Selasa, 22 November 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


30 kereta mewah 'misteri' dalam kem Seberang Takir

Posted: 22 Nov 2011 01:17 AM PST

KUALA NERUS - Lebih tiga puluh buah kereta mewah berjenama 'BMW' diletakkan dalam kawasan kem tentera Seberang Takir di sini, menimbulkan pelbagai persoalan.

Menurut sumber, kereta-kereta yang bernilai jutaan ringgit tersebut akan digunakan sebagai kereta rasmi untuk acara sukan perahu layar Monsoon Cup yang bermula pada Selasa 22 November.

Namun, kesahihan maklumat tersebut diragui.

Kemunculan kereta-kereta tersebut mula dikesan oleh skuad Buletinonline (Skuad BO)pada malam Ahad 20 November.


Sekurang-kurang tiga buah kontena pembawa kereta yang membawa kereta-kereta terbabit, dilihat melencongkan laluannya dari jambatan Sultan Mahmud menuju ke Seberang Takir, pada kira-kira jam 10.30 malam itu.

Skuad BO yang sempat mengambil gambar kontena berkenaan mendapati logo yang terdapat pada badan kereta adalah logo Jambori Pengakap Antara Bangsa yang telah dirasmikan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin ada 18 November.

Oleh itu, persoalan pertama yang timbul, sekiranya kereta-kerata mewah tersebut adalah kenderaan rasmi, mengapakah ia baru tiba semalam, setelah Sultan Mizan dilaporkan sampai di Antartika?

Seandainya, kereta-kereta yang berharga ratusan ribu ringgit setiap satu itu bakal digunakan sebagai kenderaan rasmi Monsoon Cup, mengapakah ia diletakkan dalam kawasan kem tentera?

Tinjauan skuad BO lewat petang Isnin 21 November, kereta-kereta itu masih tersadai di dalam kem Seberang Takir sedangkan Monsoon Cup akan bermula pada 22 November.


Menurut laman rasminya, sukan tersebut akan dirasmikan oleh SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan pada jam 2.30 petang 22 November.

Pada masa yang sama, beberapa kenderaan rasmi pasukan yang bertanding telah dilihat berada di sebuah hotel di bandaraya ini, namun sebaliknya kereta-kereta misteri tersebut berada jauh dari lokasi.

Selain itu, kereta-kereta BMW terbabit didapati tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Sekiranya ia akan digunakan sebagai kenderaan rasmi yang akan bergerak diatas jalanraya, bagaimana mungkin kenderaan tersbeut tidak mempunyai 'plet' pendaftaran.

Sumber di sini

Suhakam lawat lokasi kemalangan Mat Sabu

Posted: 22 Nov 2011 12:48 AM PST

Selepas tiga sesi soal-siasat saksi, inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang menyiasat perhimpunan BERSIH 2.0 petang tadi, melawat lokasi kemalangan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

Pada kejadian itu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa kereta polis merempuh motosikal yang diboncengnya.

Hari ini, pasukan polis yang diketuai oleh ACP Jamaluddin Abdul Rahman, cuba melakonkan semula bagaimana pemimpin kanan PAS itu boleh terjatuh.


Sambil menunjukkan kesan tayar yang masih kelihatan di tepi tebing jalan Persiaran Persekutuan, berhampiran Jalan Travers, Jamaluddin berkata motorsikal yang dibonceng Mat Sabu hilang kawalan selepas terlanggar tebing jalan sehingga menyebabkan dirinya dan penunggang motorsikal itu jatuh.

Hadir sama adalah pemandu kereta Proton Waja polis yang didakwa Mat Sabu melanggar mereka, iaitu L/Cpl Muhamad Fauzi Mustafa, dan pegawai penyiasat ASP Che Aziz Md Isa yang merupakan saksi hari ini.

Dunia kroni Umno: Wang Wang Wang!

Posted: 21 Nov 2011 09:39 PM PST

Ketua Audit Negara telah melakukan kerja yang sangat baik dalam mengeluarkan laporan audit yang menunjukkan penemuan yang jelas dan tidak dapat dinafikan tentang bagaimana wang telah dibelanjakan dan dibazirkan oleh kerajaan UMNO-BN dan jentera mereka pada tahun 2010.

Baru-baru ini kerajaan persekutuan UMNO-BN telah memaklumkan kepada rakyat bahawa ia harus meminjam lebih banyak wang untuk perbelanjaan pada tahun 2012 iaitu sebanyak RM45.9 bilion, kira-kira 4.7% daripada KDNK seperti yang dibentangkan di Parlimen.


Walaupun pakar ekonomi telah cuba untuk mencari jalan untuk meningkatkan ekonomi dengan mengurangkan perbelanjaan dan mengurangkan pinjaman untuk mencapai bajet seimbang, mereka yang memegang kuasa mempunyai rancangan lain. Mereka dalam usaha untuk mengalihkan perbelanjaan yang dicadangkan untuk mendapatkan pulangan wang untuk diri mereka sendiri.

Tidak berminat dalam menjalankan tugas dengan baik

Kami mempunyai banyak contoh;

Pusat Fidlot Kebangsaan lebih berminat untuk menjana wang bukannya untuk mencapai sasaran penghasilan lembu yang cukup berdasarkan wawasan Kementerian Pertanian.

Kenyataan daripada bos NFC sendiri, seperti yang dilaporkan bahawa pulangan pelaburan dalam hartanahlah yang mereka kejar kerana ia lebih menarik dan bukannya meningkatkan bilangan lembu. Beliau juga berkata bahawa jumlah lembu adalah lebih daripada 'cukup' walaupun beliau tidak langsung mempertikaikan penemuan audit.

Masalahnya, dalam usaha menguruskan Pusat Fidlot Kebangsaan, beliau seharusnya berfikir lembu, lembu dan lembu; tetapi sebaliknya dia memikirkan wang, wang, wang.

Sama seperti skandal PKFZ. Mereka juga memikirkan wang dan bukannya mengusahakan perniagaan yang boleh digunakan untuk menjana faedah jangka masa panjang. Keadaan kucar-kacir dalam melaksanakan dan menguruskan projek itu adalah kerana pelaku dan kumpulan yang lebih berminat memikirkan bagaimana mendapatkan sejumlah besar wang dengan mudah.

RM100 bukan untuk membantu tetapi gimik publisiti untuk Najib dan BN

Kerajaan baru sahaja mengumumkan pemberian RM100 untuk setiap pelajar sekolah, dan bukannya memberikan buku percuma. Ini bakal mencipta kerumitan dan masalah untuk semua orang. Lebih buruk lagi, ini sebenarnya hanyalah gimik iklan percuma untuk kerajaan UMNO-BN untuk menunjukkan mereka "baik hati dan penyayang".

Kerajaan UMNO-BN memberi wang dan wang, wang, wang untuk ibu bapa. Tetapi apabila sudah berada di tangan ibu bapa, apakah jaminan kerajaan bahawa wang itu akan digunakan untuk tujuan yang dimaksudkan?

Royalti minyak, Felda, KLMRT dan projek-projek lain

Seterusnya, Kelantan telah meminta wang royalti petroleum daripada kerajaan persekutuan yang telah memakan satu jangka masa yang agak lama. Malah "wang ehsan" untuk Kelantan dari kerajaan persekutuan itu bukan berada di bawah kawalan kerajaan Kelantan.

Mereka telah kehilangan wang yang sebenarnya hak mereka! Sekarang kerajaan persekutuan cuba untuk mengambil minyak dari perairan di Kelantan dan berita mengenai perkara ini telah dilaporkan sebagai "rompakan terang-terangan kekayaan Kelantan". Di sini, kerajaan UMNO-BN "secara terang-terangan "mencuri" wang Kelantan.

FELDA pula sangat bernasib baik. Walaupun ia telah kehilangan sebahagian besar wang, ia boleh meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion dan kita semua bolehlah andaikan bahwa ia tidak akan dibayar balik. Itu juga wang kita!

Projek mega RM5 bilion, menara 100-tingkat, pembangunan semula tanah Penjara Pudu dan pangkalan udara Sungai Besi tidak berjalan kerana tidak ada wang yang cukup. Begitu juga dengan pengindahan sungai Klang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pihak-pihak berkepentingan dalam projek MRT KL juga mempunyai wang dalam fikiran mereka apabila cuba untuk membangunkan tanah-tanah strategik di sepanjang laluan. Mereka berkata wang itu adalah untuk membiayai projek MRT itu sendiri. Sekarang mereka memutarkan cerita yang berbeza, mereka tidak mempunyai wang.

Akhirnya, rakyat dalam kesusahan

Jadi, adakah lebih baik bagi kita sekiranya kerajaan UMNO-BN kini tidak mempunyai wang yang cukup? Dengan cara yang itu, pemimpin-pemimpin dan sekutu mereka tidak dapat lagi mencuri daripada kita.

Atau ia akan menjadi bencana yang lebih besar bagi kita rakyat, kerana tidak kira apapun, mereka tetap akan mengemis, meminjam atau mencuri untuk skim jana wang mereka terus berjalan? Kerana, apa lagi cara lain untuk mereka mengkayakan diri sendiri jika tidak merompak lebih banyak dana kita yang kita hasilkan dengan titik peluh kita ini?

Malaysia Chronicle

Doping - Taktik KOTOR INDONESIA

Posted: 21 Nov 2011 09:24 PM PST


Anak Najib berundur sebagai pengarah Harvest Court

Posted: 21 Nov 2011 05:03 PM PST

Anak kedua perdana menteri, Nazifuddin Najib telah meletak jawatan sebagai pengarah Harvest Court Industries Bhd.

Dalam pengumuman yang disiarkan laman web Bursa Malaysia, Nazifuddin dilaporkan melepaskan jawatannya sebagai pengarah bukan eksekutif Harvest Court.

Namun, pengumuman itu juga berkata, Nazifuddin, 28, masih memiliki 3982000 saham biasa dalam syarikat itu, atau kira-kira 1.7 peratus daripada jumlah saham syarikat berkenaan.


Pagi semalam, saham-saham Harvest Court terus melonjak kepada RM1.56, dengan 1.1 juta saham diniagakan, menjadikannya antara kaunter saham paling untung selepas kerugian dua hari lalu.

Nazifuddin dan Harvest Court menjadi tumpuan selepas dilaporkan harga saham syarikat itu melonjak kepada paras tertingginya dalam 11 tahun selepas pelantikan anak perdana menteri itu sebagai lembaga pengarah syarikat bulan lalu.

Harga sahamnya mencecah RM2.14 minggu lalu, iaitu 2,575 peratus lebih tinggi daripada harga 8 sen yang dicactatkan pada bulan Oktober.

Menurut laporan The Edge Financial Daily, pada 8 November lalu, Nazifuddin dan rakan niaganya, Raymond Chan beliau dilantik sebagai pengarah Harvest Court Industries pada 28 Oktober lalu.

Chan dilaporkan mengambil alih kepentingan 13.83 peratus.

Nazifuddin, 28, merupakan anak lelaki Datuk Seri Najib Razak, hasil perkongsian hidupnya dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.

Pasangan itu bercerai pada tahun 1987. Najib kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor.

Manakala Chan pula, seorang ahli perniagaan yang aktif di Sabah. Beliau memiliki sebahagian besar saham dalam Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang membangunkan pusat membeli-belah 1Borneo di Kota Kinabalu. Nazifuddin juga adalah pengerusi Sagajuta.

malaysiakini.com

Tahniah - Harimau Muda Malaya Ratah Garuda

Posted: 21 Nov 2011 07:28 AM PST


Malaysia mempertahankan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA ke-26 selepas menundukkan Indonesia 5-4 melalui sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh 90 minit.

Perlawanan berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam Isnin.

Dengan itu Malaysia mempertahankan pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA.

Gol yang memberi kemenangan kepada Malaysia dilakukan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar selepas kedudukan terikat 4-4 sebelum itu.


Pemain tuan rumah Ferdinan Sinaga gagal menyumbat gol untuk menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Kekalahan ini memusnahkan harapan skuad Indonesia kendalian Rahmad Darmawan untuk meraih pingat emas sejak 20 tahun lalu di mana kali terakhir Indonesia memperolehi emas adalah pada 1991.

Beraksi di hadapan lebih 100,000 lautan merah putih, Malaysia terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan gol lawan seawal minit keempat menerusi tandukan pemain pertahanan, Gunawan Dwi Cahayo.

Ia berpunca daripada sepakan sudut di sebelah kiri gawang negara yang diambil oleh pemain tengah Octovianus Maniani sebelum Gunawan mudah menanduk masuk bola menewaskan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Gol tersebut menyaksikan penyokong tuan rumah bersorak girang dengan jaringan pembukaan itu.

Walaupun tertekan dengan jaringan awal tersebut, anak didik Ong Kim Swee jelas tidak mudah mengalah dan melajukan rentak dengan mengatur beberapa serangan menerusi gandingan Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani dan A. Thamil Arasu, namun tagihan aksi negara masih belum panas.

Pada minit ke-16, skuad negara dikejutkan dengan jaringan kedua Indonesia namun pengadil dari Jepun, Tojo Minoru menafikan jaringan Titus Bonai yang dianggap 'offside'.

Barisan pertahanan yang dilihat longgar memudahkan Octovianus Maniani melorongkan bola kepada Titus, pemain kelahiran Papua New Guinea itu.

Kesungguhan Malaysia dapat dilihat apabila banyak peluang negara terhidang. Malah kesempatan terbaik Malaysia untuk membolosi gawang lawan muncul pada minit ke-19 tetapi sepakan deras Mohd Irfan Fazail berjaya dibaca penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga.

Aksi trio penyerang sensasi tuan rumah Octovianus, Patrich Wanggai dan Titus sering kali cuba menguji penjaga gawang Malaysia menerusi percubaan jarak jauh dan gerakan serang balas dan Khairul Fahmi nyata lebih bekerja keras pada malam ini.

Asraruddin Putra Omar berjaya memecah kebuntuan penyamaan gol pada minit ke-33 menerusi tandukannya yang mudah membolosi gawang, lawan hasil hantaran cantik daripada Baddrol di luar kotak penalti.

Terikat seri 1-1 pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan menggandakan asakan untuk mencari gol kemenangan.

Malaysia tampak mendominasi perlawanan separuh masa kedua bila berjaya mengekang asakan lawan dan menghentikan hantaran jauh mereka menyebabkan penyerang lawan tidak mendapat bantuan apabila berada di hadapan pintu gol Malaysia.

Benteng Malaysia yang dikendalikan oleh Khairul Fahmi dan pemain pertahanan perlu diberi pujian kerana berjaya mengekang asakan lawan dan ketika barisan penyerang Malaysia ketandusan idea, Kim Swee memasukkan Muhd Nazmi Faiz Mansor bagi menggantikan K. Gurusamy pada minit ke-77 dan Yong Kuong Yong menggantikan Thamil Arasu selang tiga minit kemudian.

Ini ternyata merupakan percaturan yang baik di mana Muhd Nazmi dan Yong bersama Mohd Irfan serta Baddrol banyak mengucar-kacirkan barisan belakang Indonesia yang dilihat kian goyang.

Baddrol yang juga merupakan perancang utama skuad negara hampir menambah gol hasil sepakan percuma kaki kanannya namun percubaan tersebut sedikit tersasar hingga menggusarkan Kurnia. Permainan yang terikat seri 1-1 dipaksa berlarutan kepada 120 minit masa tambahan memaksa kedua-dua pasukan rancak menyerang balas namun masih tiada penyudah yang berkesan oleh kedua-dua negara hinggalah terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada negara.

Octovianus dipilih sebagai pemain terbaik dalam perlawana malam ini.

Sementara itu penentuan pingat gangsa menyaksikan Myanmar membelasah naib juara edisi 2009, Vietnam 4-1 pada aksi sebelum perlawanan Malaysia-Indonesia di stadium yang sama.


Tok Guru Jawab Fitnah Utusex Malaysia

Posted: 21 Nov 2011 05:31 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Laporan Mingguan Malaysia semalam bahawa kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E.coli adalah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

Demikian ditegaskan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan, hari ini.

"Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk 'Air Kelantan Terkotor?'," ujarnya di dalam kenyataan yang terkandung di Facebook beliau.


beliau pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respons terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (keluaran hari Ahad: Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan.

"Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu 'Kristian Agama Rasmi Negara' satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata," kata beliau.

Namun, menurutnya dibimbangi isu yang dimainkan itu menimbulkan polemik yang berpanjangan, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar.

Bagaimanapun, ujarnya sebagai respons awal sebelum kenyataan lanjut dikeluarkan, beliau ingin menarik perhatian terhadap beberapa fakta sebenar yang disorok dari pengetahuan umum oleh Utusan Malaysia.

"Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya," katanya lagi.

Menurutnya lagi, negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis.

Berdasarkan lampiran yang diberikan, jelasnya kandungan E.coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%.

Ia, jelasnya lagi lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%).

Beliau sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E.coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011.

"Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?" soalnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Hakikatnya, tegas beliau apa yang disebut oleh Utusan Malaysia itu hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.

"Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta.

"Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal oleh-Nya di akhirat kelak," ujarnya.

Justeru, kata bbeliau janganlah sampai fitnah yang ditabur itu menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah.

Ini kerana, katanya doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT.


Lawak Dari Presiden Parti Katak..

Posted: 21 Nov 2011 04:17 AM PST

Zaid: Parti KITA, Tidak Akan Letak Calon Di Pekan Dan Pagoh Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Nanti !!

KOTA BAHARU 21 Nov - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) tidak akan meletak calon untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan dan Pagoh pada pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.

Ahli Parlimen Pekan disandang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sementara Ahli Parlimen Pagoh disandang oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Zaid berkata, walaupun KITA mahukan perubahan kepada rakyat, ia hanya akan meletakkan calon di kawasan yang difikirkan sesuai dan mampu dimenanginya.

"Ini bererti kita tidak akan letak calon di Pekan atau Pagoh. Perubahan kepada saya bukan bererti Perdana Menteri baru atau tukar tampuk pemerintahan. "Kalau BN berubah kepada dasar lebih terbuka dan demokratik, ia akan mendapat sokongan parti KITA. Yang kita mahu rakyat mendapat manfaat daripada perubahan tersebut," tambahnya.

Beliau berkata, KITA akan mengumumkan calon secara berperingkat dan akan menumpukan untuk bertanding di kawasan di mana pengundi tidak berpuas hati dengan potensi wakil rakyat sedia ada.

Tiada ulasan: