Jumaat, 11 November 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib lebih popular banding Anwar - Kajian PKR

Posted: 11 Nov 2011 06:23 AM PST



KUALA LUMPUR, 11 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih popular berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi lemah dalam membuat keputusan konkrit dan bukannya seorang komunikator baik, demikian menurut kajian kendalian PKR.


Najib dilihat positif oleh 53 peratus pengundi berbanding 38 peratus melihatnya secara negatif.

Hasil kajian diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan sebahagian besar sokongan bagi Najib datang daripada komuniti Melayu — sekitar 71 peratus melihatnya secara positif.

Pengundi-pengundi di Johor, kubu kuat Barisan Nasional (BN), menyokong kuat Presiden Umno itu dengan 61 peratus melahirkan sokongan positif. Ia disusuli dengan sokongan di Perak (52 peratus), Selangor (49 peratus) dan Kuala Lumpur (47 peratus).

Berbanding Najib, Anwar mencatatkan sokongan positif daripada 40 peratus pengundi manakala 48 peratus melahirkan pandangan sebaliknya ke atas Ketua Umum PKR itu.

Hanya 32 peratus pengundi Melayu memihak kepimpinan Anwar, bekas timbalan presiden Umno. Seramai 61 peratus pengundi tidak mempamerkan sokongan memihak kepada beliau.

Pengundi-pengundi wanita nampaknya tidak memihak Anwar dengan seramai 53 peratus berkata demikian berbanding 47 peratus pengundi menyokong kepimpinan beliau.

Dalam pada itu paras kaum wanita Melayu yang tidak menyokong kepimpinan Anwar lebih tinggi iaitu 69 peratus.

Bagaimanapun Anwar mempunyai sokongan positif di kalangan pengundi Cina dengan 43 peratus melahirkan pendirian demikian.

Anwar juga diterima dengan baik di negeri pimpinan Pakatan Rakyat — Selangor dan juga Kuala Lumpur (44 peratus) berbanding di Perak (38 peratus) dan Johor (35 peratus).

Anwar popular di kalangan mereka berusia 40 tahun dan ke atas (43 peratus) manakala Najib pula di kalangan mereka berumur 30-39 tahun (55 peratus).

Sementara Anwar popular di kalangan graduan dan bukan graduan, masing-masing 42 dan 40 peratus, Najib pula disambut baik oleh bukan pemegang ijazah (61 peratus).

Kajian itu juga menekankan bahawa Anwar boleh menaikkan imej sebagai seorang pemimpin yang tegas dalam membuat keputusan dengan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan kebolehan memahami isu-isu ekonomi untuk berhadapan dengan "penerimaan secara permukaan" ke atas kepimpinan Najib.

Bekas menteri kewangan itu mencatatkan sokongan dalam ketiga-tiga aspek itu berbanding Najib.

Kajian itu dikendalikan antara 22 Ogos dan 15 September lalu di kalangan 1,000 pengundi di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor.


The Malaysian Insider

11.11.11 Parlimen Bubar? Siapa kata?

Posted: 11 Nov 2011 06:04 AM PST



Kan aku dah kata.. jangan sibuk nak jadi Ahli Nujum.. buat kerja, bubar atau tidak Parlimen pada 11.11.11 terletak ditangan Najib. Hanya di Malaysia Najib saja yang tahu bila Parlimen dia nak bubar..

Baca laporan bawah ni..


Najib: '11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen bubar'

KUALA LUMPUR, 11 Nov — Di sebalik desas-desus banyak pihak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara berseloroh berkata spekulasi bahawa beliau akan membubarkan Parlimen hari ini sempena tanggal 11.11.11 tidak akan menjadi kenyataan.

Najib yang mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) petang tadi berkata: "Tarikh 11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen dibubarkan."

Spekulasi menyebut Najib (gambar) akan membubarkan Parlimen hari ini untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 bulan depan.

Beliau yang kembali dari menunaikan haji kelmarin mempengerusikan mesyuarat Kabinet pagi tadi.

Petang tadi beliau berlepas untuk menghadiri sidang kemuncak Apec.

Pada sidang media hari ini, Najib memberitahu mesyuarat itu hanya membincangkan langkah untuk memantapkan parti selain persiapan menjelang pilihan raya umum.

"Tiada perbincangan mengenai pengagihan kerusi atau mengenai tarikh kemungkinan pilihan raya akan diadakan," katanya.

Dalam pada itu Bernama Online melaporkan mesyuarat cuma membincangkan usaha yang boleh dibuat untuk memperkuatkan BN supaya parti lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Kita juga bincang pentingnya kita kembali kepada semangat dan prinsip BN iaitu hormat menghormati antara satu sama lain," katanya.

Menurutnya, perbincangan melibatkan ketua parti-parti komponen BN itu juga tertumpu kepada hal kepentingan bersama.

"Ini supaya kita dapat cari kata sepakat untuk tangani apa juga isu sama ada sensitif atau sebaliknya," kata Najib.

Beliau menegaskan ada kenyataan mengenai parti dan isu tertentu boleh dibuat secara terbuka tetapi jangan sampai menyentuh sensitiviti parti dan pihak lain.

Beliau turut ditanya mengenai kedudukan MCA yang dilaporkan tidak menyokong cadangan membenarkan warga Malaysia di luar negara mengundi pada pilihan raya umum akan datang kerana dikatakan tidak mengikuti perkembangan semasa di tanah air.

Najib berkata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menjelaskan perkara itu kepadanya hari ini.

Apa yang dijelaskan ialah kekhuatiran MCA berhubung kesukaran melaksanakan perkara itu yang mungkin membabitkan masalah lojistik memandangkan pengundian membabitkan kira-kira 800 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

"Jadi BN tidak menentangnya tetapi BN mahu mengetengahkan kesukaran besar dalam melaksanakannya, kata Najib.

Ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat itu, Dr Chua berkata jika cadangan itu dilaksanakan, ia akan membabitkan penghantaran kira-kira 800 peti undi ke luar negara.

Beliau menjelaskan perlu juga ada wakil dari parti terbabit dan pemerhati bebas, dan itu semua melibatkan kos yang besar.

MCA khuatir keadaan itu akan menimbulkan keraguan dan tohmahan tentang kesahihan pengundian, katanya.

The Malaysian Insider

Alasan Khairy tak masuk akal – Rafizi

Posted: 11 Nov 2011 03:44 AM PST

(Gambar sebelah ialah contoh bagaimana seekor lembu akan melepak di dalam sebuah kondominium)

Alasan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa kondominium yang dibeli oleh Syarikat National Feedlot Corporatian (NFC) untuk tujuan pelaburan, adalah tidak masuk akal, kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Khairy bahawa bayaran sebanyak RM9.8 juta itu dibuat supaya National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.

"Alasan membeli kondominum sebagai pelaburan sementara menunggu projek itu berjalan adalah tidak masuk akal,"

"Kalau kerajaan sudah tiada duit untuk bangunkan ladang satelit yang terbantut, kerajaan (sepatutnya) mengambil kembali duit tersebut tapi kenapa beri duit itu untuk membeli kondominium," kata Rafizi pada Keadilan Daily.

Semalam KEADILAN mendedahkan NFC yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil membeli kondominium tersebut di Bangsar yang direkodkan sebagai sebahagian hutang oleh NMLC.

Menurut Rafizi lagi jawapan yang diberikan Khairy tidak profesional dan terlalu emosi.

"Jawapan dia (Khairy) terlalu bersifat peribadi dan terdesak. Saya kesal dengan tindakan beliau yang terlalu emosi dalam kenyataannya," katanya yang akan memberi respon lanjut pada Isnin depan.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan NMLC, yang juga dipunyai Shahrizat, berhutang sebanyak RM83 juta walaupun kegiatan NMLC hanya untuk tujuan pemasaran daging.

KEADILAN mendakwa jumlah sebesar itu sudah tentu datang dari pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC.

Ia menimbulkan persoalan sama ada pinjaman RM250 juta yang khusus untuk pembangunan pusat fidlot telah diselewengkan ke syarikat-syarikat lain yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil.


http://www.keadilandaily.com/?p=22889

Selangor sahut cabaran Noh untuk urus Pusat Fidlot.. Apamacam Noh?

Posted: 11 Nov 2011 02:32 AM PST



SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor bersedia menyahut cabaran Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk menguruskan ladang satelit dan keseluruhan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan.


Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata, beliau sudahpun menghubungi Persatuan Penternak Negeri Selangor serta penternak di Negeri Sembilan dan Melaka untuk mengendalikan ladang tersebut.

Menurutnya, beliau akan membuktikan mereka berjaya dengan memberikan projek tersebut kepada penternak yang sepatutnya, bukan kepada mereka yang tidak tahu bagaimana untuk mengusahakan ladang ternakan.

"Berikan peruntukan itu untuk kami mengendalikan, tidak perlu gunakan syarikat swasta untuk menguruskannya. Bagi peruntukan itu pada Jabatan Veterinar, bila-bila masa 300 penternak di Selangor, 200 di Negeri Sembilan dan 100 di Melaka bersedia untuk masuk.

"Jabatan Veterinar Negeri Selangor bersedia membantu kita dan saya akan menulis surat kepada Menteri untuk memberikan ruang kepada saya dan penternak di Selangor, kita tawarkan juga penternak di Negeri Sembilan dan Melaka untuk masuk ke kawasan ini," katanya.

Yaakob berkata, sekiranya Noh ingin menyelesaikan masalah tersebut, beliau perlu menyerahkan kepada penternak yang layak malah ia dapat mengurangkan sebahagian import susu, lembu tenusu dan daging lembu dari luar negara.

Dalam pada itu, beliau kesal kerana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dikendalikan seorang menteri yang tidak mempunyai pengetahuan tentang pertanian.

Sinar Harian

Pusat Fidlot dah jadi Syarikat Pelaburan pulakdah..

Posted: 11 Nov 2011 01:15 AM PST



Malaysiakini melaporkan Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.


Tulisnya dalam blog rembau.net.Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi.

Kondiminium dibeli sebagai pelaburan? Apa punya alasan ni??

Hujah untuk mempertahankan Shahrizat tapi dalam masa yang sama Khairy telah menjerut leher Shahrizat dan Khairy juga telah mengakui apa yang didakwa oleh KeAdilan itu adalah benar….

Jika alasan bodoh itu diberikan oleh Kahiry.. Khairy bukannya melepaskan Shahrizat dari isu penyelewengan dana untuk project National 'Feed The Lord' Centre tetapi Khairy sendiri telah mengesahkan bahawa dana untuk project tersebut telah disalahguna.

Tujuan utama NFC dibangunkan adalah untuk meningkatkan bekalan daging lembu negara. Ia dibangunkan di bawah Projek New Agriculture Integrated Development bagi memastikan peningkatan SSL daging lembu daripada 23% kepada 37% menjelang tahun 2010 dan ianya bukanlah sebuah syarikat pelaburan hartanah.

Khairy juga mengakui projek ini telah gagal apabila menulis.."Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?

Timbul juga persoalan disini.. bagaimanakah ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa akan dibangunkan jika dana yang diperuntukkan untuk membangunkannya diguna untuk pelaburan?

Kesimpulan dari apa yang telah ditulis oleh Khairy seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini di SINI ialah..

1-Khairy akui NFC telah membeli Kondominium RM9.8Juta.

2-Khairy juga secara tidak langsung telah mengakui NFC milik keluarga Shahrizat telah menyalahgunakan dana untuk NFC itu.

3-Khairy juga akui projek NFC ini gagal..

4-Paling penting Khairy telah akui apa yang didedahkan oleh KeAdilan itu adalah benar..

Dari kesimpulan itu.. tertanya-tanya aku.. adakah Khairy sedang cuba untuk menyelamatkan Shahrizat atau membunuh terus karrier politik Shahrizat?

Info tujuan ditubuhkan National 'Feed The Lord' Centre ..

NATIONAL FEEDLOT CENTRE (NFC) (di bawah kendalian Jabatan Perkhidmatanatan Veterinar)

Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah merupakan program pengeluaran lembu secara besar-besaran dengan mewujudkan satu kawasan penternakan lembu secara meluas. Program ini diwujudkan di bawah pelaksanaan dan seliaan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Tujuan utama NFC dibangunkan adalah untuk meningkatkan bekalan daging lembu negara. Ia dibangunkan di bawah Projek New Agriculture Integrated Development bagi memastikan peningkatan SSL daging lembu daripada 23% kepada 37% menjelang tahun 2010. Sebanyak 310 ladang satelit (180 unit dibangunkan oleh JPV dan 130 unit dibangunkan oleh NF Corp.) akan dibangunkan di seluruh negara yang mana komponen utamanya adalah di Gemas, Negeri Sembilan.

Ia akan diterajui oleh syarikat integrator utama yang menaungi usahawan-usahawan fidlot secara kontrak di ladang yang sama atau sekitarnya (ladang satelit iaitu milik persendirian). Integrator ini membekalkan input utama seperti makanan ternakan dan lembu feeder, kemudian membeli balik ternakan untuk pemasaran dan pemprosesan.

Melalui konsep ini, sumber makanan import (feeder import) akan dapat dikurangkan dan digantikan dengan sumber dari dalam negara secara berperingkat.

Dalam RMK-9, seluas 2,000 ha kawasan telah ditawarkan untuk pembangunan Pusat Fidlot Nasional di Gemas. NFC mensasarkan pengeluaran sebanyak 2.8 ribu m.t kapasiti ternakan menjelang tahun 2010. Bagi ladang kontrak/satelit seramai 200 pengusaha disasarkan untuk kawasan TKPM dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 16.8 m.t menjelang tahun 2010.

Bagi kontrak individu pula seramai 110 pengusaha dengan kapasiti pengeluaran 10 ribu m.t menjelang tahun 2010.

Pencapaian sehingga Julai 2009 menunjukkan prestasi keseluruhan program ini telah siap dibangunkan seluas 809 ha di NFC Gemas di mana pihak Kerajaan telah memberi bantuan infrastruktur asas seperti jalan ladang, bekalan air dan elektrik, kolam takungan, sistem saliran, tanaman foder dan pembangunan abatoir.

Sebanyak 6,000 ekor lembu sedang diternak dengan hasil output 4,150 ekor setahun. Manakala pengeluaran karkas adalah sebanyak 789.5 m.t setahun dengan nilai RM 9.5 juta. Bagi pembangunan ladang satelit pula, pihak JPV telah membangunkan 71 unit ladang satelitnya di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan.

Hasil output adalah 1,337 ekor setahun dengan hasil karkas sebanyak 170.64 m.t setahun yang bernilai RM 1.5 juta. Walau bagaimanapun pembangunan 130 unit lagi ladang satelit oleh NF Corp. dijangka bermula pada pertengahan tahun 2010 atas sebab-sebab tertentu.

Najib buat apa pulakdah ni??

Posted: 10 Nov 2011 10:58 PM PST



Suatu masa lalu apabila DS Nizar menyalakan dan memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock beliau dikatakan melakukan gimik politik bertujuan meraih simpati untuk diri beliau dan penyokong-penyokong dari Pakatan Rakyat.


Dan berkata pula seorang Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutunya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Tambahnya lagi "Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, adalah luar budaya Islam".

Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini"

Bagaimanapun gambar Nizar memegang lilin itu bukanlah gambar ketika majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa oleh pencacai-pencacai UMNO.

Menurut Drs.Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong dan juga Ketua Penerangan PAS Perak Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 Julai, bertempat di wisma DAP Ipoh .

Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

Sekarang… gambar diatas ialah gambar terbaru Najib yang menyalakan pelita sempena sambutan Deepavali selepas beliau mengerjakan Haji baru-baru ini… apa pula pencacai UMNO nak kata?

Sedikit info pasal menyalakan pelita ni..

Menurut lagenda masyarakat tamil, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Dalam hal ini.. Aku tidak menyalahkan Najib.. kerana apa yang kelihatan sekarang Najib cuba sedaya upaya untuk menonjolkan imej positif..

Yang patut dipersalahkan ialah Menteri yang sepatutnya menasihati Najib dalam hal hal keugamaan ini.. dia buat apa?? makan gaji buta ka? atau sibuk menyambung kerja-kerja renovation rumah yang tergendala kerana ke Makkah?

SPRM serbu Petronas.. Shahrizat pula bila??

Posted: 10 Nov 2011 07:50 PM PST



Cuba baca dan fahamkan ayat ini.. "Terlalu banyak gosip dan cakap-cakap belakang. Ada kontraktor yang mengadu mereka perlu bayar untuk ditimbangkan bagi mendapat projek. Jadi tidak mengejutkan SPRM sudah berada di sana,"


Mereka perlu bayar untuk ditimbangkan bagi mendapat projek? budaya parti mana agaknya ini??

Ayat ini pula "ada pegawai Petronas yang hidup di luar kemampuan mereka".. Ahli-ahli atau Pemimpin-pemimpin dari parti mana yang banyak kelihatan hidup begini?

Apapun.. tahniah kepada SPRM kerana bertindak.. tapi kalau boleh biarlah tindakan dilaksanakan tanpa memilih, kalau tidak sudah pasti ada satu Syarikat yang kurang kelayakkannya memperolehi tender di Petronas itu akan terlepas..

Tapi kenapa tiba-tiba ada serbuan sedangkan tidak dilaporkanpun sebarang aduan rasmi.. lain macam saja ni..

Lagi satu kes Shahrizat bila nak siasat?


*************************

SPRM serbu Petronas, siasat rasuah babitkan pegawai kanan
Oleh Jahabar Sadiq

November 11, 2011KUALA LUMPUR, 11 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu bangunan syarikat minyak nasional Petronas baru-baru ini berhubung dakwaan amalan rasuah di kalangan konsultan projek terlibat dalam kerja-kerja meneroka dan mengeluar minyak di perairan Malaysia, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan fail-fail berkaitan turut diambil oleh pegawai-pegawai SPRM dan Datuk Seri Najib Razak telah pun dimaklumkan sebelum beliau pergi ke Arab Saudi untuk menunaikan haji. Perdana Menteri kembali ke tanah air kelmarin.

"Pegawai-pegawai penyiasat telah mengunjungi pejabat itu ekoran banyak aduan mahu mendapatkan ganjaran sebagai pulangan kepada syor mendapatkan kontrak," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider tetapi tidak mahu identitinya didedahkan.

Satu lagi sumber mengesahkan bahawa siasatan SPRM telah dimaklumkan kepada Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. SPRM tidak mengesahkan tindakan mereka kerana bimbang akan menjejaskan siasatan.

Sumber-sumber industri berkata rasuah semakin kerap sejak saban tahun memandangkan Petronas mengurniakan siri kontrak melibatkan pelbagai operasi termasuk usaha mendapatkan lapangan minyak yang baru.

Bagaimanapun mereka tidak mengatakan bahagian di Petronas yang menjadi sasaran siasatan SPRM.

"Ia bukan sesuatu yang luar biasa. Setiap orang tahu permainan itu," katanya.

Satu lagi sumber memberitahu bahawa pengurusan Petronas telah mengadakan pelbagai mesyuarat untuk membincangkan dakwaan berkenaan amalan rasuah di kalangan pekerjanya, yang merupakan antara mereka yang mendapat gaji paling tinggi di Malaysia termasuk pinjaman perumahan menarik, manfaat perubatan dan insentif-insentif lain.

"Mereka pernah menjadi pekerja terbaik dan jujur tetapi terdapat terlalu banyak kontrak sejak kebelakangan ini dan ada yang mengambil langkah mudah," katanya lagi sambil menambah, ada pegawai Petronas yang hidup di luar kemampuan mereka.

"Terlalu banyak gosip dan cakap-cakap belakang. Ada kontraktor yang mengadu mereka perlu bayar untuk ditimbangkan bagi mendapat projek. Jadi tidak mengejutkan SPRM sudah berada di sana," katanya lagi.

Petronas ditubuhkan pada Ogos 1974 dan disenaraikan sebagai antara 500 perbadanan terbesar oleh Fortune Global.

Ia menduduki tangga ke-107 tahun lalu selepas berada dalam senarai 100 teratas pada 2008 dan 2009.

Petronas mempunyai lebih 40,000 pekerja tetap di Malaysia dan 35 negara yang mengendalikan operasi.

The Malaysian Insider

Anak Adun UMNO Melaka didapati bersalah miliki dadah.

Posted: 10 Nov 2011 06:47 PM PST

JASIN - Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dijathui hukuman dengan RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan memiliki satu paket dadah, Mac lalu.

Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rozameer Anwar Ghazale, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah.


Mengikut pertuduhan, ketika pemeriksaan, tertuduh didapati memiliki satu paket mengandungi bahan hablur jenis methamphetamine dengan berat bersih 0.17 gram di Rumah Awam Rim, di sini, pada 18 Mac lalu kira-kira jam 10.30 pagi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama.

Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan.

Bagaimanapun, Tim­balan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman setim­pal.

Siti Suriatey mengarahkan tertuduh didenda RM1,500 dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara empat bulan - Sinar Harian.

Nak tahu ADUN dari kawasan mana, sila lihat di bawah, atau di (SINI)




Kalau nak tahu pulak ADUN itu dari parti mana? sila lihat di (SINI)

Tiada ulasan: