Briged Al-Akhdor LR2 |
- ENTRI MALAM JUMAAT: NAFSU PEREMPUAN DAPAT DILIHAT PADA..
- Keistimewaan Penyembelihan Dalam Islam - Kajian Dari Pakar jerman
- Awas! mee segera dilapisi lilin
- "Anak Pemimpin UMNO" Sendiri Menjadi Dalang "Di Sebalik Penganjuran" Festival Seksualiti Merdeka Di Malaysia Sejak Tahun 2008.. Ada ka Patut..
ENTRI MALAM JUMAAT: NAFSU PEREMPUAN DAPAT DILIHAT PADA.. Posted: 07 Nov 2011 06:50 AM PST Tak ramai yang tahu sebenarnya bahawa banyak benda yang tersembunyi boleh dilihat pada zahirnya. Begitu juga dengan perkara-perkara yang melibatkan seks. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, rahsia seks masing-masing boleh diketahui daripada tubuh badan. Contohnya, bibir perempuan dapat melihatkan....err..takpelah...So, untuk entri kali ni saya kasi bongkar rahsia perempuan dulu. :) Kalau tak faham, boleh rujuk entri ni. P/s: Kalau yang perempuan rasa-rasa lelaki pandang je bibir tu, cepat-cepatlah tutup bibir tu. :p |
Keistimewaan Penyembelihan Dalam Islam - Kajian Dari Pakar jerman Posted: 07 Nov 2011 04:45 AM PST "Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) menilik nasib dengan anak panah, (menilik nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Al Maidah ayat 3 Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) menilik nasib dengan anak panah, (menilik nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kajian oleh pakar Jerman Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini telah dikaji oleh pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Institut Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar. Kajian itu bertajuk, 'Kajian mengesan kesakitan mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu dan kambing'. Beliau menyimpulkan kaedah Islam adalah yang terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Renjatan Elektrik digunakan untuk mematikan babi di barat Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat terhadap haiwan. Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas. Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam melalui potongan urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP). Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) danelectrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP. Contoh ujian electroencephalograph (gambar bawah) dan electrocardiogram (gambar atas) Hasil ujian sembelihan menurut cara Islam Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau selepas pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan. Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu. Hasil ujian tembakan CBP cara barat Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat tinggi pada haiwan itu. Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan. Lembu yang tidak disembelih punca penularan wabak lembu gila. Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia. Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu. Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging. Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat. Malah, kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih. Cara Islam adalah yang terbaik Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia. Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik. Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit. Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak. Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya,kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003. Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain. Saraf tunjang tidak terjejas semasa penyembelihan dan kebaikannya Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. "Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. "Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma," kata Aisha dalam kajiannya. Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan. |
Awas! mee segera dilapisi lilin Posted: 06 Nov 2011 11:11 PM PST Apa jenama mee segera kegemaran anda? Mee segera adalah makanan yang murah, mudah dan cepat malah terdapat bungkusan yang cuma perlu dimasukkan air panas untuk kegunaan mereka yang betul-betul menjimatkan masa.Malah banyak stesen minyak yang menyediakan kemudahan air panas untuk kemudahan pengguna.Berbagai bahan pengawet dan MSG di gunakan agar ianya tahan lama dan menambah sedap mee segera yang anda makan.Tahukah anda mee segera yang anda makan dilapisi lilin(wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa anda memasaknya.Tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk mengeluarkannya dari sistem pencernaan kita.Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mee segera yang anda makan? Jika anda terpaksa makan mee segera ikutilah langkah berikut:
Apa pun nasihat dari saya yang juga seorang penggemar mee segera, eloklah kurangkan kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah.Banyak lagi makanan berkhasiat lain yang boleh mengenyangkan. Contohnya…apa ya..oo pisang.. murah dan berzat. Selain dari itu pengalaman saya memakan buah mangga yang masak cukup membuat saya kenyang sepanjang hari. |
Posted: 06 Nov 2011 08:08 PM PST Sungguh mengejutkan dan sesuatu yang sungguh mengharukan kita apabila dilaporkan rupanya Festival Seksualiti Merdekasebenarnya sudah dianjurkan di negara ini sejak tahun 2008 lagi. Anehnya, kenapa baru sekarang semua pihak berbunyi dan menyalahkan pihak tertentu?. Malah, ramai yang menuding jari menyalahkan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga Sreenevasan. Malah dalam artikel kami yang terdahulu juga ada menegur perbuatan beliau itu. Terkadang, akibat maklumat yang salah dan tidak tepat maka kita terpaksa melatah dan membuat berbagai kenyataan melulu. Begitu juga berbagai dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh beberapa buah NGO yang membuat laporan polis terhadap Ambiga, kononnya beliau menjadi penganjur program tersebut. Namun, akhirnya Ambiga tampil mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bukanlah Penganjur sebaliknya hanya dijemput khas untuk merasmikan progran tersebut. Maka, denga kenyataan itu kita keliru apakah cerita dibelakang tabir tentang isu kontroversi ini. Akhirnya berita mengejutkan diterima hari ini bila Persatuan Mahasiswa UKM(PMUKM) musykil mengapa pihak berkuasa, khususnya polis dan pelbagai pihak yang tiba-tiba sahaja hendak bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008. Dalam satu kenyataan media, biro kerohanian dan pembangunan insan, PMUKM berkata program yang sama juga pernah dirasmikan oleh anak seorang pemimpin utama negara dan dibiarkan sebegitu tanpa sebarang bantahan. Soalnya, siapakah anak pemimpin negara terbabit?. Apakah ia anak pemimpin pembangkang atau UMNO Barisan Nasional?. Rupa-rupanya, anak pemimpin terbabit ialah Marina Tun Mahathir (foto), iaitu anak mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO sendiri. Maka, kenapa pula tiba-tiba isu ini dikecohkan?. Sedangkan ia sudah diadakan sebelum ini?. Mungkin agaknya kerana Ambiga merupakan "wanted" selepas dia menjadi Pengerusi Bersih 2.0 Julai lau. Lantaran itulah, masing-masing melatah dan memainkan isu ini seolah-olah beliau adalah penganjurnya. Sedangkan dibelakang tabir program tersebut ialah anak bekas Pemimpin UMNO sendiri sebenarnya?. Malah, beliau mungkin hadir selepas melihat program yang sama sudah berjalan sebelum ini tanpa ada sebarang bantahan. Malah, program berkenaan juga sudah melepasi proses permohonan yang sewajarnya dengan pihak berkuasa. Jika tidak, mana mungkin ia boleh diadakan. Marina mungkin mengundang Ambiga kerana beliau turut diundang oleh bekas Presiden Majlis Peguam itu ke Perhimpunan Bersih 2.0 sebelum ini. Lantaran itulah Ambiga bersetuju untuk hadir ke program tersebut. Seksualiti Merdeka adalah kumpulan memperjuangkan kebebasan seksualiti (homo) di Malaysia."Seksualiti" merujuk kepada sifat atau tabii seks manusia, sementara "merdeka"adalah merujuk kepada "kebebasan" (hak asasi). Festival yang berunsurkan hak kebebasan seksualiti (Sexuality Rights Festival) rakyat Malaysia ini diadakan setiap tahun (bermula 2008), yang berpusat di Kuala Lumpur. Program ini berbentuk seperti "Gay Parade" jika ia dianjurkan di negara-negara barat. Marina hadir ke Bersih 2.0 atas undangan Ambiga, maka kini Marina pula telah menjemput Ambiga merasmikan Festival Seksualiti Merdeka 2011 Maka, kenapa kerajaan dan pihak-pihak yang berkenaan tidak kecoh sebelum ini?. Jawapannya cukup muda, kerana program kali ini mahu dirasmikan oleh Datuk S.Ambiga yang dikatakan cenderung kepada pembangkang. Bayangkan jika beliau menyokong UMNO BN, maka sudah pasti program ini tidak akan diganggu agaknya.Malah, paling mengejutkan program terbabit juga melibatkan beberapa orang tokoh terkenal tanahair yang lain sebenarnya. Jika ini keadaannya, maka tidak hairanlah kerajaan membenarkan kehadiran penyanyi "Gay" Elton John ke Malaysia hujung bulan ini. Rupa-rupanya sudah ada ketetapan yang dibuat oleh kerajaan tentang aktiviti sonsang ini sejak sekian lama. Maka, usahlah melatah dengan Datuk S.Ambiga dalam isu ini kerana ia hanyalah permainan media untuk membuktikan kononnya pembangkan menyokong program tersebut. Sedangkan, sudah jelas bahawa ramai pemimpin PAS sendiri memang menolak program tersebut]. |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan