Rabu, 16 November 2011

Aku Budak Balun

Aku Budak Balun


Kesihatan DS Rosmah dalam bahaya?

Posted: 16 Nov 2011 01:43 AM PST


Wah!
Nampaknya berita ni sangat bahaya!
Kesihatan DS Rosmah dan keluarganya dalam bahaya!

Pastinya..
Di dapur Mahligai PM di Putrajaya penuh dengan barangan dari kedai 1Malaysia ni..
Bagi menunjukkan betapa berjiwa rakyatnya PM dan keluarga..

Chaitt!!
Barang-barang murah ni untuk orang miskin laaa..

Kedai RM2..
Kedai plastik bawak khemah..
Warung kopi tepi simpang..

Itu semua rakyat punya..
Warung Pak Munawe..
Warung Pak Jabit..

tu semua kita punya..
Dan selalunya disitulah barang-barang murah ni digunakan..

Rosmah?

ishhh!! Geli I dengar kedai 1Malaysia!!!
Kat Masjidilharam pun I tak sanggup bersesak-sesak dengan musafir-musafir Haji..
Inikan pulak nak ke kedai barang-barang murah tuuu!

nasib la makcik pakcik felda oiii!!

budakbalun 16112011

Standard users: Hentikan jualan sos cili 1Malaysia

Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.-Mkini

Tiada ulasan: