Isnin, 28 November 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Felda dan MTUC sedang gali kubur Umno/BN

Posted: 28 Nov 2011 08:22 AM PST

Umno/BN kini hanya mampu mengira hari lagi untuk ditalkinkan. Elok sangat kalau PM Najib bersama kabinetnya menyediakan liang dan keranda besar – Keranda Satu Malaysia supaya mudah rakyat menyempurnakan urusan pengkebumian Umno/BN secara beramai-ramai nanti!

Kemungkinan ini amat menyakinkan apabila kelmarin setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang Ibrahim akan mengistiharkan perang dengan kerajaan Umno/BN jika kerajaan berdegil dan meneruskan dengan pindaan Akta Kerja 1955.

Dan terbaru kini, Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) yang mewakili 1.6 juta warga peneroka dan sekitar 120,000 peneroka dari 11 wilayah Felda di seluruh negara telah memberi kata dua kepada Najib – sama ada singkirkan Isa Samad atau hilang undi PRU ke-13.

JKPP dan GPW yang mewakili majoriti ahli Koperasi Permodalan Felda menolak pelantikan Isa sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda melalui kuasa menteri koperasi dan meminta kerajaan menghormati hak demokrasi ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda dan Undang-undang Koperasi Permodalan Felda.

Selain menggesa Isa, yang mengetuai Felda sejak setahun lalu, JKPP juga menggesa Pengarah Seranta Felda Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Datuk Sabri Ahmad agar berundur sama. Baca lagi di sini

Tiada ulasan: