BRIGED MP SEGAMBUT |
- MUKA AMBIGA KENA PUKUL
- INI BUKTI PAS TAK LAYAK MEMERINTAH DAN HANYA UMNO LAYAK:WAJIB BACA
- WASIAT AYAHANDA DS NAJIB?
- AYAMPUN TAHU MANA PASANGAN SEKSNYA:NI LEBIH DARI BINATANGKE?
- HAYAL SEKS TERLAMPAU
- PROMOSIKAN SEKS
- DEMO SEKS
Posted: 04 Nov 2011 08:30 AM PDT Pelbagai kumpulan yang tidak puas hati dengan ketua menteri Pulau Pinang hari ini merancang perhimpunan besar di Komtar, Pulau Pinang, tetapi akhirnya tiada apa yang berlaku. Presiden Suara Anak-anak Malaysia Mohamad Ghani Abdul Jiman - pengkritik paling lantang Lim Guan Eng - yang sepatutnya mengetuai perhimpunan itu sebaliknya terlibat dalam perhimpunan menentang "Seksualiti Merdeka" di Kampung Rawa. Kira-kira 70 orang menyertainya dalam perhimpunan 30 minit selepas solat Jumaat dengan diperhatikan pihak polis. Turut terlibat anggota PERKASA, kumpulan anti-liberalismne agama dikenali BADAI, membawa plakad dan kain rentang menyatakan perasaan tidak senang dengan festival itu. Mereka malah mengetuk wajah bekas pengerusi Majlis Peguam S Ambiga dan logo badan itu dengan penukul di atas jalan raya. Ambiga dilaporkan dijadual merasmikan program itu manakala beberapa anggota Majlis Peguam didakwa terlibat sama dalam penganjurannya. |
INI BUKTI PAS TAK LAYAK MEMERINTAH DAN HANYA UMNO LAYAK:WAJIB BACA Posted: 04 Nov 2011 07:30 AM PDT Kerajaan Kelantan sekali lagi meletakkan kepentingan rakyat di hadapan apabila memperuntukkan RM400,000 kepada Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK). Ini ekoran syarikat pengendali pengangkutan awam itu telah menyampaikan hasrat untuk memberhentikan operasi di 17 laluan dalam negeri. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, SKMK yang ditubuhkan pada 24 Februari 1947 itu telah banyak menabur jasa kepada rakyat negeri ini dalam soal penyediaan pengangkutan awam. Namun, ujarnya kerana kenaikan harga minyak dan pelbagai kos termasuk penyelenggaraannya, SKMK telah melahirkan hasrat tersebut kepada kerajaan negeri. "Kerajaan negeri melalui keputusan mesyuarat kerajaan telah diberi taklimat sebanyak dua kali oleh SKMK dan kita amat memahami permasalahan ini dan kita tahu sekiranya mereka memberhentikan perkhidmatan, maka ia akan menyukarkan pergerakan rakyat terutamanya pelajar sekolah," ujar beliau pada sidang media selepas meraikan pemain The Red Warriors bertempat di Dewan Teratai hari ini. Sehubungan itu, katanya kerajaan telah bersetuju pada peringkat awal untuk menyelamatkan SKMK dari memberhentikan perkhidmatannya dengan membantu dari segi kewangan dan ia akan dibantu bermula pada bulan November ini sebanyak RM100,000 dan akan diteruskan selama empat bulan. Menurutnya lagi, sekiranya SKMK memberhentikan perkhidmatannya ia akan memberi implikasi besar kepada rakyat bawahan. Justeru, katanya kerajaan akan bekerjasama dengan pengurusan SKMK untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal pengangkutan bas bagi membincangkan langkah pemulihan operasi syarikat tersebut yang dipengerusikan oleh Exco negeri, Mejar Datuk Mohd Anizam Abdul Rahman. Sementara itu, bagi memberi penghargaan kepada pasukan bola sepak The Red Warriors, kerajaan telah memperuntukkan RM84,000 kepada semua pemain dan pegawai pasukan yang disampaikan sendiri Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. |
Posted: 04 Nov 2011 02:00 AM PDT Pemimpin Kerajaan Kelantan akan ke Parlimen pada 10 November ini untuk membawa poster ucapan pemimpin terdahulu termasuk Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak berhubung royalti petroleum bagi mengingati ulang tahun ucapan allahyarham pada 12 November 1975. Kunjungan yang akan disertai anggota Exco kerajaan negeri, Adun, anggota Parlimen, Gegar termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa akan menyerahkan himpunan risalah Tun Abdul Razak serta beberapa pemimpin lain kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Husam pada sidang media semalam memberitahu, risalah tersebut mengandungi ucapan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Yaacob, Pengerusi Pertama Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain agar pimpinan kerajaan Persekutuan hari ini sedar Kelantan berhak mendapat royalti petroleum. "Memandangkan hari Sabtu Parlimen tidak bersidang, jadi kita memilih hari yang paling hampir dengan tarikh tersebut, iaitu 10 November untuk menyerahkan risalah serta amanat ayahanda kepada Perdana Menteri sekarang berhubung perkara itu," ujarnya. Husam berkata, risalah atau poster tersebut akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri tidak hadir. "Sekiranya kedua-duanya tidak ada, risalah tersebut akan diserahkan kepada mana-mana menteri atau timbalannya," ujarnya. Sehubungan itu juga, menurutnya himpunan kata-kata rasmi pimpinan terdahulu yang terkandung dalam risalah itu akan diedarkan kepada orang ramai pada hari berkenaan. Antara yang terkadung dalam risalah itu ucapan Tun Abdul Razak pada tahun 1975, ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang dalam sidang Dewan Rakyat ketika itu menyebut mengikut perjanjian, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai sama ada kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut. Selain itu, risalah tersebut turut mengisi ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kasitah Gaddam yang menyokong kerajaan berhak mendapat hasil royalti petroleum |
AYAMPUN TAHU MANA PASANGAN SEKSNYA:NI LEBIH DARI BINATANGKE? Posted: 03 Nov 2011 11:07 PM PDT Islam mengakui kebebasan manusia. Ia suatu hal yang kudus. Kebebasan dalam erti kata menghormati sifat manusia, bukannya kebebasan yang menjerumuskan manusia kepada sifat binatang dan antimanusiawi. Hal ini berlaku kerana Islam meletakkan manusia sebagai makhluk paling mulia, jauh berbeza dengan binatang. Hatta bukan Islam juga diberikan hak untuk dihormati dan diberikan kebebasan yang sama. Nabi SAW bangun menghormati jenazah orang Yahudi yang menurut baginda manusia yang layak dihormati. Nabi SAW menyambut rombongan Kristian Najran di dalam masjid kedua paling mulia iaitu Masjid Nabawi. Baginda menulis surat yang dimulakan dengan salam untuk menghormati penerima suratnya, yang terdiri daripada Kisra Parsi yang beragama Majusi, Kaisar Rom yang beragama Kristian dan Muqauqis. Ya, Islam hormati kebebasan, tetapi dalam batasan manusiawi yang sudah pasti diakui manusia seluruhnya secara universal sebagai prinsip yang wajar diterima dan diperakui. Namun apabila ada yang cuba merendahkan taraf manusiawi insan lebih rendah berbanding haiwan, golongan syuzuz, aneh, pelik dan antimanusiawi ini wajar ditentang. Binatang pun tahu pasangannya. Ayam jantan pasti akan mengendeng kepada ayam betina. Ayam jantan payah nak duduk sekali dengan ayam jantan lain. Ayam ayam jantan ini pasti bergaduh sakan merebut ayam betina. Mereka mustahil bergaduh untuk berebut sesama jantan. Wow! Apa sudah jadi kalau manusia sudah jauh lebih hina daripada binatang? Seksualiti aneh wajar ditentang Yang jantan berpasangan dengan jantan yang lain, dan begitu jugak yang betina. Tak malukah kepada ayam, itik, angsa, katak dan segala binatang senatero alam? Kalaulah ayam itu boleh bercakap bahasa manusia, sudah pasti ayam itu akan menyindir manusia yang aneh dan pelik ini. Mungkin ayam jantan tu akan berkata: "Jantan jenis apa kamu ini, memalukan manusia dan binatang jantan." Golongan yang memperjuangkan seksualiti aneh dan pelik ini wajar ditentang kerana mereka tiada tempat untuk duduk bersama manusia yang normal. Mereka akan membawa wabak yang merosakkan sifat manusiawi. Mereka juga pasti membawa kerosakan dan bala kepada manusia normal. Teringat saya sekitar 15 tahun lalu sewaktu menguruskan jemaah haji, pihak kaunseling bertanyakan saya tentang hasrat sekumpulan maknyah dan pondan yang ingin menunaikan ibadat haji. Saya sambut dengan rasa gembira hasrat mulia mereka untuk dekat dengan Allah. Bagilah mereka peluang untuk kembali dekat kepada Allah kerana rahmat Allah itu tiada batasannya. Rahmat Allah meliputi segalanya. Hanya dosa syirik yang Dia tidak ampunkan. Yang lain, semuanya akan diampun bagi yang bertaubat dan memohon keampunannya, terlebih lagi kalau dilakukan di tanah suci - di Arafah sewaktu wukuf dan di Mina sewaktu mabit. Kenapa tak mahu hidup serupa? Namun persoalan mereka itu tidak berakhir di situ. Saya silap! Mereka yang jadi maknyah ini sebahagiannya sudah berubah bentuk fizikal menjadi jantina lain, sedangkan jantina asal masih kemas tercetak dalam KPT mereka. Soalan utama mereka: Mereka kena pakai telekungkah? Mereka hendak solat dalam saf wanita? Nanti kalau pergi Arafah, mereka kena pakai telekung atau pakai kain ihram dua helai seperti lelaki lain? Kalau pakai kain ihram macam lelaki sejati, bukankah akan tersembul dua bukit itu? Bukankah itu akan mengganggu lelaki lelaki normal yang berwukuf dan berihram nanti? Nanti di Mina, mereka hendak tidur khemah mana? Saya tiada jawapan! Sekadar saya bertanya kembali, golongan wanita asli, bolehkah menerima mereka duduk dalam satu saf dan satu khemah? Sebab yang pasti suara garau mereka pasti akan mengganggu talbiah dan takbir wanita. Manakala bagi khemah dan saf lelaki normal, apakah mereka boleh menerima mereka dalam keadaan lenggok badan mereka yang berbeza. Di samping kalau mereka berihram, sudah pasti bonjolan dada mereka akan mengganggu ibadat orang lain. Tetapi, kalau buat khemah khusus dan saf khusus untuk mereka pula, sudah pasti pihak yang menyediakan kemudahan itu tetap akan dituduh mendiskriminasi mereka pula, sebab menganggap mereka seperti makhluk lain? Yang pastinya, kenapa mereka tidak mahu hidup serupa dan sama rata seperti manusia lain? Bukankah itu manusia yang sebenar? Saudara fikir bagaimana hendak bantu jawapan saya? Hendak letak mereka dalam khemah mana? Penulis merupakan mufti Perlis. Bekas zamil di Universiti Oxford itu juga dilantik profesor adjung di Universiti Malaysia Perlis dan profesor pelawat di Universiti Sains Malaysia. Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini |
Posted: 03 Nov 2011 07:30 PM PDT Slogan Queer Without Fear program Seksualiti Merdeka 2011 menunjukkan golongan berkenaan terlalu menginginkan revolusi gila mereka itu terlaksana. Justeru, Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (Unggas) berpendapat program itu amat bertentangan dengan norma budaya segenap lapisan masyarakat yang wujud di Malaysia. "Baik agama Islam, Buddha, Hindu bahkan Kristian sekalipun melarang hubungan sejenis mahupun 'kemerdekaan gender' yang mereka perjuangkan," kata jurucakapnya, Ciffi Faizal Zahinor. Katanya, golongan yang menubuhkan kumpulan 'seksualiti merdeka' itu bukanlah terdiri dari golongan yang biasa-biasa sahaja tetapi kebanyakannya terdiri daripada golongan artis, pelukis, penceramah, peguam, pakar perubatan serta golongan elit yang berorientasikan pemikiran liberal. Golongan itu, ujarnya bijak memilih perkataan 'merdeka' seumpama mereka dijajah, didikriminasikan oleh kerajaan dan 'golongan agama'. "Namun realitinya, golongan inilah yang sebenarnya dijajah oleh pemikiran 'kuning' budaya barat yang sebelum ini tidak pernah digembar-gemburkan di rantau Asia ini," ujarnya lagi. Menurutnya, slogan queer without fear atau 'ganjil tanpa rasa takut' jelas mengajak mereka yang sefahaman dengan golongan itu tampil ke hadapan untuk meninggalkan adab susila budaya Timur. Beliau menambah, jika dilihat pada tentatif program, ternyata penganjuran program kali ini amat tersusun jika hendak dibandingkan tahun 2008 dahulu yang hanya menjalankan persembahan pentas dan beberapa ceramah bebas. Namun, katanya berlainan pula pada tahun ini di mana mereka telah berjaya mengumpulkan aktiviti berbentuk forum dan ceramah yang berfokus kepada ke arah menjadikan Malaysia negara yang menerima seksualiti songsang sebagai satu gaya hidup. Selain itu, ujarnya golongan itu juga giat berusaha agar satu polisi bagi melindungi hak-hak mereka terlaksana. "Program ini harus disekat daripada terus diadakan kerana ia amat bertentangan dengan akidah dan sudah tentu terang-terangan melanggar fitrah kejadian manusia," tegasnya. Selain itu, tambah beliau impak kepada program itu adalah ia akan lebih banyak menyebabkan dan menggalakkan penyakit jangkitan seksual seperti HIV/Aids dan penyakit kelamin. Menurutnya, melalui program itu juga, dikhuatiri fahaman liberalisma semakin tersebar dan akhirnya akan menyebabkan kerancuan kepada masyarakat. Beliau berkata, dari satu sudut yang lain pula, penganjuran program seperti itu sebenarnya amat bercanggah dengan norma budaya masyarakat Asia sendiri yang terkenal dengan kesopanannya dan amat berpegang teguh kepada agama dan adat warisan. "Unggas amat khuatir sekiranya berlaku kepincangan rumahtangga jika pihak-pihak berwajib mengambil langkah untuk 'menghalalkan' program-program sebegini seperti yang sedang berlaku di negara barat," ujarnya. Katanya, kerosakan dan kepincangan masyarakat memang tidak akan dirasai dalam masa yang singkat tetapi akan tetap berlaku jika semua pihak menganggap program-program seperti itu sebagai suatu perkara yang remeh |
Posted: 03 Nov 2011 05:47 PM PDT Timbalan Ketua inspektor-polis Khalid Abu Bakar telah mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Sungai Besi hari ini, Khalid berkata polis tidak akan teragak-agak untuk menahan mereka yang menyertainya. Katanya, pihak polis bertanggungjawab untuk mengekalkan ketenteraman awam. Khalid berkata, apabila terdapat ancaman kepada ketenteraman awam, maka pihak polis perlu mengambil sewajarnya. Arahan itu tersebut datang dari pihak polis sendiri, tambah Khalid. Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina. Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008. Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan. Ia dijangka dirasmikan oleh Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. [Baca berita penuh] Sementara itu, Bernama melaporkan Khalid berkata polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran rogram itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka. "Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A kta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu," katanya. Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan ongsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini. "Polis menerima banyak bantahan dari pihak Badan Bukan Kerajaan termasuk badan Agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam," katanya. Khalid berkata dua laporan polis telah diterima setakat ini yang meminta polis mengambil tindakan terhadap penganjur kerana cuba menganjurkan program yang menganggu gugat ketenteraman awam. "Berdasarkan laporan itu dan hasil siasatan, kita akan panggil mereka untuk nasihat. Mula-mula nasihat supaya jangan teruskan. Kalau masih berdegil, kita tidak teragak-agak untuk tahan mereka (penganjur) termasuk mereka yang menyertainya," katanya. Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam. "Mulai hari ini, kita akan hentikan apa sahaja event yang dilakukan penganjur dan saya juga nasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri apa-apa program anjuran penganjur. "Majlis Peguam sepatutnya menasihatkan penganjur bahawa tindakan mereka salah di sisi undang-undang. Saya tidak faham kenapa mereka (Majlis Peguam) tidak jelaskan kepada mereka (mengenai kesalahan ini)," katanya. Khalid berkata sebagai badan keselamatan negara, polis bertanggungjawab terhadap ketenteraman awam dan ia perlu menangani sebarang ancaman dengan lebih awal. "Jangan sudah kena ketuk kepala, baru kita hendak ambil tindakan. Penganjur fikirlah dahulu sebelum buat program. Saya rasa majoriti masyarakat kita tidak boleh terima perkara ini, jadi jangan agungkanlah. "Polis bukan menentang sebarang pergerakan hak asasi manusia untuk bersuara. Tapi apabila perkara (program) ini timbul dan mengancam keselamatan negara, kita perlu ambil tindakan. "Inilah polis, pastikan keselamatan semua pihak terjamin," katanya |
Posted: 03 Nov 2011 09:41 AM PDT Timbalan Ketua inspektor-polis Khalid Abu Bakar telah mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Sungai Besi hari ini, Khalid berkata polis tidak akan teragak-agak untuk menahan mereka yang menyertainya. Katanya, pihak polis bertanggungjawab untuk mengekalkan ketenteraman awam. Khalid berkata, apabila terdapat ancaman kepada ketenteraman awam, maka pihak polis perlu mengambil sewajarnya. Arahan itu tersebut datang dari pihak polis sendiri, tambah Khalid. Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina. Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008. Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan. Ia dijangka dirasmikan oleh Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. [Baca berita penuh] Sementara itu, Bernama melaporkan Khalid berkata polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran rogram itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka. "Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A kta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu," katanya. Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan ongsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini. "Polis menerima banyak bantahan dari pihak Badan Bukan Kerajaan termasuk badan Agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam," katanya. Khalid berkata dua laporan polis telah diterima setakat ini yang meminta polis mengambil tindakan terhadap penganjur kerana cuba menganjurkan program yang menganggu gugat ketenteraman awam. "Berdasarkan laporan itu dan hasil siasatan, kita akan panggil mereka untuk nasihat. Mula-mula nasihat supaya jangan teruskan. Kalau masih berdegil, kita tidak teragak-agak untuk tahan mereka (penganjur) termasuk mereka yang menyertainya," katanya. Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam. "Mulai hari ini, kita akan hentikan apa sahaja event yang dilakukan penganjur dan saya juga nasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri apa-apa program anjuran penganjur. "Majlis Peguam sepatutnya menasihatkan penganjur bahawa tindakan mereka salah di sisi undang-undang. Saya tidak faham kenapa mereka (Majlis Peguam) tidak jelaskan kepada mereka (mengenai kesalahan ini)," katanya. Khalid berkata sebagai badan keselamatan negara, polis bertanggungjawab terhadap ketenteraman awam dan ia perlu menangani sebarang ancaman dengan lebih awal. "Jangan sudah kena ketuk kepala, baru kita hendak ambil tindakan. Penganjur fikirlah dahulu sebelum buat program. Saya rasa majoriti masyarakat kita tidak boleh terima perkara ini, jadi jangan agungkanlah. "Polis bukan menentang sebarang pergerakan hak asasi manusia untuk bersuara. Tapi apabila perkara (program) ini timbul dan mengancam keselamatan negara, kita perlu ambil tindakan. "Inilah polis, pastikan keselamatan semua pihak terjamin," katanya. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan