BRIGED MP SEGAMBUT |
- AHLI POLITIK UMNO MEMANG KORUP?
- MEMALUKAN BETUL MEREKA INI:TAK PUNYA PERASAAN LANGSUNG!!!
- BULAN 12 SAH PRU 13 AKAN DIADAKAN?
- BERTAQARRUB KEPADA ALLAH MELALU LEMBU
AHLI POLITIK UMNO MEMANG KORUP? Posted: 07 Nov 2011 06:30 AM PST Segala kepincangan dalam perkhidmatan awam hari ini bukan kerana salah kakitangan awam tetapi adalah akibat salah pentadbiran dan pengurusan negara yang tidak cekap serta tidak bijak, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Jika sesuatu urusan sepatutnya membabitkan keputusan di peringkat sektor awam sahaja, mestilah dipastikan tidak ada campur tangan politik sama sekali," katanya dipetik akhbar rasmi PAS, Harakahdaily hari ini. Menurut Mahfuz, beliau yakin, pengurusan bijak dan berhemah tanpa campur tangan politik akan membantu mengatasi banyak masalah ketirisan dan kebocoran yang menjadi teguran Ketua Audit Negara setiap tahun. "Banyak kakitangan awam yang mengadu bahawa kebocoran, ketirisan dan pembaziran serta amalan rasuah berpunca dari campur tangan ahli-ahli politik yang berkuasa. "Amalan rasuah dan penganiayaan kakitangan awam seperti pendakwaan beberapa ketua setiausaha kementerian akibat kerja jahat ahli-ahli politik tidak akan berhenti selagi parti perasuah menjadi pemerintah. "Kakitangan awam sendiri mestilah memilih sama ada untuk terus menjadi mangsa seperti yang berlaku ke atas beberapa ketua setiausaha kementerian atau memilih era baru dengan usaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan undang-undang yang memastikan kerajaan dihalang dari menganiayai rakyat," katanya. Optimumkan pulangan Selain campurtangan politik, Mahfuz berkata setakat ini, tidak pernah terdapat laporan tentang usaha bagi mengaih-agihkan tenaga kerja secara bijaksana dan berkesan mengikut keperluan dan tuntutan untuk mengoptimumkan pulangan. "Yang tidak henti-henti kita dengar ialah aduan-aduan awam yang berterusan tentang tindakan yang lambat, "red tape" yang berlebihan dan ada jabatan-jabatan tertentu yang seolah-olah sudah menjadi dinosaur yang besar tetapi lambat bergerak sedangkan pada masa yang sama ada jabatan-jabatan yang agak kritikal dari segi tenaga kerja," katanya. Justeru, kata pemimpin kanan PAS itu lagi, perkhidmatan awam sebenarnya boleh mempelajari dari sektor korporat dan swasta mengenai kaedah-kaedah mengoptimumkan pulangan dari jumlah pekerja yang ada. Harakahdaily juga memetik Mahfuz yang menafikan dakwaan dan laporan media arus perdana bahawa Pakatan Rakyat bercadang mengurangkan kakitangan awam yang berjumlah lebih sejuta orang buat masa ini. Sebaliknya, gabungan itu, menurut beliau, menekankan kepada perlaksanaan pengurusan bijak dan berkesan bagi mengoptimumkan pulangan dari kakitangan awam sekarang. "Jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat, adalah tidak bermakna dan sia-sia jumlah kakitangan awam yang banyak. "Begitu juga, apa makna dan sia-sia sahaja dikurangkan jumlah kakitangan awam jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat," katanya. Sejak kebelakangan ini, media-media arus perdana milik BN dan Umno menjadikan setiausaha publisiti DAP, Tony Pua (kiri) sebagai sasaran kerana dilaporkan berkata bagi mengurangkan bajet negara, Pakatan akan menamatkan perkhidmatan kakitangan awam yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China. 'Melayu lebih sedikit' Malah, akhbar Utusan Malaysia memilih menjadikan kenyataan itu sebagai isu perkauman dan terus membidas pemimpin Pakatan. "Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa. "Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut," ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (kanan) dipetik sebagai berkata kepada akhbar milik Umno itu, hari ini. Utusan Malaysia juga menyiarkan kenyataan bekas ketua Pemuda PKR yang berpaling tadah, Ezam Mohd. Noor yang berkata, DAP bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara. "Cuma semangat rasis dan kebencian itu hanya muncul sekarang setelah DAP yakin mereka boleh peralat dan tunggang pemimpin Melayu yang terdesak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup gadai maruah bangsa dengan didokong sekelompok pro Anwar yang rakus kuasa di dalam PAS. ''Ini membuatkan DAP semakin berani terjemah semangat rasisnya dengan kenyataan terbaru berhubung kakitangan awam itu,'' katanya dipetik akhbar berkenaan. Malaysia mempunyai lebih sejuta kakitangan awam atau kira-kira 4 peratus daripada jumlah penduduk negara yang dianggap antara tertinggi di dunia. |
MEMALUKAN BETUL MEREKA INI:TAK PUNYA PERASAAN LANGSUNG!!! Posted: 07 Nov 2011 04:32 AM PST Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah (SPKGD) yang dianggotai oleh tiga badan bukan kerajaan (NGO) Islam iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) meminta semua pihak menghargai sifat toleransi umat Islam. Justeru, pihak SPKGD dalam satu kenyataan bersama, berharap tidak ada pihak yang cuba mencampuri urusan agama lain. "Pihak Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) seharusnya menghargai sifat toleransi penganut agama Islam yang tidak masuk campur hal ehwal agama lain. "Pihak MCCBCHST juga perlu memberikan kerjasama seperti mana umat Islam bekerjasama terhadap penganut agama Hindu bagi merayakan Thaipusam, masyarakat Cina merayakan pesta tanglung, penganut Taoisme merayakan pesta hantu lapar dan seumpamanya," kata mereka. SPKGD merujuk, kenyataan oleh MCCBCHST yang pada Jumaat lalu menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu tidak diteruskan di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam. Dalam kenyataan itu, pemimpin-pemimpin MCCBCHST menyuarakan kebimbangan bahawa upacara mengorbankan lembu - yang dianggap sebagai binatang suci oleh penganut Hindu - akan diadakan di premis sekolah. Isu remeh memalukan Lazimnya, upacara penyembelihan dijalankan di perkarangan masjid, tetapi ada kalanya dilakukan di lokasi-lokasi lain. Menurut MCCBCHST, pihaknya kurang senang apabila aktiviti seperti itu dijalankan di hadapan penduduk pelajar yang berbilang kaum dan budaya, kerana ia tidak mengambil kira sensitiviti kanak-kanak sekolah dan masyarakat majmuk Malaysia. "Kami merayu pihak berkenaan supaya menghormati sensitiviti masyarakat kita yang berbilang agama dan memohon mereka untuk menghentikan upacara pengorbanan daripada dijalankan di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dan tempat-tempat awam lain. "Kami berpendirian bahawa tempat-tempat awam, terutamanya sekolah-sekolah, bukan tempat yang tepat untuk melaksanakan upacara ini yang hanya berkaitan dengan masyarakat Islam. "Ini tidak memberi teladan yang baik untuk kita menggalakkan keharmonian dan keamanan di kalangan rakyat majmuk negara ini," kata kenyataan MCCBCHST itu lagi. Bagi SPKGD, MCCBCHST sepatutnya tidak menimbulkan isu remeh yg memalukan masyarakat di negara ini. Sebaliknya, pihak SPKGD menyarankan agar MCCBCHST dapat mencontohi rakan mereka di Singapura,Thailand dan Indonesia. Kenyataan bersama ringkas SPKGD itu ditandatangani oleh Abdullah Zaik Abd. Rahman (Isma), Amidi Abdul Manan (Abim) dan Fauzi Draman (PUM). |
BULAN 12 SAH PRU 13 AKAN DIADAKAN? Posted: 07 Nov 2011 01:00 AM PST Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada bulan ini (November 2011), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan dalam masa terdekat. Pengerusi Kebangsaan SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini. Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai. Katanya, pembubaran Parlimen dalam masa terdekat pasti akan menambahkan lagi kepincangan proses pilihanraya di tanah air kerana ia diadakan ketika tuntutan rakyat bagi proses pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan oleh kerajaan. "Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan, maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan oleh Kerajaan BN. "Sekiranya ini tetap dilakukan, maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanyalah proses 'palsu' bagi menghalalkan regim Umno BN terus berkuasa," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini. Sehubungan itu, menurut beliau, SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa lain yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihanraya dilakukan. Katanya, proses penambahbaikan yang dituntut itu juga seharusnya satu proses 'reformasi' serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata. Beliau yang turut dikenali sebagai Cikgu Bard menambah, yakinlah, rakyat sudah mula hilang kesabaran kerana negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang. "Jika pilihanraya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihanraya yang menyakinkan, kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar," tegasnya. Beliau tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat akan turun bukan sahaja untuk melakukan protes, tetapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihanraya yang bersih dan adil. "Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan," ujarnya. Di serata dunia kebelakangan ini, katanya, pelbagai pihak dapat melihat kebangkitan kuasa rakyat menundukkan pemerintahan diktator di beberapa buah negara. Menurutnya, di Malaysia pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat telah memilih jalan raya untuk mendesak penambahbaikan proses pilihanraya negara yang terbukti dicemari pelbagai kecacatan yang sering dinafikan pihak pemerintah. "Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Datuk Seri Najib dengan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Proses Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen)," katanya. Bercanggah dengan pengakuan betapa perlunya proses penambahbaikan proses pilihanraya, tegasnya, kenyataan umum terus dikeluarkan oleh pimpinan BN dan Perdana Menteri sendiri yang mencadangkan bahawa PRU Ke-13 diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi proses pilihanraya selesai. "Malah lebih menggusarkan dan lebih bercanggah dengan jaminan untuk menambahbaik proses pilihanraya, timbul pula pelbagai perkembangan negatif seperti pemberian taraf warganegara kepada rakyat asing secara 'istimewa' untuk tujuan mengundi (khususnya bagi pihak BN)" ujar beliau. Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), Haris Ibrahim; Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala. |
BERTAQARRUB KEPADA ALLAH MELALU LEMBU Posted: 06 Nov 2011 08:54 PM PST Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. seharusnya diambil iktibar oleh para pejuang Islam khususnya pendukung PAS. Justeru, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib tidak lupa mengucapkan tahniah kepada para tetamu Allah di bumi Makkah yang menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk melakukan ibadat haji. "Ibadat haji mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah," ujarnya dalam perutusan sempena Idul Adha 1432H. Katanya, arahan itu yang mungkin dianggap tidak logik untuk dilaksanakan agar baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail dilakukan dengan penuh pasrah dan ketaatan. Menurutnya, walaupun Nabi Ismail adalah anak tunggal yang sangat dikasihi melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar, baginda mendahulukan Allah lebih daripada segala-galanya. Tambahan lagi, persediaan Nabi Ismail untuk disembelih atas arahan Allah SWT untuk dilaksanakan oleh ayahnya terhadapnya. Begitu juga, katanya persediaan Siti Hajar untuk tinggal di lembah Mekkah bersama anaknya Ismail di Mekkah yang tidak ada penduduk dan makanan. "Ini juga adalah kerana mengikut perintah Allah SWT," ujarnya lagi. Berikut adalah perutusan Idul Adha beliau. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd. Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha 1432H, saya mewakili Dewan Ulamak PAS mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada seluruh umat Islam khususnya para penyokong dan pendukung PAS sejak dahulu hingga sekarang. Tidak lupa juga ucapan tahniah saya kepada para tetamu Allah di bumi Makkah yang menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk melakukan ibadat haji. Ibadat haji mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Arahan yang mungkin dianggap tidak logik untuk dilaksanakan agar baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail dilakukan dengan penuh pasrah dan ketaatan. Walaupun Nabi Ismail adalah anak tunggal yang sangat dikasihi melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar, baginda mendahulukan Allah lebih daripada segala-galanya. Tambahan lagi, persediaan Nabi Ismail untuk disembelih atas arahan Allah SWT untuk dilaksanakan oleh ayahnya terhadapnya. Begitu juga, persediaan Siti Hajar untuk tinggal di lembah Mekkah bersama anaknya Ismail di Mekkah yang tidak ada penduduk dan makanan. Ini juga adalah kerana mengikut perintah Allah SWT. Sebagai hamba Allah, arahan dan ketetapan yang diberikan hendaklah dipikul dengan sebaik-baiknya. Tidak ada pilihan bagi hambanya yang mengaku beriman untuk mengingkari segala perintah yang ditetapkan khususnya yang terdapat dalam Al-Quran dan apa yang disampaikan oleh utusanNya Nabi Muhammad s.a.w. Seorang muslim tidak boleh untuk memilih melaksanakan sebahagian daripada perintah dan meninggalkan sebahagian yang lain. Perintah untuk melaksanakan hukuman hudud sebagai contoh seharusnya ditaati sebagaimana perintah ibadat haji ke atas umat Islam. Perintah untuk melaksanakan hukuman qisas seharusnya dipikul sebagaimana perintah melakukan ibadat puasa ke atas orang yang beriman. Walaupun hukuman ini pada pandangan sesetengah orang dilihat terlalu keras dan tidak sesuai dilaksanakan di zaman moden ini, sebagai seorang muslim yang mengambil pengajaran di sebalik peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim tidak akan meninggalkan arahan tersebut dengan sewenang-wenangnya. Usaha harus dilakukan untuk mencari jalan ke arah perlaksanaannya dan bukan alasan yang diberikan untuk mengelak daripadanya. Pengorbanan Nabi Ibrahim ini juga seharusnya diambil iktibar oleh para pejuang Islam khususnya pendukung PAS. Harta, keluarga, masa dan kehidupan ini adalah pinjaman daripada Allah yang tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha menegakkan agamaNya. Pengorbanan sangat dituntut sebagai bukti perhambaan kita kepada Allah. Pengorbanan bagaikan bahan api untuk menggerakkan kenderaan jamaah ini. Tanpanya, kenderaan ini hanya akan menjadi hiasan dan disimpan di dalam garaj. Buat akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam dan selamat menunaikan ibadat haji kepada seluruh tetamu Allah di bumi Makkah. Moga Ibadat kalian diterima dan mendapat haji yang mabrur. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilham |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan