Selasa, 15 November 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


SHAHRIZAT DIGUGURKAN DARI KABINET?

Posted: 15 Nov 2011 06:30 AM PST

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat spekulasi bahawa rombakan kabinet akan diadakan, memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bermesyuarat dengan ketua-ketua parti komponen malam ini.

NONELim, yang juga setiausaha agung DAP, menyifatkan mesyuarat yang dijadualkan malam ini sebagai "menarik" dan mengandaikan salah satu daripada dua perkara yang dijangkakannya itu.

"Ia mungkin pembubaran Dewan Rakyat, tetapi kemungkinannya kecil. Tetapi ada satu lagi sebab, yang kebanyakan orang tidak jangkakan - rombakan kabinet," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Jika ia mengenai rombakan kabinet, Lim berkata persoalan yang akan timbul adalah sama ada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan kekal memandangkan kemelut projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dimiliki keluarganya.

azlan"Adakah beliau (Shahrizat) akan digugurkan? Daripada menternak lembu di ladang, beliau mahu ternak lembu di sebuah kondominium," sindir Lim.

Sebelum ini, pemimpin BN menuntut perletakan jawatan Shahrizat. Ia termasuk Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab patut meletakkan jawatan.

ORANG KELANTAN YG PALING CILAKA

Posted: 14 Nov 2011 11:37 PM PST

Tindakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, yang menolak poster amanat bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak oleh skuad Gegar sebagai tindakan 'jahat'.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata tindakan timbalan menteri dari Kelantan itu berniat jahat untuk menafikan hak kerajaan dan rakyat di negeri ini mengikut perundangan.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas reaksi Awang Adek yang menolak menerima poster yang antaranya mengandungi ucapan allahyarham Tun Abdul Razak berhubung hak negeri itu untuk mendapatkan royalti sebanyak lima peratus.
Katanya, tuntutan itu memang wajib dilakukan kerana ianya menjadi hak kerajaan negeri memandangkan hasil minyak terdapat dalam perairan Kelantan.
Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis solat hajat dan pecah tanah sempena projek naik taraf Loji Rawatan Air Wakaf Bunut, Pasir Putih, dekat sini tengah hari tadi.
"Kalau Terengganu dibayar royaltinya kerana minyak diambil dari negeri itu, begitu juga dengan Kelantan, hasil minyak juga diambil dari bumi Kelantan," ujarnya.
Pada 10 November lalu, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) bersama Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti ke Parlimen untuk menyerahkan poster tersebut kepada pihak kerajaan Pusat.
Setiausaha Gegar, Muhammad Hishammuddin Ghazali, berkata malangnya, poster berkenaan ditolak oleh Dr Awang Adek apabila ianya diserahkan kepada timbalan menteri tersebut.
"Sebanyak dua kali kami memberikan poster tersebut, kedua-duanya dia menolak dengan kasar, tak payah,… tak payah… sambil menolak poster yang diberikan.
"Kali kedua kami memberikan padanya dia kata lagi "tak payah… tak payah… ini semua kerja politik," ujar Hishamuddin lagi.
Hishammudin melahirkan rasa kesal terhadap tindakan timbalan menteri yang berasal dari Kelantan sendiri berhubung tuntutan hak itu.
Katanya, sepatutnya sebagai orang yang berasal dari Kelantan menyokong apa yang diperjuangkan kerana ianya untuk kemajuan rakyat di negeri itu sendiri.
"Di sini jelas menunjukkan kepada kita, isu royalty minyak yang masih gagal diperolehi kini dikhianati oleh orang Kelantan sendiri.
"Mana bukti yang mengatakan untuk membantu rakyat Kelantan, mana sloga Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Diutamakan,"ujarnya ketika dihubungi semalam.

PERKASA nafi desak guru Kristian diharamkan

Posted: 14 Nov 2011 09:00 PM PST

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini menafikan pihaknya mendesak supaya mengharamkan guru-guru beragama Kristian daripada mengajar di sekolah-sekolah di negara ini.

NONEPresidennya, Datuk Ibrahim Ali mendakwa beberapa pihak yang tidak dinamakannya cuba mereka cerita dan menyebarkannya atas nama PERKASA.

"Saya presiden PERKASA. Kami tidak pernah membuat gesaan ini, seperti ditegaskan semasa ucapan dasar AGM baru-baru ini, kami berjuang untuk keharmonian kaum," kata Ibrahim (Bebas-Pasir Mas) di Dewan Rakyat pagi ini.

"Saya percaya ini adalah satu soalan jahat dan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh mereka bagi mencipta pelbagai cerita dalam media baru.

"Ataupun ia telah dibuat oleh individu-individu tertentu sebagai pandangan peribadi mereka. Mereka tidak pernah diberi kuasa mengeluarkan kenyataan rasmi bagi pihak PERKASA," katanya semasa mencelah jawapan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong yang menjawab soalan Datuk Wilfred Mojilip Bumburing (BN-Tuaran ).

Bumburing, semasa soalannya, meminta kementerian pelajaran supaya menjelaskan pendirian berhubung desakan PERKASA yang didakwa menuntut supaya guru Kristian dilarang mengajar di sekolah-sekolah kerajaan.

30 HARI MASA AMBIK KUASA SULTAN?

Posted: 14 Nov 2011 04:00 PM PST

ADUN Pakatan Rakyat Selangor boleh menggunakan peruntukan dalam undang-undang tubuh negeri, yang dikenali sebagai "formula Mahathir", bagi membendung dakwaan campurtangan Sultan - yang  menitahkan supaya mereka meluluskan satu rang undang-undang - yang bercanggahan dengan prinsip integriti, kata pensyarah undang-undang Prof Abdul Aziz Bari.

NONE"Pakatan sepatutnya berbincang dengan pihak luar. Jika mereka melakukannya, rang undang-undang itu tidak akan dilululuskan.

"Sekarang, ia adalah fait accompli, ADUN terbabit hanya boleh menyalahkan diri mereka sendiri, tetapi ia boleh menjadi pengajaran kepada pihak lain," kata pakar perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang banyak menulis tentang peranan institusi diraja.

Menurut Abdul Aziz, "formula Mahahthir" itu merupakan peruntukan, di peringkat pusat dan undang-undang tubuh negeri, yang dimasukkan dalam perlembagaan oleh pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1994 untuk membelakangkan pihak istana dalam penggubalan undang-undang.

"Secara tekninal, seseorang boleh berhujah bahawa ia tidak sah - atau menyalahi perlembagaan - kerana dibuat tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja, seperti keperluan dalam Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan, tetapi itu perkara lain.

"Mengikut Seskyen 11(2A) dan (2B) Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, rang undang-undang akan menjadi undang-undang dalam 30 hari, dengan atau tanpa tandatangan Sultan," katanya ketika dihubungi.

Tiada ulasan: