Ahad, 13 November 2011

Biaqpila

Biaqpila


Najib mesti tarik balik pinjaman projek lembu

Posted: 13 Nov 2011 05:03 AM PST

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dalam skandal Perbadanan Feedlot Nasional (NFC) dengan menarik balik pinjaman mudah RM181 juta yang diberikan kerana mendakwa perlaku penyelewengan.

NONE"Najib perlu campur tangan dalam skandal RM10 juta pembelian 'kondominium untuk lembu' dengan menarik balik pinjaman RM181 juta yang diberikan kepada NFC tetapi tidak digunakan untuk tujuan penternakan lembu.

"(Ini pun) jika beliau serius dengan dasar transformasi negara dan juga slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan," kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, Lim berkata bahawa pendedahan RM10 juta dibelanjakan bagi 'kondominium untuk lembu' bukan kebimbangan utama keseluruhan kemelut berkenaan.

"Apa yang mengejutkan ialah kenyataan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang membantu dan bersubahat dengan penyelewengan dana awam itu."

Menurut Lim, daripada melahirkan rasa terkejutnya, berhubung apa yang didakwa sebagai penyelewengan pinjaman untuk penternakan lembu itu, menteri tersebut sebaliknya tampil dan mempertahankan NFC.

NONE"Apakah salah guna dana awam daripada pinjaman mega yang diberikan kepada ahli keluarga jemaah menteri atau kroni adalah perkara biasa di bawah pentadbiran sekarang?" soal Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur.

Sebelum ini, Noh cuba menepis tanggungjawab pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta itu daripada kerajaan dengan mengatakan bahawa pemberian pinjaman terpaksa mematuhi syarat-syarat yang ketat dan bahawa tiada apa-apa permohonan untuk membeli kondominium yang diluluskan

MKini
Published with Blogger-droid v1.7.4

Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2011

Posted: 13 Nov 2011 03:08 AM PST

Malaysia 4-1 Kemboja
Published with Blogger-droid v1.7.4

LEMBU DAN KONDO LEBIH POPULAR DARI CERITA NAJIB PI MEKAH

Posted: 12 Nov 2011 10:00 PM PST



KONDO BERHARGA RM 9.8 JUTA MILIK LEMBU SHAHRIZAT ?


---------------------------------------------------------


Fakta 1 : Keluarga Wanita Umno beli Kondo RM9.8 juta guna wang rakyat


Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didakwa membeli kondominium mewah ini dengan harga RM9,758,140 (RM9.8juta).


RM9.8 juta itu adalah sebahagian wang yang diambil dari peruntukan untuk National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).


NFC ialah syarikat bermasalah yang dikendalikan anak dan keluarga Shahrizat yang mendapat dana RM250 juta daripada kerajaan Persekutuan 'atas nama kroni' melalui peruntukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.


Bagaimana kaedah pembayarannya ?


Kondominium yang terletak di Bangsar ini dibeli pada 2 Disember 2009 melalui empat transaksi pindahan wang dari akaun semasa NFC di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad, nama pemaju kepada kondominium mewah itu.

Maknanya, keluarga Shahrizat membeli kondominium mewah itu dalam masa sehari sahaja menggunakan peruntukan NFC.


Dalam bahasa mudahnya, NFC yang peruntukan dari kementerian pertanian itu adalah milik rakyat selaku pembayar cukai, iaitu anda yang sedang membaca kes ini.


Bagi memudahkan anda, ada 2 isu besar di sini, pertama Shahrizat dan keluarganya membeli kondominium mewah menggunakan wang rakyat dan kedua, wang yang diguna untuk membeli kondominium mewah itu diambil dari syarikatnya yang bermasalah iaitu NFC.


Fakta 2 : Projek kroni RM250juta gagal


Apa itu NFC ? NFC ialah syarikat yang dikendalikan keluarga Shahrizat bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) untuk memenuhi sasaran 40 peratus (1,500 ekor sehari) permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.


Sebaliknya, berdasarkan tinjauan KEADILAN, projek yang beroperasi di Gemas, Negeri Sembilan itu didakwa hanya mengeluarkan sekitar 1,000 ekor lembu dipelihara dan sebanyak 20 ekor lembu disembelih setiap hari.


Selain diberi peruntukan atas nama kroni Umno sebanyak RM250 juta, NFC turut memperoleh tanah seluas 5,000 ekar.

Namun, Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010, projek itu bermasalah sehingga memaksa syarikat Menteri Besar Negeri Sembilan Pemerbadanan mengambil semula 3,000 ekar daripada 5,000 ekar tanah yang diperuntuk untuk projek itu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan bertanggungjawab melulus projek itu, namun enggan mengulas selepas LKAN 2010 mendedahkannya.


Oleh itu, beliau menyerahkannya kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ini, Datuk Seri Noh Omar menjawabnya.


Fakta 3 : Menteri pembohong, Khairy berlagak menteri


Noh Omar semasa dilobi Parlimen pada 31 Oktober 2011 berkata, 'pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum diserahkan sepenuhnya'.


Manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulisnya kepada Parlimen menyebut 'setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9juta daripada geran dan pinjaman RM250 juta itu sudah disalur kepada NFC'.


Namun, Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli yang menyiasat perkara itu mendapati Najib dan Noh Omar (kedua-duanya kini merupakan pemimpin Umno Selangor) berbohong.


Rekod kewangan NFC menunjukan pinjaman sebanyak RM130 juta sudah diambil NFC pada 2008 manakala pada 31 Mac 2009 RM120 juta sudah dimasukan ke akaun Maybank milik NFC.


Selepas didedahkan fakta ini, selain Noh, turut mencampuri urusan itu ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Ramli dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.


Maka bukti dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukan bahawa bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang NFC berjumlah RM256,082,518.(RM250,000 datangnya dari pinjaman kerajaan manakala Geran Kerajaan


berjumlah 6,082,518), sekali lagi mengukuhkan pembohongan menteri itu dan MP Umno lain yang turut 'menyalak' dalam isu itu.


Fakta 4 : RM250 juta wang rakyat akan dilupuskan


Akibat prestasi buruk kewangan NFC setiap tahun, pinjaman RM250 juta itu akan dilupuskan sebagaimana yang berlaku dalam kes Perwaja Steel sebelum ini.

Buktinya, NFC rugi RM7 juta pada 2008 dan rugi RM11juta pada 2009. Malah, wang pembayar cukai RM250juta itu pula disalur kepada Real Food Company Sdn Bhd yang mengendali restoran mewah Meatworks, milik keluarga Shahrizat Jalil.

Tindakan ini pastinya bertentangan dengan tadbir urus yang baik apabila wang rakyat sewenagnya diguna keluarga Shahrizat untuk disalur ke kantung restoran mewah milik keluarga Menteri Umno itu.

Malah, berdasarkan rekod kewangan berakhir NFC bagi 31 Disember 2009, sejumlah RM827,579 wang rakyat diguna untuk tujuan lawatan ke luar negara dan keraian oleh pengarah2 NFC yang terdiri daripada suami, anak2 dan Shahrizat sendiri.

Shahrizat sejak isu ini timbul, kerap ponteng dari menghadiri sidang Parlimen.

By: Tok Batin Deris

Tintamutiara

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: HAMPIR DIROGOL

Posted: 12 Nov 2011 05:00 PM PST


Seorang wanita bercerita dengan kawannya tentang pengalaman ngeri beliau hampir diperkosa.

Mangsa : "Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku"
Kawan Mangsa: " ishh ngerinya…"
... ...
Mangsa: "Lepas tu aku tengok dia semacam ajer aku pun lari laju-laju.. dan dia pun kejar. "
Kawan Mangsa: "saspen nih"

Mangsa: "dah kita perempuan mana nak sama dengan tenaga lelaki,kemudian dia dapat mendekati aku"
Kawan Mangsa: "pastu ko buat aper supaya selamat?"

Mangsa:"Aku pun terus angkat kain aku…"
Kawan Mangsa: "Hah?"

Mangsa: "Tepat jangkaan aku…. dia pun melondehkan seluar dia…"
Kawan Mangsa: "Lepas tu aper terjadi?"(tak sabar)

Mangsa: "Seperti teori bodoh, orang yang mengangkat kainnya akan lari lebih laju dari orang yang melondehkan seluar dia….jadi aku selamat…"
Kawan Mangsa: …oh. | haha (>_<) |


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: