Selasa, 8 November 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


TENGOK:IKAN JERUNG TELAN DUIT BERJUTA JUTA

Posted: 08 Nov 2011 07:20 AM PST

Pakatan Rakyat hari ini mendakwa kira-kira RM1.4 bilion daripada Bajet Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara telah lesap.

NONEDana itu dbekalkan mengikut Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan, bagi peruntukan tambahan RM1.5 bilion, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, peruntukan itu dinyatakan dalam Laporan Perbelanjaan Persekutuan 2010/2011 yang dibentangkan bersama-sama dengan Bajet 2012.

Perkara 103 menyatakan: "Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mewujudkan suatu Kumpulan Wang Luar Jangka dan memberi kuasa Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, jika berpuas hati bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan yang mendesak dan di luar jangkaan yang baginya tiada peruntukan lain wujud, untuk membuat pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka itu untuk memenuhi keperluan itu.

NONE"Jika apa-apa pendahuluan dibuat mengikut Fasal (1), suatu anggaran tambahan hendaklah dikemukakan dan suatu Rang Undang-Undang Perbekalan dibawa dengan seberapa segera yang mungkin bagi maksud menggantikan amaun yang didahulukan itu."

Anwar pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini berkata: "Walau bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa hanya terdapat baki RM79.147 juta daripada dana negara itu.

azlan"Ke mana perginya wang itu? Lebih serius lagi, di mana RM1.4 bilion telah lesap? Saya tidak fikir Jabatan Audit (membuat kesilapan), mereka lebih teliti apabila membabitkan perakaunan."

Bagi Anwar, kelewatan 17 hari Laporan Ketua Audit Negara, tahun ini dibentangkan mungkin ada kaitan dengan perkara berkenaan.

ANAK MUDA!!! BANTAH JANGAN TAK DEMO

Posted: 08 Nov 2011 03:30 AM PST

Cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang dilihat satu lagi bukti rakyat terus dibebankan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata tindakan itu sekaligus bercanggah dengan gagasan '1Malaysia' Datuk Seri Najib Razak kononnya 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Sambil menyifatkan ianya sesuatu yang sangat malang buat generasi anak muda, mantan ketua penerangan PAS itu juga mendakwa, kerajaan menjadikan rakyat sebagai mangsa ketirisan pemborosan yang diamal kerajaan.

"Tindakan ini adalah satu lagi dalil kerajaan yang ada pada hari ini tidak mendahulukan rakyat sebaliknya membebankan rakyat. Ini adalah gara-gara ketirisan,pemborosan, rasuah, pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan pada hai ini,

"Nampaknya kerajaan pada hari ini kering idea untuk menjana mendapatan negara, sebaliknya jalan pintas ialah dengan menyuruh rakyat ikat perut, sedangkan pemimpin terburai perut," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Oktober lalu supaya pinjaman perbelanjaan diberhentikan pada tahun 2013 untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu.

Pada tahun depan, dijangka seramai 2.5 juta lagi pelajar akan memohon pinjaman PTPTN dan sehingga 31 Sept lepas, sebanyak RM2.74 bilion pinjaman telah dibayar balik oleh peminjam manakala pembayaran balik yang sepatutnya adalah RM6.2 bilion.

Mengulas lanjut, Idris berkata, sebagai pemerintah negara, tugas utama kerajaan adalah berusaha menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.

Di dalam apa cara sekalipun ujarnya, mana-mana kerajaan tidak boleh mengabaikan tanggungjawab sosial ini apatah lagi pendidikan adalah keperluan wajib dalam sebuah negara.

"Manakah slogan rakyat di dahulukan yang terpampang di media-media propaganda BN.

"Apakah kerajaan sudah tidak mampu untuk mendapatkan kewangan lebih kurang RM 6 bilion setahun bagi menampung perpelanjaan PTPTN?," soalnya lagi.

Menurutnya, wang sebanyak itu boleh didapati jika kerajaan dapat memperbaiki teguran Ketua Audit Negara yang setiap tahun melaporkan kepincangan kerajaan ketika menguruskan kewangan negara.

Sementara itu, tindakan itu juga tambahnya merupakan kayu ukur yang membezakan pentadbiran BN dengan Pakatan Rakyat.

Ketika kerajaan BN memaparkan sikap tidak bertanggungjawab, negeri-negeri Pakatan pula memerah otak bagaimana untuk mengagihkan kekayaan kepada rakyat dengan berbagai- bagai skim untuk kemudahan rakyat seperti skim kifalah, air percuma, menurunkan cukai tanah, Tabung Wawasan Anak Selangor, tuisyen percuma.

"Ini adalah signal awal kepada rakyat, jika BN menang di dalam PRU akan datang banyak lagi tanggungjawab kerajaan akan dilepaskan.

"Barang pasti ialah petrol, gas, tol, gula, dan tepung akan naik. GST akan diperkenalkan semua subsidi akan dikurangkan," katanya.

dr JUANDA MUFTI PERLIS BAKAL DITAMATKAN PERKHIDMATANNYA EKORAN MEMALUKAN NAJIB?

Posted: 07 Nov 2011 08:20 PM PST

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar  di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan  13 Zulhijjah.

"Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 masjidil haramLaporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

"Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

"Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya lagi.

DS NAJIB ISTERI HAJI EXPRES?UWANG PUNYA PASALKAH?WAJIB BACA

Posted: 07 Nov 2011 04:45 PM PST

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

"Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar  di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan  13 Zulhijjah.

"Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 masjidil haramLaporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

"Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

"Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya lagi.

KALAU UNTUK UMNO OK KALAU UNTUK PR KO!!!

Posted: 07 Nov 2011 12:30 PM PST

Pakar perlembagaan negara, Profesor Abdul Aziz Bari mendakwa beliau mempunyai senarai nama ahli akademik, pensyarah dan profesor yang terbabit secara langsung dengan kegiatan politik, khususnya berkaitan Umno di negara.

NONEJusteru, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata kementerian pengajian tinggi perlu membuat pendirian yang jelas berhubung pembabitan ahli akademik dengan politik.

"Dalam sebarang kes, mungkin kementerian perlu membuat pendirian di mana profesor terbabit dalam parti politik.

"Kes mereka, lebih teruk daripada apa yang saya lakukan. Saya berpendapat apa yang saya lakukan masih dalam kerangka kerja," katanya dalam kenyataan medianya kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz sebelum ini digantung tugas kerana mencetuskan kontroversi apabila beliau mengulas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemeriksaaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

NONESemalam, Mingguan Malaysia memetik kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mencabarnya meletakkan jawatan sebagai pensyarah dan menyertai parti yang disokongnya.

"Saya menasihatkan Abdul Aziz Bari berhenti menjadi pensyarah kalau mahu memilih pentas politik. Jika sudah menyertai ceramah politik yang mengandungi fitnah, tidak perlu menunggu tindakan daripada UIA lagi.

"Sebaiknya dia terus berhenti dan menyertai parti yang disokong," kata Mohamed Khaled dipetik akhbar milik Umno itu.
Kenyataan bercanggah

Menurut Abdul Aziz, kenyataan menteri itu jelas bercanggah dengan timbalannya, Datuk Saifudin Abdullah yang berkata tidak ada masalah bagi pelajar untuk mengambil bahagian dalam politik.
NONEJusteru, katanya, kerajaan perlu membuat pendirian sejauh mana ahli akademik dibenarkan terbabit dengan politik.

Mohamed Khaled yang juga ahli parlimen Pasir Gudang dipercayai mengulas tindakan pakar perlembagaan itu yang memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baharu pada malam Sabtu malam lalu yang dikhuatiri akan mempengaruhi penduduk.

"Saya hanya berucap mengenai undang-undang dan politik, yang ada kalanya sukar tidak dikaitkan dengan politik. Lagipun saya bercakap kepada masyarakat marhaen, bukan kepada ahli akademik.

"Bagi saya, rakyat jelata juga mempunyai hak untuk mengetahui tentang perlembagaan.

NONE"Namun jika itu dianggap sebagai politik, maka perlembagaan sekarang perlu dibuang dan jadikan negara ini sistem satu parti atau pemerintahan autoritarian," katanya lagi.

Menurut Abdul Aziz, pembabitan ahli akademik dengan politik, khususnya yang membabitkan BN dan Umno bukan perkara baru atau rahsia lagi.
Kes Anwar Ibrahim

Sebaliknya, perkara itu menjadi kontroversi atau isu jika kenyataan atau tindakan ahli akademik berkenaan tidak membawa manfaat kepada parti pemerintah.

NONE"Bagaimana pula dengan profesor kanan yang merangka draf ucaptama presiden Umno?
"Begitu juga dengan ahli akademik dan profesor yang seringkali menjadi penceramah program Biro Tata Negara (BTN) atau bengkel kerja Islam Hadhari. Ini jelas adalah berpolitik kerana ia adalah polisi Umno," katanya.

Selain itu, menurut Abdul Aziz, bukan menjadi rahsia bahawa sesetengah ahli akdemik di universiti tetentu yang melobi jawatan kanan dengan menjaja isu kes liwat dan seks Datuk Seri Anwar Ibrahim.

azlan"Ada ahli akademik yang melobi jawatan dengan secara umum berkata Anwar Ibrahim bersalah kerana meliwat.

"Ini jelas satu jenayah kerana kes masih dibicarakan di mahkamah. Tindakan ini subjudis," katanya.

Bagaimanapun menurut pensyarah itu, buat masa ini, beliau tidak berhasrat menamakan ahli akademik yang terjebak dengan politik Umno itu.

BIL ELEKTRIK TERPAKSA DINAIKKAN?

Posted: 07 Nov 2011 09:30 AM PST

Tenaga Nasional Bhd (TNB) dilaporkan menghadapi masalah aliran tunai yang gawat dan bergelut untuk membayar kos tinggi bahan api alternatif.

Menurut laporan akhbar the Star hari ini, keadaan itu disebabkan kekurangan bekalan gas yang berlaku kali ini pada skala yang lebih besar.

NONETerdapat cadangan bagi kos berkenaan dikongsi bersama berdasarkan pengalaman sebelum ini pada tahun 2002, iaitu pada nisbah 40:30:30, yang akan ditanggung oleh pembekal gas Petroliam Nasional Bhd (Petronas), TNB sendiri dan pengeluar tenaga bebas (IPP). Namun pihak-pihak tertentu memilih mengabaikannya.

Menurut the Star, TNB mendakwa firma utiliti gergasi itu tidak lagi mampu untuk membayar manakala IPP pula berpendirian bukan tanggungjawab mereka untuk membayar.
Sementara itu, Petronas berkata bahawa sehingga Ogos tahun ini, ia telah membayar RM143.4bil bagi perbezaan harga. Daripada jumlah itu, RM103.2bil dibayar bagi membekalkan gas kepada sektor kuasa itu.

tenaga nasional and electricity 031208Bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut sama ada kenaikkan kos itu akan mengakibatkan kenaikkan harga tarif elektrik.

Kali terakhir, krajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik ialah pada 1 Jun lalu dengan purata 7.12 peratus. Tindakan itu sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.
Bayar RM400 juta sebulan

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin (bawah, kiri) juga pada Mei tahun ini pernah berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

Ini bermakna tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.

NONEThe Star juga melaporkan agensi penyelidikan seperti Maybank Investment Bank (IB) Research menjangkakan aliran tunai TNB akan kehabisan pada suku ketiga atau keempat tahun kewangannya.

TNB dikatakan membayar RM400 juta sebulan bagi perbezaan harga antara menggunakan sulingan petroleum dan gas sebagai bahan api.
Pada Oktober lalu, TNB mengumumkan syarikat itu mencatat kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat berakhir 31 Ogos 2011 berbanding kerugian bersih RM440.2 juta pada suku sebelumnya.
  
Bagi setahun penuh, syarikat tenaga nasional itu mencatat RM499.5 juta keuntungan bersih berbanding RM3.2 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, sebahagian besarnya hasil daripada kos bahan api yang tinggi.

Tiada ulasan: