Ahad, 13 November 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KARPAL TUDUH NAJIB PENTINGKAN DIRI SENDIRI?

Posted: 13 Nov 2011 06:30 AM PST

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pilihan tetapi untuk membubarkan Dewan Rakyat seawal Januari tahun depan, bukan untuk kepentingan rakyat tetapi demi survival politiknya.

NONEKatanya, bukan menjadi rahsia lagi bahawa cubaan menikam Najib seperti penerbitan sebuah buku yang membidas pentadbirannya dilakukan oleh ahli-ahli dalaman Umno sendiri.

Turut memburukkan lagi keadaan, kata Karpal beberapa pemimpin kanan BN menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah kerana mendakwa tiada ruang bersuara dalam Umno.

"Tidak syak lagi, bahawa pilihan raya umum semakin dekat... saya jangkakan sekitar Januari.

"Ini kerana tekanan yang dikenakan ke atas PM semakin mendesak, sebagai contoh dari kumpulan Amanah dan juga dari dalam partinya sendiri. Mereka kata, dia tidak layak untuk jadi PM.

"(Justeru), dia (Najib) tidak mempunyai pilihan tetapi membubarkan Dewan Rakyat supaya pilihan raya umum dapat diadakan. Ini bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk survival diri sendiri," kata Karpal pada satu sidang akhbar semalam.

NONESpekulasi bertiup kencang bahawa Najib akan membubarkan parlimen pada suku pertama tahun depan walaupun jangka hayat pentadbirannya tidak akan berakhir sehingga 2013.

Awal bulan ini, sebuah buku berjudul 'Kesilapan-kesilapan Najib' yang memaparkan apa yang didakwa sebagai kegagalan Najib selaku presiden Umno dan sebagai Perdana Menteri kini berada di pasaran.

Buku yang ditulis bekas pemimpin Umno, Wangsa Maju, Shahbudin Husin menuntut supaya Najib mengorbankan dirinya dan meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

JIKA KANDANG LEMBU SEMEWAH KONDO

Posted: 13 Nov 2011 04:46 AM PST

'Lembu' mana pula akan bersedap-sedap di kondominium mewah jika kerajaan berjaya mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan memotong subsidi untuk rakyat, soal Datuk Mahfuz Omar.

Naib Presiden PAS itu membangkitkan persoalan penuh sindiran tersebut ketika mengecam tindakan pemimpin-pemimpin politik yang berulang kali didedahkan menyalahgunakan projek untuk kepentingan diri.

"Sebelum ini, banyak projek untuk kepentingan negara yang dijadikan lombong emas para pemimpin yang merompak harta negara, dari skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) sehinggalah kepada RM40 juta wang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dilesapkan.

"Jika selepas ini Umno BN menang dalam pilihan raya akan datang, parti itu akan menggasak GST dari rakyat di samping pelbagai subsidi akan mereka ragut dari rakyat.

"Maka 'lembu' mana pula akan bersedap-sedap di kondominium mewah?" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat teguran dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 terhadap projek di bawah Perbadanan Feedlot Nasional (NFC) yang disifatkan kacau-bilau dan pendedahan penyalahgunaan pinjaman untuk NFC untuk membeli sebuah kondominium mewah di Bangsar hakikatnya sebagai perulangan berkali-kali sejarah-sejarah lampau yang sama di bawah Umno BN.

"Pemimpin-pemimpin politik dan kroni-kroni mereka menggasak pelbagai projek dan peluang.

"Bila rugi, mereka bukan sahaja tidak perlu menanggung apa-apa kerugian malah ada bailout pula dan syarikat atau projek yang dirugikan itu boleh dijual kepada kerajaan pula dengan harga mewah seperti yang berlaku ketika saham MAS dijual kembali kepada kerajaan," katanya.

Mahfuz juga menyelar sikap para pemimpin Umno yang berhempas pulas mempertahankan projek NFC yang disifatkan oleh Ketua Audit Negara sebagai kacau bilau itu.

Jawapan Menteri Pertanian, Perdana Menteri dan semua pemimpin Umno bukan sahaja tidak memadamkan keraguan malah menambahkan keraguan, katanya.

"Bagaimanpun, saya mengucapkan syabas kepada Menteri Pertanian.

"Maklumlah, zaman dah berubah. Waktu Tan Sri Sanusi Joned jadi Menteri Pertanian, tanam padi atas bumbung. Bila Datuk Seri Noh Omar jadi Menteri Pertanian, bela lembu dalam kondominium!" sindir beliau lagi.

rm500 TUK GURU GURU KALAU PR TAWAN PUTRAJAYA

Posted: 12 Nov 2011 08:47 PM PST

PAS menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor.

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.

"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran.

"Malahan guru sudah menjadi "multi purpose" kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Idris, Kementerian Pelajaran sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa, kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.

"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat. Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat. Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya lagi.

Kerajaan juga ujarnya perlu membanyakkan kemudahan dan membina banyak sekolah supaya mengurangkan bilangan pelajar di dalam sebuah kelas.

Banyak sekolah pada hari ini katanya dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi ada keselesaan kerana bilangan pelajar yanga begitu ramai.

Beliau menasihatkan kerajaan agar tidak jadikan guru sebagai makmal percubaan, sepertu sebelumnya ketika perlaksanaan PPSMI.

"Sekarang terdapat lambakan lebihan opsyen Sains dan Matematk seramai 26000 orang. Pihak Kementerian juga  perlu selesaikan masalah graduan Universiti Perguruan Sultan Idris yang tidak ada penempatan bertugas.

"Atas asas inilah maka Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberi mandat ke Putera Jaya. Ini sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini," katanya

HORMAT MENGHORMATI ALA UMNO YG SEBENARNYA

Posted: 12 Nov 2011 07:03 PM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut sedar bahawa selama ini pun prinsip hormat menghormati sebenarnya telah lenyap daripada Umno BN.
Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, ini berdasarkan rekod amalan pentadbiran BN yang secara jelas mencabuli prinsip itu secara total.
Menurutnya, Umno BN telah berbohong buat kesekian kalinya apabila Najib menyatakan antara isi perkara pokok mesyuarat Dewan Tertinggi BN kelmarin adalah membincangkan tentang betapa perlunya parti itu kembali kepada prinsip asal BN iaitu semangat hormat menghormati antara sama lain.
Sebagai contoh, katanya hak Kelantan itu sendiri dalam isu tuntutan royalti petroleum yang sememangnya menjadi hak mutlak rakyat negeri itu seperti mana perjanjian asal, di mana jaminan itu sendiri datangnya daripada Tun Razak yang merupakan mantan Perdana Menteri juga bapa kepada Najib.
"Dalam isu ini bukan sahaja beliau selaku pemimpin tertinggi negara yang juga anak kepada Tun Razak tidak menghormati hak rakyat negeri Kelantan, malah beliau juga tidak menghormati amanat ayahanda sendiri," ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, lalu bagaimana dan dimanakah rasionalnya tindakan serta ungkapan Najib dalam isu menjaga kepentingan hormat menghormati antara satu dengan lain adalah prinsip dasar BN, tindakan sebegitu tidak masuk akal dan tidak rasional.
Menurutnya, hormat menghormati sesama komponen BN sahaja bukanlah tarsiran tepat untuk menterjemahkan bahawa BN komited dengan prinsip tersebut.
Baginya, parti tua yang kolot seperti BN saban hari jelas menzahirkan bahawa mereka tidak akan berubah dan ingin terus berkuasa dalam masa sama bakal menyusahkan warga Malaysia jika rakyat tidak lakukan perubahan melalui undi khususnya.
"Jalan paling selamat setakat ini ialah selamatkan Malaysia dari dikuasai BN melalui pemberian undi kepada PAS, PKR dan DAP pada PRU13 tidak lama lagi.
"Sikap hipokrit BN mestilah dihentikan dengan segera demi menyelamatkan Malaysia dari mereka," ujarnya yang juga Adun Titi Serong.
 

BERSIH 3 APA KITA TAKUT...

Posted: 12 Nov 2011 04:00 PM PST

Dewan Pemuda PAS hari ini menegaskan akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 jika Putrajaya gagal menunaikan lapan tuntutan dibawa Bersih 2.0 awal Julai lalu dan pilihan raya umum ke-13 hanya dipanggil selepas perubahan dituntut dilaksakan.
Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) menjelaskan, sekiranya kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan tersebut, pihaknya tidak teragak-agak untuk melancarkan perhimpunan tersebut.
"Selagi kerajaan tidak menunaikan lapan tuntutan kami semasa Bersih 2.0 tempoh hari, kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan kembali perhimpunan, Bersih 3.0 dengan gabungan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan PAS," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.
Tambahnya, sikap kerajaan yang dilihatnya berdolak-dalih berkenaan perkara itu akan merosakkan imej sistem pilihan raya di negara ini.
Nasrudin turut menjelaskan, berdasarkan situasi sekarang, kerajaan dilihat masih  berteka-teki berkenaan tarikh sebenar pilihan raya dan DPMM khuatir kerajaan mempunyai muslihat sendiri untuk tujuan tersebut.
"Dewan Pemuda PAS masih lagi tidak pasti tarikh sebenar pilihan raya, tetapi kami berharap kerajaan akan memastikan pilihan raya akan dibuat selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan pilihan raya (PSC) selesai melaksanakan tanggungjawab mereka dan menunaikan kesemua tuntutan kami," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan sayap pemuda berkenaan.
Jelasnya, sikap yang ditunjukkan Barisan Nasional ini sebenarnya mendedahkan rasa bimbang perikatan itu untuk menghadapi pilihan raya dan tindakan ini menurut Nasrudin merupakan taktik parti berkenaan untuk mengeksploitasi media.
"Tindakan BN ini menunjukkan mereka bimbang menghadapi pilihan raya akan datang, mereka sengaja berteka-teki supaya mereka boleh kuasai media untuk pilihan raya kerana kebanyakan parti belum bersedia," tegasnya.
Sehubungan itu, Nasrudin juga mengumumkan pihaknya akan menganjurkan
Konvensyen Pilihan Raya peringkat kebangsaan bagi mempersiapkan jentera pilihan raya yang dijangka diumumkan bila-bila masa sahaja dari sekarang.
"Konvensyen ini akan diadakan di kediaman Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, di Dewan Megawati Seksyen 7 Shah Alam," katanya.
Sebagai menghadapi pilihanraya, pihak DPMM jelas Nasrudin, telah menyerahkan senarai nama calon dari pihak sayap itu untuk dipilih oleh peringkat pusat parti Islam berkenaan untuk bertanding sewaktu pilihan raya nanti.
"Jumlah mereka saya tidak pasti, tetapi senarai tersebut sudah dihantar ke peringkat pusat, kami juga memohon sebanyak 40 peratus calon yang bertanding terdiri daripada golongan muda termasuk sayap wanita PAS," katanya

Tiada ulasan: