BRIGED MP SEGAMBUT |
- PARLIMENT BUBAR?
- RAJA PENGAMPU:INILAH ORANGNYA?
- NURUL IZZAH BAKAL DIKUBUR DILEMBAH PANTAI?
- NEGARA BANKRAP ATAU....
Posted: 11 Nov 2011 06:30 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekadar tertawa apabila ditanya mengenai spekulasi bahawa beliau akan membubarkan parlimen hari ini. Dengan berjenaka, Najib berkata hari telah hampir berakhir tetapi parlimen masih belum dibubarkan. Katanya lagi, mesyuarat majlis tertinggi BN hari ini juga sekadar membincangkan mengenai usaha untuk mengukuhkan parti itu. Najib yang juga presiden Umno berkata, mesyuarat hari ini juga tidak membincangkan mengenai pengagihan kerusi pilihan raya di kalangan anggota komponen BN seperti yang disebut-sebut sebelum ini. Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat itu hari ini, Najib turut menafikan bahawa mesyuarat hari ini membincangkan mengenai penetapan tarikh pilihan raya. Nombor 11, seperti juga tarikh 11 November hari ini disebut-sebut sebagai nombor kegemaran Najib yang juga merupakan elit aristokrat Orang Kaya 11 Pahang. Najib sebelum ini dikatakan akan membubarkan parlimen pada tarikh kegemarannya itu. |
RAJA PENGAMPU:INILAH ORANGNYA? Posted: 10 Nov 2011 10:56 PM PST Pegawai Khas Tengku Razaleigh Hamzah, Muhd. Lukhman Ghani berkata, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee memarahinya mungkin kerana dia tidak menamakan Ketua Umno Bahagian Cheras itu dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh Umno. "Saya tak nak berlawan dengan dia (Syed Ali), Mungkin dia marah sangat kat saya sebab tak letak beliau dalam kategori nombor tiga, iaitu kategori pengampu nombor satu kepada pemimpin nombor satu Umno," katanya agak keberatan ketika dihubungi Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai megulas bidasan Syed Ali yang menuduhnya menghina Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ekoran kenyataannya yang dilapor Harakahdaily semalam bahawa Muhyiddin juga sedang dipinggir Umno. Mengulas lanjut, Muhd. Lukhman yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Petaling Jaya Utara berkata, Syed Ali sebenarnya 'seangkatan' dengan pengampu besar lain seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip. Sebab itu katanya, kenyataan-kenyataan Syed Ali sering mendapat tempat di media-media arus perdana dan media Umno dan televisyen. Syed Ali seperti dilapor portal Umno, Agendadaily menyifatkan Muhd. Lukhman sebagai 'budak suruhan' kepada Ahli Parlimen Gua Musang yang cuba memecahkan perpaduan dalam Umno. Sambil mempertahan kedudukan Muhyiddin sebagai 'orang penting' Umno, beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan menyifatkan kenyataan Lukhman itu juga sebagai bukti bahawa Tengku Razaleigh 'tidak boleh ditegur' dan 'kemaruk tepukan' ahli Umno. "Saya bukan menghina Muhyiddin, saya hanya memberi komen tentang yang beliau kata 'tiap-tiap hari ada orang Umno cakap dalam akhbar'. "Tapi yang bercakap dan keluar akhbar itu hanya orang Umno yang mengampu pemimpin sahaja," kata Muhd. Lukhman yang mendakwa apa yang dikatakannya adalah suara-suara dari akar umbi Umno sendiri. Semalam bercakap kepada Harakahdaily, beliau berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh Umno adalah Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Kedua pula adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais. Tempat ketiga pula diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada Datuk Seri Anwar (Ibrahim) seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip serta ahli parlimen bebas yang mengutuk pembangkang, manakala keutamaan kepada Muhyiddin pula mungkin selepas tiga kelompok teratas itu. "Saya harap Syed Ali baca buku 'Kesilapan-kesilapan Najib' yang ditulis Shahbudin Husin iaitu ahli Umno sendiri," nasihatnya. |
NURUL IZZAH BAKAL DIKUBUR DILEMBAH PANTAI? Posted: 10 Nov 2011 07:30 PM PST Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menimbulkan kebimbangan beliau mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu. Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November. Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai. "Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi." Nurul Izzah berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC). |
Posted: 10 Nov 2011 05:13 PM PST Ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata Malaysia tidak akan terjerumus ke kancah kebankrapan, meskipun kenyataan itu bertentangan dengan amarannya tahun lalu. Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini berkata bahawa Malaysia akan berakhir seperti negara-negara Eropah yang dilanda hutang jika subsidi tidak dikurangkan. Sebaliknya,, hari ini beliau berkata, Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Beliau berkata usaha itu disokong oleh Program Transformasi Ekonomi pentadbiran Najib (ETP) yang menghasilkan hasil yang positif. "Malaysia melakukan apa sahaja yang mampu dibuat untuk mengubah negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi. "Menerusi program dan dasar yang diperkenalkan, saya yakin kita tidak akan jatuh muflis," katanya dipetik Bernama ketika taklimat media selepas menyampaikan ucaptama pada forum anjuran Ernst & Young mengenai "Memecah kod DNA ETP" di Kuala Lumpur. Pada 27 Mei tahun lalu, Idris berkata rakyat Malaysia mesti bersedia menghadapi pengurangan subsidi kerajaan, atau apa yang disebut sebagai "rasionalisasi subsidi", atau negara akan menghadapi kebankrapan menjelang 2019. "Kita tidak mahu berakhir sebagai satu lagi Greece," katanya pada hari tersebut. Subsidi untuk petrol, makanan, elektrik, dan beberapa barangan keperluan lain membentuk sebahagian besar perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan dan merupakan hampir lapan peratus daripada KDNK. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan