Blog-list Malaysia |
- Bukan Anak Najib Laa.. Anak Orang Zul Kulim Kot...
- Ini Bukan Kerja PERKASA.. Bukan Pemuda Umno.. Kompom Kerja Hasan Ali.. Hahaha
- Hudud - PERKASA Dan Pemuda Umno Lancarkan Demonstrasi Desak Presiden MCA Mohon Maaf
- Menteri Jaga Parlimen - AUKU Kekal Sebagai Undang-Undang
- Wang Zakat Diguna Untuk Burukkan PAS
- 2 Billion Lagi Wang Rakyat Diseleweng
- Umno Ke Arah Kepupusan
- Anwar Ibrahim Sudah 2 Kali Pergi Haji
- Usul potong sebulan gaji PM gagal tapi 'panas'
- Lagi Kenyataan Tak Masuk Akal Menteri UMNO
Bukan Anak Najib Laa.. Anak Orang Zul Kulim Kot... Posted: 02 Nov 2011 11:08 PM PDT 'Anak perempuan Najib tak ada di Perth semasa CHOGM' Konsul besar Malaysia ke Perth, Hamidah Ashari dalam sepucuk surat kepada akhbar The New Straits Times pada hari Selasa, menafikan bahawa anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di sana sewaktu mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) baru-baru ini. Hamidah menjawab artikel dalam akhbar The Western Australia baru-baru ini, bertajuk "Delegates go shopping, sightseeing" (Perwakilan membeli-belah, bersiar-siar) yang mendakwa anak perempuan Najib membelanjakan A$60,000 (RM195,000) di pusat membelibelah David Jones. Beliau menjelaskan bahawa anak perempuan perdana menteri bukan sebahagian daripada delegasi yang menghadiri CHOGM atau dia berada di Perth pada masa itu. Oleh itu, katanya, dakwaan bahawa anak perempuan perdana menteri membuat pembelian di sana adalah tidak benar. NST juga memetik setiausaha politik Najib, Datuk Fatmi Che Salleh sebagai menafikan bahawa anak perempuan Najib berada di Perth. "Setakat yang saya tahu, dia tidak pergi dengan perdana menteri. Oleh itu, jika dia tidak berada di sana, maka cerita itu adalah jelas tidak betul," Fatmi dipetik memberitahu pemberita di Kota Bharu semalam. Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi sasaran kritikan selepas laporan akhbar The Western Australia dipetik oleh ahli politik pembangkang dan penulis blog. |
Ini Bukan Kerja PERKASA.. Bukan Pemuda Umno.. Kompom Kerja Hasan Ali.. Hahaha Posted: 02 Nov 2011 10:05 PM PDT Ibu pejabat MCA disimbah cat merah Ibu pejabat MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur disimbah dengan cat merah hari ini. Tempat yang disimbah cat itu adalah dinding dan lantai berhampiran pintu masuk bersebelahan sebuah restoran di tingkat bawah. Ketika dihubungi, setiausaha akhbar kepada Presiden MCA, Giam Say Khoon berkata seorang pengawal keselamatan mendapati kawasan itu cuba dicemarkan sekitar jam 7 pagi tadi. Beliau berkata ini adalah kali pertama ibu pejabat MCA disimbah dengan cat. Kata Giam, beberapa anggota polis kemudiannya datang untuk memeriksa tempat kejadian. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat menentukan siapa di sebalik kejadian itu dan motif berbuat demikian. Sementara itu, prsiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang ditemui pada satu majlis di Serdang, hari ini, berkata beliau telah mengarahkan pentadbiran parti itu bagi membuat laporan polis. Walaupun tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, katanya terdapat spekulasi bahawa tindakan berkenaan ada kaitan dengan penentangan MCA terhadap saranan supaya hukum hudud dilaksanakan di negara ini. "Saya tidak kata ia ada kaitan... ini kali pertama dalam sejarah MCA, perkara ini berlaku," katanya. Chua, yang lantang menentang pelaksanaan udang-undang Islam, juga menggesa DAP dan PKR supaya menyatakan pendirian mereka mengenai hudud. |
Hudud - PERKASA Dan Pemuda Umno Lancarkan Demonstrasi Desak Presiden MCA Mohon Maaf Posted: 02 Nov 2011 05:38 PM PDT Kahkahkah... Kalau dengan MCA dua-dua biji telor hilang masuk ke dalam perut.. Sebuah NGO hari ini menyerahkan memorandum kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendesak beliau memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa menghina hukum hudud. Sehubungan itu, Sekretariat Jingga 13 memberi tempoh 48 jam untuk beliau berbuat demikian dan menarik balik kenyataannya yang dilaporkan mendakwa bahawa perlaksanaan hukum hudud menjadikan negara ini mundur dan menakut-nakutkan pelabur. "Sekiranya Dr Chua gagal berbuat demikian, maka Jingga 13 tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini mengadap Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam di Malaysia," memorandum itu dipetik. Chua pada 29 Oktober lalu dilapor berkata hasrat PAS melaksanakan hudud akan memberi kesan besar terhadap pelaburan langsung asing dan kedatangan pelancong. Beliau dilaporkan berkata, kecuali negara yang kaya dengan sumber asli, pelaksanaan hudud menyebabkan mereka terkebelakang. Bercakap sebelum menyerahkan memorandum itu, ketua koordinator Jingga 13 Fariz Musa menyifatkan kenyataan Chua itu sebagai "menghina Islam" kerana hukum hudud telah termaktub di dalam Al-Quran. "Kenyataan Chua itu boleh menyebabkan suasana yang tidak senang kepada orang Islam dan (dikhuatiri) boleh menimbulkan ketegangan agama."Ini isu yang serius, bukan isu remeh-temeh... Kita tidak mahu budaya ini berterusan," katanya. Beliau juga menyifatkan kenyataan Chua itu sebagai "satu dakyah palsu" dan presiden MCA tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan mempertikaikan hukum hudud. "Hukum hudud khusus untuk orang Islam... Kita minta hentikan kenyataan (menghina) hukum hudud," katanya.Beliau juga berharap polis dapat membuat siasatan segera memandangkan mereka telah membuat aduan terhadap Chua beberapa hari lalu. Kira-kira 20 anggota NGO itu dan beberapa pemimpin AMK hadir ke Wisma MCA di Jalan Ampang membantah kenyataan Chua.Mereka mengangkat beberapa plakad yang tertulis 'Jangan hina Islam" dan "Jangan Biadap' sambil melaung-laung beberapa kali "Chua Soi Lek Biadap" dan "MCA Biadap". Kemudian, memorandum tersebut diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden, Gian Say Khoon di lobi wisma berkenaan kira-kira jam 2.30 petang.Gian yang menerima memorandum tersebut berjanji akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Chua.Kira-kira lima anggota polis mengawal perhimpunan selama kira-kira sepuluh minit di hadapan bangunan itu. |
Menteri Jaga Parlimen - AUKU Kekal Sebagai Undang-Undang Posted: 02 Nov 2011 05:30 PM PDT Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 belum muktamad dan ia kekal sebagai undang-undang. Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa ia terpulang kepada Jabatan Peguam Negara sama ada ingin membuat rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu. "Keputusan masih belum muktamad, kita tidak tahu rayuan berlaku atau tidak. Tunggu Peguam Negara sama ada nak buat rayuan atau tidak," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 peringkat Jawatankuasa kementeriannya. Mahfuz merujuk keputusan Mahkamah Rayuan yang menyatakan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim itu memutuskan seksyen tersebut tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara. Menjawab soalan Mahfuz mengapa akta itu tidak dipinda di Parlimen, beliau berkata setiap pindaan perlu mengikut aturan undang-undang. Mohamed Nazri juga menyentuh isu peraturan baru Suruhanjaya Pilihan Raya yang memerlukan penolong pendaftar pemilih dari parti politik untuk mengemukakan salinan kad pengenalan pengundi baru yang didaftar mereka. Beliau berkata perkara itu bukan untuk menyusahkan pihak terlibat, tetapi bagi menggelakkan salah guna nama individu oleh pihak tidak bertanggungjawab. "Kadangkala ada masalah IC (kad pengenalan) orang dicuri, orang daftar dia pun tak tahu, IC dia diambil dan didaftar di tempat lain. "Tetapi dengan salinan IC, ia ada (menunjukkan) persetujuan, kerana dia beri IC kalau tidak, orang boleh daftar (nama orang lain) tanpa pengetahuan," katanya semasa menjawab pertanyaan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) dan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) yang mendakwa sistem baru itu hanya akan menyulitkan pendaftaran pengundi baru. Persidangan Dewan Rakyat disambung hari ini. - Bernama |
Wang Zakat Diguna Untuk Burukkan PAS Posted: 02 Nov 2011 06:18 AM PDT Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa wang zakat digunakan dalam pengedaran sejumlah buku kepada sekumpulan imam masjid, yang didakwanya bertujuan untuk memburuk-burukkan PAS. Naib presiden PAS itu mendakwa, bayaran untuk buku bertajuk 'PAS Bukan Parti Islam' itu dibuat oleh Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan Berhad – sebuah badan di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Bagaimanapun, ianya tidak jelas yang wang zakat telah digunakan untuk menjelaskan bayaran tersebut. Dalam sidang media di lobi parlimen hari ini, beliau mengedarkan salinan dokumen yang didakwa sebagai arahan pembayaran, invois, sebut harga serta arahan penyerahan 250 naskhah berkenaan. Menurut surat bertarikh 28 September itu, arahan pembayaran berkenaan dibuat oleh setiausaha sulit kanan kepada menteri di jabatan perdana menteri, Lt Kol Ab Jabar Mohamad Aris. Salinan didakwa invois daripada sebuah syarikat bertarikh 15 September pula dialamatkan kepada menteri berkenaan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Sebut harga serta arahan penyerahan untuk pembelian buku dengan jumlah harga RM4,975 itu juga dibuat oleh syarikat yang sama kepada menteri berkenaan. Mengulas perkara itu, Mahfuz antara lainnya berkata, wang Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan itu tidak sepatutnya digunakan untuk membayar buku berkenaan. "Wang itu daripada sumber zakat. Duit Yayasan Taqwa itu bukan untuk tujuan politik, ia untuk membiayai orang susah," katanya lagi. Tambahnya, buku yang pernah dilihatnya itu didakwa memburukkan PAS kerana "tajuknya sendiri sudah memberi gambaran untuk menceritakan bahawa PAS adalah parti bukan Islam." Sumber - Malaysiakini |
2 Billion Lagi Wang Rakyat Diseleweng Posted: 02 Nov 2011 04:47 AM PDT Pembinaan Lebuhraya Jabor, Kemaman, Terengganu yang termasuk dalam sebahagian Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menimbulkan persoalan, apabila dikesan menelan kos amat tinggi sehingga melebihi RM2 bilion dari harga asal. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menimbulkan persoalan itu berkata, kos asal pembinaan lebuhraya itu hanyalah RM3 bilion, tetapi kini telah menjadi RM5 bilion. Menurut beliau, kejadian yang amat menyedihkan itu tidak sepatut berlaku kerana ia melibatkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan dengan betul. Katanya, projek tersebut telah dibina sejak tahun 2007 dan dijangka siap tahun lalu, tetapi masih juga tidak siap hingga sekarang. "Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Kenapa kejadian ini berlaku? Ini merupakan kelemahan JKR dan kementerian terbabit perlu bertanggungjawab dalam hal ini," katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Kejadian itu, menurut beliau, belum lagi diambil kira dengan persoalan tol yang nantinya pasti akan mencetuskan pula beberapa tanda tanya lain. "Sehingga sekarang, kita masih belum tahu siapakah yang akan mengendalikan tol dan siapakah yang akan memegang konsesinya," katanya. Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan projek tidak cerdik Umno BN yang membina jambatan di atas daratan. Katanya, projek tersebut dibina di daerah Kemaman, Terengganu dengan kos RM174 juta dan ternyata turut melibatkan kos amat tinggi sehingga melebihi RM70 juta dari harga sebenar. "Ini merupakan satu projek pelik Umno BN yang membina jambatan di daratan dan dan kosnya pula amat tinggi serta melebihi kos sebenar," katanya yang juga Ketua Umum PKR. Beliau turut membidas sikap para pemimpin Umno yang lebih mementingkan diri sendiri daripada memikirkan derita rakyat dengan membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat. Sehingga kini, katanya, keniskinan tegar di kalangan rakyat masih belum diatasi, tetapi para pemimpin Umno sanggup membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat tanpa memikirkan derita rakyat. "Nak naik gaji minima pun tak setuju. Peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen atau wakil-wakil rakyat pun tak diberi dengan adil. "Peruntukan kepada wakil-wakil rakyat atau ahli-ahli Parlimen pembangkang tak diberikan untuk membolehkan mereka mempergunakannya untuk kepentingan rakyat di kawasan masing-masing. Jadi susahlah saya nak sokong cadangan itu," katanya. Beliau amat sedih kerana dalam keadaan nasib rakyat tidak terbela pun, masih terdapat para pemimpin Umno BN yang tergamak "songlap" wang rakyat dengan pelbagai cara termasuk menerusi projek-projek yang dibuat oleh kerajaan. Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/11/lagi-teknik-rahasia-hasilkan-uwang.html#ixzz1cY1PzEgV |
Posted: 02 Nov 2011 04:38 AM PDT Dalam tahun 1961, kerajaan komunis Jerman Timur telah membina tembok yang membahagikan Berlin kepada Barat dan Timur bagi menghentikan penghijrahan rakyat dari Kawasan Komunis ke Barat. Tembok sepanjang 103 batu dilengkapi peralatan senjata bahaya adalah satu pembinaan besar lambang kemampuan kejuruteraan Kesatuan Soviet. Tetapi ia juga adalah lambang kegagalan Komunisme. Sebenarnya, "syurga pekerja" hanya boleh dibina di dalam penjara pekerja. Jika adapun, tembok Berlin adalah petanda jelas runtuhnya Komunisme. Tumbangnya Kesatuan soviet pada tahun 1990, adalah seperti satu ketentuan yang akhirnya berlaku. Ideologi Komunisme mulai diketepikan di serata dunia kecuali di beberapa negara dengan China sebagai Komunis hanya dalam perihal mengadakan pilihanraya. Tidak berjauhan dari negara sendiri, kita boleh melihat dengan jelas tanda-tanda UMNO sedang nazak dalam persekitaran politik yang telah banyak berubah semenjak mula Merdeka lalu. Bila sahaja parti itu mula menggunakan skandal seks sebagai senjata melawan pembangkang, apatah lagi menggunakan anak yang masih bersekolah sebagai sasaran, ialah jawapan masa telah tiba sebelum parti itu dijirus ke longkang moralnya sendiri oleh pengundi yang sudah sedar. UMNO bernafas di dalam bebola masanya, memperlaku pelbagai cara dan tujuan yang sebenarnya sudah luput tarikh dan tidak berfungsi lagi. Sementara itu, penduduk negara ini telah menjadi semakin berpendidikan, lebih matang, lebih terbuka kerana media sosial dan terdedah kepada masyarakat dunia lain. Terdapat tuntutan sekarang yang mahukan kerajaan insani, tidak bertolak-ansur dengan penyeksaan dan kekerasan, menghumban kerajaan pengampu yang cuba menonjolkan diri sendiri sebagai terbaik. Terkandas di dalam zaman dahulu Ada banyak contoh yang menunjukkan kedangkalan mentaliti orang-orang UMNO, tapi hanya sedikit barangkali sudah mencukupi. Yang paling menonjol ialah apabila bangsa dan agama dipermainkan guna untuk terus membahagi dan memerintah. Tidak ada satu isu pun yang tidak akan dipermainkan oleh UMNO menggunakan bangsa atau agama dapat percubaannya mengadu-domba masyarakat pelbagai kaum menentang satu sama lain. Terbaru iaitu Himpun adalah satu acara yang sengaja diadakan untuk melaga-lagakan orang Islam dengan penganut Kristian dan seterusnya tekanan antara kaum-kaum lain. Dengan menggunakan isu hukum hudud dan Peristiwa 13 Mei yang menjadi acuan UMNO dan BN selama ini; tetap tidak berubah disebalik perubahan sosio-ekonomi dan persekitaran politik masa kini. Komen 'lontar batu sembunyi tangan' seperti "Kami tidak mahu 13 Mei terjadi lagi" adalah ugutan halus disukai pemimpin UMNO seperti Mahathir. Maklumat salah, penokok-tambahan dan propaganda jahat menggunakan media arus perdana yang dikuasainya adalah satu lagi cara lapuk UMNO. Ini disebalik fakta di mana negara tidak lagi menguasai aliran masuk maklumat dan dunia internet yang menembusi masuk, mengakibatkan UMNO tidak lagi boleh memanipulasi kebenaran. Akhar Utusan Malaysia milik UMNO terus mengada-adakan cerita berbau perkauman, menaikkan rasa tercabar orang Melayu dan memalsukan berita untuk penonton yang sudah tiada ada. Sudah tentu, penggunaan politik keji berbanding satu pertandingan yang demokratik dan adil adalah tanda utama UMNO. Menciptakan satu skandal seks adalah senajata pilihan rejim korup dan mereka memperlakukan dari ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hingga pegawai kastam Ahmad Sarbaini yang ditemui mati ketika di dalam tahanan SPRM. Kini bila anak lelaki Lim Guan Eng diskandalkan dengan kes perlecehan seksual yang direka-reka, sekali lagi politik keji UMNO turun ke paras paling rendah. Saat-saat rejim bertemu ajalnya Mentaliti beku rejim dan cara yang telah ketinggalan zaman boleh dilihat ketika bertindak memperbudakkan rata-rata masyarakat. Tunjuk perasaan secara aman untuk pilihan raya telus dan adil telah diisytiharkan haram, manakala perhimpunan kontroversi anti-murtad yang kononnya ada orang Melayu bertukar agama boleh pula dibiarkan berlangsung. Sekumpulan sosialis telah ditangkap dan dipenjarakan tanpa perbicaraan atas dakwaan kononnya sedang mempromosikan Komunisme dan melancarkan perang terhadap Raja. Seorang profesor hal ehwal Perlembagaan Persekutuan telah didatangi oleh pihak berkuasa dan digantung kerana memberikan jawapan yang tidak disenangi rejim. Jangan kita lupa tentang satu penghinaan besar kepada minda waras kita, Kes Liwat II seperti sarkas Kes Liwat I. Masyarakat umum sangat marah dan kesal apabila diperlakukan seperti orang yang bodoh. Lakonan para pemimpin BN dengan rasuah yang tidak pernah selesai, memperkudakan perkhidmatan awam, kekerasan pihak polis dan penggunaan isu bangsa dan agama untuk terus memerintah telah mengakibatkan rakyat jelata hilang kepercayaan terhadap institusi-institusi awam dan keyakinan kepada pemimpinnya. Masyarakat di sebuah negara yang matang tidak sabar mahukan satu sistem kerajaan insani tetapi malangnya jurang antara kerajaan BN dan masyarakat semakin menebal. UMNO masih lagi terperangkap di dalam cara lapuknya, berakar dari budaya lama membontoti feudalisme., tidak berjaya untuk berubah atau menjadi satu yang baru. Punca kekuatan UMNO ialah ketidaksama-rataan diantara kaum dan masih kalau bercakap untuk masa sekarang, rakyat Malaysia yang mahukan satu masyarakat yang teguh dan harmoni, melangkah kehadapan bukannya menyedut keluar segala jenis tekanan antara kaum dan agama. Malah, sistem politik kaum yang memangnya bagian dari diri UMNO sudah tidak boleh digunapakai lagi di Malaysia. UMNO kini sudah menjadi bahan pemenuan sejarah, seekor dinosaur dari zaman nasionalisme Melayu. Ia seperti seekor haiwan yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan perubahan iklim dan akan pupus. Di dalam dunia teknologi di mana manusia intim berkomunikasi tidak kira sesiapapun termasuk tukang sapu-sampah, parti terkutuk ini tidak boleh dibiarkan hidup lagi, demi melahirkan satu kumpulan masyarakat yang lebih berwibawa. - Malaysia Chronicle |
Anwar Ibrahim Sudah 2 Kali Pergi Haji Posted: 02 Nov 2011 01:53 AM PDT |
Usul potong sebulan gaji PM gagal tapi 'panas' Posted: 02 Nov 2011 01:32 AM PDT Pertikaman lidah berlaku di Dewan Rakyat hari ini ketika ahli parlimen berbahas berhubung usul untuk memotong sebulan gaji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Malah Speaker Pandikar Tan Sri Amin Mulia juga hilang sabarnya, setelah diasak semasa perbahasan usul yang dibawa oleh Tian Chua (PKR-Batu), yang mendakwa "masalah dan kepincangan" berlaku sejak Najib menjawat jawatan itu pada April 2009. Usul itu, bagaimanapun ditolak dengan undi majoriti. Apa yang memberangkan Pandikar adalah apabila ahli parlimen mencelah tanpa kebenarannya - satu pencabulan peraturan tetap dewan. Speaker itu juga membidas ahli Dewan Rakyat yang cuba 'mengarahkannya' mengenai cara melakukan tugasnya itu, di sebalik diri mereka yang gagal mematuhi peraturan dengan menggunakan perkataan seperti 'bodoh'. Bagi mengendurkan ketegangan, Pandikar membenarkan setiap wakil rakyat untuk berbahas selama sepuluh minit. Tian Chua dan seorang penyokong pembangkang dibenar memulakan debat dan diikuti oleh dua anggota dari Kelab Penyokong BN dan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapannya. Usul itu adalah untuk mengurangkan gaji sebulan perdana menteri sebanyak RM22,826.65 dengan alasan, antaranya tindakan Najib yang didakwa tidak sensitif dengan kesusahan yang dihadapi rakyat apatah lagi dengan kadar inflasi yang tidak terkawal. Pembangkang juga menempelak langkah kerajaan membayar jutaan ringgit kepada firma perundingan perhubungan awam seperti Apco Worlwide dan FBC Media untuk mempromosi negara yang dikatakan memburukkan lagi keadaan. |
Lagi Kenyataan Tak Masuk Akal Menteri UMNO Posted: 02 Nov 2011 01:14 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 Nov: PKR menyifatkan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Norden berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) tidak masuk akal. "Bagaimanakah tindakan menghalang pelajar menyertai parti politik membolehkan mereka berfikir secara kritis tanpa sebarang sekatan?" tanya pengarah komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satui kenyataan. Katanya, banyak universiti berprestij dunia tidak mempunyai sekatan tersebut namun kerajaan kita menghantar pelajar-pelajar terbaik negara ke universiti-universiti tersebut. Apatah lagi, ujarnya Khaled seolah-olah terlupa bahawa ada segelintir kecil individu di dalam partinya sendiri yang ada pandangan mereka sendiri termasuk mengenai Auku. "Adakah beliau terlupa tentang timbalan menterinya sendiri, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno?" soalnya lagi. Nazmi menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan akhbar The Star hari ini bahawa Khaled akan merujuk kepada Kabinet sama ada untuk membuat rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang mengumumkan satu seksyen Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sebagai tidak sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan. Khaled dilaporkan berkata: "Objektif utama pendidikan ialah untuk menggalakkan pelajar berfikir secara konstruktif dan kritis tanpa sebarang sekatan. "Atas sebab itulah kami merasakan tidak wajar membenarkan pelajar menyertai parti-parti politik. Sekiranya pelajar memegang jawatan dalam sesebuah parti, mereka terikat kepada ideologi parti tersebut. "Dengan menurut pendirian parti, pelajar tersebut akan hanya mempunyai pandangan orang lain bukan dirinya… "Sekiranya kita benar-benar mahu memberikan keutamaan kepada kebebasan berpersatuan dan bukan pelajaran, saya tiada masalah." Nazmi berkata, kerajaan tidak patut membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu untuk membenarkan pelajar-pelajar hak yang telah dinafikan sekian lama. "Akta inilah yang menyumbang terhadap sekatan pemikiran konstruktif dan kritis yang Khaled nyatakan sebagai matlamat pendidikan," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan