Anak Sungai Derhaka |
- Mengapa Pakatan Rakyat sukar tawan Putrajaya
- Teruskan Berjuang Walaupun Saya di Penjara - Anwar
- UMNO ancam kepentingan Melayu, bukannya DAP
- Wanita UMNO hanyalah 'Lembu-lembu yang dicucuk hidung'oleh Shahrizat?
- Taktik Anwar selamatkan diri
- Jika Gunung boleh dicuri, nescaya gunung dicuri mereka - DS Wan Azizah
Mengapa Pakatan Rakyat sukar tawan Putrajaya Posted: 27 Nov 2011 07:41 AM PST Satu analisa yang menarik oleh seorang Persara, aku yakin ramai diantara kita yang terlepas pandang perkara ini.. Seorang pesara menjadi tumpuan pihak pembangkang sewaktu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya, apabila beliau meminta mereka supaya melupakan sahaja niat untuk menawan Putrajaya di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang. Dengan berbekalkan cetakan slaid pembentangannya, Ng Chak Ngoon (kanan) yang menyifatkan dirinya sebagai seorang pesara, membentangkan kepada anggota panel PSC dengan graf yang menunjukkan 222 garisan, dengan setiap satu lebih tinggi daripada yang lain. Graf itu, kata Ng di sesi pendengaran di Kota Kinabalu semalam, digariskan mengikut jumlah pengundi kawasan pilihan raya bagi pilihan raya umum 2008. "Semua di sebelah kiri (biru) dimenangi oleh BN, di sebelah kanan (merah) dimenangi oleh pembangkang. Kawasan pilihan raya BN sangat kecil dan kawasan pembangkang sangat besar. Jadi, apa yang berlaku di sini?" Beliau mendakwa, ia bukan secara kebetulan yang semua orang di kawasan yang besar suka pembangkang dan semua orang di kawasan pilihan raya kecil suka BN. NONESebaliknya, Ang mendakwa kawasan BN dipecahkan menjadi kawasan yang lebih kecil untuk menambah bilangan ahli parlimen mereka. Menurutnya, kawasan pilihan raya yang paling kecil - Putrajaya yang diwakili BN - hanya mempunyai 6,008 pengundi - tetapi kerusi Kapar - yang dimenangi pembangkang - mempunyai 112.224 pengundi, iatu 17 kali lebih daripada Putrajaya. "Jika kita pecahkan Kapar kepada saiz Putrajaya, anda akan mempunyai 17 ahli parlimen dari Kapar dan bukannya seorang sahaja." Jika semua kerusi sama saiznya, kata Ng, pilihan raya umum lepas akan menyaksikan keputusan di mana BN dan Pakatan Rakyat hanya akan mempunyai perbezaan tujuh kerusi di Parlimen dan bukannya 140 dan 82 seperti dalam keputusan sebenarnya. Beliau juga menganggarkan jika sesebuah parti bergantung kepada semua kerusi kecil untuk memegang kuasa, maka ia hanya akan memerlukan 15.4 peratus daripada jumlah undi untuk membentuk majoriti di Parlimen. Oleh itu, katanya, jka pembangkang fikir mereka boleh menawan Putrajaya, mereka boleh lupakan sahaja niat tersebut. Malaysiakini |
Teruskan Berjuang Walaupun Saya di Penjara - Anwar Posted: 27 Nov 2011 07:24 AM PST JOHOR BAHRU,27 NOV: Penjara bukan menjadi halangan untuk meneruskan reformasi dalam parti sebaliknya harus dijadikan semangat untuk meneruskan perjuangan membela rakyat. "Saya tidak takut dan tidak gentar kalau pun saya dipenjara kerana agenda mereformasikan negara ini dari cengkaman kezaliman pemimpin-pemimpin Umno-BN merupakan agenda rakyat yang didokong oleh Keadilan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya dipenjarakan enam tahun, ada harga minyak turun? Politik antara kaum bertambah baik? Negara semakin sejahtera? Jadi semua yang berlaku selama ini bukan kerana Anwar," tegas Anwar di dalam ucapan penggulungannya di Kongres Parti Keadilan Rakyat ke-8 di sini. Anwar berkata pertemuan dengan rakyat bawahan untuk mendengar keluh kesah mereka adalah ubat mujarab yang menjadi formula kepada karier politiknya yang sering dihimpit pelbagai dugaan dan cabaran pihak lawan. "Saya belajar semua ini dengan siapa? Dengan pak lebai dan semangat saya datangnya dari mana? Dari mak cik tua. Golongan ini yang memberi api kepada obor perjuangan kita. "Setiap kali saya bersua muka dengan rakyat bawahan, saya renung mata mereka, saya nampak harapan mereka," katanya. Menyedari kekuatan perjuangan Pakatan Rakyat berpunca dari rakyat bawahan, Anwar menjelaskan Umno-BN menjadikan golongan ini sebagai sasaran untuk menyebarkan fitnah bagi memburukan dan menyemai benih kebencian kepada Pakatan. "Strategi penting mereka (Umno-BN) ialah menyebarkan fitnah dan khabar angin supaya membenci kita." TVS News |
UMNO ancam kepentingan Melayu, bukannya DAP Posted: 27 Nov 2011 01:47 AM PST KUALA LUMPUR, 27 Nov — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan parti itu tidak pernah menjadi ancaman kepada kepentingan orang Melayu, sebaliknya hanya Umno, yang merupakan komponen teras Barisan Nasional (BN) mempamerkan sifat-sifat sedemikian. Sehubungan itu kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini, Umno bukan sahaja menjadi ancaman kepada orang Melayu tetapi juga kepada rakyat Malaysia dengan sikapnya yang menggunakan dan mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan salah guna kuasa. "Dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, Umno mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Lim (gambar) berkata selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka. "Ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu. Manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insurans, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu," katanya. Dalam kenyataannya, Lim menambah, tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno mempertahankan agenda perkauman partinya dan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1 Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas pilihan raya umum ke-13. "Yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu. "Malah Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan. "Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol," katanya lagi. Semalam, Muhyiddin merasmikan Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia dengan berkata pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan bersesuaian dengan komposisi masyarakat majmuk di negara ini demi mengekalkan keamanan dan keharmonian yang dikecapi. Muhyiddin berkata sikap fanatik dan taksub akan menyebabkan seseorang itu menutup fikiran mereka daripada menerima sebarang maklumat daripada pihak yang tidak mereka senangi. Beliau berkata gagasan 1 Malaysia yang membawa nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi, ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi turut diterap dan dibudayakan dengan konsep kesederhanaan. Muhyiddin berkata matlamat akhir pendekatan wasatiyyah masih tidak lari daripada usaha mempertingkatkan kualiti hidup ummah, sama ada daripada segi penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi dan kewangan, perpaduan, pertahanan, kenegaraan dan sebagainya. Dalam kertas kerjanya pada seminar itu, Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar pula berkata konsep Malaysian Malaysia bertentangan dengan konsep wasatiyyah kerana ia berat sebelah dan idea dangkal ini meminggirkan hakikat sejarah serta latar belakang politik di negara ini. The Malaysian Insider |
Wanita UMNO hanyalah 'Lembu-lembu yang dicucuk hidung'oleh Shahrizat? Posted: 26 Nov 2011 07:53 PM PST Ketika mempertahankan Keluarganya yang telah dianugerahkan projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) bernilai RM250 Juta melalui tender terbuka yang terhad (kata Noh Omar), Shahrizat berkata "Pada diri saya sendiri, saya lihat ini adalah agenda politik. (Ia) satu percubaan daripada pembangkang untuk melemahkan semangat dan tindakan Wanita Umno. Kami tidak semudah itu untuk dirobohkan," Sebenarnya dengan mengeluarkan kenyataan seperti di atas yang boleh di baca di ( SINI ), Shahrizat cuba mengheret seluruh Wanita UMNO untuk mempertahankan penyalahgunaan dana milik NFC oleh Suami dan Anaknya yang boleh di baca di ( SINI), ( SINI ) dan juga ( SINI ).. Meskipun ada beberapa pemimpin dari Barisan Nasional yang mendesak agar Shahrizat meletakkan jawatannya (baca di SINI dan SINI ) kerana beliau telah dilihat sebagai liabiliti kepada UMNO, namun desakkan tersebut dipandang sepi oleh Shahrizat. Baginya biar UMNO/BN ditolak rakyat pada PRU13 ini, yang penting projek Fidlot RM250 Juta kekal menjadi milik Suami dan anaknya.. Selain dari desakan beberapa pemimpin UMNO itu, Tun Mahathir dalam satu temuramah dengan The Star turut mengatakan, Shahrizat sepatutnya bertanggungjawab tentang isu yang timbul dari Fidlot itu.. Wanita UMNO dengan kenyataan beberapa orang dari pemimpin mereka membuktikan bahawa seperti lembu-lembu di NFC yang pelihara oleh Keluarga Shahrizat, mereka juga adalah seperti lembu-lembu tersebut bezanya ialah mereka lebih teruk lagi dimana mereka dicucuk hidung oleh Shahrizat…. "We are with her. She has brought change to Wanita Umno, allowed new faces to come to the forefront," said Cheras Wanita Umno deputy head Zurainah Musa. Lembu.. walau apa yang dilakukan oleh Tuannya samada ianya salah atau tidak ia tidak peduli, apa yang penting perutnya kenyang bila perutnya kenyang ia akan menurut walau kemana ia diheret oleh tuannya.. macam Wanita UMNO tu la…. Petikan laporan diatas adalah dari 'All eyes will be on Shahrizat' |
Posted: 26 Nov 2011 05:55 PM PST Sebagaimana yang telah dijangkakan, bila Utusan menyerang DSAI dengan laporan bertajuk 'Anwar terus burukkan Malaysia' sila baca di ( SINI ), susulannya ialah katak-katak yang mendakwa mereka rapat dengan Anwar Ibrahim meskipun ada antara mereka bertemu dengan Anwar dua kali dalam satu tahun akan bersuara. Mereka tidak melepaskan peluang keemasan untuk membuktikan kepada Najib betapa bencinya mereka terhadap DSAI dengan memburukkan DSAI… maklumlah.. pilihanraya dah dekat, kalau tak bersuara nanti Najib terlupa pula akan kewujudan mereka… ************************************* Taktik Anwar selamatkan diriOleh AZRAI MOHAMMAD azrai.mohammad@utusan.com.my KUALA LUMPUR 26 Nov. - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh sistem kehakiman negara tidak bebas dalam siri ceramahnya di Indonesia baru-baru ini, disifatkan sebagai 'serangan awal' bagi menangkis apa jua keputusan mahkamah yang melibatkan perbicaraan kes liwatnya. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, tujuan Anwar itu adalah supaya masyarakat di dalam dan luar negara melihat beliau kononnya berada di pihak yang benar. Malah, katanya, taktik menyelamatkan diri itu turut digunakan oleh parti pembangkang untuk menghadapi pilihan raya. "Anwar memang bermasalah di mahkamah, jadi dia serang awal-awal. Kalau keputusan tidak memihak kepadanya nanti, maka dia pun beritahu apa yang dikatakannya itu adalah benar. "Dalam pilihan raya pula, pembangkang tuduh proses pilihan raya berat sebelah, jadi apabila kalah, mereka akan kata bukan tidak mendapat sokongan rakyat tetapi pilihan raya yang tidak telus," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas ucapan Anwar yang memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara tidak bebas kerana dikongkong pihak kerajaan. Anwar turut mendakwa, hakim-hakim yang menjalankan tugas tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar. Menurut Zahrain, Anwar boleh dilabelkan sebagai penderhaka negara kerana tidak beretika dalam permainan berpolitik dengan membawa cerita-cerita pembohongan. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula berkata, Anwar memang sengaja memilih Indonesia kerana Ketua Pembangkang itu tahu sentimen kebencian di kalangan rakyat negara itu terhadap Malaysia memang sudah wujud. "Dia pergi ke sana untuk menambah rasa kebencian itu demi kelangsungan politiknya yang telah luntur di peringkat antarabangsa," ujarnya. Sementara itu, salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong pula berkata, Anwar menunjukkan sikap 'cakap tak serupa bikin' kerana beliau sendiri telah memfailkan berpuluh-puluh kes menuntut ganti rugi di mahkamah yang dikatakan tidak bebas. "Jika tidak puas hati, kenapa perlu failkan hingga berpuluh-puluh kes di mahkamah. Maksudnya dia masih percaya dengan sistem kehakiman "Malah sebagai Ahli Parlimen, dia boleh gunakan Dewan Rakyat untuk membicarakan perkara ini, kenapa perlu pergi ke Indonesia?," ujarnya. Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan pula berkata, Anwar perlu diberi amaran serta diambil tindakan tegas oleh mahkamah yang membicarakan kes beliau atas kritikannya itu. Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan nama dan imej negara adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan memberi impak negatif kepada negara. Dalam perkembangan sama, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, kenyataan memburukkan negara yang dilemparkan itu tidak selaras dengan falsafah dan tafsiran Perlembagaan Malaysia. "Saya khuatir tindakan Anwar itu akan menjejaskan imej dan hubungan diplomatik negara yang telah dibina sejak merdeka," katanya. Lidah Rasmi UMNO |
Jika Gunung boleh dicuri, nescaya gunung dicuri mereka - DS Wan Azizah Posted: 26 Nov 2011 09:10 AM PST Sebelum itu.. buat semua Ahli KeAdilan seluruh Malaysia.. Korang pegang kata-kata Kak Wan ini.."Kami ingin memberi jaminan bahawa calon yang bakal ditonjolkan akan dirundingkan terlebih dahulu dengan cabang dan akar umbi; harus di kalangan mereka yang berkelayakan dan diyakini punyai prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh." "Suatu ketika dahulu ramai sarjana Barat dan elit penguasa di dunia Islam beranggapan demokrasi dan Islam bagai air dan minyak, saling terpisah dan mustahil bersatu. Kemudian Indonesia dan Turki membuka jalan dan mata dunia bahawa demokrasi dan syura itu asas pentadbiran Islam. Islam dan demokrasi ibarat kubah dan menara yang menghiasi Masjid. Kira-kira setahun yang lalu, ar-Rabīʻ al-ʻArabiyy atau Arab Spring meletus di Tunisia dan merebak ke seluruh dunia Arab. Jutaan anak muda yang dahulunya dikongkong dengan seribu satu undang-undang dan terpenjara oleh ketakutan elit kekuasaan turun ke jalan raya dengan satu tuntutan: berikan mereka kebebasan, kembalikan maruah mereka." Demikianlah pendahuluan ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah Ismail (gambar kiri), cuba menyuntik semangat kepada anggotanya dengan memberi gambaran "Arab Spring", yang berlanjutan sejak awal tahun ini. "Kemaraan jutaan anak muda yang turun ke jalan bukan terhad di Kaherah atau Alexandria, tetapi juga di kaki lima di Madrid, Barcelona, Athens dan Rome. Di mana-mana, anak muda tampil menyatakan kemarahan mereka kepada sistem politik, sosial dan ekonomi yang bobrok dan merampas hak mereka," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden PKR yang berjudul "Demi Rakyat, Melakar Masa Depan Malaysia", dalam Kongres Nasional Tahunan Keadilan di Pulai Springs Resort, Johor Bahru, pagi ini. Beliau cuba mengaitkan apa yang berlaku di Timur Tengah dengan situasi di Malaysia, "Titik persamaannya adalah kerakusan sang penguasa yang alpa kepada kebajikan rakyat, tumpas kepada godaan rasuah dan kekayaan sedang rakyat menderita. Sang penguasa seperti juga di negara ini yang bermaharajalela dalam sistem politik dan sosial yang merampas kebebasan rakyat." Wan Azizah memetik statistik Pekali Gini (Gini Coefficient) untuk menunjukkan bagaimana jurang kekayaan dalam masyarakat semakin melebar, pada paras 37.91 dalam tahun 2004, dan merudum kepada 46.21 pada tahun 2009. "Kedudukan ini meletakkan jurang kekayaan di Malaysia lebih buruk dari negara-negara yang lebih miskin dan mundur seperti Indonesia, Afghanistan, Iraq mahupun negara yang dilanda peperangan seperti Liberia," Katanya. Jurang kaya-miskin Malah beliau mengingatkan, jika kadar kenaikan gaji bagi satu dekad akan datang kekal pada paras 2.6% iaitu tersekat pada kadar purata kenaikan gaji di antara tahun 2000 hingga 2010, maka menjelang 2020 dijangkakan peratusan rakyat Malaysia yang berada di bawah paras kemiskinan akan meningkat 4%. Wan Azizah juga mengambil statistik terkini, bahawa 342,198 rakyat Malaysia berdaftar sebagai penganggur sehingga Ogos 2011. Dalam tahun 2010 dan 2011, purata rakyat yang mendaftar sebagai penganggur baru setiap bulan adalah 14,809 orang. Dalam tempoh yang sama juga, secara purata kerajaan hanya berjaya mencari pekerjaan dan menempatkan 1,338 orang penganggur berdaftar setiap bulan. "Di kemuncak krisis kewangan dunia dan kemelesetan ekonomi global, jumlah penganggur berdaftar di negara ini ialah 369,799 dalam tahun 2009. Dua tahun selepas pelbagai program ekonomi dan janji ditaburkan kepada rakyat, angka terkini di akhir Ogos 2011 kekal tinggi di paras 342,198 orang," katanya. Lebih-lebih lagi, 69.1% daripada angka 342,198 orang ini adalah dari kalangan anak muda berumur bawah 25 tahun. Angka ini menjadi lebih besar jika dilebarkan kepada golongan muda di bawah 30 tahun, mencecah sehingga 90.1%, menurutnya. Wan Azizah menambah, daripada 342,198 orang penganggur, 51.4% mempunyai sekurang-kurangnya pendidikan tinggi di peringkat diploma, 29.9% dari penganggur muda ini tamat dengan pengajian ijazah, 21.5% pula mempunyai diploma. Tahan dan Kinabalu hilang jika gunung boleh dicuri Sementara itu, ketika menyentuh isu rasuah dan ketamakan pemerintah, Wan Azizah menyindir, "Di kala kita di ambang medan juang penentu, jangan kita alpa sejarah dan akar umbi kita. KEADILAN berputik dari kebangkitan rakyat yang marah dengan keangkuhan elit kekuasaan membolot harta negara. Ketamakan elit kekuasaan ini tidak kenal erti had. Kalau gunung boleh dicuri tiadalah Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu di dunia ini, kalau Banjaran Titiwangsa boleh disapu, nescaya yang itu pun direbut-rebut mereka." Selain menawarkan kebajikan dengan peruntukan wang untuk warga emas, suri rumah, isi rumah miskin dan sebagainya, Presiden PKR menegaskan semula Deklarasi Permatang Pauh yang diamanatkan pada tahun 2008, yang membuka tirai kepada gerakan Reformasi. Bagaimanapun, menjelang PRU 13, Wan Azizah menjanjikan calon PKR yang lebih berkualiti untuk bertanding. "Pimpinan parti juga akur dengan teguran bahawa beberapa calon yang dipilih dulu kurang berkelayakan; prestasi hambar di Parlimen atau DUN dan kurang berkhidmat untuk rakyat. Kita harus lega manakala mereka bertindak keluar dan tersisih dari perjuangan. Malah kami ingin memberi jaminan bahawa calon yang bakal ditonjolkan akan dirundingkan terlebih dahulu dengan cabang dan akar umbi; harus di kalangan mereka yang berkelayakan dan diyakini punyai prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh." PKR mengadakan Kongres Nasional Tahunannya mulai hari ini di Pulai Springs Resort. Turut hadir dalam majlis perasmiannya termasuklah Lim Kit Siang dari DAP dan Abdul Hadi Awang dari PAS. MerdekaReview |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan