Isnin, 21 November 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


'Lapangan Terbang Haram' di Hulu Bernam?

Posted: 21 Nov 2011 06:51 AM PST



Mengkagumkan.. kalau binaan haram mungkin kecil dan juga sukar untuk dideksan dari udara.. tapi ini Lapangan Terbang haram,mana mungkin tidak dapat dikesan dari udara oleh pihak berkuasa.. Milik siapa sebenarnya??


SHAH ALAM, 18 Nov : Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor (ABAS) menggesa agar Kerajaan Selangor menyiasat dan mengambil tindakan tegas berhubung kewujudan sebuah lapangan terbang ditanah milik Yayasan Selangor yang sebelumnya berstatus tanah dusun seluas 217 ekar di Hulu Bernam.

Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz semasa sidang DUN Selangor berkata ABAS telah membuat lawatan ke Hulu Bernam pada Oktober lepas ekoran dakwaan wujudnya sebuah landasan kapal terbang haram iaitu Bernam River Airfield .

Menurut ABAS lapangan terbang tersebut berada dalam tanah milik Yayasan Selangor di Geran hakmilik bernombor HSD 45128, No Pt 2924 yang keluasan asal 225 ekar.

"Jawatankuasa Pilihan ABAS mendapati perkara tersebut tidak patut berlaku , tanah tersebut telah diberi kepada Syarikat Aviation Development Sdn Bhd (ADC) pada tahun 2006 seluas 217 ekar, dan sepatutnya digunakan dengan cara yang betul, tetapi yang menjadi masalah kepada kita ialah anak-anak syarikat tidak mempergunakan tanah tersebut dengan betul dan keuntungannya dikaut oleh pihak yang lain," katanya.

Beliau berkata, Jawatankuasa Pilihan ABAS menyararankan supaya kerajaan mewujudkan satu pasukan untuk menyemak dan meneliti perjanjian usahasama yang ditandatangani pada 15 Ogos 2007 antara Yayasan Selangor dan Syarikat ADC.



Ini bagi memastikan sebarang amalan yang menyalahi peraturan dan etika dapat diperbetulkan dan individu-individu terlibat bagi pihak anak syarikat kepada kerajaan negeri dapat dipertanggungjawabkan .

"Kerajaan negeri perlu mewujudkan satu pasukan khas bagi mengkaji secara mendalam kesesuaian tanah seluar 217 ekar pada dasar penggunaan nilai semasa, serta unjuran penggunaan tanah pada masa hadapan, berbanding syarat kelulusan asal bagi menjana hasil dan pulangan yang optimum kepada kerajaan negeri dan manafaat sebaiknya kepada kerajaan Selangor," katanya.

Sementara itu, Adun Subang Jaya Hannah Yeoh yang menyokong usul itu berkata Yayasan Selangor telah membuat laporan terdapat aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang di kawasan lokasi tersebut dan menggesa agar syarikat tersebut juga disiasat.

"Syarat nyata di kawasan ini ialah untuk tanaman dusun tetapi digunakan untuk membina kawasan lapangan terbang dan aktiviti ini telah bermula sejak 2007 namun jawatankuasa mendapati tidak ada tindakan langsung daripada Majlis Daerah Hulu Selangor ataupun Pejabat Tanah.

"Saya menyeru agar disiasat siapa yang di belakang syarikat ADC ini, dan diminta kerajaan negeri cepat menyiasat bagi menjamin keselamatan pendudukdi sekitar kawasan tersebut," katanya.

Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika memberi respon berhubung perkara ini menyatakan perjanjian yang ditandatangani pada 2007 tersebut didapati banyak terma-terma perjanjian yang berat sebelah dan merugikan Yayasan Selangor.

"Saya diberitahu Yayasan Selangor telah membuat inisiatif untuk membawa kes ini ke mahkamah, supaya dapat menghentikan syarikat tersebut daripada menjalankan penyalahgunaan status tanah tersebut." katanya.

TVS News

Utusan guna Air Kelantan untuk bersih Najis Lembu RM250 Juta - TG Nik Aziz

Posted: 21 Nov 2011 03:56 AM PST



KUALA LUMPUR, 21 Nov — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia membuat satu lagi pembohongan - mengenai isu air semalam - untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.


"Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia (Mingguan Malaysia) ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.

"Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta," kata beliau dalam komen yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook sebentar tadi.

Sehubungan itu Nik Aziz (gambar) yang juga Mursyidul Am PAS berkata, "nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal oleh-Nya di akhirat kelak."

"Janganlah sampai fitnah yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah.

"Ini kerana, doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT," kata beliau lagi mengulas laporan muka depan Mingguan Malaysia, akhbar edisi keluaran Kumpulan Utusan semalam.

Nik Aziz menulis, "saya telah ditanya pagi tadi selepas mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 (semalam) yang membawa tajuk 'Air Kelantan Terkotor?'.

"Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respons terhadap laporan akhbar Mingguan Malaysia yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan," katanya.

Nik Aziz berkata beliau menganggap masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu 'Kristian Agama Rasmi Negara' satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.

Namun, tegas Nik Aziz, dibimbangi isu yang dimainkan ini menimbulkan polemik yang berpanjangan, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar.

Sambil berkata akhbar tersebut telah menyorok beberapa fakta sebenar, Nik Aziz menambah, "pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya."

"Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis.

"Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan e-coli yang terdapat dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88 peratus. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12 peratus), Perak (0.90 peratus), Perlis (1.21 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01 peratus)," katanya lagi.

Selain itu kata Nik Aziz, beliau sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi empat peratus, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi e-coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

"Saya juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemuakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011.

"Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?" kata beliau lagi.


The Malaysian Insider

BODOHnya kenyataan Timbalan Menteri dari UMNO ni...

Posted: 21 Nov 2011 12:43 AM PST



Patutlah Tun Mahathir kata "Masa saya dahulu tidak banyak masalah kerana UMNO sangat kukuh dan mereka yang dipilih memimpin terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Tetapi sejak beberapa tahun ini orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk dalam UMNO, sebab itu mereka masuk Pas.


Nampak jelas sangat sekarang ini memang UMNO dipimpin oleh orang-orang yang BODOH sebabnya Tun dah cakap kat atas.. kenyataan penuh sila baca di ( SINI )

Tak tahulah apa tujuannya selain dari memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat.. Rakyat Indonesia dari zaman Sukarno lagi telah ditanam dengan perasaan benci kepada Malaysia melalui kempen 'Ganyang Malaysia'..

Kemudiannya di zaman Pak Lah, syarikat milik kroni UMNO pula telah menganiaya dengan tidak membayar gaji mereka yang bekerja dengan Syarikat Kroni UMNO itu.. menambah burukkan lagi keadaan pentadbiran Pak Lah telah menghalau pekerja asing dan menghukum mereka dengan sebatan..

Kemudiannya timbul pula isu dera amah, curi budaya dan tak lupa juga isu rogol amah, sedangkan yang memerintah adalah UMNO/BN tapi yang dipersalahkan ialah Pemimpin Pakatan pulakdah..

Pakatan racun peminat Indonesia benci M'sia

Timbalan Menteri Sukan Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta.

"Mengapa mereka pendam kebencian sebegitu terhadap kita? Kenapa tidak Thailand? Mengapa tidak orang lain? Ia bukan kerana persepi penganiayaan terhadap rakyat Indonesia.

"Pada pendapat saya, ia adalah kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini.

"Mereka melabel perkataan buruk terhadap Malaysia, umpamanya 'Maling' yang dalam bahasa Indonesia bererti pencuri," kata Razali semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno bagi perlawanan akhir malam ini.

Beliau berkata, keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu dalam menghadapi kira-kira 100,000 penyokong yang mahu melihat Malaysia ditundukkan.

Malaysiakini

NFC biaya RM31,580 pakej umrah Suami dan anak Shahrizat?

Posted: 20 Nov 2011 10:46 PM PST



Pendedahan minggu ini mengenai Scandal Fidlot.. Shahrizat sila jawab.. adakah benar National Feedlot Corporation (NFC) telah membiayai pakej umrah bernilai RM31,580 untuk Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan juga Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh?


PKR dakwa dana NFC biaya umrah, syarikat keluarga Shahrizat di Singapura

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membuat pendedahan terbaru sambil berkata dana Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) digunakan untuk membiaya pakej umrah dan dua syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Singapura.

Tiga pemimpin parti itu berkata pada 2010, NFC telah membelanjakan RM31,580 untuk membiayai pakej umrah di atas nama pengerusi eksekutifnya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Shahinur Izran.

"PKR mempunyai bukti jelas bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana awam ini datangnya dari pejabat pengerusi eksekutif NFC sendiri," kata mereka dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kenyataan hari ini dibuat oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi Rafizi Ismail.

Selain perbelanjaan bersifat peribadi yang tidak sepatutnya dibiayai oleh dana awam seperti itu, kata mereka, lebih membimbangkan adalah pelbagai urus niaga dan pemindahan wang yang melibatkan syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat (gambar) di Singapura.

"Justeru, PKR menggesa supaya (Jawaatankuasa Kira-kira Awam Negara) PAC dan (Polis Diraja Malaysia) PDRM menyiasat segala urus niaga antara NFC, NMLC dan RFC dengan syarikat-syarikat di Singapura," kata mereka.

Dua syarikat tersebut ialah Global Biofuture Pte Ltd dan Meatworks Singapore Pte Ltd.

Global Biofuture Pte Ltd terlibat dalam urus niaga makanan dan bahan api. Semakan awal menunjukkan syarikat ini dalam proses menubuhkan pasar raya di Singapura dan disyaki juga terlibat sebagai ejen untuk mengimport lembu dari luar negara melalui Singapura untuk dibekalkan kepada NFC.

Kata mereka, semakan PKR juga menunjukkan sehingga akhir Jun 2010, Global Biofuture berhutang dengan RFC sebanyak RM939,495.

"PKR percaya bahawa sejumlah wang disalurkan dari pinjaman asal RM250 juta kepada pelbagai syarikat peribadi milik keluarga Datuk Seri Shahrizat, termasuklah untuk menubuhkan dan membiayai Global Biofuture di Singapura.

"Meatworks Singapore Pte Ltd pula bertanggungjawab menguruskan beberapa restoran mewah milik keluarga Datuk Seri Shahrizat di Singapura. Semakan penyata kewangan menunjukkan bahawa pada akhir Jun 2010, Meatworks Singapore berhutang dengan RFC sebanyak RM2,416,815," katanya lagi.

Sehubungan itu kata mereka, bukti-bukti awal tersebut sudah cukup untuk membolehkan satu siasatan terperinci dibuat dalam menentukan sama ada penyelewengan berlaku, apabila wang rakyat yang disalurkan untuk projek nasional berimpak tinggi digunakan bagi tujuan peribadi termasuklah membuka pelbagai syarikat milik keluarga yang menyimpang dari tujuan asal pinjaman diberikan.

Kata mereka, skandal ini akan terus terbongkar dan Perdana Menteri perlu tampil memberi penjelasan memandangkan beliau yang bertanggungjawab mengkaji cadangan projek dan meluluskan dana awam sebanyak RM250 juta.

"PKR menyeru supaya Perdana Menteri segera membuat kenyataan mengenai skandal ini, lebih-lebih lagi apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengejutkan negara apabila mengesahkan bahawa kelulusan projek ini tidak dibawa ke peringkat Kabinet.

"Sebaliknya, projek berjumlah RM250 juta ini khabarnya diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri," katanya lagi.

Mereka juga percaya bahawa unsur penyelewengan yang mungkin berlaku dalam NFC dan syarikat-syarikat yang berkaitan melangkaui pendedahan yang mengejutkan rakyat Malaysia selama ini.

Ketiga-tiga pemimpin itu juga mengalu-alukan siasatan yang akan dibuat oleh PAC dan PDRM terhadap pelbagai urusniaga melibatkan NFC dan Projek Fidlot Kebangsaan seperti yang diumumkan mutakhir ini.

"Bagaimanapun, isu paling pokok adalah persoalan pertanggungjawaban awal yang bermula dari Kabinet dan menteri-menteri kanan Barisan Nasional yang terlibat menganugerahkan projek bernilai RM250 juta ini kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman langsung.

"Dana awam berjumlah RM250 juta pun disalurkan tanpa ada sebarang jadual pembayaran seperti mana kebiasaannya," katanya lagi.


The Malaysian Insider

Belum lawan, Tapi YAHOO sudah lapor Malaysia kalah kepada Indonesia?

Posted: 20 Nov 2011 07:30 PM PST



LAMAN web YAHOO semalam mengeluarkan berita yang mengejutkan di laman webnya yang bertajuk "Indonesia mengalahkan malaysia dalam final bola sepak sukan SEA" sedangkan perlawanan belum lagi bermula.


Isi berita yang dilaporkan oleh Aidan Jones dari AFP itu bagaimanapun menceritakan perjalanan pasukan Indonesia dan pasukan Malaysia sehingga ke perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno.

Soalnya bagaimana YAHOO boleh terlepas pandang tajuk berita sebegini sangat mengecewakan. Berita ini boleh dibaca di ( SINI )

Sinar Harian

Hmm.. mungkin juga 'Beat' yang digunakan sebagai tajuk beritanya membawa maksud melawan atau menentang.. tapi beat juga boleh membawa maksud mengalahkan.. kalau digunakan perkataan 'versus' atau 'vs' kan lebih mudah..

Selangor tak turut bubar DUN, buatkan UMNO gelabah.

Posted: 20 Nov 2011 07:01 PM PST



Pengumuman kerajaan negeri Selangor untuk hanya membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas Jun tahun depan mengundang kegusaran pelbagai pihak, terutamanya di kalangan BN dan Umno, kata setiausaha politik, menteri besar, Faekah Husin.


Katanya, ramai daripada mereka itu melenting dan pelbagai tuduhan pula dilemparkan.

Menurutnya, kerajaan negeri melihat tiada sebab pilihan raya awal diadakan kerana mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri sekarang hanya akan tamat selepas Mac 2013.

"Alasan yang diberikan oleh menteri besar amat jelas bahawa kita tidak mahu mencontohi amalan Umno-BN pada 2008 bila mana pilihan raya diadakan pada Mac 2008 semua peruntukan ADUN Umno-BN pada tahun tersebut telah habis digunakan walaupun bajet baharu sahaja dibentangkan pada November tahun sebelumnya.

"Menteri besar juga menegaskan kerajaan negeri mahu memastikan peruntukan dalam Belanjawan 2012 benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan akan datang," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Faekah, seperti dijangka, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang juga adalah timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor mempertikai keputusan berkenaan.

Malah, katanya, Noh juga menuduh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai cuba tunjuk dan gila kuasa dan takut menghadapi pilihan raya.

"Sejak isu penyalahgunaan dana untuk projek menternak lembu dibongkar, Noh menjadi tidak keruan. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau langsung tidak menunjukkan pemikiran seorang menteri.

Ghairah main politik

"Noh tiada kredibiliti untuk mempertikaikan keputusan kerajaan negeri Selangor ini. Selaku menteri kabinet, beliau telah gagal melaksanakan tugas malah terlalu banyak isu kontroversi yang gagal ditanganinya.

"Isu lembu-NFC misalnya, sebagai anak syarikat yang diletak di bawah kementeriannya, Noh bertanggungjawab untuk menjelaskan bagaimana geran RM250 juta dibelanjakan termasuk untuk membeli kondomonium," katanya.

Menurut Faekah, agenda sebenar Noh adalah untuk menonjolkan dirinya di mata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya beliau dilantik menerajui Selangor.

"Noh telah membuktikan dirinya gagal selaku menteri malah cetek ilmu dalam pengurusan kewangan. Noh nampaknya lebih ghairah bermain politik untuk menonjol diri dengan harapan dapat menerajui Umno Selangor.

"Noh begitu ghairah untuk menonjol di mata perdana menteri serta cuba untuk menenggelamkan peranan Datuk Satim Diman selaku ketua pembangkang, apatah lagi ketua pembangkang itu sendiri turut bergelumang dengan skandal," katanya.

Faekah berkata, dengan tidak semena-mena pula Noh turut menuduh kerajaan negeri tidak mahu bekerja sama dengan pusat dan berpolitik dalam isu pertanian.

Noh, ujar beliau sepatutnya menjadi orang yang terakhir untuk memberi pandangan jangan berpolitik dalam isu rakyat.


Malaysiakini

Tiada ulasan: