Sabtu, 5 November 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pulau Pinang luluskan FOI di sebalik tentangan BN

Posted: 04 Nov 2011 10:02 PM PDT

Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat (FOI) diluluskan oleh ahli dewan undangan negeri Pulau Pinang dengan undian 24 yang menyokong berbanding dua yang menentangnya, semalam.

Selebih 14 ADUN lain tidak mengundi kerana tidak berada di dewan apabila rang undang-undang itu dibentangkan dan dibahaskan pada lewat petang.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri, P Ramasamy (atas) untuk bacaan kali kedua, setelah disemak untuk kali ketiga selepas tiga pusingan maklum balas dari 20 organisasi, termasuk beberapa parti politik, termasuk Gerakan, MCA dan Parti Cinta Malaysia.


Ia pertama kali dibentangkan pada 14 Oktober tahun lalu tetapi pada 1 November kemudian dewan undangan negeri memutuskan supaya ia dirujuk kepada jawatankuasa terpilih khas yang dipengerusikan oleh Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) (dua dari kiri) untuk semakan.

Kedua-dua undi yang menentang Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat itu datang adalah daripada ADUN Umno - Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) dan Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua).

Ahli Parlimen BN Di Tuduh Terima Rasuah Setengah Juta

Posted: 04 Nov 2011 05:40 PM PDT

Tidak siapa menyangka Ahli Parlimen Silam yang menggelarkan dirinya sebagai 'Duta Keamanan PBB' yang kini berstatus 'DR' Haji Salleh Kalbi didakwa telah menerima rasuah RM500,000, tidak termasuk sebuah kereta Honda Accord daripada kontraktor IGM Enterprise sebagai imbalan kerana berjanji untuk melobi tiga projek jalan raya di parlimen Silam.

"Fang Choi Ming ada menghubungi saya mengadu bahawa Salleh enggan mengembalikan kereta Honda Accord yang digunakan isterinya dan wang RM500,000 yang telah diambilnya kerana bimbang Salleh akan mengganggu perniagaan beliau dan meminta saya melaporkan isu ini kepada SPRM," kata Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Citra Masadi yang juga seorang kontraktor dan pernah diganggu Salleh kerana enggan memberikan rasuah.


Menurut Citra, Fang memberitahu beliau, Salleh tidak bersungguh-sungguh membantunya dan sering mengelak setiap kali cuba ditemui. Sehubungan itu, Citra telah membuat laporan polis di Balai Polis Tawau melalui laporan yang bernombor KNK/RPT/2447/2011 yang isi kandungannya seperti berikut;

"PADA lebih kurang jam 7.45 malam, saya datang ke balai polis untuk membuat laporan ke atas Ahli Parlimen Silam, YB Haji Salleh Kalbi kerana telah menggunakan lambang jata persekutuan yang dikhaskan untuk Ahli Parlimen sahaja; malangnya lambang tersebut juga boleh digunapakai oleh kenderaan milik IGM Enterprise Sdn.Bhd seperti yang disiarkan dalam portal sabahkini.net dan saya juga difahamkan IGM Enterprise Sdn.Bhd telah merasuah YB Salleh Kalbi sebanyak RM500,000 beserta sebuah Honda Accord untuk mendapatkan projek membina Jalan Ulu Teburi, Jalan Putatan Baru dan Jalan Opak-Mensuli.

Bagaimanapun IGM Enterprise Sdn.Bhd telah gagal mendapatkan projek tersebut dan pihak IGM Enterprise Sdn.Bhd telah memaklumkan kepada saya bahawa mereka takut membuat laporan polis kerana YB Salleh Kalbi mempunyai kuasa di Lahad Datu. Tujuan laporan ini dibuat agar pihak SPRM menjalankan siasatan serta mengambil tindakan ke atas YB Salleh Kalbi. Sekian laporan saya." Dalam pada itu, Salleh Kalbi yang dihubungi enggan menjawab panggilan telefon sekalipun telah dihubungi beberapa kali.

- sabahkini

Kalau tiada bantahan, BN biarkan Seksualiti Merdeka?

Posted: 04 Nov 2011 05:30 PM PDT

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan adakah polis tidak mengharamkan program Seksualiti Merdeka jika tidak dibantah dan dikecam pelbagai pihak.

"Walaupun tindakan polis disambut baik, tetapi nampak sangat polis hanya bertindak apabila program tersebut dibantah dan dikecam pelbagai pihak dalam negara ini.

"Kalau tidak ada bantahan dan kecaman, adakah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) berdiam diri sahaja?" kata beliau sambil membangkitkan program Seksualiti Merdeka telah diadakan sejak 2008 lagi tanpa sebarang tindakan pengharaman oleh kerajaan.


Mahfuz menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan tidak ada keupayaan untuk memikirkan buruk dan baik.

"Kerajaan tidak tahu mana satu yang buruk dan mana satu yang baik.

"Sebab itulah tindakan hanya dibuat selepas ada bantahan dan kecaman sedangkan sejak 2008 lagi program tersebut diadakan tetapi kerajaan tidak bertindak kerana waktu itu ramai yang tidak sedar kewujudan program itu dan bantahan tidak lantang," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menolak tanggapan kononnya kerajaan tidak bertindak sebelum ini kerana ia tidak sedar kewujudan program itu.

"Kalau benar kerajaan atau polis tidak sedar kewujudan program itu sejak 2008 lagi, ia membuktikan kerajaan sangat lemah sehingga tidak tahu apa yang berlaku dalam negara yang ditadbirnya ini sejak bertahun-tahun lalu.

"Mustahil kerajaan mahu mengakui kelemahannya dan oleh kerana itu, kerajaan sedar mengenai program Seksualiti Merdeka tetapi sengaja tidak mahu mengambil tindakan kerana tidak ada bantahan," kata Mahfuz.

Beliau juga mempersoalkan motif pihak-pihak yang tidak bermoral mempertikaikan program itu.

"Bantahan umumnya didorong oleh kesedaran agama dan moral. Tetapi, jika ada pihak-pihak yang tidak bermoral membantah program itu, apa tujuan mereka?

"Ramai yang menyifatkan mereka sebagai pengemis-pengemis habuan politik dan apabila mereka kononnya marah sangat kepada program itu, ramai yang menyifatkan perkara itu didorong oleh kepentingan habuan politik mereka semata-mata dan tidak ada kaitan dengan kesedaran agama dan moral," katanya.

Makhfuz mempersoalkan di mana suara pengemis-pengemis habuan politik itu apabila kerajaan Umno BN mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membatalkan saman ke atas mereka yang ditahan di Zouk Club pada tahun 2005 dahulu.

Malah, katanya lagi, apa yang berlaku dalam peristiwa-peristiwa seperti campur tangan kabinet selepas serbuan di Zouk Club dan tindakan ke atas ulama selepas tiga gadis Melayu ditangkap kerana menyertai pertandingan ratu cantik di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya menunjukkan sikap sebenar kerajaan Umno BN terhadap persoalan moral.

"Sebab itulah, apa yang hendak dihairankan apabila program seperti Seksualiti Merdeka dianjurkan?

"Dan, sebab itulah juga kerajaan hanya bertindak selepas program itu dibantah dan dikecam," katanya.

Gadis Manis Pengawal Peribadi Gaddafi Yang Dibunuh Dan Diperkosa

Posted: 04 Nov 2011 07:25 AM PDT


Pengawal Peribadi Gaddafi yang dipanggil "The Revolutionary Nuns" atau "Amazonian Guard" telah diburu dan dibunuh sebelum kematian Gaddafi. Semua wanita ini diburu dan dibunuh oleh askar yang tengah memburu Gaddafi ketika itu. Memang kasihan tengok semua wanita yang hanya menjalankan tugas mereka untuk menjaga keselamatan Gaddafi.



Setakat ini terdapat tiga mayat telah ditemui. Mayat pertama cuba larikan diri bersama teman lelakinya telah ditembak mati. Mayat kedua pula dibelasah sehingga mati. Yang ketiga paling sadis kerana telah dirogol beramai-ramai sebelum didera sehingga mati.


Memang tidak patut askar ini melakukan semua ini kepada mereka. Wanita ini hanya menjalankan tugas mereka. Kenapa mereka tidak memburu Gaddafi sahaja dan lepaskan wanita ini? Apakah salah semua wanita ini?

laksamanabukitbintang

Banduan Kini Berpeluang Miliki Ijazah Dari UUM Sintok

Posted: 04 Nov 2011 05:43 AM PDT

UUM buka peluang banduan lanjut pelajaran

Universiti Utara Malaysia (UUM) menawarkan peluang kepada penghuni penjara di negara ini untuk melanjutkan pelajaran bagi peringkat ijazah dan pasca siswazah.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata universiti itu akan menyediakan tempat jika ada permohonan daripada banduan dan mendapat persetujuan Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Penjara.

"UUM kini menjadi pilihan badan korporat, artis, agensi kerajaan, pengamal media dan ahli politik untuk melanjutkan pengajian mereka.


"Sekiranya ada permohonan daripada pihak Jabatan Penjara untuk membenarkan banduan melanjutkan pengajian, kami bersedia untuk bekerjasama ke arah itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu Ketua Pengarah Penjara Datuk Zulkifli Omar yang diminta mengulas mengenai perkara tersebut, berkata pihaknya akan mengkaji cadangan berkenaan selepas mendapat persetujuan Kementerian Dalam Negeri.

Zulkifli berkata pihaknya melihat peluang seperti itu dapat memberi sinar baru kepada banduan, selain menjadikan penjara tempat untuk mereka membetulkan kesilapan akibat terbabit jenayah.

"Kami melihat penghuni penjara ini ada antara mereka yang disisihkan dan diabaikan oleh keluarga dan masyarakat dan berharap dengan usaha sebegini mereka akan mula diberi perhatian," katanya.

UUM sebelum ini telah menandatangani satu perjanjian persetujuan (MoA) dengan Jabatan Penjara bagi pelaksanaan program akademik peringkat pasca siswazah iaitu Diploma Siswazah Sains Koreksional.

Program diwujudkan khas sebagai kursus asas kepada timbalan penguasa penjara lantikan baru, selaras dengan keperluan jabatan itu bagi memastikan semua anggotanya dapat menguasai ilmu berkaitan dengan bidang pengurusan koreksional.

Program yang memfokuskan kepada pemulihan dan pengurusan koreksional itu adalah satu-satunya program pasca siswazah di negara ini.

- Bernama

AUKU: UKM4 salahkan Umno

Posted: 04 Nov 2011 04:07 AM PDT

Empat aktivis mahasiswa - yang mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) - 'mengugut' memastikan BN hilang sokongan generasi muda sekiranya kerajaan merayu terhadap keputusan mahkamah yang mengisytiharkan seksyen itu tidak sah.

Jurucakap kumpulan itu Hilman Idham juga menyalahkan Umno sebagai tulang belakang BN yang didakwanya tidak mempunyai keazaman politik dalam memberikan hak berpolitik kepada mahasiswa.

"Sudah ada langkah positif dalam BN, khususnya MCA, GERAKAN, PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) di Sarawak (untuk memansuhkan AUKU) tetapi setiap keputusan memerlukan keazaman politik daripada Umno, sekiranya keputusan kabinet (mahu merayu) itu betul," katanya.


Hilman mendakwa mendapat maklumat daripada pelbagai sumber bahawa kerajaan sudah memutuskan akan merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini bahawa Seksyen 15(5) tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Sebelum ini, laman web sebuah akhbar bahasa Cina memetik sumber-sumber melaporkan kabinet membenarkan kementerian pengajian tinggi merayu kerana keputusan Mahkamah Rayuan dianggap "bercanggah dengan semangat pemisahan kuasa".

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, juga dalam Twitter menulis bahawa China Press melaporkan keputusan itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata kabinet belum membuat keputusan berhubung perkara itu dan memutuskan menunggu nasihat peguam negara untuk tindakan lanjut.

Tiada ulasan: