Selasa, 8 November 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pendedahan lengkap penyelewengan Projek Fidlot @ Feed The Lord

Posted: 08 Nov 2011 08:54 AM PST



Merujuk kepada dua kenyataan di Dewan Rakyat oleh Barisan Nasional berhubung skandal penyelewengan peruntukan projek pertanian melibatkan Projek Fidlot Kebangsaan.


Kenyataan pertama dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di lobi Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011 bahawa "pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya".

Kenyataan kedua dibuat oleh Perdana Menteri pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat yang menyebut bahawa setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Kedua-dua kenyataan ini adalah tidak benar dan menyelewengkan transaksi sebenar yang melibatkan Kerajaan Malaysia (melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) dan NFC yang dimiliki dan diuruskan oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil.

KEADILAN telah menjalankan kajian lanjut ke atas rekod NFC dan syarikat-syarikat berkaitan (associate companies) dan mendapati perkara-perkara berikut:

1) KESELURUHAN RM250 JUTA PINJAMAN TELAH DISALURKAN KEPADA NFC

~Keseluruhan RM250 juta pinjaman yang menggunakan wang rakyat sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.

~Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama (first loan drawdown) sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

~Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC.

~Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

~Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 (penyata kewangan terkini yang diaudit dan difailkan).

~Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit.

~Malah, keuntungan faedah dari simpanan deposit berjumlah RM666,952.66 bersamaan 23% daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC adalah sebuat syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu.

~Status pinjaman RM250 juta yang telah diberikan sepenuhnya kepada NFC ini disahkan oleh carian rasmi di SSM (sila lihat Lampiran 1) yang menunjukkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri dari:

PINJAMAN DARI KERAJAAN RM 250,000,000

GERAN KERAJAAN RM 6,082,518

~Pendedahan ini membuktikan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah berbohong kepada Dewan Rakyat dan seluruh negara dalam usaha mereka melindungi Dato' Seri Shahrizat Jalil dan keluarga beliau.

2) KERUGIAN BESAR NFC MENYEBABKAN PINJAMAN RM250 JUTA AKAN DILUPUSKAN OLEH KERAJAAN

~Analisa kepada rekod kewangan NFC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan bahawa operasi ternakan lembu yang diusahakan mengalami kerugian besar dan tidak mungkin berupaya membayar kembali pinjaman RM250 juta yang diberikan Kerajaan Pusat.

~Bagi tahun 2009, kos purata mengimport, menternak dan menyembelih seekor lembu di NFC berjumlah RM4,481 seekor. Kos ini adalah terlalu mahal dan tidak mampu bersaing di pasaran.

~Malah, NFC turut memberikan diskaun berjumlah RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang mengendalikan restoran mewah Meatworks milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, atas alasan untuk mengurangkan harga jualan memandangkan kos yang terlalu tinggi.

~Tindakan ini bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik apabila NFC yang dibiayai wang rakyat memberi subsidi kepada restoran mewah yang dimiliki oleh keluarga seorang menteri.

~Bagi tahun-tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009).

~Kos operasi yang tinggi bermakna besar kemungkinan NFC akan terus rugi bagi tahun-tahun yang akan datang, apatah lagi apabila sasaran ternakan dan sembelihan tersasar jauh.

~Jika ini berterusan, Kerajaan Pusat tidak ada pilihan lain kecualilah melupuskan pinjaman RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC seperti mana amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja dan syarikat-syarikat berkepentingan lain.

~KEADILAN berpendapat jumlah RM250 juta yang telah disalurkan kepada NFC bolehlah dikira hangus memandangkan prestasi kewangan NFC yang buruk.

3) DANA DARI NFC DIPINDAHKAN KE SYARIKAT-SYARIKAT MILIK KELUARGA DATO' SERI SHAHRIZAT JALIL

~Penyata kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan berlaku pelbagai transaksi kewangan yang membabitkan pemindahan dana kepada syarikat-syarikat milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil.

~Terdapat dua syarikat bersekutu (associate companies) yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil dan mendapat manfaat terus daripada dana yang disalurkan kepada NFC, iaitu:

National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd

~Saham-saham dimiliki oleh Dato' Dr Mohamad Salleh Ismail (249,999 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (250,000 saham) dan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh (1 saham) – sila rujuk Lampiran B.



~Bertindak sebagai syarikat pemasaran daging-daging sembelihan NFC seperti promosi di laman web www.gemasgold.com.my

~Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.

Real Food Company Sdn Bhd

~Saham-saham dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil sama ada melalui pegangan terus: Dato' Dr Mohamad Salleh Ismail (500,000 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (500,000 saham) dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh (500,000 saham) atau melalui syarikat yang dikuasai mereka iaitu Asian Bioscience Corporation Sdn Bhd (1,500,000 saham) dan National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (2,000,000) – sila rujuk Lampiran C.



~Mengendalikan rangkaian restoran mewah milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di bawah jenama Meatworks seperti promosi di laman www.rfc.com.my

~Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.

~Penyata kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan pada akhir tahun kewangan, National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC) berhutang dengan NFC sebanyak RM81,222,448.93 walaupun kegiatan NLMC hanyalah untuk tujuan pemasaran daging.

~Jumlah yang besar sebegini (iaitu RM81 juta) sudah tentu datangnya dari pinjaman RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC, memandangkan perolehannya hasil aktiviti menternak dan menjual daging lembu hanyalah RM5,928,512.

~Ini menimbulkan persoalan sama ada pinjaman RM250 juta yang khusus untuk pembangunan pusat fidlot telah diselewengkan ke syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil.

~Malah, NFC turut memberikan diskaun berjumlah RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang secara jelas menyalahi prinsip pertanggungjawaban wang awam, apabila syarikat yang diberi amanah menyalahgunakan wang rakyat untuk mengkayakan perniagaan persendirian milik mereka.

4) PERBELANJAAN LAWATAN LUAR NEGARA DAN KERAIAN YANG TERLAMPAU TINGGI

~Rekod kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan sejumlah RM827,579 wang rakyat digunakan untuk pelbagai lawatan luar negara dan keraian oleh pengarah-pengarah NFC yang terdiri dari suami dan anak-anak Dato' Seri Shahrizat Jalil.

~Kalau pun NFC perlu membuat lawatan ke luar negara untuk meninjau lembu dan mengikat perjanjian komersil, jumlah yang dibelanjakan adalah terlalu tinggi dan bersamaan dengan RM511 setiap seekor lembu yang disembelih dalam tahun 2009 oleh NFC.

~Rekod menunjukkan hanya 1,618 ekor lembu yang disembelih dalam tahun 2009. Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan oleh kaum keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil.

~Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah kos operasi di NFC adalah 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran kos yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar semasa kertas konsep projek fidlot ini dibuat.

Berasaskan fakta-fakta di atas, saya menyeru Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Dato' Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan menjelaskan secara terperinci sama ada telah berlaku sebarang penyelewengan wang rakyat sepanjang Projek Fidlot Kebangsaan ini dilaksanakan.

Tindakan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berbohong di Dewan Rakyat mengenai status pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC adalah perkara yang berat.

Saya menyeru kepada Dewan Rakyat untuk mempertimbangkan tindakan tata tertib sewajarnya kepada kedua-dua mereka atas tindakan mereka yang menghina Dewan Rakyat.

Saya juga menyeru supaya Dato' Seri Shahrizat Jalil mula tampil ke hadapan meminta maaf kepada rakyat Malaysia memandangkan pendedahan setakat ini benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat.


MOHD RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi PKR

8 November 2011

UMNO hanya ada isu seks, seks dan seks untuk kekal berkuasa ?

Posted: 08 Nov 2011 08:21 AM PST



Berita terkini tentang kemarahan Marina Mahathir terhadap media perdana kepunyaan kerajaan semalam mendapat perhatian ramai. Sekarang ini bertambah lagilah rasa tidak berkeyakinan terhadap media perdana, seperti Utusan, TV3 serta saluran TV perdana yang lain yang telah memutarbelitkan isu seksualiti merdeka itu.


Semua media perdana menari seirama dan sehayun untuk membuat fitnah besar-besaran terhadap pihak lain semata-mata kerana kepentingan politik desperado pihak yang sedang berkuasa. Yang paling menyedihkan komen yang tidak senonoh itu juga datangnya dari Timbalan Perdana Menteri yang suaranya sealiran dengan pihak penyokong kerajaan

Semuanya itu adalah usaha untuk mendapatkan sokongan orang ramai semasa pilihanraya yang hampir tiba ini. Seksualiti merdeka dituduh akan mengadakan festival besar-besaran kononnya untuk memperjuangkan seks bebas yang tidak masuk akal itu. Tetapi orang berkuasa di negara ini memang begitulah. Mereka akan mencari apa sahaja jalan untuk menginaya pemikiran dan memesongkan pandang orang ramai terhadap pihak yang mereka takuti akan mendapat sokongan.

Orang ramai hampir-hampir tertipu dengan isu yang ditimbulkan oleh media perdana khususnya Utusan dan saluran TV kumpulan media prima. Begitulah selama ini cara dan kaedah pihak yang ingin mengekalkan kuasa mendapatkan sokongan ramai. Tetapi baiknya kali ini rakyat tidak lagi semudah itu untuk diperdayakan.

Marina Mahathir telah keluar dengan kenyataan keras dan membidas akhbar serta saluran media perdana dan menuduh secara terang-terangan terhadap media perdana dan beberapa orang pemimpin politik UMNO yang telah bersekongkol untuk menerbitkan isu ini secara besar-besaran dengan harapan untuk mengelirukan rakyat.

Marina telah pergi ke pejabat NGO itu di Jalan Gasing Petaling Jaya untuk memberi sokongan moral kepada 4 orang yang sedang disoalsiasat oleh polis, iaitu 'founder' Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, pengarah Tenaganita, Irene Fernandez serta Maria Chin Abdullah AJK Bersih 2.0.

Marina berkata bahawa beliau terlalu marah…terlalu marah kerana permainan media perdana memutarbelitkan isu seksualiti merdeka dan menafikan bahawa NGO ini hanya mengambil perhatian terhadap mereka yang tidak sempurna kehidupan dan fizik mereka dan memperjuangkan hak serta nasib mereka yang terpinggir daripada masyarakat awam yang besar itu.

Marina berkata 2 tahun lalu beliau telah merasmikan majlis yang serupa tanpa halangan dan kenapa sekarang perkara itu diperbesarkan sehingga sedemikian rupa.

"Ini bukan festival seks bebas," katanya kepada media di pejabat NGO itu semalam. Beliau beranggapan bahawa pihak yang memutarbelitkannya sebagai festival seks bebas sebagai gila dan orang yang tidak ada apa benda lain yang hendak buat.

Marina berkata beliau telah berusaha membela mereka yang tidak bernasib baik ini selama 20 tahun dan usaha yang dilakukan oleh seksualiti merdeka ini ialah untuk membantu komuniti yang lesbian, gay, bisexual serta transgender untuk mengetahui segala apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam undang-undang negara.

Bagi saya dalam BN khususnya UMNO mempertahankan kedudukan mereka untuk berkuasa isu seks adalah isu yang paling suka mereka perbesarkan. Tidak ada lain seks…seks…dan seks. BN tidak menumpukan usaha mereka untuk menunjukkan pentadbiran yang luhur dan bersih dari kegiatan yang hina seperti rasuah. Mereka (BN) memainkan isu seks bebas terhadap orang yang sudah berumur seperti Ambiga dan Irene Fernandez dan itu merupakan isu yang tidak masuk akal.

Marina Mahathir naik berang kerana beliau tahu media perdana ini menggunakan isu ini untuk kepentingan politik semata-mata. Sekarang semakin hari semakin menyakinkan rakyat bahawa Utusan dan semua media masa di negara ini hanya merupakan propaganda kosong untuk pihak yang berkuasa dan semuanya ini mereka sanggup lakukan kerana imbuhan peribadi yang lumayan sebagai pembayaran upahan akan mereka perolehi.

UMNO khususnya mempunyai kekuatan kewangan dan kumpulan ini akan mengambil kesempatan di atas kemurahan UMNO untuk membayar imbuhan sebagai balasan di atas sokongan yang membuta tuli terhadap mereka itu.

Media perdana sudah tidak diyakini oleh rakyat lagi kerana persepsi terhadap kumpulan media perdana ini sangat rendah. Malahan, lagi kuat Utusan membelasah pihak pembangkang lagi jatuh sokongan rakyat terhadap UMNO. Lagi banyak isu untuk memburukkan pihak pembangkang yang dilakukan oleh media perdana lagi buruk pandangan rakyat terhadap kerajaan BN yang diteraju oleh UMNO itu.

Bagi sesiapa yang berfikir secara serius perkiraan mereka ialah BN di Semenanjung akan hanya diwakili oleh kurang daripada 70 kerusi. Bagaimana UMNO boleh mengaku ianya sebagai parti tunjang kepada BN jika mereka hanya diwakili oleh kurang dari 70 kerusi? Boleh sesiapa beritahu saya?



Bukti- bukti yang UMNO sudah begitu desperate terlalu banyak. Yang terakhir ialah dengan isu seksualiti merdeka yang dimainkan oleh media perdana ini. Saya tekankan di sini rakyat secara amnya akan bertindak bersalahan dengan apa yang dilakukan oleh media perdana terutamanya Utusan dan TV3.

Sila sambung bacaan anda di (SINI)

Boleh Percaya ke Noh Omar ni?

Posted: 08 Nov 2011 07:35 AM PST

Boleh percaya ke Noh Omar ni? Hari tu dia kata pintu pusat fidlot akan dibuka kepada sesiapa sahaja untuk dilawati sebagai bukti ketelusan kerajaan dalam penganugerahan projek itu.

Tapi bila rombongan pimpinan KEADILAN dan juga NGO membuat lawatan ke Pusat Fidlot Kebangsaan hari itu mereka dihalang daripada masuk meninjau ladang lembu itu.. sila baca di (SINI)

Hari ini pula bila beliau sudah tak mampu untuk mempertahankan isu Lembu Shahrizat ini beliau berkata "OK, saya tawar pusat ternakan satelit ini kepada anda,".


Aku cadangkan buat sesiapa sahaja pemimpin dari Pakatan Rakyat.. terima cabaran itu dengan syarat apa yang Shahrizat, Laki dan anak-beranak dapat dipindahmilikkan kepada sesiapa saja yang sanggup menerima projek itu..

Noh Omar tawar projek NFC kontroversi kepada Pakatan

KUALA LUMPUR, 8 Nov ― Datuk Seri Noh Omar menyatakan kesediaan untuk menawarkan wakil rakyat pembangkang mengendalikan sendiri pusat ternakan lembu ― projek ternakan berkandang kebangsaan (NFC) yang berkontroversi. ― pendirian dibuat ketika bertikam lidah di Parlimen berhubung projek tersebut.

NFC dimiliki oleh suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jali, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya Izran and Izmir.

"OK, saya tawar pusat ternakan satelit ini kepada anda," kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (gambar) ini ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa rang undang-undang perbekalan di Dewan Rakyat.

"Saya sedia tawar projek ini kepada mana-mana anggota pembangkang. Saya akan beri kepada sesiapa sahaja yang berupaya untuk mengendalikan projek NFC," katanya.

Noh menjawab soalan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang bertanya mengapa hanya 20 daripada 71 pusat ternakan satelit yang dirancang untuk NFC beroperasi.

Omar juga berjata NFC tidak boleh mengeluarkan kesemua pinjaman RM250 juta yang diperuntukkan untuk projek berkenaan.

Katanya, ada syarat-syarat yang dikenakan untuk dipenuhi sebelum boleh mengeluarkan wang daripada dana tersebut.

Katanya, pengeluaran daripada dana tersebut untuk projek itu perlu diluluskan oleh jawatankuasa teknikal, yang diketuai oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Noh menjawab dakwaan PKR bahawa penyata-penyata kewangan yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan NFC telah mengeluarkan kesemua RM250 juta sehingga 31 Mac 2009.


The Malaysian Insider

Sebab Rosmah dan Najib selesai Haji lebih awal..

Posted: 08 Nov 2011 06:32 AM PST



Ajensi Berita: Makkah 8 March – Najib Razak kelihatan membaling batu di Jamrah. Batu batu yang baling oleh Rosmah dan Naib melantun keluar. Ini menjadikan suasana sadikit kelam kabut tetapi terkawal.


Tetiba keluar satu suara' ... lu siapa mau baling sma gua.. lu pun sama macam gua gua... lu pikir laaa sendiri...pasai apa baling baling batu...'

Bila mendengar suara ini Rosmah dan Najib terus beredar. Mereka dengan segera mengambil pesawat udara berangkat ke Dubai.

Berita ini dapat menenangkan orang ramai yang pada pagi ini tertanya-tanya kenapa Rosmah dan Najib pulang awal.

Malah Mufti Perlis turut juga merasa hairan kerana Rosmah dan Najib pulang lebih awal sebelum ibadah haji selesai.

Terbukti tidak tepat laporan blok dan laman yang mengatakan Najib pulang awal kerana
Muhyiddin sedang merancang untuk mengambil kerusi Najib. ( AJENSI)

Dicatat oleh Tukar Tiub

RM426.5 Juta untuk Parlimen Pakatan tu dah diberi kepada Ketua Bahagian UMNO lah YB..

Posted: 08 Nov 2011 03:30 AM PST

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pada sidang media di parlimen hari ini mempersoal, kemana sebenarnya dana RM426.5 juta yang diperuntukan kepada semua kawasan parlimen, sedangkan dana tersebut tidak diberikan kepada parlimen Pakatan Rakyat.

Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, jawapan bertulis perdana menteri terhadap soal beliau di parlimen hari ini menyatakan setakat 26 September 2011, dana tambahan sebanyak RM426.5 juta diperuntukan kepada semua kawasan parlimen untuk melaksanakan projek melibatkan kepentingan rakyat.


"Malangnya, peruntukan untuk kawasan parlimen pembangkang tiada kerana sehingga kini kami tidak menerima satu sen pun dari dana tambahan itu," katanya dalam sidang media hari ini.

Kalau nak tunggu Najib jawab.. tak tahulah bila dia nak jawab..

Dulu pernah seorang Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) memberikan jawapan terhadap soalan tersebut bila diajukan oleh Allahyarham Dr. Lo Lo.. jawabnya "Sory YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima." sila baca di (SINI)

Bajet Wang Luar Jangka RM1.4 bilion lesap.. siapa rembat?

Posted: 08 Nov 2011 02:47 AM PST



Pakatan Rakyat hari ini mendakwa kira-kira RM1.4 bilion daripada Bajet Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara telah lesap.


Dana itu dbekalkan mengikut Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan, bagi peruntukan tambahan RM1.5 bilion, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, peruntukan itu dinyatakan dalam Laporan Perbelanjaan Persekutuan 2010/2011 yang dibentangkan bersama-sama dengan Bajet 2012.

Perkara 103 menyatakan: "Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mewujudkan suatu Kumpulan Wang Luar Jangka dan memberi kuasa Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, jika berpuas hati bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan yang mendesak dan di luar jangkaan yang baginya tiada peruntukan lain wujud, untuk membuat pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka itu untuk memenuhi keperluan itu.

"Jika apa-apa pendahuluan dibuat mengikut Fasal (1), suatu anggaran tambahan hendaklah dikemukakan dan suatu Rang Undang-Undang Perbekalan dibawa dengan seberapa segera yang mungkin bagi maksud menggantikan amaun yang didahulukan itu."

Anwar pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini berkata: "Walau bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa hanya terdapat baki RM79.147 juta daripada dana negara itu.

"Ke mana perginya wang itu? Lebih serius lagi, di mana RM1.4 bilion telah lesap? Saya tidak fikir Jabatan Audit (membuat kesilapan), mereka lebih teliti apabila membabitkan perakaunan."

Bagi Anwar, kelewatan 17 hari Laporan Ketua Audit Negara, tahun ini dibentangkan mungkin ada kaitan dengan perkara berkenaan.


Malaysiakini

Projek Fidlot: Najib Bohong lagi?

Posted: 07 Nov 2011 10:46 PM PST



KUALA LUMPUR 8 Nov: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa tindakan tata tertib dikenakan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar kerana berbohong di Parlimen.


Menurut Rafizi, pembohongan itu berhubung peruntukan RM250 juta wang rakyat menerusi projek National Feedlot Corporation (NFC) yang diberikan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Najib pada 1 November lalu memberitahu Parlimen setakat ini hanya RM181.9 juta daripada peruntukan RM250 juta disalurkan kepada NFC, syarikat milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Sementara Noh Omar pada 31 Oktober lalu berkata, RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya.

Sedangkan kata Rafizi, rekod kewangan NFC menunjukkan semua RM250 juta itu disalurkan sepenuhnya kepada Shahrizat sebelum 31 Mac 2009 lagi.

"Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

"Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC," kata Rafizi dalam satu kenyataan media.

NFC sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila ia dikendalikan syarikat Agro Science Sdn Bhd yang dimiliki suami Shahrizat, Datuk Mohamad Salleh.

Syarikat itu sepatutnya membekalkan 60 ribu ekor lembu dalam masa lima tahun di bawah RMK 9 namun dalam tiga tahun pertama operasinya, ia hanya mampu membekalkan 8,016 ekor lembu.

Menurut Rafizi, kerajaan BN dijangka melupuskan hutang syarikat Shahrizat dengan kerajaan kerana operasi ternakan lembu syarikat itu rugi besar dan tidak mampu membayar kembali pinjaman yang diberikan Kerajaan Pusat.

"Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

"Jika ini berterusan, kerajaan pusat tidak ada pilihan lain kecuali melupuskan pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC seperti amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja dan syarikat-syarikat berkepentingan lain," kata Rafizi.

Kerugian besar itu juga berpunca tindakan Shahrizat memberikan diskaun besar kepada restoran mewah milik keluarganya sendiri yang membeli daging lembu daripada NFC.

"Tindakan ini bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik apabila NFC yang dibiayai wang rakyat memberi subsidi kepada restoran mewah yang dimiliki oleh keluarga seorang menteri," kata Rafizi.


http://www.keadilandaily.com/?p=22681

Shahrizat guna RM800 ribu dana NFC melancong luar negara?

Posted: 07 Nov 2011 10:38 PM PST



KUALA LUMPUR 8 Nov: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya untung lebih RM600 ribu menggunakan wang rakyat yang disalur menerusi National Feedlot Corporation (NFC).


Syarikat keluarga Shahrizat, Agro Science Sdn Bhd merupakan pemegang saham bersama kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mengendalikan Pusat Fidlot Kebangsaan.

Namun, keuntungan RM666 ribu itu bukan diperolehi daripada penjualan daging lembu sebaliknya faedah daripada deposit tetap menggunakan sebahagian daripada RM250 juta duit rakyat yang disalurkan kepada NFC.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen sebentar tadi.

"Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

"Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan keuntungan faedah daripada simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

"Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit," kata Rafizi.

Malah lebih teruk, kata Rafizi, Shahrizat dan keluarganya didakwa memboroskan sebanyak RM827,579 dari dana NFC untuk melancong ke luar negara pada tahun 2009.

Menurut Rafizi, kos itu bersamaan dengan RM511 bagi setiap ekor lembu yang disembelih oleh NFC pada tahun 2009.

Perkara itu menyebabkan kos operasi NFC melonjak 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

"Rekod menunjukkan hanya 1,618 ekor lembu disembelih dalam tahun 2009.

"Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan keluarga Shahrizat," kata Rafizi.


http://www.keadilandaily.com/?p=22683

DAP mahu mengurangkan saiz perkhidmatan awam?.. Sikap perkauman Zul Noordin terserlah.

Posted: 07 Nov 2011 08:56 PM PST



Kebimbangan yang cuba dibangkitkan oleh akhbar harian Utusan Malaysia bahawa DAP akan mengurangkan saiz perkhidmatan awam yang didominasi oleh orang Melayu adalah tidak berasas kerana kedudukan mereka dilindungi undang-undang, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari.


"Dalam mana-mana kes, kedudukan anggota perkhidmatan awam dilindungi oleh perlembagaan. Maka ketakutan yang cuba disemai oleh Utusan adalah karut semata-mata.

"Angota perkhidmatan awam tidak boleh dipecat dengan senang. Begitu juga dengan kenaikan pangkat mereka dan perkara sebagainya," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan media kepada Malaysiakini.

Beliau merujuk laporan muka depan akhbar milik Umno itu, semalam yang memetik ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu Datuk Zulkifli Nordin sebagai berkata DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara kerana parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu.

"Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa.

"Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut," kata Zulkifli (kiri) dipetik Utusan.

Akhbar itu juga memetik Senator Ezam Mohd Noor berkata, DAP bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara.

Suruhanjaya Diraja

Ahad lalu kolumnis Mingguan Malaysia, Awang Selamat juga menghentam pemimpin DAP, terutama setiausaha publisiti parti itu, Tony Pua kerana dilaporkan berkata bagi mengurangkan bajet negara, Pakatan Rakyat akan menamatkan perkhidmatan kakitangan awam yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China.

Meskipun Abdul Aziz berkata beliau bersetuju dengan hujah-hujah yang dibangkitkan oleh Pua dan kebimbangannya mengenai perkhidmatan awam di negara ini adalah benar, namun beliau menasihatkannya supaya berhati-hati dengan isu tersebut.

"Beliau telah menimbulkan beberapa hujah yang baik tetapi beliau mesti ingat bahawa majoriti besar perkhidmatan awam yang berjumlah 1.3 juta adalah orang Melayu. Kira-kira 150,000 adalah anggota tentera dan 100,000 lagi bersama pasukan polis."

Sebaliknya, Abdul Aziz berkata, jika Pakatan Rakyat berjaya berkuasa, mereka perlu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menilai kedudukan perkhidmatan awam dan mengesyorkan langkah-langkah perlu bagi memperkukuhkannya.

Ini, katanya, dapat mengatasi beberapa masalah dalam perkhidmatan awam, seperti keberkecualian yang telah terjejas, terutamanya semasa tempoh pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ini termasuk melaksanakan sumpah setia atau Akujanji dan amalan memberi kontrak kepada pegawai atasan yang melunturkan semangat kakitangan perkhidmatan awam. Etika perkhidmatan awam tercemar kerana politi."

Menurut Abdul Aziz, kakitangan awam perlu berkecuali kepada kerajaan yang medmerintah. Kesetian mereka hanya kepada negara dengan Yang Di-Pertuan Agong sebagai lambangnya.

"Atas sebab ini, bagi saya Akujanji adalah tidak berperlembagaan," kata Abdul Aziz.


Malaysiakini

Najib dan Rosmah selesai tunai ibadah haji?.. Mufti Terkejut..

Posted: 07 Nov 2011 08:22 PM PST



Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.


Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

"Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

"Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

"Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

"Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya lagi.


Malaysiakini

Tiada ulasan: