BRIGED MP SEGAMBUT |
- MUHYIDDIN HINA PELAJAR UPSI?
- ANAK LUAR NIKAH DAN PEMIMPIN
- LEMBU LEMBU PEMIMPIN UMNO DAN CARA KEBAS DUIT?
- NI BARU MENTERI BESAR UMNO NAMANYA: ORANG ASLI RASA TERHINA..
- BETUL BETUL SKIM CEPAT KAYA?
- SPEKULASI PRU 13 MAKIN KENCANG
- MENAKJUBKAN:LANGIT TERBELAH
- DUA PUAK DALAM UMNO TERDEDAH AKIBAT LEMBU
Posted: 16 Nov 2011 08:30 AM PST Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya menghina para graduan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dengan mengeluarkaan kenyataan yang mencadangkan mereka mencari pekerjaan lain. Sebaliknya, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sewajarnya mengambil usaha membantu menyelesaikan masalah penempatan mengajar kepada mereka. Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, para graduan UPSI terbabit berjumlah 5,000 orang dan kesemua mereka adalah lulusan ijazah sarjana muda perguruan. Menurut beliau, kesemua mereka sepatutnya sudah ditempat mengajar di sesebuah sekolah, tetapi sehingga kini masih menerima nasib tidak menentu, walaupun mereka tidak sepatutnya menerima nasib sedemikian. Katanya, bagi mendapatkan perhatian pihak kerajaan, mereka telah mengadakan demonstrasi di UPSI baru-baru ini, tetapi masih belum mendapat tindakan yang sewajarnya dari pihak kerajaan. "Timbalan Perdana Menteri mencadangkan agar mereka mencari kerja lain. Ini jelas merupakan penghinaan terhadap graduan-graduan UPSI," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Namun dalam masa yang sama, menurut beliau, guru-guru tanpa ijazah pula diberikan keistimewaan oleh pihak kerajaan dengan diberikan peluang penempatan mengajar dengan sewajarnya. "Jadi saya minta Kementerian Pelajaran lihatlah isu ini dan selesaikan dengan baik dengan segera," katanya. Sementara dalam perkembangan lain, beliau mendedahkan 24 orang pelajar di Kuala Nerang, Kedah telah mengalami masalah setelah minum Susu 1.Malaysia baru-baru. Daripada jumlah itu, katanya, 8 orang telah mengalami masalah serius sehingga terpaksa dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Nerang. "Saya difahamkan, Susu 1Malaysia itu diberikan kepada semua pelajar di seluruh negara. Diharap pihak kementerian menarik balik bekalan Susu 1Malaysia di sekolah-sekolah kerana ia tak baik kepada kesihatan," katanya. Beliau turut meminta Kementerian Pelajaran memberikan perhatian terhadap masalah keciciran para pelajar dalam pelajaran kerana sehingga kini jumlah mereka yang terbabit agak tinggi. Tambahnya, sejak tahun 2006 hingga 2010, bilangan para pelajar yang tidak meneruskan pelajaran ke peringkat menengah di seluruh negara berjumah 800,000 orang. Beliau turut kesal kerana jumlah para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara sehingga kini masih rendah iaitu hanyalah sebanyak 29.7 peratus. "Jadi saya minta kepada pihak kementerian agar memikirkan bagaimana boleh dipertingkatkan lagi jumlah para pelajar menyambung pelajara ke Institusi Pengajian Tinggi," ujar beliau. |
Posted: 16 Nov 2011 07:13 AM PST Umno telah gagal untuk mendidik rakyat ke arah hidup yang lebih seimbang dan tidak bermoral, kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din. Katanya, Umno sentiasa mendakwa bahawa hanya mereka yang boleh menjaga umat Islam di negara ini tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Ini, katanya membuktikan kegagalan Umno untuk melaksanakan amanah mentadbir generasi muda di negara ini. Beliau menyatakan demikian ketika mengulas media hari ini yang melaporkan bahawa seramai 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan antara tahun 2008 dan 2010 yang memetik kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie. "Apa yang berlaku adalah kerana dasar pendidikan kita yang gagal dalam mengeluarkan insan yang mampu merubah masyarakat, kementerian yang terbabit diseru melihat kepada angka ini dengan serius. "Kita percaya seluruh rakyat Malaysia mahukan dasar pendidikan yang lebih 'bermakna' dalam kehidupan mereka dan bukan hanya mnegejar kecermelangan akademik sahaja semata-mata" kata beliau lagi," katanya. Tambahnya, Umno tidak serius menangani masalah sosial, pandangan para ulamak tidak menjadi keutamaan dalam membuat keputusan, konsert-konsert yang tidak bermoral masih berleluasa, rakyat dihidangkan dengan kehidupan yang melangkaui batasan tanpa pemantauan yang sewajarnya melalui media massa sama ada surat khabar atau televisyen. "Inilah akibat apabila Islam tidak dijadikan asas utama dalam perjuangan, media arus utama terutamanya televisyen dan pembikinan filem lebih cenderung menghidangkan pengisian-pengisian yang tidak sepatutnya, rakyat menjadi lalai untuk mengenali tujuan manusia dicipta oleh Allah s.w.t di atas muka bumi ini," ujar beliau lagi. |
LEMBU LEMBU PEMIMPIN UMNO DAN CARA KEBAS DUIT? Posted: 16 Nov 2011 06:00 AM PST Berdasarkan rekod kewangan syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam syarikat yang dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil. Pada sidang media di lobi parlimen, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa skandal itu kini merebak dan turut membabitkan beberapa pemimpin Umno lain. 1. Lembu-lembu bernilai RM5,281 yang disumbangkan pada tahun 2009 kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor; dan RM2,640 kepada ADUN yang hanya dikenali sebagai 'YB Yunus'. 2. Lembu-lembu bernilai RM70,000 dikatakan dijual secara kredit kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008; dan harga pembelian hanya dibayar sepenuhnya pada tahun 2009. 3. RM26,400 yang didakwa dibayar sebagai perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2008 oleh Shahrizat. 4. RM368,640 yang dikatakan digunakan bagi sewa pejabat dan dibayar kepada pengarah NFC - suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran. Syarikat itu, sebelum ini, didakwa telah membelanjakan sebanyak RM250 juta dana awam yang diperuntukan dalam bentuk pinjaman mudah. Namun sehingga hari ini, tiada ulasan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan dijawab. Masalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan. |
NI BARU MENTERI BESAR UMNO NAMANYA: ORANG ASLI RASA TERHINA.. Posted: 16 Nov 2011 03:08 AM PST Kira-kira 100 Orang Asli daripada 68 perkampungan sekitar Negeri Sembilan berhimpun di bangunan setiausaha kerajaan negeri di Seremban bagi menuntut menteri besar memohon maaf kerana menyamakan kampung mereka dengan "setinggan". Menamakan diri mereka Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKKOANS), kumpulan itu mendakwa kenyataan Datuk Seri Mohamad Hasan pada 21 September lalu sebagai "menghina" dan "tidak sensitif". "Mohamad Hasan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti ini kerana ia amat mengguris hati kami dan juga mendedahkan lagi kehidupan kami dan anak-anak kami kepada rasa tidak hormat masyarakat luar kepada kami," kata penyelaras JKKOANS Langkap Kessu. Mohamad dilaporkan berkata, perkampungan Orang Asli sebelum ini dibina di atas tanah hutan simpan atas ihsan negeri dan secara tidak langsung bermakna "kampung setinggan" dan mereka tidak mempunyai hak ke atasnya. Justeru, katanya, kerajaan negeri membuat kajian bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan mengenal pasti semua kampung Orang Asli untuk diberi hak milik tanah kepada pemilik rumah. Langkap menyangkal kenyataan itu atas alasan nenek moyang mereka berkurun lama menduduki wilayah tanah adat itu, malah perkampungan mereka lebih awal daripada rizab hutan simpan. Teriak, sorak 3 jam Tambahnya, kenyataan Mohamad juga bercanggah dengan kebebasan asas yang termaktub dalam Perkara 5 (hak untuk hidup), Perkara 8 (kesamarataan di sisi undang-undang) dan Perkara 13 (hak kepada harta benda) Perlembagaan Persekutuan. "Oleh yang demikian bukan Orang Asli yang menceroboh rizab hutan simpan tetapi pihak-pihak yang berkenaan yang mencerobohi wilayah tanah adat kami," kata Langkap. "Kami mengakui bahawa kami miskin dari segi wang ringgit namun demikian bukan bererti kerajaan negeri atau kerajaan pusat harus membuat sesuatu atas nama untuk membangunkan kami tanpa menghormati apakah pandangan dan keputusan kami dalam perkara itu." Sebelum itu, Orang Asli yang menunggu Mohd Hasan menghadiri mesyuarat Exco lebih tiga jam berteriak, bersorak dan membawa banyak kain rentang. Beberapa slogan - seperti "Jangan ganggu kami", Jangan menghina asal usul nenek moyang kami dengan perkataan setinggan" dan "Di mana nenek moyang kami dikuburkan, di situ wilayah tanah adat kami" - kelihatan dipamerkan. Sementara itu, ketika menerima memorandum tersebut Mohd Hasan berkata kepada Langkap bahawa beliau akan membaca kandungannya terlebih dahulu. |
Posted: 15 Nov 2011 11:58 PM PST Syarikat yang terbabit dengan projek e-mel 1Malaysia, Tricubes Bhd menerima surat anugerah pada Selasa lalu dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melantiknya sebagai ejen kutipan saman trafik. Menurut Bernama, pengumuman itu dibuat oleh Tricubes kepada Bursa Malaysia hari ini. Dalam pengumuman itu, syarikat berkenaan, berkata bahawa kutipan saman trafik akan dibuat melalui Mesin Juruwang (ATM) dan pertanyaan mengenai saman trafik pula melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Tricubes pernah dilantik oleh kerajaan persekutuan untuk mengendalikan projek yang dikenali sebagai projek e-mel 1Malaysia. Bagaimanapun, selepas dibidas hebat oleh para pengkritik, projek itu ditukar nama kepada perkhidmatan MyEmail. Idea di sebalik projek berkenaan adalah untuk membekalkan kepada semua rakyat Malaysia dengan akaun e-mel yang selamat untuk urusan surat-menyurat dan urus niaga kewangan dengan agensi-agensi kerajaan. Hujah kerajaan adalah kaedah ini akan menjimatkan dana awam kerana setiap urusan surat-menyurat boleh dikenakan bayaran sehingga RM1. Projek yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 19 April lalu itu sepatutnya bernilai RM50 juta tetapi perdana menteri kemudiannya menjelaskan bahawa inisiatif itu semata-mata dibiayai pihak swasta. Susulan itu, difahamkan bahawa Tricubes akan mendapat potongan RM0.50 bagi setiap e-mel yang menggunakan perkhidmatan itu. |
SPEKULASI PRU 13 MAKIN KENCANG Posted: 15 Nov 2011 07:00 PM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi menemui pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN), yang dipercayai ada kaitan dengan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang. Pertemuan kira-kira dua jam di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, dipercayai adalah antara siri pertemuan yang diadakan parti itu, ketika pelbagai pihak terutama pembangkang menguar-uarkan PRU ke-13, bakal diadakan dalam tempoh terdekat. Antara pemimpin yang kelihatan memasuki kediaman rasmi Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selain itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas. Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk VK Liew; Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing; Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - Bernama |
Posted: 15 Nov 2011 05:05 PM PST Penduduk Pontianak di Kalimantan Barat heboh melihat langit di atas bandar itu "terbelah" tiga hari lalu namun pakar astronomi menjelaskan ia bukan kejadian luar biasa. Pada kejadian selama 11 minit itu, terbentuk ruang jalur memanjang seolah-olah sebuah lebuh raya terbentang di langit antara awan yang bergumpal. Peneliti Utama Astronomi-Astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN) Thomas Djamaluddin berkata fenomena langit terbelah seperti itu sering berlaku ketika matahari terbit atau terbenam. "Pernah muncul di Yogyakarta pada tahun 2010 lalu. Ia juga boleh berlaku di banyak tempat," Djamaluddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita VIVAnews. Beliau menjelaskan bahawa langit terbelah, dalam bahasa ilmiah dikenali dengan istilah "crepuscular ray", iaitu awan menghalang cahaya matahari ketika senja atau fajar. Mengenai kejadian di Pontianak itu, Djamaluddin berkata penelitian terhadap foto langit terbelah itu memperlihatkan bahawa keadaan awan di arah barat adalah sangat tebal dan awan itulah yang menghalangi cahaya matahari. "Fenomena langit terbelah tidak ada kaitan sama sekali dengan cuaca melampau atau petanda bencana alam," katanya. - Bernama |
DUA PUAK DALAM UMNO TERDEDAH AKIBAT LEMBU Posted: 15 Nov 2011 04:00 PM PST Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan adakah keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipilih mengendalikan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kerana mereka adalah 'orang sendiri'. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga membidas Muhyiddin yang membisu terhadap peranannya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu dalam memberikan projek tersebut kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu. "Dalam tegurannya kepada (Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk) Bung Moktar (Radin), Muhyiddin menyifatkan tuntutan timbalan pengerusi BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional) itu supaya Shahrizat meletak jawatan sebagai sesuatu yang tidak perlu di kalangan 'orang sendiri'. "Persoalannya, adakah keluarga Ketua Wanita Umno itu dipilih mengendalikan NFC kerana mereka juga adalah 'orang sendiri'?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan. Mahfuz juga mempersoalkan sikap Muhyiddin yang hanya bersuara apabila Shahrizat dituntut supaya meletak jawatan. "Saya tidak mahu mempersoalkan keghairahan Muhyiddin membela rakannya dalam kabinet dan kepimpinan Umno serta menolak tuntutan Bung Moktar supaya Shahrizat meletak jawatan. "Memang Shahrizat patut meletak jawatan jika beliau mementingkan maruah tetapi yang lebih penting ialah apakah peranan Muhyiddin, Shahrizat sendiri dan bekas Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sehingga keluarga Shahrizat dipilih mengendalikan NFC? "Rakyat berhak mendapat jawapan yang jelas tanpa sebarang keraguan mengenai peranan mereka. Bagaimana syarikat tidak ada pengalaman boleh diluluskan?" katanya sambil menekankan bahawa projek kontroversi yang diuruskan oleh anggota keluarga Shahrizat itu diperolehi mereka ketika Abdullah menjadi Perdana Menteri. Muhyiddin hari ini menegaskan Shahrizat tidak terlibat secara langsung dalam NFC dan tidak perlu meletakkan jawatan sebagai anggota kabinet dan parti. Dalam kenyataannya, Abdullah pula meminta Shahrizat supaya jangan melayan tuntutan supaya beliau meletakkan jawatan. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan