Saif al-Islam sesuai dengan undang-undang," kata Juru Bicara ICC Florence Olara. Sebelumnya, pihak ICC, sebagaimana warta AP dan AFP pada Sabtu (19/11/2011), sempat salah mengumumkan soal penangkapan Saif pada Agustus silam. Saif muncul ke publik dua hari lalu. Sementara, ICC tidak mendapat kofirmasi hal tersebut. Pada Juni 2011, ICC mengeluarkan jaminan bagi Saif dan Ketua Badan Intelijen Libya Abdullah al-Senussi agar keduanya diadili sesuai hukum kejahatan kemanusiaan. Bulan lalu, ICC mengatakan Saif al-Islam sedang dalam kontak dengan pihak penengah terkait kemungkinan putera Khadafy itu menyerahkan diri./kompas |
Rupa-Rupanya Ibrahim Ali Takut Shahrizat Posted: 19 Nov 2011 07:21 AM PST Tuduhan terbaru Ketua Perkasa Ibrahim Ali bahawa penasihat PAS Nik Aziz Nik Mat takut kepada DAP hanya menunjukkan betapa terdesaknya beliau dalam mengalih perhatian orang ramai terhadap skandal NFC yang melibatkan pemimpin atasan Umno. Ibrahim Ali tidak menyebut satu pun tentang orang Melayu yang setiap hari terpaksa berhadapan dengan harga makanan yang semakin meningkat dan sekarang jelas terbeban lagi oleh skandal lain yang telah pun terbongkar. Ini menunjukkan Ibrahim Ali tetap tunduk kepada golongan elit Umno, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. "Ramai yang merasa jijik dan tertipu apabila mereka mendapat tahu tentang skandal NFC. Pertama sekali, adakah anak lelaki Shahrizat akan mendapat yang projek bernilai RM250 juta itu tanpa beliau? Seorang menteri sepatutnya menjaga kepentingan awam. Beliau menduduki pejabat awam, justeru, seorang menteri bukan sahaja harus bersih tetapi mesti kelihatan bersih. Malangnya, Ibrahim Ali yang sepatutnya menegakkan kepentingan rakyat, sibuk pula menyerang Nik Aziz. " ujar Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle. Jaguh palsu Ibrahim Ali telah berusaha untuk menjadi jaguh 'palsu' Orang Melayu. Cuba mempertahanan hak-hak masyarakat seraya menegaskan bahawa Perkasa tidak mempunyai kecenderungan politik tetapi akan berdiri untuk orang Melayu tanpa rasa takut. "Rakyat ingin tahu mengapa Nik Aziz tidak mengatakan bahawa Abdul Hadi Awang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan menang pilihan raya akan datang," katanya kepada Utusan pada hari Khamis. "Dan jika Hadi menjadi PM, maka PAS boleh mewujudkan sebuah negara Islam dan undang-undang hudud. Oleh itu, tidak ada sesiapapun yang boleh berkata bahawa kita tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud." Penganalisis politik berkata, walaupun Hadi menjadi PM, untuk sebuah negara Islam melaksanakan undang-undang hudud, pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan yang hanya boleh diluluskan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen. Walaubagaimanapun, Ibrahim, Ahli Parlimen Pasir Mas, gagal menyebut fakta ini. Rasuah yang nyata tetapi isu tidak diperbesarkan Menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, apabila ada isu yang melibatkan rasuah golongan elit Umno, Ibrahim tidak akan kelihatan. Beliau akan sama ada secara senyap mengalih perhatian kepada isu lain. Itu tidak akan membantu masyarakat Melayu, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka menegaskan bahawa dalam kes NFC, yang merupakan satu projek kebangsaan untuk memastikan harga munasabah bagi bekalan daging lembu melalui projek RM250 juta menggunakan dana awam; mereka yang menanggung kerugian terbesar adalah orang Melayu. Mereka membentuk kira-kira 60% daripada penduduk manakala daging lembu adalah sumber protein alternatif utama bagi mereka selain daripada ayam dan ikan. Daging babi adalah haram disisi Islam. Seperti semua rakyat Malaysia yang telah merasai kesan daripada harga makanan yang sering naik, orang Melayu pula malangnya membentuk majoriti daripada pekerja-pekerja berpendapatan rendah di negara. Alangkahkah peritnya berita yang mereka harus telan mengenai Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk projek NFC. Walaubagaimanapun, seperti dalam laporan Ketua Audit Negara, projek tersebut adalah dalam "keadaan kucar-kacir" dan jauh daripada sasaran. Pemimpin PKR telah menuduh keluarga Shahrizat menyalahgunakan RM83 juta daripada projek itu, dan membelanjakan RM10 juta untuk membeli kondo mewah di Bangsar dan RM800, 000 untuk membiayai perjalanan keluarga. Namun, Ibrahim Ali dan lain-lain 'pembela' hak Melayu terus senyap dan memekakkan telinga. "Sekurang-kurangnya, kita harapkan mereka untuk menuntut siasatan penuh oleh SPRM. Sahlah bahawa Perkasa hanya berfungsi untuk mempertahankan golongan elit Umno dan mereka yang berada di akar umbi Umno tidak akan terkesan oleh kegagalan projek ini. Setiap kali satu projek nasional gagal, kita semua menjadi semakin miskin, kecuali mereka yang melakukan rompakan tersebut. Mereka akan menjadi lebih kaya, " tegas Ahli Parlimen Batu PKR Tian Chua kepada media./mc |
Rahsia Gaddafi Yang Kita Tidak Tahu.. (5) Posted: 19 Nov 2011 02:43 AM PST Surat pertama saya minggu dahulu tentang Muammar Gaddafi telah mendapat pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju. Dan ramai juga yang tidak bersetuju dengan pandangan saya itu. Kepada mereka yang bersetuju saya meminta mereka untuk terus membaca dan mengkaji. Kepada mereka yang tidak bersetuju maka saya arahkan surat kedua saya ini kepada mereka. Untuk memulakan surah biar saya nyatakan disini tentang dua patah perkataan. Dua perkataan ini adalah jampi dan mantra geopolitik hari ini. Dua perkataan ini adalah realpolitik yang sedang berlaku dihadapan mata kita. Jika kita memiliki makrifat tentang dua perkataan ini maka kita akan memahami apa yang sedang berlaku dalam dunia hari ini. Pertama: Minyak. Kedua : China. Dua perkataan ini adalah kunci untuk kita memahami makrifat politik dunia. Memahami politik dunia akan membantu kita untuk memahami politik dalaman Malaysia. Gagal memahami : Minyak dan China - maka kita akan gagal dalam menganalisa situasi politik. Analisa politik yang tidak tepat akan membuatkan kita memilih taktik dan stratiji yang salah dalam pejuangan untuk menumpaskan kezaliman untuk mendirikan keadilan. Tuan yang saya muliakan, Pasti tuan akan bertanya apa hubungan Minyak dan China dengan wafatnya Muammar Gadaffi? Tuan yang saya muliakan, dalam surat saya yang lalu telah saya nyatakan bahawa banyak syarikat minyak antarabangsa telah tidak dibenarkan menjarah minyak di Libya. Libya bukan macam Kuwait atau Berunai dimana Shell, BP, Cheveron, Esso atau Exxon bebas untuk menjarah harta kekayaan negara. Gadaffi telah melarang syarikat antrabangsa ini masuk dengan wenang wenang. Apakah tuan tidak percaya dengan surah saya ini? Biar saya bawa tuan kembali untuk mengingati sejarah pada 5 April 1986. Pada malam itu sebuah bom telah meletup didalam sebuah kelab malam di Berlin. Tiga soldadu Amerika gugur. Rumah Puteh di bawah Ronald Reagan ketika itu mengambil tindakan balas dengan mengebom Libya pada 14 April. Sasaran pertama ialah rumah kediaman Gadaffi sendiri. Seramai 50 orang warga Libya gugur termasuk anak perempuan Gadaffi sendiri. Tindakan Ronald Reagan ini berdasarkan kenyataan seorang saksi yang bernama Mushad Eter. Tetapi dari ZDR – stesen tv German - yang menyiarkan program siasatan pada 28 Ogos 1998 – didapati bahawa Mushad Eter ini ialah ajen CIA. Dan orang yang bertanggung jawab meletakkan bom ke dalam kelab malam itu ialah Mahammed Aamir seorang ajen Mossad dari Israel. Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah rancangan untuk membunuh Gadaffi ini telah lama berjalan. Fail : Mesti Bunuh Gadaffi – telah ada di meja CIA semenjak tahun 70'an lagi. Jika tuan masih tidak yakin dengan surah ini biar saya buka satu lagi surah. Kali ini saya adalah perawi saheh kerana ketika pesawat udara Pan Am Flight 103 meletup di Lockerbie pada 21 Disember 1988 saya masih lagi tinggal dalam kota London. Saya mengikuti –membaca dan menonton – dengan rapi sekali kes ini. Trajedi udara di Lokerbie telah menewas 270 penumpang. Dengan serta merta Ronald Reagan telah menuduh Gadaffi dan Libya. Kerajaan British dibawah Magaret Thatcher amat bersedia untuk mengikut telunjuk Ronald Reagan. Majlis Keselamatan PBB telah mengambil langkah membuat sekatan keatas Libya. Dua warga Libya Abdel Basset Al Megrahi dan Al Amin Khalifa telah ditangkap dan didapati bersalah. Tetapi kaum keluarga yang gugur merasa tidak puas hati dan mereka membuka kes ini sekali lagi. Pada bulan Ogos 2005 Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Scotland telah membuat kenyataan bahawa bukti baru telah ditemui. Bomb jangka dalam kapalterbang tidak dipasang oleh warga Libya tetapi telah dipasang oleh ajen CIA. Saksi utama seorang penjual kain baju di Malta telah mengaku bahawa dia telah dibayar sebanyak 2 juta dolar oleh CIA untuk memberi keterangan palsu dan mengkaitkan Libya. Memasang bom dan kemudian menuduh orang lain melakukannya bukan satu taktik yang baru. Kita pernah mendengar bagaimana polis meletakan dadah atau parang sebagai bahan bukti. Di Malaysia sendiri kita semua telah melihat bagaimana Mahathir Muhamad merancang kes rampasan senjata di Sauk pada 31 Ogos 2000. Dikatakan tiga buah Pajero telah berjaya mengambil senjata seberat 3 tan dalam masa 15 minit. Mahathir telah menuduh kumpulan silat Al-Maunah. Sebenarnya ini adalah persediaan Mahathir untuk menggunakan ISA terhadap Gerakan Reformasi. Ini terbukti saheh : Pada 10 April 2001 seramai 10 orang aktivis Reformasi telah ditangkap dibawah ISA. Letupan bom di Berlin dan meletupnya diudara kapalterbang di Lockerbie terbukti kerja jahat CIA. Kenapa semua ini dilakukan? Jawapannya cukup senang. Minyak. Minyak. Minyak. Gadaffi tidak membenarkan syarikat minyak antrabangsa menjarah Libya. Justeru Gadaffi wajib dilupuskan. Tuan yang saya muliakan, saya telah banyak menulis untuk menerangkan bahawa tamadun moden hari ini adalah Tamadun Minyak. Kalau dulu manusia telah melintasi Zaman Batu, Zaman Gangsa, Zaman Wap – hari ini saya namakan tamadun Zaman Minyak. Ini kerana asas ekonomi dunia kapitalis hari ini ialah minyak. Tanpa bahan bakar petrol dunia kapitalis dan sistem ekonomi kapitalis akan runtuh. Justeru kita semua wajib menerima hakikat bahawa bahan bakar petrol ini adakh kunci sistem ekonomi kapitalis. Kuasa kolonial Eropah – German, British, Itali, Peranchis , Belanda, Belgium – semuanya ada memiliki tanah jajahan di Afrika. Sesudah biji durian dimakan kulitnya dibuang – inilah sikap penjajah. Negara kolonial Barat telah meninggalkan Afrika tempang, mundur dan miskin. Afrika tidak lagi menjadi wilayah yang menarik untuk kaum kapitalis melabur seperti di Siam, Malaysia atau Korea. Disini negara China – negara kapitalis yang baru bangun – tanpa segan silu telah masuk ke Afrika untuk melabur. Libya menjadi bagitu penting untuk China kerana kedudukan Libya betul-betul ditengah benua Afrika. Di Selatan Libya terbentang padang pasir yang membuka benua Afrika manakala di utara ialah Laut Tengah. Ketika Libya diserang Nato ada lebih kurang 75 buah syarikat China dengan 36,000 tenaga kerja. Mereka sedang membina bangunan, lebuh raya dan mendirikan infrastruktur pembangunan. Tiga syarikat minyak China – CNOC, Sinopec Group dan CNOOC beroperasi mencarigali di Libya. Ketika diserang oleh Nato, Libya membekalkan China 150,00 tong minyak sehari – ini adalah 3% dari keseluruhan keperluan China dan ianya hanyalah 1/10 ekpot minyak Libya. Secara nisbah Libya menjadi negara pembekal minyak yang amat penting untuk China. Hari ini ekonomi China adalah ekonomi kapitalis yang kedua terbesar didunia sesudah Amerika Syarikat. Tidak berapa lama lagi kekuatan ekonomi Amerika akan diambil alih oleh ekonomi China. Kekuatan ekonomi Amerika Syarikat akan menjadi sejarah. Fakta ini diketahui oleh CIA, diketahui oleh Rumah Puteh, diketahui oleh Israel. Apabila kuasa ekonomi merundum bermakan kuasa politik akan merundum sama. Ini makrifat realpolitik. Untuk ekonomi China berkembang dan terus bergerak bahan bakar petrol amat diperlukan. China memerlukan minyak mentah bukan sahaja dari Afrika malah dari mana sahaja. Justeru, China telah melabur di Sudan, di Dafur, di Chad. Fakta ini bukan satu rahsia. Kalau membuka kembali sejarah terkini kita akan membaca bagaimana syarikat minyak China telah diketepikan di Iraq oleh pentabiran Amerika sesudah Saddam dibunuh. Perjanjian carigali antara syarikat China dengan Iraq lupus. Wilayah carigali yang telah diberikan kepada China diambil alih oleh syarikat minyak Amerika – yang selama ini tidak dibenarkan masuk ke Iraq oleh Saddam. Pekara yang sama akan berlaku di Libya./tukartiub |
Pasukan Malaysia Komplain Dipaksa Naik Kereta Perisai Posted: 19 Nov 2011 12:01 AM PST JAKARTA - Cara pihak keamanan mengevakuasi para pemain sepak bola Malaysia dengan "menyembunyikan" mereka di dalam baracuda usai menghadapi tim tuan rumah Indonesia di Stadion Utama Gelora Bung Karno membawa kesan tersendiri buat pelatih Malaysia Ong Kim Swee. Ong menilai pengalaman di dalam barracuda itu sangat unik. "Bagi saya itu satu pengalaman yang sangat unik," kata Ong dalam jumpa pers di Hotel Sultan, Jumat, 18 November 2011. Pelatih berkacamata yang sukses membawa tim besutannya menjuarai Grup A SEA Games ini cukup mafhum dengan kefanatikan para pendukung tim Indonesia yang malam tadi takluk 0-1 dari Malaysia. Ong mengatakan kendaraan taktis polisi untuk mengevakuasi para pemainnya memang demi keamanan dan keselamatan para pemain. Barangkali, kata dia, itu yang terbaik untuk pasukan Harimau Malaya. "Kami terima (perlakuan) ini karena ini isu yang amat penting karena menyangkut keselamatan," katanya. Namun lain yang diungkapkan kepada wartawan, lain pula yang terjadi saat manager meeting di Hotel Sultan. Dalam pertemuan antarmanajer tim yang akan bertanding dalam semifinal besok, pihak Malaysia justru memprotes sikap aparat yang memaksa para pemain Malaysia naik barracuda. "Mereka berharap di semifinal dan final tidak ada lagi barracuda," kata staf panitia penyelenggara sepak bola untuk SEA Games, Bobby Mubarak. Bobby mengatakan dalam pertamuan para manajer dan pelatih tersebut Malaysia komplain karena mereka sebelumnya juga pernah dipaksa naik barracuda saat Final Piala AFF 2010 lalu. Kali ini mereka minta para pemain Malaysia bisa masuk dan keluar dari stadion dengan bus biasa, tapi tetap terjamin keamanannya. "Akan ada rapat khusus untuk pengamanan," kata Bobby./tempo |
Pakar Ekonomi AS Menerajui Sime Darby Posted: 18 Nov 2011 10:47 PM PST Sarawak Report menemui beberapa dokumen yang mengejutkan berhubung kempen perladangan yang dijalankan oleh syarikat perladangan gergasi, Sime Darby, sebagai suatu usaha mereka melantik seorang pakar ekonomi paling popular di dunia, untuk menjadi 'duta' mereka. Jeffrey Sachs adalah seorang professor ekonomi di sebuah universiti di New York yang pernah disenaraikan namanya dalam majalah Time sebagai salah seorang dari 100 individu paling berpengaruh di dunia. Bukti-bukti yang kami temui bahawa Sime Darby didapati mengupah FBC Media untuk mempersembahkan Sachs sebagai agen promosi kegiatan perladangan mereka. Sebagai contoh, pada iklan eksklusif dalam akhbar Herald Tribune, Sachs didapati memuji-muji kerajaan Malaysia dan syarikat Sime Darby dalam tahun 2008 kerana usaha mereka dalam kegiatan perladangan. Di samping itu, Sime darby juga dipuji-puji kerana penglibatannya dalam zon pembangunan Iskandar. Sime darby yang dikawalselia penuh oleh kerajaan Malaysia merupakan sebuah syarikat perladangan yang terbesar di dunia, dan ladang-ladang mereka di Malaysia telah mengeksploitasi alam sekitar di kawasan Miri dan Bintulu. Kegiatan terbaharu Sime Darby adalah pergerakan mereka dari Sarawak ke daerah Liberia di Afrika di mana mereka didapati berladang di kawasan seluas 47,000 hektar yang telah menyebabkan orang-orang asli di situ telah bangkit menentang syarikat itu kerana merampas tanah-tanah milik orang asli. Di Sarawak, kaum asli yang miskin yang memiliki tanah yang telah dirampas hak ke atas tanah untuk bercucuk tanam, bukannya kerajaan yang menyediakan tanah untuk rakyatnya. Hanya segelintir sahaja individu yang tahu cherita ini sebagai mana disampaikan oleh FBC Media. Siasatan Bank Dunia ke atas kegiatan perladangan di Sarawak telah memperlihatkan kegiatan itu mengakibatkan rakyat Sarawak menjadi papa kedana kerana kehilangan tanah sendiri setelah diambil syarikat-syarikat perladangan seperti Sime Darby. Hasil siasatan kami juga mendapati Professor Sachs merupakan salah seorang dari beberapa individu yang digunakan Sime Darby mempromosikan nama syarikat itu./sarawakreport |
Nasib Najib Bakal Menjadi Seperti Ini Posted: 18 Nov 2011 09:56 PM PST Polis Filipina semalam menangkap bekas presiden, Gloria Macapagal Arroyo kerana didakwa berkomplot dengan seorang panglima perang untuk menipu dalam pilihan raya. Beliau boleh dipenjarakan seumur hidup kerana kesalahan tersebut. Penangkapan itu berlaku selepas pihak berkuasa menghalang Arroyo, 64, daripada meninggalkan Filipina setibanya beliau di lapangan terbang Manila di sini dengan memakai alat penyokong leher. Ketika itu, Arroyo mahu meningglakan Filipina untuk menjalani rawatan perubatan sakit tulang di luar negara. Menurut polis, Arroyo bersama suami dan peguamnya semasa waran tangkap dihantar ke biliknya di Pusat Perubatan St. Luke di bandar Taguig, Manila tempat bekas presiden tersebut dirawat kerana sakit tulang. Keputusan mendakwa Arroyo oleh Suruhanjaya Pilihan Raya semalam kerana menipu dalam pilihan raya senator pada 2007 turut menandakan kemuncak kempen Presiden sekarang, Benigno Aquino untuk mendakwa pemimpin itu kerana jenayah rasuah. "Aquino berikrar untuk membawa Arroyo ke muka pengadilan selepas beliau memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada tahun lalu. "Arroyo akan berada dalam negara dan berdepan dakwaan mensabotaj pilihan raya" kata Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima dalam satu kenyataan selepas sebuah mahkamah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas presiden berkenaan. "Adalah menjadi hasrat kami supaya rakyat Filipina mendapat keadilan yang sepatutnya," tambah kenyataan sama. Arroyo yang merupakan seorang bekas profesor universiti dan presiden wanita kedua Filipina didakwa melanggar banyak akta rasuah dan penipuan pilihan raya semasa era pemerintahan beliau dari 2001 hingga pertengahan tahun lalu. Beliau beberapa kali menggagalkan usaha Parlimen untuk memecatnya ekoran dakwaan melakukan penipuan dalam pilihan raya semasa memerintah Filipina. Beberapa pembantu Arroyo menyatakan beliau dirawat di hospital kerana menghidap sejenis penyakit tulang yang jarang berlaku. Arroyo juga telah menjalani tiga pembedahan tulang belakang sepanjang tahun ini. De Lima berkata, pemerintah tidak membantah Arroyo ditangkap ketika beliau dirawat di hospital. Namun, pihak berkuasa tidak bertindak segera untuk menangkap Arroyo. Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada bekas pemimpin itu akan ditahan sehingga perbicaraan berlangsung. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, penipuan undi itu berlaku di wilayah Maguindanao, selatan Filipina yang diperintah oleh keluarga Ampatuan. Sekutu-sekutu Arroyo rapat dengan keluarga Ampatuan. Keluarga Ampatuan mempunyai reputasi sebagai penglima perang dan melaksanakan pemerintahan di wilayah itu selama satu dekad dengan satu kumpulan tentera peribadi yang ganas./Agensi Addin : Najib akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan kuasanya.. jika tidak, nasibnya akan menjadi seperti Arroyo ataupun lebih teruk lagi. |
Najib Layak Jadi Hos Rancangan Kembara Posted: 18 Nov 2011 09:46 PM PST Di manakah agaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada sekarang? Pada bulan lalu, Najib telah pergi China, Indonesia, Australia, Arab Saudi, dan kemudian kembali ke Arab Saudi lagi; dan kini beliau pergi ke Hawai!Adakah beliau sebenarnya hos kepada rancangan yang merantau dunia? Sama ada beliau adalah versi cantik atau hodoh hos Asha Gill bergantung kepada sama ada anda adalah sebahagian daripada 59% daripada rakyat Malaysia yang menyukai beliau (tetapi peratusan merosot dengan cepat) , atau sebahagian daripada 41% yang tidak! Dan dalam semua perjalanan ini Najib tidak mencapai sebarang matlamat selain daripada membazir wang awam. Bersama beliau dan yang terus mejadi bebanan pembayar cukai, adalah isteri beliau yang juga tidak popular, Rosmah Mansor. Lawatan Najib ke Arab adalah yang paling tidak berbaloi dan membazir dalam keadaan ekonomi kita yang makin teruk ini. Lawatan Najib ke Arab Saudi yang pertama adalah untuk upacara pengebumian Putera Mahkota Arab. Beliau sebenarnya boleh menghantar orang lain supaya kos perjalanan lebih murah untuk menghadiri pengebumian tokoh Timur Tengah itu. Sebagai contoh, dia boleh telah menghantar Muhyiddin Yassin timbalannya, yang tidak begitu diperlukan di Malaysia, selain daripada menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada Sistem Pendidikan kita. Percutian pada kos tidak munasabah Selepas CHOGM, di mana Najib telah diambil gambar tertidur semasa pemimpin lain sedang berucap, dia kemudiannya kembali ke Arab Saudi untuk menunaikan haji. Sekarang, mengetahui bahawa dia akan pergi ke mesyuarat APEC sejurus selepas itu, mengapa Najib tidak menangguhkan perjalanannya? Beliau bukan pergi sebagai individu persendirian tetapi kakitangan kerajaan yang dibiayai kerajaan pada kos yang tidak munasabah. Malaysia pula terkapai-kapai tanpa pemimpin. Greece telah pun gagal, Itali di bawah pengepungan, Sepanyol menggeletar dan ekonomi global adalah di bawah ancaman. Najib pula telah hilang dan bercuti. Beliau mempamirkan sikap beliau yang tidak bertanggungjawab. Beliau juga Menteri Kewangan tetapi tidak melakukan apa-apa dan meninggalkan ekonomi dalam tangan Ahmad Husni, yang telah membuktikan dirinya tidak lebih daripada seorang akauntan. Malaysia telahpun dikejutkan dengan pendedahan pembaziran yang dilakukan kerajaan dan juga rasuah dalam laporan Ketua Audit Negara. Najib tidak sedikit pun mengelipkan mata dengan berita kondo mewah RM10 juta yang dibeli untuk keluarga menteri Kabinet kanan dengan menggunakan wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk projek pengeluaran daging lembu negara. Adakah ianya tradisi dalam BN? 'Anda bantu saya, saya bantu anda? Sementara itu, rakyat Malaysia merintih dengan beban inflasi 5 hingga 8% untuk makanan, disebabkan oleh dasar tidak cekap yang dilaksanakan Najib. Perbelanjaan diluar kawalan Najib bertambah dengan signifikan sekali. Mungkin beliau dan Umno berfikiran bahawa, apalah sangat beberapa ratus berjuta-juta lagi apabila sudah berbilion-bilion tidak pun trilion yang menjadi taruhan. Secara seriusnya, kos menyembuhkan Malaysia akan mencecah menjadi angka trillion. Masa adalah faktor penentu. Masa adalah amat berharga. Lebih lambat Malaysia melakukan reformasi, sedang Umno memburu tinggi dan rendah langit untuk bakat-bakat yang tidak wujud untuk membantu kita keluar daripada lubang yang kita gali sendiri ini; LEBIH teruklah kita membahayakan anak-anak kita dan lebih dekat kita membunuh ekonomi kita. Terpaksa berundur Hanya satu sahaja penjelasan terhadap sikap tidak ambil peduli Najib. Beliau telah berputus asa. Kemungkinan beliau tidak dapat menghadapi tekanan politik ke atasnya oleh golonganMuhyiddin-Mahathir. Beliau tidak mempunyai akal dan tidak boleh menarik orang-orang yang boleh menguruskan ekonomi. Reformasi palsu beliau telah terbukti gagal begitu sahaja. Mengapa tidak ambil jalan mudah dan menikmati percutian yang tidak berkesudahan? Terus terangnya, pada peringkat ini dalam sejarah Umno, bukan menjadi perkara pokok siapa yang menerajui parti itu. Tidak seorang pun pemimpin-pemimpinnya akan akan bekerja. Seperti bisul buruk, Umno haruslah dicucuk dan nanah mesti dibebaskan sebelum proses penyembuhan boleh berlaku. Tetapi dalam masa yang sama, seperti kata-kata seorang rakan penulis, PERGI JAHANAM SAHAJA DARI SINI dan biarkan Malaysia pulih. Jangan membawa negara sekali sekiranya ingin bunuh diri! Si pelawak di negeri orang Di Perhimpunan UMNO pada bulan Disember nanti, Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO lain boleh menyalak dan berteriak semahu mereka tetapi ini tidak akan merubah hakikat bahawa perubahan akan tiba juga. Doktor akan memberitahu anda, nanah sentiasa akan mencari jalan keluar. Jadi bagi orang-orang yang mahu mengambil alih selepas Najib, buatlah secepat mungkin. Hentikan segala tipu daya atas angin! Walau siapapun yang menang, UMNO tetap kalah. Ia tidak mempunyai pemimpin berkaliber untuk terus hidup. Jadi, berundurlah sementara Malaysia masih lagi wjud dan kembali SAHAJA, jika sudah sembuh. Samalah dengan ahli Umno lain yang masih waras, dan juga rakyat Malaysia, mulalah berjuang sekarang. Ini sememangnya bukan masa untuk pergi bercuti. Berbeza dengan Najib,kita tidak lahir dengan harta kekayaan. Kita perlu bekerja untuk hidup dan untuk menggerakkan ekonomi. Hanya masa ini, kita perlu memastikan bahawa apa sahaja yang kita buat,mereka tidak dapat ambil daripada kita dengan senang. Kita sudah serik walaupun sekali digigit! Mungkin Najib akan menulis sebuah buku mengenai perjalanan beliau selepas ini yang bertajuk, "Bagaimana saya dan isteri saya pergi cuti dan bermesra dengan pemimpin-pemimpin dunia dan pada masa yang sama tidak mengambil berat mengenai ekonomi Malaysia". Sky TV perlu mengikuti Najib dalam perjalanan beliau di seluruh dunia, dan mereka akan mempunyai musim kedua untuk rancangan mereka "Pelawak di Luar Negara". Cuma kita rakyat Malaysia tidak akan ketawa dengan seluruh dunia. Kita akan terlalu sibuk membayar untuk semua itu./ismail dahlan |
Posted: 18 Nov 2011 09:01 PM PST PAS mengingatkan pihak keselamatan membebaskan segera semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah mengumumkan akta itu dimansuhkan. AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ketika dihubungi Harakahdaily berkata, tindakan terbaru pihak polis yang menangkap 13 orang di bawah akta itu di Sabah adalah satu penghinaan kepada Najib dan juga seluruh rakyat yang dijanjikan pemansuhan akta itu. "Kalau polis ada bukti, heret ke mahkamah, dakwa mereka, bukan guna ISA. "Kuasa polis 'lebih besar' dari perdana menteri nampaknya. Ini satu penghinaan kepada pengumuman PM," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam bahawa penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan, dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara. Ismail semalam juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah. Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan. Serah memo ke Suhakam Dalam pada itu, Mazlan yang kini berada di Sabah memaklumkan satu memorandum akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Kota Kinabalu pada 21 November ini. Memorandum dari anggota keluarga tahanan itu menuntut Suhakam mendesak kerajaan membebaskan semua tahanan tersebut. Selain kepada Suhakam, pihak keluarga juga akan menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri di parlimen. Pada masa sama, Mazlan turut mengalukan kenyataan Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang meluahkan rasa kecewa penangkapan terbaru di bawah akta itu. Hasmy Agam semalam juga menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam. Selain itu, PAS Sabah juga ujar Mazlan telah melancarkan derma kilat bagi membantu anggota keluarga mangsa tahanan. "Rata-rata isteri tahanan ini bergantung kepada pekerjaan suami. "Tidak lama lagi akan buka sekolah, sudah tentu mereka perlukan wang untuk perbelanjaan sekolah anak-anak," katanya sambil menyeru orang ramai turut sama membantu. |
PAS Sabah Lancar Tabung Bantuan Tahanan ISA Posted: 18 Nov 2011 08:38 PM PST Keadilan dan hak yang sepatutnya diperolehi oleh isteri dan keluarga mangsa tahanan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mendapat perhatian PAS Sabah. Justeru, PAS telah melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Tahanan ISA di Kota Kinabalu, kelmarin. Setiausahanya, Laiman@Ag. Laiman Bin Ikin berkata, PAS memandang berat soal kebajikan dan kesengsaraan yang akan dihadapi oleh isteri-isteri mangsa tahanan. "Suami mereka ditahan tanpa pembelaan dan pendakwaan yang betul. Mereka ditahan tanpa bicara. Bagaimana nasib keluarga mereka?," jelasnya. Menurutnya, kos sara hidup yang meningkat dan kemasukan sesi persekolahan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi memerlukan kewangan yang kukuh untuk menampung perbelanjaan harian yang lain. "Hari ini, semua barang keperluan naik harga. Ada anak-anak tahanan ini masih bersekolah. Sekarang musim cuti, lepas ni dah nak masuk sekolah. Sudah tentu banyak pengaliran kewangan akan berlaku. Ada di antaranya, suami sahaja yang bekerja, isteri tidak. Kalau suami ditahan, makanya isteri terpaksa tampung tugasan mencari rezeki," katanya. Pada 14 November lalu, seramai 13 orang ditahan di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA). Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan pelbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman yang diketuai oleh DSP Azman Omar. PAS Sabah mengalu-alukan sumbangan bantuan kewangan daripada pelbagai agensi, pertubuhan, NGO, wakil parti politik, ahli perniagaan dan sumbagan orang ramai yang prihatin terhadap keluarga mangsa tahanan ISA ini. "Kami dengan rasa rendah diri, mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi meringankan bebanan mereka," ujarnya Laiman yang juga pengerusi tabung bantuan tersebut. Oleh itu, sesiapa yang ingin memberi sumbangan, bolehlah menghubunginya di talian 016-8436511 atau secara terus ke akaun Bank Islam: 10-016-01-008285-5 atas nama Badan Perhubungan Pas Sabah./sabahkini |
Dikecam Isu Perkauman, Presiden FIFA Enggan Letak Jawatan Posted: 18 Nov 2011 08:22 PM PST ZURICH - Presiden FIFA Sepp Blatter mengaku salah mengeluarkan pernyataan soal rasisme. Dia pun meminta maaf kepada publik. Namun, dia menolak mundur dari jabatannya. Blatter memancing reaksi keras dari banyak pihak saat diwawancara televisi. Ia mengatakan, rasisme di sepak bola bisa diselesaikan dengan jabat tangan setelah pertandingan. Ucapan ini dianggap menyederhanakan atau meremehkan masalah rasisme yang sebenarnya sangat serius. Rio Ferdinand dan David Beckham termasuk yang mengecamnya. Menurut mereka, ucapan itu tak pantas disampaikan oleh Blatter karena tak sejalan dengan semangat memerangi rasisme yang amat serius. Banyaknya kecaman mulai memunculkan desakan agar Blatter mengundurkan diri. Namun, menurut Blatter, tindakan itu tak adil. "Saya tak bisa mengundurkan diri. Kenapa harus mundur? Ketika menghadapi masalah, Anda harus menghadapinya. Meninggalkannya (masalah) justru merupakan tindakan tidak adil dan tidak sesuai dengan semangat juang, karakter, dan energi saya," ungkap Blatter kepada BBC. Blatter menegaskan, dia tak pernah berniat menyederhanakan dan meremehkan masalah rasisme di sepak bola. Dia justru sangat sedih dan prihatin melihat kenyataan masih adanya rasisme di sepak bola. "Ketika telah melakukan sesuatu yang tidak benar, saya hanya mengatakan minta maaf kepada semua orang yang tersinggung atas ucapan saya. Ini menyakitkan dan saya juga masih sakit. Perjuangan saya memerangi rasisme dan diskriminasi akan tetap berlanjut," ungkapnya./kompas |
Posted: 18 Nov 2011 08:07 PM PST Kegelojohan polis menangkap 13 orang aktivis Islam di Tawau Sabah ternyata melalaikan mereka sehingga sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai yang dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu, kini dilaporkan hilang dalam simpanan polis. Timbalan Ketua Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Hamzah Abdullah ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi. Beliau melahirkan rasa kesal di atas insiden yang memalukan ini kerana sebelum ini terlalu banyak desas desus bahawa barang bukti penting telah hilang daripada simpanan polis termasuk wang tunai, dadah dan senjata api. "Kini ternyata Allah subhanawataala membalas kezaliman polis menangkap aktivis Islam tanpa diberi hak membela diri dengan insiden yang memalukan institusi kepolisan di Malaysia," ujar Haji Hamzah yang mendesar agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bertanggung jawab dan meletakkan jawatan kerana kecuaian tersebut berlaku di Ibu Pejabat Polis Balai Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam yang dikawal ketat. Haji Hamzah secara sinis membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin yang gagal memastikan sistem simpanan bukti dalam siap guna dan selamat; turut menggesa agar beliau meletakkan jawatan. "Tidak keterlaluan kalau kita kata, SPRM rompak, PDRM curi!," ujar Haji Hamzah secara berseloroh tetapi bernada tegas. Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan kehilangan itu, berkata selain wang tunai RM11,700; beg duit milik semua suspek turut dilaporkan hilang dari pejabat pegawai penyiasat kes yang terletak di bangunan lama Ibu Pejabat Polis. "Kita menjalankan siasatan terhadap semua pegawai dan anggota kita yang mengendalikan kes berkenaan serta mereka yang bertanggungjawab untuk berada di pejabat penyimpanan bahan bukti siasatan kes," katanya ketika dihubungi media semalam. Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sehingga siasatan yang dijalankan pihaknya sendiri selesai. Dalam kejadian 15 September lalu, polis menahan tiga pegawai kanan SPRM kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas tiga penggurup wang asing selepas dipercayai bersubahat bersama dua lagi suspek awam. Bagaimanapun, sehingga sekarang polis hanya berjaya merampas sebahagian wang tunai daripada ketiga-tiga suspek, manakala selebihnya dilaporkan berada dalam simpanan suspek awam yang masih diburu. Ketiga-tiga pegawai SPRM terbabit didakwa ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 7 Oktober lalu atas tuduhan bersubahat melakukan rompakan, penyamaran dan penipuan serta menyembunyikan rancangan rompakan terhadap tiga warga Singapura yang dalam proses membawa wang berkenaan keluar dari negara./sabahkini |
Penemuan Manusia Raksasa Kaum Ad, Umat Nabi Hud A.S Posted: 18 Nov 2011 06:57 PM PST Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration. Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya. Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut. Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco. Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu? Penemuan Arkeologi di Kota Iram Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik. Selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas. Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran: Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8) NizarBlog |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan